.

Isnin, Mac 10, 2008

Memandang Rendah

Kadangkala bila kita merasa lebih ada daripada orang lain ataupun merasa kita yang lebih hebat, kita terdorong untuk memandang rendah. Sebenarnya, sikap suka memandang rendah ni salah satu dari sikap negatif.

Anda perlu sedar, bila Anda suda mula beerlagak dan suka memandang rendah, akan ada orang lain yang lebih hebat daripada Anda. Di kala itu, Anda kalah dan rasa 'malu'.

Kalau boleh, elakkan sikap memandang rendah pada orang lain atau perangai suka merendah-rendahkan kekurangan orang lain, kerana bila bersikap begitu orang lain akan turut mula memandang rendah pada Anda.

Ingat lagi tak hukum memberi dan menerima? Apa yang kita beri, itu juga yang kita akan terima semula satu hari nanti. Beri yang baik, di balas yang baik.

Kita suka pandang rendah orang lain, balasannya? Orang lain akan suka pandang rendah ngan kita pula. Sama juga bila kita suka berkasar dengan orang walaupun kita tak sengaja, orang lain akan berkasar juga dengan kita.

Orang-orang yang berjaya tak suka memandang rendah pada sesiapa. Kerana mereka tahu,
semua orang ada kelebihan masing-masing.

Orang-orang yang berjaya sentiasa kagum dan bersemangat bila melihat kelebihan yang ditonjolkan di depan mata mereka, bahkan mereka terdorong untuk belajar supaya mereka juga dapat menguasai kemahiran tersebut.

Untuk berjaya, Anda perlu tiru sikap ini, iaitu suka belajar dan suka kagum pada orang lain,walaupun dia sekadar tukang sapu, pemandu lori, tukang kebun mahupun penoreh getah.

Bentuk sikap diri Anda untuk belajar seumur hidup. Jadikan sikap mahu belajar satu aspek penting pada diri Anda.

Antara ilmu, kemahiran dan attitude, ilmu adalah yang kedua selepas attitude. Ramai orang yang berilmu, tapi negatif attitude.

Jangan sesekali memandang rendah sesiapa, kerana satu hari nanti, orang yang kita pandang rendah tu akan lebih tinggi pencapaiannya dari kita.