.

Ahad, Disember 30, 2007

Cetusan Motivasi Dalam Motto Diri

"Hidup Ini Terlalu Singkat Untuk Menjadi Orang Biasa"

Motti di atas adalah slogan Azizi Ali, salah seorang idola saya. Dia adalah salah seorang yang cukup saya kagumi, melihat gambarnya sudah cukup menjadikan semangat saya naik meluap-luap! Maybe kalau terjumpa Azizi Ali, boleh pengsan saya dibuatnya!

Ini pula motto diri saya setiap kali bangun pagi:

"Lets Make History!"

Setiap kali mengucapkan ayat itu, meter motivasi diri saya naik mendadak, jadi meluap-luap setiap kali membaca dan melihatnya.

Setiap hari yang bermula adalah hari baru untuk saya mencipta sejarah. Walaupun ia kecil, namun bagi saya sungguh bererti.

Apa pula motto diri Anda?

Apa ayat yang menjadi slogan Anda?

Cari satu dan karang ayatnya hari ini juga.


Shueqry
blogger motivasi Malaysia

Sabtu, Disember 29, 2007

Memupuk Fikiran Positif Memerlukan Latihan.

Melatih diri untuk berfikiran positif sebenarnya boleh dilakukan. Anda kena rajin berlatih. Ini beberapa tips untuk memupuk fikiran positif dan tindakan yang positif.

1. Berani Berubah.
Hijrahkan diri Anda kepada yang baik-baik, cakapan yang baik-baik dan menumpu pada aspek yang baik saja, walau seburuk manapun orang lain memperlakukan Anda. Ubah pemikiran kepada yang baik-baik, pinggirkan rasa sakit hati, dengki, iri hati, meluat, menyampah, marah, cemburu dan tak puas hati, kerana sikap sebegitu memusnahkan diri Anda sendiri tapi Anda sedari dalam diam.

Yakinlah orang yang berkelakuan baik takkan pernah rugi, bahkan aura kebaikannya mendapat tempat istimewa di hati setiap orang. Walaupun pernah kebaikan Anda dibalas dengan kejahatan dan sesekali Anda diperbodohkan, tapi kebaikan selalu menang dan kesannya berpanjangan.


2. Rajin Beristighfar.
Mohon keampunan pada Allah swt kerana fikiran negatif sebenarnya adalah bisikan syaitan yang sememanya mahu manusia bermusuhan dan menjadi jauh dari Allah. Rajin berisighfar akan dapat meneutralkan getaran emosi negatif yang muncul di dalam minda, hati, jiwa dan sanubari.

Orang yang rajin beristighfar dirinya dekat dengan Allah dan kesannya, dia dekat dengan rahmatnya dan segala kekayaannya. Pernah tak nampak orang yang dengki dan yang selalu iri hati menjadi kaya dan berjaya?


3. Kawal Perkataan.
Hati-hati bila Anda berkata-kata pada orang lain dan pada diri sendiri. Seboleh-bolehnya, elak dari mengumpat orang, berkata keburukan orang lain, mengomplen, mengkondem mahupun menyatakan rasa tidak puas hati Anda pada sesiapa saja. Kata-kata buruk yang Anda ucapkan di kala ini cenderung kepada yang negatif, lalu emosi Anda juga berubah menjadi negatif serta merta.

Kawal perkataan Anda di fikiran dan di dalam hati. Kalau ada keluar yang negatif, cepat-cepat tukar kepada yang positif jadi gelombang minda yang terhasil dari perkataan negatif tu dapat dineutralkan semula. Jadi, fikiran Anda dipenuhi oleh gelombang emosi positif.


4. Disiplin.
Biasakan diri memandang yang baik-baik saja pada semua orang. Anda terbiasa dengan fikiran negatif kerana dikelilingi oleh orang-orang berfikiran negatif, yang berkata yang negatif di kedai kopi, di cyber cafe, di rumah, dipejabat dan sehingga nak masuk tidur.

Disiplinkan diri Anda untuk dekat dengan hal-hal positif, latih diri untuk kagum pada orang lain (walau sekecil manapun pencapaiannya dan sekecil mana kelebihan dirinya) serta tekad untuk berkata baik pada semua orang.

Allah maha adil. Fikir negatif, maka Anda dapat yang negatif.

Ini hukum alam. Jadi, jangan sesekali mempersoalkan takdir mengapa Anda seringkali gagal, apa yang Anda buat tak menjadi dan hidup Anda asyik di rundung masalah tak kira dalam aspek kewangan, kerjaya, perhubungan mahupun emosi. Takde istilah kebetulan dan tiba-tiba, sebenarnya ia ditarik oleh kuasa minda separa sedar dengan keizinan Allah swt.

Itu salah satu kelebihan minda separa sedar yang ramai orang tak tahu dan ramai orang tak teringin nak tahu sebab pada mereka hal sebegini membuang masa, tahyul dan tak memberi kesan lebih-lebih bila ia masuk kepada persoalan duit. Tapi, bagi yang tahu menggunakan kelebihan minda dan merasai kesannya, sudah tentu merasa gembira kerana mereka boleh mencapai apa saja yang mereka mahukan.



Shueqry
blogger motivasi Malaysia

Jumaat, Disember 28, 2007

Konklusi 2007

Secara peribadinya, tahun 2007 banyak memberi kenangan pada saya.

14 Feb 2007, hari saya putus cinta kali kedua. 29 Mac 2007, saya mula menjadi blogger di blog motivasi ini, waktu itu separuh masa saja tapi oleh kerana keseronokan menulis tips-tips motivasi tiap hari, saya sanggup meninggalkan perkara yang lebih penting daripada rutin kerja seharian.

Pada 7.7.2007 projek links direktori saya yang pertama telah menemui kegagalan. Akibat kurang ilmu dan terlalu nakkan duit cepat.

Jadi nyatalah, jika Anda membuat sesuatu, jangan jadikan duit sebagai perkara utama tapi tumpukan pada proses. Rupa-rupanya duit datang sendiri bila Anda membuat apa yang menjadi kesukaan Anda dan perkara memberi motivasi pada Anda.

Pada 4 Oktober 2007, saya mencapai umur 27 tahun, jauh dari keluarga dan dekat dengan seribu satu cabaran yang tak ketentuan. Namun, berkat dari segala cabaran tu, memberi banyak ilmu berguna bagi saya, walaupun saya menemuinya melalui jalan yang agak perit dan pahit. Bukan mudah untuk bangkit semula dari semua itu.

Kegagalan banyak mengajar saya. Kegagalan juga yang membuat saya menemui keseronokan sebenar di arena penulisan motivasi, walaupun kelulusan saya sekadar Diploma In Banking & Finance. Saya di didik untuk menjadi trader saham dan giat dalam operasi kewangan.

Sepatutnya saya menjadi anak murid Azizi Ali, tapi saya memilih untuk menjadi blogger motivasi... Teringat saya kata Azizi..

" Hidup Ini Terlalu Singkat Untuk Menjadi Orang Biasa"

Memang benar.

Sebab itu saya memilih untuk menjadi orang yang luar biasa!


Shueqry
blogger motivasi Malaysia

Negatifnya Kita Dalam Diam

Sebenarnya saya dah berkali katakan hal ini, namun lumrah kita sebagai manusia, ada yang dengar dan ada yang tidak. Ada yang mengambil iktibar dan ada yang tidak. Apa yang saya tulis di sini lebih kepada teguran dari seorang kawan.

Respon fikiran Anda pada orang lain, situasi, keadaan, perkara dan benda menentukan positif atau negatifnya Anda dari dalam minda. Anda adalah apa yang Anda fikirkan bilamana melihat pada orang lain, tak kira sama ada adik beradik Anda, kawan, rakan sekerja mahupun orang serumah. Respon minda Anda dan tanggapan dalam persepsi Anda menentukan positif atau negatifnya attitude yang Anda miliki.

Contoh, Program Angkasawan Negara. Sesetengah orang lebih banyak berfikir negatif tentang program itu, mengungkit tentang pembaziran duit hasil cukai yang dilakukan kerajaan dan kredibitili Dr Sheikh yang kononnya tak setanding dengan Angkasawan lain di luar negara. Pandangan sebegini adalah pendapat negatif dan bila Anda berpendapat yang sama, maknanya Anda berfikiran negatif.

Walau tak banyak tapi ada. Ye tak?

Sesetengah orang pula, jadi cukup bersemangat bila memikirkan pencapaian Dr Sheikh Muszaphar yang baginya luarbiasa. Ada yang menjadikan beliau sumber inspirasi, penyuntik semangat dan role model untuk berusaha serajin mungkin. Jika Anda selalu jadi bersemangat bila memikirkan Dr Sheikh, maka Anda tergolong dalam golongan orang yang berfikiran positif.

Tahniah!

Sedarilah bila Anda suka melihat pada aspek negatif dalam apa saja yang Anda perkatakan, pendapat Anda dan ayat-ayat yang terpacul dari mulut Anda, maknanya fikiran Anda negatif. Susah Anda nak tukar kepada fikiran positif dan tindakan positif bahkan Anda rugi kerana tidak dapat menggunakan kelebihan kuasa minda yang dikurniakan kepada kita sebagai khalifah dimuka bumi.

Dalam diam, Anda telah menggunakan kuasa minda separa sedar Anda untuk menarik situasi-situasi negatif yang Anda sendiri tak mahu, seperti masalah kewangan, kemurungan emosi, stress ditempat kerja, susah hati, hubungan peribadi yang bermasalah dan hutang yang tak berkesudahan. Soal fikiran positif dan negatif sebenarnya hal yang remeh tapi kebanyakan kita terlepas pandang hal asas sebegini.

