Untuk memberi semangat pada diri sendiri, rahsianya, Anda perlu memberi semangat pada orang lain terlebih dahulu. Tak kira siapa jua dia, berikan kata-kata yang menyemarakkan inspirasi.
Untuk mula, berikan dia penghargaan, pujian dan perhatian khas untuk dirinya. Dalam 30 saat pertama Anda bertemu dengannya, katakan apa saya yang membuat dia rasa di hargai, terharu dan bangga mendapat pujian Anda.
Kesannya, mereka akan jadi bersemangat dan tersenyum!. Dalam masa yang sama, Anda turut bersemangat sama seperti mereka.
Ikhlaskan hati dan pamerkan wajah yang ceria ketika Anda mempraktikkan teknik "30 saat sehari" ni. Niatkan supaya mereka jadi bersemangat dengan sapaan Anda.
Pada peringkat pertama, kebanyakan orang di sekeliling Anda akan naik heran dengan perubahan Anda. Tapi, percayalah, bila Anda konsisten memberi kata-kata yang membuat mereka semangat pada 30 saat pertama dalam sehari, Anda juga turut menjadi bersemangat, bukan dua tiga hari tetapi berpanjangan.
Bayangkan kalau Anda menyapa lebih daripada 30 orang sehari, dari pagi sampai ke petang? Tak ke naik semangat jadinya?
Lupakan dulu niat nak mencari cara cemana nak membuat Anda nampak bermotivasi lebih dari orang lain.
Tapi, fokus pada bagaimana nak membuat orang lain menjadi ceria, rasa dihargai oleh kata-kata Anda.
Love and friendship,
Shueqry
note : Ramai yang bertanya, tak penat ke saya sebab dah dua bulan tak bercuti kerja walaupun sehari? Lebih teruk, saya bekerja hingga 12 jam dalam sehari, macam takde henti.
Saya mengaku saya seronok dengan kerja sekarang ni, di sebuah cyber cafe. Lebih seronok lagi, saya dilantik untuk menguruskan cyber cafe tu, operasi dan hal kewangannya. Bermakna, saya juga bos, saya juga pekerja!.
Anda sudah tentu tahu seronoknya cemana bila kerjaya idaman ada di depan mata. Personally, bagi saya kerja ni saya jadikan hobi.
Thanks pada pembaca blog yang rajin hantar banyak sms. Saya tak cukup kredit nak balas semuanya, tapi sms tu sume tetap datang tanpa henti, tak minta di balas pun! Oh, Terima kasih..
Khamis, Mac 20, 2008
30 Saat Sehari
Labels:
Asia,
Bisnes,
Blog,
Buat Duit,
Emosi,
Islam,
Kerjaya,
Malaysia,
Minda,
Motivasi,
Umum,
Usahawan Berjaya,
Usahawan Internet,
Usahawan-Internet,
Weblog