Salam pembaca blog, moga Anda bersemangat hari ni.
Pagi-pagi selepas subuh saya bergegas ke gerai makan di kem lok kawi, malam tadi kelaparan, tak ada satu apa bekalan makanan untuk di isi ke dalam perut. Saya kuat makan, tapi berat badan masih 58kg. Maybe bocor kot.
Well, saya mendapat sales pertama Pakej Blog melalui link affiliate yang saya letak di sini. Kepada pembeli tersebut, contact saya di imotivasi@gmail.com atau SMs ke 016 834 0107.
Jika mahu bertanya apa-apa pasal pembinaan blog, Wordpress atau yang berkaitan dengannya, contact saja, saya sedia membantu. Saya percaya sesiapapun boleh membina blog Wordpress, janji dia ada kesanggupan belajar dan buat satu-satu dengan penuh sabar, walaupun dia budak tingkatan 2.
Setiap hari saya selalu berjumpa dengan orang yang kurang sabar, terutama di jalan raya. Nak cepat punya pasal, saya yang berbasikal ni entah dah berapa kali sikit lagi terbang nyawa gara-gara pemandu kereta yang tak tahu bersabar ketika membelok di jalan raya.
Namun, saya faham mereka sedang kelam kabut pergi kerja, mengambil anak di sekolah atau menjemput grilfriend dari tempat kerja. Mungkin dia fikir saya penunggang basikal biasa macam pekerka kontrak tu yang bawak beskal slow, senang-senang saja di amik kesempatan.
Pagi tadi, selepas isi perut saya berbasikal ke UMS, dari Lok Kawi. Jarak dari Lok kawi ke KK adalah 16.5 kilometer.
Dari KK ke UMS pula, lebih kurang 10km dan menempuh dua jalan berbukit dengan 3 bulatan besar. Jadi, jumlah keseluruhan jarak saya berbasikal pagi tadi adalah 53km, dalam masa 2 jam 12 minit 35 saat.
Saya simpan semua rekod jarak dan masa tiap kali berbasikal. Bila sampai di pintu depan UMS, saya berhenti, minum air sekejap, rest 5 minit kemudian berkayuh semula balik ke lok kawi. Apa yang saya buat ni nampak kerja gila bag sesetengah orang. Tapi, bagi saya yang pernah menjadi atlit, ia sesuatu yang menyeronokkan. Sepanjang perjalalanan ke UMS, saya tak berhenti langsung.
Biasanya saya selalu berbasikal ke Uniersiti Malaysia Sabah (UMS) setiap petang hari Jumaat, sebab saya suka pemandangan di pantai tu, terutama jalan masuk ke Kompleks Sukan Likas.
Next week, saya akan berlatih mendaki bukit. Berbasikal mendaki bukit satu perkara yang mencabar, lebih -lebih dengan lutut yang masih sakit.
Sabtu, Julai 26, 2008
Berbasikal 53km
Labels:
Asia,
Bisnes,
Blog,
Buat Duit,
Islam,
Malaysia,
Motivasi,
Perniagaan,
Umum,
Usahawan Berjaya,
Usahawan Internet,
Usahawan-Internet,
Weblog