Jika kita negatif dari dalam minda, maka negatif juga hasil yang kita dapat walau sekuat mana usaha. Orang yang berfikiran negatif dan bertindak negatif, jalan hidupnya negatif saja, mendatar dan takde kemajuan, sebab fikirannya menarik fikiran orang lain yang negatif, situasi negatif dan hasil usaha yang negatif. Graf hidupnya tak menceracak, tapi masih di garis yang sama.

Tukar pemikiran Anda hari ini. Lihat sinaran mentari disebalik mendungnya awan tengahari.

Lihat aspek positif dalam apa jua keadaan dan latih diri untuk bersangka baik pada Allah, takdir dan apa jua yang mendatang. Baik atau buruk, Anda adalah apa yang Anda fikirkan.

Berfikiran negatif membuat Anda ketinggalan.

Orang lain dah maju, Anda masih terceruk di situ.

Get Up!

Shueqry
blogger motivasi Malaysia

Alias Haji Muda

Salam pembaca blog, apa khabar Anda?

Kali ini saya berkata tentang salah seorang penulis motivasi yang saya kagumi, Alias Haji Muda. Kedua-dua buku motivasinya dah saya baca.

Terima kasih pada Alias Haji Muda kerana berkunjung ke blog motivasi ini, sesungguhnya ini satu kejutan buat saya..terima kasih..

Saya telah menulis satu ulasan post mengenai beliau, klik di sini.

Untuk ke laman web motivasi MyPotensi.com, klik di sini.

Sabtu, Disember 22, 2007

Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa.

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.

Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan...

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun... Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on...

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti 'Keras'.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.


Shueqry
blogger motivasi Malaysia

Jumaat, Disember 21, 2007

Mengapa Tanda Pengorbanan, Tiada Kejayaan?

Salam buat Anda, moga hari ini ceria hendaknya.

Terima kasih pada rakan-rakan pembaca blog motivasi ini yang mengirimkan sms berisi ucapan selamat Hari Raya Korban, Hari Raya Haji mahupun Raya Aidiladha. Terima kasih yang tak terhingga buat Iezah, DikMal, Nur, Zairi, Aleeya, Amaz, Ramzan, rakan-rakan dari forum WangCyber dan berpuluh lagi nama-nama pembaca yang tak sempat saya sebutkan. Inbox hanphone saya menampung 30 sms saja, tapi yang masuk 4 kali ganda dari jumlah itu. Terharu sungguh saya dibuatnya...

Teringat saya kata-kata Sam Witwicky dalam filem Transformers, "no sacrifice, no victory". Dari pengalaman saya sendiri, kata-katanya memang benar.

Kejayaan dicapai dengan pengorbanan. Walau pengorbanan yang dilakukan tu sedikit, namun ia tetap ada. Nur Amalina menjadi pelajar yang cemerlang kerana dia sanggup berkorban melepaskan hal-hal lain yang dilakukan oleh remaja seumur dengannya, seperti berjalan-jalan, berbual-bual dan mencari keseronokan bersama kawan-kawan..

Manakala Najmi sanggup berkorban masa mudanya di negara omputeh yang sangat struggle, tanpa bantuan kewangan hingga dia terpaksa bekerja 3 shift sehari semata-mata mahu menanggu kos pengajiannya. Akhirnya, berkat pengorbanan dan kesungguhan, Najmi merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang berjaya melakar sejarah membuat pembentangan di Parlimen United Kingdom. Najmi juga di iktiraf sebagai salah seorang pelajar terpintar di Asia Tenggara oleh akhbar Utusan Malaysia.

Dr Sheikh Muszapahar berjaya menjadi angkasawan Malaysia pertama kerana dia sanggup mengorbankan hampir 2 tahun dari masa hidup bujangnya berlatih di Russia supaya dia benar-benar bersedia menjadi rakyat Malaysia pertama ke angkasa lepas, menjadi orang Malaysia yang pertama merayakan Hari Raya Aidlilfitri di angkasa dan orang Melayu yang pertama makan ayam masak rendang di angkasa. Tidakkah itu menakjubkan? Personally, saya bangga dengan pencapaian beliau..

Namun, ada pengorbanan disebalik munculnya kejayaannya. Dr Sheikh Muszaphar kehilangan adik kesayangan tatkala beliau berada di kemuncak kejayaan misi angkasa yang diraikan dengan gembira oleh seluruh rakyat Malaysia. Berat mata kita memandang, berat lagi bahunya memikul.

Saya sebenarnya sangat cemburu dengan Dr Sheikh Muszaphar kerana nama "Dr Sheikh Angkasawan Negara" berada di bibir setiap rakyat Malaysia, dari budak tadika sehingga ke warga tua, selain rasa kagum, rasa cemburu hadir begitu saja. Mungkinkah saya akan mengikut jejaknya?.

Di dalam hati saya ini timbul impian moga satu hari nanti nama saya juga meniti di bibir setiap rakyat Malaysia dan mereka merasa bangga dengan pencapaian saya serta apa jua yang saya lakukan. It is my dream, my ambition, my goal.

Untuk Anda, saya berdoa moga perayaan kali ini membawa rahmat dan kesyukuran yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Moga Aidiladha bahagia ini membawa kegembiraan yang lebih ceria, lebih bermakna dari yang sebelumnya buat Anda sekeluarga, amin..

Selamat Hari Raya Aidiladha.


Shueqry
blogger motivasi Malaysia

LiveStrong Dan Blog Motivasi Saya

Tentu Anda tertanya-tanya, apa ke he nya saya meletak logo LiveStrong di sidebar kanan blog motivasi ini? Apa kena mengena LiveStrong dengan blog saya dan apa pula kaitannya dengan saya sebagai penulisnya? Mengapa harus saya dan bukan blogger lain?

Sebenarnya Logo LiveStrong tu adalah lambang misi peribadi saya menentang dan mengurangkan 'kanser' yang wujud pada masyarakat kita. Ia bukan penyakit yang boleh di diagnosis melalui radar komputer, tetapi penyakit negatif yang bersarang dalam fikiran, emosi, minda dan dan jiwa kita sendiri dan hanya boleh dikenalpasti melalui perkataan, perbuatan, tindakan dan perasaan negatif.

LiveStrong tandanya kita bulatkan tekad menguatkan semangat dan membina ketahanan mental berhadapan apa jua dugaan yang mendatang. Dalam hidup mental kita mesti kuat, berubah menjadi orang yang luar biasa dan yang ada matlamat. Baru ada motivasi dan kemajuan diri!

Kanser ini ada dalam kita, bahkan dalam pelbagai bentuk serta berubah-ubah. Dalam buku Jangan Main-main, Dr Tuah panggil PHD - Penyakit Hasad Dengki. Selain itu, saya percaya banyak lagi 'kanser' lain yang berakar umbi sekian lama. Walau kita sudah 50 tahun merdeka, tapi minda kita masih tak merdeka dari fikiran negatif dan emosi negatif yang merebak seperti sel-sel kanser.

Lance Armstrong dan LiveStrong.org pada diri saya adalah penyuntik inspirasi. Warna hitam dikaitkan dengan kesuraman, kekecewaan dan misteri manakala warna kuning pula dikaitkan dengan keceriaan, kesungguhan dan semangat yang tinggi. Sebab itu saya merubah blog ini dari warna merah-putih kepada hitam-kuning. Pada awal kemunculan blog "Shueqry Berkata", saya gunaka warna NavyBlue-Putih.

Sesuai dengan konsep pembangunan diri, kita bangun dari kekecewaan masa lalu, masalah dan keperitan lalu dan bergerak ke arah kejayaan dalam apa jua yang kita mahukan.

Saya dah lama anggap Anda sahabat saya, kawan saya dan penasihat saya kerana saya menulis di blog ini untuk Anda seorang. Jangan anggap saya asing, bukan orang lain melainkan sahabat karib Anda. Bila saya alpa, ingatkan saya. Bila saya tertidur, bangunkan saya dan bila saya terleka, please sedarkan saya, sesungguhnya cobaan di dunia ni datang dari banyak sudut, berbagai bentuk pula. Saya takut saya terleka dengan nikmat dunia mahupun kegirangan palsu di dalamnya.

Namun, itu takkan terjadi bila saya dan Anda bekerjasama. Kita sama-sama boleh cemerlang, bukan bersaing sengit untuk melihat siapa dulu yang dikira pemenang. Kejayaan yang paling manis adalah bila ia dicapai hasil kerjasama.

Kejayaan Lance Armstrong menjadi juara LeTour De France 7 kali berturut-turut adalah hasil kerjasama dari rakan sepasukannya. Kejayaan Edmund Hillary "mengkongker" punca Everest adalah hasil kerjasama dia dan penunjuk jalannya yang berbangsa Sherpa.

Jadi, tak salah jika seorang blogger motivasi berjaya dalam bidangnya hasil garapan kerjasama dari rakan-rakan pembacanya, betul tak?

Saya melihat senyuman terukir di bibir Anda.

Oh, manisnya!

Thank You :)


Shueqry
blogger motivasi Malaysia

Untuk Apa Menanam Benih Kejayaan

Saya memetik kata-kata Amar Mahmood, penulis yang saya kagumi dalam bukunya Rahsia Minda Jutawan di muka surat ke 13 :

"Sekiranya anda menanam benih-benih kegagalan dalam minda, Anda pasti bertemu kegagalan. Tetapi sekiranya Anda menanam benih-benih kejayaan, Anda pasti menuai hasil kejayaan."

Buku tulisan Amar Mahmood pernah saya ulas satu ketika dulu dan buku itu juga satu miracle bagi saya, kerana di saat motivasi saya menurun tiba-tiba, alam menemukan saya dengan buku itu. Dek terpesona dan kerana buku itu menaikkan motivasi diriku ini, saya terus membelinya.

Buku itu menjadi teman rapat saya, dah jadi koyak sedikit sebab selalu dibaca, diselak berkali-kali. Kata-kata Amar Mahmood menyedarkan saya...

Anda tidak dapat mengubah nasib yang Anda alami di masa lalu dan yang di masa sekarang, tapi Anda dapat mengubah nasib diri Anda pada esok hari dan di masa depan, sampai bila-bila. Apa yang berlaku di masa lalu takde kena mengena dengan masa kini dan masa akan datang.

Untuk berjaya, tanam benih-benih kejayaan dan suburi ia dengan siraman air motivasi, setiap pagi, tengahari, petang dan sebelum tidur.

Bila rajinkan diri buat begini, saya percaya mindset motivasi kejayaan tumbuh subur di minda Anda.

Set kejayaan hari esok pada petang hari ini.


Shueqry
blogger motivasi Malaysia

Bagaimana Memberi Semangat Pada Diri

Memberi semangat motivasi pada diri sendiri memerlukan Anda untuk mahir mendorong diri sendiri. Untuk mendorong diri sendiri, ikuti tips motivasi ini. Anda perlu :

1. Latih diri untuk mempunyai persepsi yang baik berkenaan realiti hidup.

2. Apa saja yang berlaku, positif atau negatif, cari hikmah disebaliknya. Dugaan Allah wujud dalam bentuk baik atau buruk.

3. Ambil pengajaran dari kisah benar yang berlaku di sekeliling Anda, gali motivasi tersirat sebanyak mungkin.

4. Set matlamat dan cetuskan motivasi yang membakar semangat Anda menuju matlamat tersebut.

5. Memantau diri sendiri, percakapan, perbuatan, perbualan diri sendiri dan respon fikiran pada situasi yang berlaku di sekeliling.

6. Rajin membersihkan hati, rajin bersyukur atas semua yang Anda ada.

Pendek kata, pilih untuk jadi orang yang ada motivasi!

Shueqry
blogger motivasi Malaysia

Selasa, Disember 18, 2007

Negatifnya Kita Dalam diam

Sebenarnya saya dah berkali katakan hal ini, namun lumrah kita sebagai manusia, ada yang dengar dan ada yang tidak. Ada yang mengambil iktibar dan ada yang tidak. Apa yang saya tulis di sini lebih kepada teguran dari seorang kawan.

Respon fikiran Anda pada orang lain, situasi, keadaan, perkara dan benda menentukan positif atau negatifnya Anda dari dalam minda. Anda adalah apa yang Anda lihat pada orang lain, adik beradik Anda, kawan, rakan sekerja mahupun orang serumah. Respon minda Anda dan tanggapan dalam persepsi Anda menentukan positif atau negatifnya attitude Anda.

Contoh, Program Angkasawan Negara. Sesetengah orang lebih banyak berfikir negatif tentang program itu, mengungkit tentang pembaziran duit hasil cukai yang dilakukan kerajaan dan kredibitili Dr Sheikh yang kononnya tak setanding dengan Angkasawan lain di luar negara. Pandangan sebegini adalah pendapat negatif dan bila Anda berpendapat yang sama, maknanya Anda berfikiran negatif. Walau tak banyak tapi ada. Ye tak?

Sesetengah orang pula, jadi cukup bersemangat bila memikirkan pencapaian Dr Sheikh Muszaphar yang baginya luarbiasa. Ada yang menjadikan beliau sumber inspirasi, penyuntik semangat dan role model untuk berusaha serajin mungkin. Jika Anda selalu jadi bersemangat bila memikirkan Dr Sheikh, maka Anda tergolong dalam golongan orang yang berfikiran positif. Tahniah!

Sedarilah bila Anda suka melihat pada aspek negatif dalam apa saja yang Anda perkatakan, pendapat Anda dan ayat-ayat yang terpacul dari mulut Anda, maknanya fikiran Anda negatif. Susah Anda nak tukar kepada fikiran positif dan tindakan positif bahkan Anda rugi kerana tidak dapat menggunakan kelebihan kuasa minda yang dikurniakan kepada kita sebagai khalifah dimuka bumi.

Dalam diam, Anda telah menggunakan kuasa minda separa sedar Anda untuk menarik situasi-situasi negatif yang Anda sendiri tak mahu, seperti masalah kewangan, kemurungan emosi, stress ditempat kerja, susah hati, hubungan peribadi yang bermasalah dan hutang yang tak berkesudahan. Soal fikiran positif dan negatif sebenarnya hal yang remeh tapi kebanyakan kita terlepas pandang hal asas sebegini.

Jika kita negatif dari dalam minda, maka negatif juga hasil yang kita dapat walau sekuat mana usaha. Orang yang berfikiran negatif dan bertindak negatif, jalan hidupnya negatif saja, mendatar dan takde kemajuan, sebab fikirannya menarik fikiran orang lain yang negatif, situasi negatif dan hasil usaha yang negatif. Graf hidupnya tak menceracak, tapi masih di garis yang sama.

Tukar pemikiran Anda hari ini. Lihat sinaran mentari disebalik mendungnya awan tengahari. Lihat aspek positif dalam apa jua keadaan dan latih diri untuk bersangka baik pada Allah, takdir dan apa jua yang mendatang. Baik atau buruk, Anda adalah apa yang Anda fikirkan.

Berfikiran negatif membuat Anda ketinggalan.

Orang lain dah maju, Anda masih terceruk di situ.

Get Up!

Shueqry
blogger motivasi Malaysia


Pandang Ke Masa Depan

Salam pembaca blog, artikel motivasi kali ini agak panjang. Tiapkali mengingat memori masa lalu, memang timbul rasa sedih, takut dan kesal bahkan ada yang ekstreme lagi, menjadi trauma yang berakar umbi jauh ke dalam. Saya bersimpati atas apa jua yang melanda Anda, kecil atau besar.

Tugas saya sebagai blogger motivasi sama dengan pakar-pakar motivasi Malaysia yang lain seperti Dr Fadzilah Kamsah, Dr Tuah dan Dr Fazley. Tanggungjawab mereka memberi semangat, panduan praktikal dan booster motivasi, semuanya dari kami panduan dan cara semata-mata, terpulang pada Anda mahu bertindak mengikut atau mempersoalkan sahaja apa yang diajarkan.

Pilihan di tangan Anda dan sesiapa jua yang membaca tulisan di blog motivasi ini. Berkesan atau tidak tips motivasi yang kami berikan bergantung pada tindakan Anda, kesanggupan Anda memberi semangat pada diri sendiri dan kesungguhan Anda untuk melupakan memori pahit di masa lalu, berani memandang jauh ke depan serta mengikut panduan yang kami ajarkan, yang kami kongsikan. Maka rugi sebenarnya jika Anda kata Anda sudah membaca beratus buku motivasi, mendengar CD motivasi dan mengikut seminar motivasi tapi pencapaian Anda masih tak kemana-mana. Heran juga, bila panduan itu berkesan pada orang lain, maka ia boleh berkesan pada Anda juga, mesti ada sesuatu yang menghalang.

Sebenarnya Anda kurang bertindak menggerakkan diri sendiri. Usah menghabiskan masa berfikir itu ini tapi lebihkan banyak masa kepada usaha praktikal dan tindakan berterusan mengikut panduan yang diberi oleh pakar-pakar motivasi ni.

Duduk seharian berfikir dan merancang kemudian tak buat satu apa tu membazir namanya. Jangan begitu. Please..

Biar kita mengubah nasib dengan rajin berusaha merubah diri, menggali ilmu, mengawal emosi, bersabar dan istiqamah dalam melakukan tindakan. Lepaskan segala memori buruk yang lalu, LET GO dan jangan sesekali biar ia menghantui hidup kita sekali lagi kerana ia membuat kita tak berkembang, tak mencapai apa-apa dan tak kemana-mana.

Umpama kita asyik terceruk di satu sudut, duduk sendiri-sendiri meratapi masa lalu yang menyedihkan kita berhari-hari, sedangkan dalam masa yang sama orang disebelah rumah kita gigih berusaha dan mendapat hasil berganda-ganda sedangkan kita asyik mengenang masa lalu, tak buat satu apa untuk bekerja mencapai seperti apa yang mereka capai.

Siapa yang maju dan siapa yang berjaya? Mereka, bukan kita. Siapa yang nak disalahkan? Tunjuk jari pada diri sendiri. Kita takde kemajuan, bahkan semakin tergapai-gapai kelemasan dalam dunia ciptaan kita sendiri.

Saya tahu cakap memang senang, kalau saya ditempat Anda saya faham cemana payahnya. Tapi, andai saya menjadi adik Anda atau abang Anda mahupun kekasih Anda, akan saya 'paksa' Anda untuk ubah mindset dan menunjuk Anda apa yang mesti dilakukan.

Sayangnya saya hanya mampu menggunakan blog motivasi ini untuk memberi petunjuk pada Anda, bukannya berada di depan mata Anda mahupun berkata terus pada Anda, biar Anda jadi cukup bersemangat, sesemangat yang mungkin dan biar Anda nampak jalan ke depan, bukannya asyik menoleh ke belakang di masa lalu.

Pendek kata, usah lagi mengingat kenangan pahit, kini masanya untuk berubah. Kuatkan semangat dan mulakan langkah menuju ke hadapan. Pandang ke masa depan! Anda takkan rugi kerana Anda akan menjadi semakin maju, mencapai yang lebih baik dari sebelumnya dari segi emosi, kerjaya, jati diri, keluarga, perhubungan dan kewangan.

Ini bukan sekadar cakap dan bukan sekadar tulisan tapi lebih kepada keinginan meluap-luap seorang kawan yang mahu melihat kawannya maju dan mampu membangunkan diri sendiri, bukan tenggelam dalam emosi kesedihan beserta kemurungan.

Hentikan semua itu, lap air mata dan tabahkan hati memulakan hari yang baru. Pandang ke masa depan! Kita perlu istiqamah menjadikan hari esok lebih baik dari yang kelmarin dan pastikan ilmu yang kita dapat hari ini lebih banyak dari yang berjaya kita dapat pelajari kelmarin.

Anda boleh kuatkan semangat, jika Anda masih tak boleh sebenarnya Anda belum buat sehabis daya untuk menahan emosi dan sehabis daya melupakan memori lalu yang sering menghantui Anda. Walaupun Anda dah cuba sedaya upaya, tapi melihat dari hasilnya saya boleh kata hasil Anda sekerat cuma. Masih sedikit. Bukan sehabis daya, tapi macam baru nak mula. Anda mesti usaha lagi!

Bertekad untuk tidak mengalah pada emosi adalah cara terbaik. Emosi kecewa dan merasa diri malang atau menyusahkan orang lain sebenarnya perasaan yang memusnahkan diri Anda sendiri. Orang lain takkan buat apa-apa bila Anda kata begitu kerana Anda sendiri yang kata Anda menyusahkan, sedangkan pada orang lain perkara itu biasa saja. So, kalau nak minta tolong pada orang lain, minat tolong sungguh-sungguh, jangan main sorong tarik, nak tak nak saja. Mereka sudah tentu naik heran.

Fikiran kita membentuk tindakan kita. Apa ada di dalam minda kita sebenarnya membentuk luaran kita, persekitaran kita dan suasana di sekeliling kita sama ada baik atau buruk.
Jadi, untuk menguatkan semangat Anda mesti yakinkan diri yang Anda boleh jadi orang yang kuat semangat. Baca kisah-kisah orang yang berjaya keluar dari kesempitan hidup dan lihat orang disekeliling Anda yang hidupnya teruk daripada Anda, kekadang ada yang merana dan yang merempat.

Cari mereka dan bandingkan dengan diri Anda. Untuk memberi semangat pada diri sendiri, Anda perlu istiqamah memberi semangat pada orang lain dulu. Lama-kelamaan Anda dapat rasai kesannya.

Jangan kata tak boleh dan tak kuat. Biar kita yang sepatutnya mengawal emosi, bukan emosi yang mengawal kita. Biar Anda seorang gadis, seorang perempuan yang fitrahnya lemah, tapi semangat biar kuat bila kita nak merubah diri ke arah yang lebih baik dan mahu membangunkan diri dari segala kesilapan lalu yang sememangnya pahit untuk dikenang, perit untuk dilupa.

Apa yang terjadi di masa lalu takkan pernah sama dengan apa yang akan berlaku di masa kini dan di masa hadapan. Kepahitan di masa lalu takde kena mengena dengan masa sekarang. Jadi, kenapa harus menghukum masa sekarang dengan mengheret keperitan masa lalu? Itu tak adil, sepatutnya masa sekarang perlu dinikmati, bukan diratapi.

Yang dulu tu dulu, yang sekarang, sekarang. Jangan samakan dengan yang dulu, jangan!
Saya faham keadaan Anda dan saya merasa kesedihan Anda, tapi terus terang saya mahu melihat Anda berubah. Kesedihan, kekecewaan hanya akan membuat diri kita semakin hancur, iman makin menipis dan emosi semakin menghiris. Bila tak rapuh, mental boleh jadi sakit dan Anda boleh menjadi kurang siuman. Moga dijauhkan.

Maaf tulisan saya kali ini agak panjang. Saya benar-benar mahu membantu, tapi saya hanya dapat menggunakan blog motivasi ini sebagai medium komunikasi selain email dan SMS. Saya sebenarnya tujukan post kali ini pada seorang gadis, sesungguhnya saya bersimpati atas semua apa yang menimpanya dan saya benar-benar mahu melihat dia mampu menguatkan semangat.

Andai kata saya tinggal di semenanjung, serta merta saya pergi berjumpa dengannya, tapi hanya blog motivasi ini yang menjadi pengantara. Dari sms dan email yang dikirimkan, menitis air mata saya membacanya, sedih sungguh.

Tapi yang membuat saya terkilan, dia berkata masalah dia tak dirasa oleh saya dan cakap saja memang senang, bagaikan saya tak faham masalah dirinya dan ibarat saya menjawap ala kadar saja. Maafkan saya jika tulisan ini sedikit pedas, namun saya yakin hanya ketegasan yang memberi kesan bila kelembutan bagai takde impaknya.

Saya juga yakin bukan dia seorang saja yang dilanda trauma, kesedihan, kemurungan dan kekecewaan. Dunia tak pernah menghukum kita, tapi kita yang tersilap menghukum diri sendiri melalui tafsiran minda yang salah pada apa yang berlaku di sekeliling. Musibah diturunkan oleh Allah atas dosa-dosa kita yang lalu.

Masalah diturunkan oleh Allah kerana DIA mahu mendengar suara kita memuji-muji namanya dan menzikirkan tasbih kepadanya. Bukankan kita ini hambanya? Jiwa kita rasa kosong dan hati rasa tak keruan kerana secara fitrah ia kekurangan makanannya.

Allah takkan merubah nasib kita, rezeki kita dan hidup kita jika kita yang tak berusaha merubah usaha, mengupgrade emosi kepada yang positif dan menguatkan mental walau berdepan seribu satu dugaan, kegagalan, keperitan.

Makanan bagi jiwa adalah zikir dan rasa kehambaan pada Yang Maha Esa. Jika kurang, Anda senang merasa tertekan, sedih, kecewa, murung dan selalu berduka, bahkan merasa takdir Tuhan tak adil kerana memberi Anda masalah.

Seringkali kita mempersoalkan kenapa masalah itu berlaku dan mengapa ia muncul di masa sekarang, tapi kita mempersolkan mengapa kita seringkali melupakan DIA dan seringkali alpa pada Quran serta Sunnah Rasulnya. Setiap masa, kita jauh darinya kerana kita kurang istighfar, kurang bersyukur atas apa yang kita ada dan kita tak dekat dengan keberkatan ibu bapa.
Secara naluri, jiwa kita mahu kembali kepada alam.

Kita merasa tenang dan damai bila memijak rumput hijau yang dingin dan menghirup udara segar yang ditiup oleh angin dingin semilir. Tapi jiwa kita makin sakit bila memijak lantai mozek di bawah sinaran lampu kelab malam dan menghirup udara sejuk penghawa dingin bila bersantai bersama minuman keras ditangan. Walaupun merasa sedikit tenang dan tekanan hilang, cara itu kesannya hanya sementara.

Dalaman kita mempengaruhi luaran kita. Untuk merubah luaran, kita perlu memgubah dalaman dulu. Membaiki kereta enjin yang rosak bukan bermula dari luar, tetapi dari dalam. Untuk membaiki minda yang "rosak", perlu bermula dari dalam emosi dan terus ke hati, kerana hati berkomunikasi terus dengan minda separa sedar Anda.

Maaf, tulisan ini panjang, saya rasa macam tak cukup lagi.

Tapi, inilah semua yang apa yang saya mahu sampaikan pada dirinya.. moga dia sedar, yang sinar mentari tetap akan ada disebalik mendungnya awan..


Shueqry
blogger motivasi Malaysia

Ahad, Disember 16, 2007

Kesedaran Dari Ayat Al-Quran

Salam pembaca blog. Apa khabar Anda hari ini? Moga dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Terkejut? Maafkan saya.

Terus terang saya katakan, berpusu-pusu SMS masuk ke handphone saya meminta jangan terlalu lama berundur dari blog ini atau membiarkannya lebih dari seminggu, ada pembaca blog motivasi ini yang mengaku tak bersemangat jika saya mengundurkan diri, walaupun sementara. Benarkah? Oh, sungguh tak disangka..terharu saya..

Terima kasih pada Anda, saya merasa sungguh dekat dan sungguh dihargai, walapun saya tak pernah jumpa Anda dan berada jauh di Kota Kinabalu pula. Bersemangat saya bila baca pesanan-pesanan SMS yang dihantar, terutamanya dari saudara Nailofa, Mr. A, Zairi dan saudari Aleeya, terima kasih..semalam merenung tafsir ayat Al Quran di bawah ini yang membuat saya berfikir panjang:

"Bukankah kami (yakni Allah) telah melapangkan dadamu ya Muhammad. Dan kami telah ringankan bebanmu yang berat yang memberati belakangmu. Dan kami tinggikan (muliakan namamu). Sesunggunnya di dalam kesukaran itu ada kemudahan. Sesungguhnya di dalam kesukaran itu ada kemudahan. Apabila engkau telah selesai (mengerjakan) suatu pekerjaan, maka bersungguh-sungguhlah (meskipun dengan bersusah payah untuk mengerjakan yang lain pula). Dan kepada Tuhanmulah kamu berharap."Maksud surah Al Insyirah ayat 1-8.

Ayat tersebut sangat memotivasikan saya. Lalu timbul kesedaran, memberitahu saya supaya terus konsisten menulis di blog motivasi ini walaupun bersusah payah. Keadaan saya sekarang memang payah, tanpa kemudahan Internet dari rumah seperti biasa dan terpaksa berulang-alik ke cyber cafe yang bukan dekat jaraknya. Namun saya yakin, Allah dah berjanji disebalik kesukaran ada kesenangan.

Saya niatkan menulis di sini sebagi ibadah. Menulis adalah minat saya dan saya jadi lebih bersemangat bila tahu apa yang saya sampaikan melalui penulisan memberi kesan mendalam pada orang lain, terutama yang mencari-cari diri sendiri dan yang rasa kosong (situasi yang saya sendiri lalui dulu). Saya kena tabah, konsisten dan positif dalam menjalani kehidupan dan saya yakin disebalik kepayahan yang saya lalui sekarang, ada kesenangan yang lebih berpanjangan nanti. Ini satu ilmu yang saya tak dapat di tempat lain.

Saya tetap berusaha sekuat daya walaupun agak payah. Dalam pada itu sungguh banyak pengajaran tersirat yang saya pelajari yang memotivasikan diri. Melihat kesusahan orang lain, saya bersyukur kerana Allah mengurniakan saya bakat menulis dan kepintaran untuk mendepani rintangan hidup. Saya bukan lagi orang biasa, dah lama saya tukar mindset menjadi orang luarbiasa. Extra mind, extra mile, extra mild bak kata Dr Tuah.

Sesungguhnya bakat ini diberi for a reason. There must be a reason. Saya muhasabah diri dan minta petunjuk hala tuju sebenar hidup saya. Sukar untuk saya terangkan, dalam Inggeris dipanggil "lucid dreaming". Yang muncul adalah wajah ibu bapa saya. Selepas bertanya, saya mendapat jawapan.

Hala tuju hidup saya adalah dalam bidang pendidikan dan penulisan. To lead and to inspire others. Bukan seperti jejak langkah keluarga saya yang kebanyakannya guru, tapi di level yang lebih tinggi daripada itu. Anda sudah melihat jalan pemulanya melalui blog motivasi ini. My destiny is by serving others.

Saya tahu ini bila melihat pada ilmu sains Numerology dan nombor diri saya adalah 6, means i am "the server". Itu juga nombor yang sama pada nama penuh Dr Fazley Yaakob. Saya akan terangkan satu hari nanti apa makna Numerology dan bagaimana Anda juga boleh mengenali diri sendiri dan hala tuju hidup Anda melalui nombor. Ia sebagai panduan saja, tapi sangat berguna untuk lebih mengenali diri sendiri. Lagipun, bila dah kenal diri, senang untuk kita memberi booster motivasi sebab kita dah kenal hala tuju kita ke mana.

Insya Allah saya selalu update blog motivasi ini seperti biasa, takpe walaupun hanya dari cyber cafe saja. Saya boleh jimatkan masa dengan menulis dulu di rumah, save dalam pen drive dan publishkan. Semua ini sementara, segalanya akan kembali seperti biasa juga bila modem saya dah ok dan rumah saya juga dah ok.

Saya mohon pada Anda doakan agar urusan saya dipermudahkan. Saya juga sentiasa berdoa agar semuanya berjalan lancar. Ruang masa yang ada saya gunakan untuk membaca dan terus membaca. Moga dengan itu, saya dapat kongsikan lebih banyak ilmu pada Anda dan sesiapa jua yang membaca blog motivasi ini.

Love and friendship,

Shueqry
blogger motivasi Malaysia.

Jumaat, Disember 14, 2007

Berhenti Seketika

Salam pembaca blog, moga Anda sentiasa bermotivasi hendaknya.

Sedikit update dari saya, buat masa ini saya menghadapi cabaran modem yang rosak (mujur masih dalam tempoh warranty) dan menunggu installer berkenaan untuk menghubungi saya. Proses ini ambil masa sebab saya tidak di berikan number fon installer tersebut untuk saya hubungi dengan lebih cepat dari biasa. Jadi, saya kena tunggu, tunggu dan tunggu.

Tambahan pula, di musim perayaan Hari Raya Haji dan Krismas, urusan-urusan rasmi terpaksa ditangguhkan buat masa itu, paling cepat akan resume semula pada 2 Jan 2008. Nampaknya tahun depan baru kita berjumpa di post terbaru blog motivasi ini.

Dalam masa yang sama, saya dan kawan-kawan dalam proses berpindah ke rumah baru, jadi saya kena tunggu kontraktor TmNet untuk sambung internal wiring talian telefon baru di rumah baru. Sekali lagi, saya kena tunggu, tunggu dan tunggu. Last year saya tunggu kontraktor TmNet dekat sebulan dari 1 November 2006 (baru kena pasang 20 November 2006 dan streamyx saya di install pada 28 November 2006, jam 5 petang) tak tahu kalau time ni saya kena tunggu sebulan juga.

Means, saya ada 3 cabaran dalam masa yang sama. Pertama modem saya yang tak dapat dihidupkan tiba-tiba. Kedua, pindah rumah baru dan yang ketiga, tunggu kontraktor TmNet untuk pasang talian telefon yang baru.

Kami berpindah rumah kerana kontrak rumah sewa yang sekarang ini akan selesai pada Feb 2008 dan kalau disambung, kos sewa akan meningkat. Tuan rumah saya dah jumpa rumah baru dan sekarang masih dalam proses ubahsuai. Walaupun saya menghadapai 3 cabaran sekaligus (masalah saya panggil cabaran), ada banyak hikmah tersirat disebaliknya.

Bukan setakat beberapa hari saya takde income dari Internet, bahkan memakan masa berbulan. Punca pendapatan saya 100% dari Internet, means kena buat kerja offline buat sementara waktu untuk menjana pendapatan sehingga semuanya ok seperti biasa.

Saya buat servis membaiki komputer dan laptop pada masa itu untuk menyara hidup. Walau tak banyak, namun cukup untuk belanja makan dan sewa rumah. Saya takut nak log in akaun PayPal saya dari cyber cafe kerana ia boleh membuatkan akaun saya dibanned sebab IP address yang berbeza, nanti diorang ingat kena hack.

Adsense saya tak dapat nak pergiatkan lagi promosi blog-blog sebab tak dapat nak online. Maxis 3G kat KK masih blum ada, cuma Celcom Broadband, tu pun kos modemnya yang kecil warna putih tu berharga RM1,120. Handphone pula saya masih gunakan Nokia 3310 kerana hanphone tu ada sentimental value buat diri saya, saya gunakan hanya untuk tujuan komunikasi, bukan untuk dengar MP3, main games, download ringtone, wallpaper, online games mahupun sebagai 3G modem.

Kos kewangan bukan permasalahannya, tapi cepat atau lambatnya installer yang ditugaskan oleh pihak TmNet tu yang menjadi cabaran. Saya diberitahu memang mereka agak sibuk lebih-lebih lagi pada penghujung tahun. So, sekali lagi kena tunggu, tunggu dan tunggu.

Saya meminta maaf pada Anda sebab tak dapat menulis artikel-artikel motivasi di sini untuk perkongsian kita bersama buat sementara. Saya minta maaf banyak-banyak. Oh, Maafkan saya. I'm sorry..

Doakan agar urusan saya cepat selesai dan blog motivasi ini "hidup" semula. Saya tak seronok kalau sehari tak menulis untuk blog ini, tambahan pula bilangan subscribers saya kian bertambah. Oh, saya minta maaf sekali lagi. Please forgive me..

Pada Hari Raya Haji nanti saya tak balik ke kampung, sebab proses pemindahan rumah, barang-barang kami agak banyak, terutama saya dengan kotak CPU usang dan monitor yang besar (dan kekuningan!) serta buku-buku saya yang kini dah mencapai 250 buah kesemuanya meliputi topik motivasi, finance, marketing, spiritual dan bisnes. Kalau di susun meninggi dah jadi macam menara KL nu.. saya dah boleh buka perpustakaan mini.

Itu saja untuk kali ini. Bukan niat di hati saya untuk mengelak dari tugas menulis artikel-atikel motivasi buat tatapan Anda, namun cabaran datang tanpa di duga, bukan dipinta oleh saya mahupun ditarik oleh minda saya. Pada Anda yang membeli produk-produk info dari link referral saya (Sistem Rahsia v2, Panduan Raja Adsense, eBook Magnet Rezeki) terima kasih banyak-banyak saya ucapkan, tak tahu saya nak balas dengan apa.. semua itu menaikkan lagi semangat saya untuk menulis artikel-artikel motivasi di sini. Terima kasih.

Chat box akan tetap ada dan kawan-kawan saya tetap ada di sini, terutamanya DikMal. Dengan rasa rendah hati saya mengucap terima kasih yang tak terhingga pada DikMal, dia banyak membuat saya jadi bersemangat menulis di blog ini. Personally to DikMal, Thank You.

Well, saya meminta diri buat sementara saja. Saya jarang ada di sini, cuma sekali sekala menyelit di ruang chat.

Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh tinggalkan mesej di ruang chat atau SMS kan saja ke 016 834 0107 atau email ke shueqry@yahoo.com atau shueqry@gmail.com (email yang banyak berlambak tak sempat saya jawap, sorry..)

Jaga diri bebaik, dekatkan diri dengan bahan-bahan motivasi. Jadikan ia seperti mandi, ada setiap pagi, tengahari, petang dan sebelum tidur.

Anda rugi kalau takde motivasi!

Jumpa di tahun depan.


Shueqry
blogger motivasi Malaysia.

Khamis, Disember 13, 2007

Tips Mengawal Perasaan, Emosi dan Diri

Salam pembaca blog, moga Anda berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Dalam tips motivasi kali ini saya berkongsi dengam Anda beberapa langkah untuk mengawal perasaan. Sometimes bila kita landa masalah atau gusar sebab memikirkan sesuatu, kita susah nak mengawal rasa takut, susah hati atau rasa tak sedap hati yang tak berkesudahan.

Kesannya, Anda susah nak kawal diri. Sampai ke satu tahap, menyalahkan Tuhan kerana memberi Anda musibah. Jadi, untuk mengawal diri sendiri, emosi dan perasaan, caranya :

1. Banyakkan istighfar dan selawat
Saya tahu bunyinya remeh, tapi setelah selalu banyak beristighfar dan mengucap selawat dalam sehari, hati rasa tenang, jiwa rasa damai dan terasa ada harapan menempuh apa jua yang mendatang.

Sukar untuk saya terangkan di sini, tapi setelah mengamalkannya, saya boleh mengawal emosi dengan lebih matang dan tenang berdepan segala cabaran. Istighfar dan selawat tu lafazakan dengan ikhlas, dengan niat ibadah untuk mendekatkan diri pada Allah s.w.t.

2. Zikir dalam Hati
Minda separa sedar sensitif pada apa yang Anda bicarakan di dalam hati. Untuk mengawal emosi, Anda perlu terlebih dahulu pandai mengawal minda separa sedar kerana emosi kita semuanya datang dari situ.

Untuk mengawal minda separa sedar dengan baik, Anda perlu selalu bermeditasi, iaitu dengan mendiamkan diri dan bertenang, setenang yang mungkin paling kurang selama 10 minit dalam sehari. Cari tempat yang sunyi, jauh dari gangguan dan luangkan masa untuk bermeditasi. Selalu bertenang dan relaks, be in control.

Meditasi yang paling baik adalah yang disertakan dengan zikir untuk menenangkan hati. Amalan zikir memberi ketenangan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Bila jiwa tenang dan hati bersih dari segala kerunsingan, mudah untuk kita mengawal diri, emosi, perasaan dan kata-kata.

3. Kawal Apa Yang Anda Katakan dan Apa Yang Anda Fikirkan.
Bila Anda melihat orang lain, perangai mereka, kata-kata mereka dan apa saja yang datang dari mereka, fokus pada nilai-nilai positif yang ada pada diri mereka. Fokus pada tu saja, bukan keburukan mereka dan segala yang tak baik pada mereka. Dengan ini, Anda melatih minda separa sedar Anda menjadi positif.

Bila kita cenderung untuk melihat keburukan orang lain dan kejahatan orang lain, attitude kita mula terarah kepada yang negatif. Jadi, minda separa sedar kita terdidik untuk melihat kepada yang negatif, yang buruk, yang jahat, yang membuat kita sangsi dan yang rasanya akan menyusahkan kita saja, padahal tidak.

Kesannya, kita senang bersangka buruk pada orang lain, situasi, perkara, keadaan, benda dan apa saja yang melanda kita. Lantas, tiba pada satu masa, terasa susah untuk kita mengawal diri.

Untuk mendapat hasil positif, kena tanam benih yang positif.

Hukum alam ni dinamakan hukum "sebab dan akibat".

Anda adalah apa yang Anda fikirkan. Muhasabah diri sendiri sekarang juga.


Shueqry
blogger motivasi Malaysia

p.s. Modem yang baru masih saya belum dapat lagi, kena tunggu yang baru. Saya update blog motivasi ini dari cyber cafe di tingkat 2, Centre Point shopping complex, Kota Kinabalu. Blog-blog lain dah terbiar, means saya takde income untuk beberapa hari..

Rabu, Disember 12, 2007

Ayat-ayat Cinta

Tajuk artikel kali ni adalah dari tajuk sebuah novel tulisan seorang penulis Indonesia.

Setelah banyak kali baca novel Ayat-ayat Cinta (terutama bila motivasi menurun) timbul berbagai inspirasi dan semangat tiba-tiba muncul. Benar seperti apa yang ditulis pada muka depan novel tersebut, novel ini memang sebuah novel pembangun jiwa. Banyak ciri-ciri perwatakan Fahri, watak utama novel tersebut yang saya serap menjadi tabiat diri saya.

Dah banyak kali saya selesai membacanya, berapa kali dah tak ingat lagi tapi saya suka baca halaman-halaman tertentu yang saya tandakan, terutama di tengah bermula di muka surat 250 saat Fahri bertemu Aisha tanpa purdahnya. Apa yang terkandung di muka surat tu? Mengapa pula isinya menarik hingga membuat saya menulis ulasan Ayat-ayat Cinta kat blog motivasi ni? Baca novel Ayat-ayat Cinta dulu sampai habis, Anda akan tahu jawapannya.

Terus terang saya terfana menatap sepasang mata gadis Arab di sebalik purdah putih yang menjadi cover depan novel tersebut. Dengan rasa rendah diri, terus terang saya mengaku saya suka tengok mata gadis hijau tu, sampai terbawa-bawa dalam mimpi hingga membuat saya angau selalu.. siapa dia agaknya ya?

Sejak di tingkatan 4 saya minat lagu Arab, terutama lagu Amr Diab dan bila balik kampung, saya suka tengok channel Art yang menayangkan video lagu Arab serta talk show bahasa Arab.

Minat pada bahasa Arab bermula dari Ustaz saya yang mengajar dalam kelas Bahasa Arab Tinggi dan Bahasa Arab Komunikasi di bangku sekolah. Sekolah saya dulu namanya SMK Agama Tawau, kini ditukar kepada SMK Agama Tun Sakaran.

Niat di hati mahu melanjutkan pelajaran di tanah Arab tapi tak kesampaian, syukur saya berjaya melanjutkan pelajaran di UiTM (waktu tu masih ITM) Kota Kinabalu dalam bidang kewangan. Jauh lari minat saya..subjek Bahasa Arab dua semester saya skor abis!

Di waktu rehat saya jadikan novel Ayat-ayat Cinta peneman hati dan sebelum tidur, saya baca beberapa halaman untuk penenang jiwa. Novel tu bertukar kaler dari pink kepada kelabu asap, kotor dengan tulisan pensel dan koyak sedikit sebab banyak kali diselak berbanding buku-buku saya yang lain.

Pernah beberapa orang kawan meminjam novel Ayat-ayat Cinta tetapi tak faham jalan cerita yang disampaikan oleh penulisnya. Hairan juga, saya dah banyak kali khatam novel tu, mungkin sebab ketebalannya, membuat orang lain payah nak membaca hingga ke perkataan ayat terakhir di kala Maria meninggal dunia.

Penulis Ayat-ayat Cinta adalah Habiburrahman El Shirazy dan novel Ayat-ayat Cinta merupakan novel best seller di Indonesia yang berlatarbelakangnya budaya masyarakat Mesir. Saya temui Ayat-ayat Cinta di kedai buku Popular Kota Kinabalu.

Tanpa berfikir panjang saya beli terus di kala itu juga tanpa membeleknya dulu. Dek tertawan oleh renungan mata gadis Arab tu dan ulasan Pak Samad di bahagian belakang novel Ayat-ayat Cinta, saya rembat terus.

Ntah kenapa, saya minat sungguh dengan budaya Arab, lagu Arab dan irama percussion muzik Arab, lebih-lebih lagi bila di mix dengan irama sitar India dan sedikit pengaruh irama Spanish, seperti dalam lagu Amr Diab "Awedoni" dan lagu Kias Fansuri nyanyian M.Nasir.

Oh, saya personal sedikit kali ini.

Love and friendship spirit,

Shueqry
blogger motivasi Malaysia

p.s. : Modem saya rosak, tak dapat nak on mungkin sebab terlalu lama pakai lebih 12 jam sehari. Saya update blog dari cyber cafe.

Selasa, Disember 11, 2007

Thanks To Irfan Khairi

Salam pembaca blog, bertemu kita sekali lagi di blog motivasi ini.

Sedikit info, Dr Irfan Khairi telah dilantik menjadi duta MIBO - Malaysian Independent Business Ownership yang majlisnya berlangsung baru-baru ini. Saya terlepas info sebab dah sekarang dah jarang masuk ke blog Irfan. Ramai kawan-kawan yang mengenali nama "Shueqry" di sana yang selalu berkunjung ke blog motivasi ini dalam diam, terima kasih yang tak terhingga buat Anda.



Irfan Khairi telah menemukan saya dengan DikMal serta beberapa usahawan hebat yang lain. Sebelum itu, Irfan Khairi juga yang turut mengubah diri saya serta membuatkan saya bersemangat membulatkan tekad berani bekerja sendiri berdepan dengan 7,777 jenis cabaran (mahupun cobaan!) yang tak ketentuan.

Sewaktu pertama kali menatap buku yang ditulis oleh Irfan Khairi, terus terang saya betul-betul menyesal sebab tak mula bekerja keras dari awal remaja lagi untuk menjadi orang yang cemerlang, yang jadi kaya dan yang berjaya seperti dia. Time tu saya benar-benar terpukul, nyesal sungguh saya.

Pada umur 25 tahun, saya masih seorang anak muda yang takde matlamat hidup, asyik dilanda keboringan dan tak tahu apa sebenarnya yang saya mahu lakukan dengan hidup saya. Sedangkan pada umur tu Irfan Khairi dah bergelar jutawan Internet, mendapat untung bersih satu juta ringgit dari perniagaan Internetnya.

Saya pula, apa yang saya capai? Cuma asyik dengan cita-cita yang tak ketentuan dan selalu berubah-ubah.

Andai kata masa boleh diputar semula, saya mahu set minda saya kepada mindset jutawan dan bekerja keras seawal umur remaja untuk mencapai matlamat tersebut, walau dengan apa jua cara yang dihalalkan dan dibenarkan oleh Islam. Bukan setakat untuk orang lain tapi untuk masa depan saya sendiri.

Syukur alhamdulilah, sekarang masih tak terlalu lewat untuk saya 'start enjin' lalu bekerja keras kejor pencapaian orang lain. Pada graduan-graduan dan adik-adik di luar sana, dont waste your time. Set a target and move on. Jangan sia-siakan kelulusan, harapan ibu bapa dan umur yang masih muda.

Saya 5 tahun yang dulu benar-benar seorang anak muda yang rugi, sebab saya takde apa-apa matlamat yang nak dicapai dan takde apa yang nak dikejar, jadi untuk itu takde apa-apa ilmu yang mahu digali, sebab saya tak taw apa yang saya mahukan sebenarnya. Ini pengakuan terus terang dari saya.

Jika Anda selalu rasa boring, sebenarnya Anda tergolong dalam kalangan orang yang rugi.. Mulai saat Anda baca blog ni, Ubah sikap tu, sibukkan diri cari ilmu, rajin membaca dan cuba set azam nak capai impian, walau apa pun ia dan walau cemana mustahilnya ia nak dicapai. Dream BIG!

Sewaktu saya berumur 25 tahun, cuma 3 perkara yang saya tahu. Pertama, bangun pagi pergi kerja. Kedua, rasa bosan di waktu malam dan di hujung minggu. Ketiga, akhir bulan dapat gaji pergi pas tu joli sana sini bersama kawan-kawan.

Itu fakta kitaran hidup saya semenjak hari Jumaat, 7 Februari 2003 (hari pertama saya bergelar seorang pekerja). Terasa macam dalam putaran roda, kat situ-situ saja. Takde perkembangan, takde kemajuan dan cuma penambahan pada angka umur.

Saya takde motivasi dan takde inspirasi, mujur ada Irfan Khairi yang menyuntik kesedaran dalam diri saya.

To Irfan, from the bottom of my heart, thanks to You for inspiring me, motivating me.

... giving me one precious chance to be the best that I can be!


Shueqry
blogger motivasi Malaysia

Tips Berkaitan

Kesedaran Diri Positif

Salam pembaca blog, saya doakan moga Anda sihat dan cukup bersemangat.

Dalam tips motivasi kali ini saya memetik kata-kata Dr Fadzilah Kamsah, katanya "orang-orang yang berjaya mempunyai ciri-ciri kesedaran diri yang mendalam, mereka sentiasa mempraktikkan kesedaran diri yang positif. Dalam diam, mereka tahu dan mereka kenal sangat diri mereka bagaimana dan siapakah diri mereka, kebolehan, kekuatan, kekurangan dan keunikan mereka".

Selain itu, mereka juga tahu apa yang mereka mahu tahu dan mempunyai peta hidup yang cukup jelas, selalunya dirangka untuk jangka masa 7 hingga 10 tahun ke depan. Masa yang ada dimanfaatkan sepenuhnya serta tak membenarkan sesekalipun fikiran negatif, tanggapan negatif mahupun sikap negatif duduk bersarang (mahupun bersawang!) dalam minda mereka.

Bahkan mereka mengisi minda dengan hal-hal yang positif saja, sebanyak yang mungkin sepositif yang mungkin. Orang-orang yang berjaya sentiasa dahagakan ilmu.

Selain nak memajukan diri, itu dah menjadi kebiasaan mereka supaya cintakan ilmu, suka mempelajari sesuatu yang baru dan berkeinginan untuk belajar menambah ilmu sepanjang hidup tanpa jemu, di mana jua bila-bila masa. Dari apa yang saya lihat dan dari apa yang saya kaji, orang-orang yang berjaya ni bijak menyesuaikan diri dengan pelbagai orang, keadaan, persekitaran dan situasi.

Jadi, untuk berjaya, hijrahkan diri ke arah kesedaran yang lebih positif, lebih baik dan yang lebih cemerlang. Kawal diri Anda dengan berlatih mengawal emosi, mengawal pemikiran dan selalu membersihkan hati untuk memastikan kedamaian jiwa.

Dengan itu, barulah ada ketenangan.

Kesannya, muncul kecemerlangan.

Pilih untuk jadi orang yang ada motivasi.

Shueqry
blogger motivasi Malaysia

p.s. : Saya menggunakan moto "blogger motivasi Malaysia" bagi mewakili rakan-rakan seperjuangan di arena motivasi Internet untuk pembaca dari Malaysia, Brunei dan Indonesia. Bahkan sudah ada rakyat Malaysia di US yang selalu masuk ke sini setiap hari. Blog motivasi ini juga dah meniti di bibir rakyat Malaysia yang berada di sana..

Dari hati yang tulus ikhlas, terus terang saya benar-benar tak tahu nak kata apa, hanya ucapan terima kasih yang menjadi pemula bicara.

Thank You :)

Isnin, Disember 10, 2007

Cabaran Mematangkan

Semakin umur kita meningkat, semakin kita banyak berdepan dengan cabaran. Bahkan, sampai ke satu tahap dah sampai nak give up dan kita jadi loose control terhadap diri sendiri. Kita tak mampu mengawal diri kerana tidak berusaha mengenal diri terlebih dahulu, jiwa kita dan siapa kita.

Orang yang pandai mengawal dirinya kenal diri sendiri. Ramai yang berkata dia sudah kenal diri sendiri tapi tiap kali berdepan dengan cabaran (panggil masalah sebagai cabaran!) seringkali menyalahkan orang lain, gagal mengawal emosi, murung, suka memencilkan diri dan berfkiran negatif terhadap situasi, perkara, keadaan dan benda.

Cabaran mematangkan kita. Sebenarnya cabaran datang untuk membuat kita terus bersedia menghadapi apa jua yang akan berlaku di masa hadapan, sama ada baik ataupun buruk.

Orang yang banyak menempuh cabaran dan dugaan dalam hidupnya merupakan orang yang matang, mampu membuat pertimbangan bijak, dapat menetapkan keputusan dengan baik, bertanggungjawab, baik hati dan sanggup membantu orang lain. Manakala orang yang kurang berhadapan dengan cabaran, leka dengan kehidupan yang selesa, lalai dengan hiburan dan keseronokan.

Bila berdepan cabaran, orang sebegini mudah hilang pertimbangan dan mudah berkata apa jua yang mereka lakukan untuk mengawal diri tak berkesan. Mereka belum kenal diri sendiri lagi dengan lebih mendalam dan cenderung untuk beremosi. Bahkan jauh dari mengenali Allah s.w.t, pemilik segala rezeki, pintu-pintu kekayaan dan kerahmatan.

Apa jua cabaran yang mendatang, biar hadapi dengan fikiran yang matang, bukannya yang emosi dan negatif. Dekatkan diri pada Tuhan, agar dia meringankan beban cabaran yang ditanggung oleh kita. Allah takkan mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yang mengubahnya. Ini semua cobaan!




Saya selitkan video di atas untuk tontonan.. Moga ia menceriakan hari-hari Anda.


Shueqry
blogger motivasi Malaysia

Dua Mindset Berbeza

Apa yang dimaksudkan dengan mindset? Ia merupakan corak pemikiran kita dan pandangan kita terhadap dunia luar. Dalam masa yang sama, mindset merupakan corak kita berfikir, berkata dengan diri sendiri, bertindak dan berkomunikasi.

Ada dua mindset dominan, iaitu mindset mangsa (negatif) dan mindset penguasa (positif). Orang yang ada mindset mangsa ni kita boleh kenal pasti bila dia selalu "blame" atau menyalahkan orang lain, menyalahkan situasi, keadaan, benda, perkara dan takdir yang berada di luar kawalannya dan yang membuat dia tidak puas hati.

Paling ekstreme, dia menyalahkan Tuhan atas apa yang berlaku. Soalan yang selalu muncul dari mulutnya adalah "kenapa, sebab apa, pasal apa, angkara siapa dan mengapa". Orang sebegini banyak di sekeliling saya dan Anda.

Ayat yang sinonim dengan orang mindset mangsa adalah : "kenapa itu rosak, kenapa tu tak ngam, kenapa ini terjadi padaku, kenapa dia tu tak ajar aku, sebab apa aku jadi camni, mengapa dia buat aku begini dan kenapa Tuhan takdirkan aku camni". Ini ayat contoh saja ya, contoh!

Manakala orang yang mindset penguasa ni, dia jujur, bertanggungjawab, ada inisiatif sendiri, berdikari dan melakukan sesuatu tanpa disuruh. Orang begini dia rajin belajar perkara baru, mencintai ilmu dan suka berkongsi apa yang dia tahu.

Bila dilanda musibah atau bila sesuatu tak memihak kepadanya, dia tak menyalahkan sesiapa, tak menuding jari pada situasi, keadaan, takdir, perkara mahupun orang perseorangan. Tapi, dia memberi semangat pada diri sendiri sebanyak mungkin supaya menyelesaikan masalah step by step, langkah demi langkah, satu persatu.

Orang yang begini bila bertemu kegagalan, berani bangkit semula kerana dia dah anggap kegagalan tu adalah "cara yang salah" bukannya kegagalan sebenar yang membuatnya berhenti berusaha dari merubah strategi untuk terus mencuba.

Soalan saya, mana satu mindset Anda? Mari bersama muhasabah diri hari ini.

Jemput memberi pendapat di ruang komen...

Shueqry
blogger motivasi Malaysia

p.s : Kita dah ada ruang chat baru. Saya dengan rasa gembira menjemput Anda mendaftar menjadi ahli. Klik pada butang "Set Name" dan seterusnya klik "Sign Up".

Seetrusnya, Anda akan dibawa ke laman web ChatAndGo. Daftarkan nama Anda, umur dan detail lain di sana, nama samaran dibenarkan. Chat box ni selamat sebab saya boleh kawal dan saya sendiri yang menjadi moderatornya.

Tips Berkaitan

Ahad, Disember 09, 2007

Muhasabah Diri Tiap Minggu

Alhamdulillah, berkat istiqamah dan usaha berterusan, blog motivasi ni dah semakin nampak kemajuannya. Namun, saya telah pendekkan agar mudah untuk proses loading, untuk memudahkan Anda. Jika Anda nak membaca artikel-artikel yang lepas, boleh cari menggunakan search box Google di atas ataupun klik pada koleksi artikel di bahagian bawah sekali.

Ok, kali ni saya berkata tentang muhasabah diri, means kita menyemak semula proses perjalanan hidup kita, karier kita dan kewangan kita. Bagi diri saya, saya jadikan setiap hari Jumaat sebagai hari untuk muhasabah diri untuk satu minggu yang lepas.

Tanya diri, bagaimana iman kita, berapa banyak sudah amal yang kita buat dan berapa banyak sudah ilmu yang kita kongsikan pada orang lain dan berapa ilmu baru yang kita pelajari dalam minggu ini. Selain tu, sebelum nak masuk tidur, muhasabah diri dengan tanya diri bagaimana prestasi pencapaian kita hari ni, sama ada memuaskan, kurang memuaskan atau perlu diperbaiki.

Setelah itu, pasang azam yang kuat untuk menjadikan esok hari baru yang lebih baik. Mindset sebegini adalah mindset orang-orang yang berjaya. Ia memang berhasil, lebih-lebih lagi jika Anda memilih untuk jadi bersemangat pada keesokan paginya.

Proses muhasabah diri adalah lebih baik di amlakan pada setiap hari, untuk menilai hati kita, kerja keras kita dan tahap pemikiran kita. Sometimes kita berfikiran negatif tanpa kita sendiri sedari, walaupun kita dah selalu berfikiran positif seperti biasa.

Lakukan muhasabah diri hari ini juga!

Shueqry
blogger motivasi Malaysia

Maafkan saya kerana tidak dapat memenuhi beberapa undangan ceramah motivasi daripada beberapa organisasi yang menjemput. Sebenarnya saya berada di Kota Kinabalu, Sabah dan saya berbangsa Bajau, bukan Melayu.

Sebagai alternatif, Anda boleh menjemput sahabat seperjuangan, sama ada Amin Idris, Fadzli Yusof, Osman Affan, Amar Mahmood, LinnComel, DikMal, atau pun Syed Reiki untuk penerangan lanjut tentang kuasa minda separa sedar dan ilmu reiki selain pengisian motivasi.

Tips Berkaitan

Sabtu, Disember 08, 2007

Mencapai 555 Subscribers

Salam pembaca blog, moga Anda sihat sejahtera.

Saya sengaja tak update blog motivasi ini seperti selalu kerana saya mahu mencapai target 555 orang dulu, baru saya akan menulis semula. Maafkan saya, sebab sengaja menangguh-nangguhkan apa yang menjadi kewajipan saya.

Pada saya ini kejayaan kecil yang sungguh menggembirakan. Namun, ia masih jauh jika dibandingkan dengan beberapa orang bloggers Melayu yang hebat, matang dan "berisi" penulisan mereka, bagi saya masih banyak lagi yang saya mahu pelajari.

Saya masih baru, di depan mereka saya ibarat "blogger kecil" dan mereka adalah "blogger besar". Percaya atau tidak, mereka ada kredibiliti, kepercayaan pembaca dan populariti, rasanya setiap hari blog mereka mencecah lebih 2,000 pengunjung dan mencecah lebih 900 subscribers, belum campur dengan bilangan senarai penerima email di dalam database mereka.

Ini yang membuatkan semangat saya meluap-luap mahu setanding dengan mereka.

Terima kasih atas sokongan Anda. Thank you, syukran jazilan..

Kini, arena baru industri motivasi telah bermula :)

Bersama memajukan diri!


Shueqry
blogger motivasi Malaysia

Khamis, Disember 06, 2007

Ilmu Dulu Baru Amal

Dalam mengejar kejayaan, Anda perlukan ilmu. Dalam menyelesaikan masalah, Anda perlukan ilmu dan untuk memacu kemajuan diri, Anda mesti rajin cari ilmu (membaca, menelaah, mengkaji, melihat, bertanya dan mendengar).

Strategi orang yang ada ilmu takkan sama dengan orang yang kurang berilmu. Semakin banyak yang kita tahu, kita akan jadi semakin maju dan semakin hampir dengan titik kejayaan. Ini yang saya panggil sebagai "work hard in smart way".

Sama juga dengan sebuah komputer. Ia semakin canggih dan pelbagai guna bila pelbagai software dan perisian di install ke dalamnya. Semakin banyak ilmu yang kita pelajari, semakin banyak yang kita tahu dan semakin kita menjadi orang yang pintar bekerja mencapai matlamat kita.

Namun, kenal pasti ilmu apa yang Anda mahu tahu, kegunaanya dan pelajari step by step. Jangan pula nak jadi orang berilmu, Anda pelajari semua sekaligus. Kesannya, Anda akan jadi buntu, bingung dan tak tahu nak mula kat mana.

Bila dah ada ilmu, tiba masanya untuk bertindak dan aplikasikan apa yang kita tahu. Orang-orang yang berjaya ada keduanya sekali, ilmu dan tindakan konsisten. Walaupun apapun yang Anda usahakan, perlu didahului dengan ilmu dan ilmu tu pula biarlah dipandu oleh iman.

Lepas tu, baru ada kemajuan!

Shueqry
blogger motivasi Malaysia

Tips Berkaitan
Super Best Recomended By Shueqry

eBook Magnet Rezeki - Petua Menarik Kemurahan Rezeki
- panduan membangunkan kuasa minda menarik pelaris rezeki.
Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut...

Rabu, Disember 05, 2007

Pekej Yang Saya Rekemenkan

Salam pembaca blog, moga Anda sihat sejahtera. Saya ingin membetulkan beberapa fakta berkenaan dengan produk-produk informasi yang saya syorkan di blog motivasi ini. Sebelum rekemen apa-apa pekej, saya melihat dulu pada penulisnya, "value" pekej info tersebut dan kelayakan sama ada ia benar-benar dapat menyelesaikan masalah.

Hanya ada 3 pekej eBook saya personally rekemen pada Anda, iaitu Panduan Magnet Rezeki, Panduan Jana Wang Dengan Adsense dan Pekej Sistem Rahsia 2.0 khusus untuk Anda yang mengalami masalah tak tahu bagaimana nak memulakan model perniagaan Internet sendiri, cara promosi, strategi, asas SEO dan tips nak fokus dalam perniagaan Internet.

Terus terang, Anda sungguh bertuah! Sebab, Anda tak perlu buang banyak masa lagi seperti saya dulu, kena gali, cari lalu belajar satu persatu asas perniagaan Internet yang melibatkan kos tenaga, wang ringgit (beli banyak buku) dan masa yang sudah tentu bernilai lebih daripada RM50, iaitu harga pekej panduan Sistem Rahsia versi 2.0. 83% dari pembaca blog motivasi ini adalah dari golongan professional, berkerjaya dan kebanyakan online menggunakan Internet dari ofis, betul tak?

Walaupun post kali ni lari dari tajuk motivasi, saya tulis dengan niat mahu membantu dan berkongsi info. Target nak dapat komisen tinggi, tu saya tak terfikir langsung kerana saya tahu rezeki saya tetap ada.

Janji, sebagai seorang kawan, apa yang saya syorkan pada Anda memberi manfaat, menyelesaikan masalah dan memberi Anda ruang baru untuk menjana sumber pendapatan kedua. Tanggungjawab saya cuma berkongsi ilmu dan maklumat berguna, menyarankan serta membuka peluang.

Ilmu kuasa minda dan Law Of Attraction yang ada di dalam Magnet Rezeki takkan Anda dapat di mana-mana kedai buku, lebih-lebih lagi dalam Bahasa Malaysia. Manakala takkan ada panduan asas jana wang dengan Adsense yang setanding dengan Panduan Raja Adsense, di mana ia ditulis berdasarkan pengalaman sebenar penulis eBook tersebut. Orangnya jujur dan tak berselindung di alam maya Internet ni, bahkan Anda boleh menonoton video Sham di websitenya, klik di sini.

Berbanding dengan panduan Adsense yang lain seperti "7 Hari MahirAdsense" dan "Adsense Taiko", saya lebih rekemenkan Panduan Raja Adsense kerana saya sendiri merujuk kepada eBook tersebut, kalau eBook F2R dari RinggitHit saya belum beli lagi. eBook Sham adalah tapak pemula kepada perjalanan Adsense saya, kejayaan Naem dan ramai lagi kawan-kawan di beberapa forum Adsense.

Hilangkan keraguan Anda, kerana panduan Sham Raja Adsense senang difahami dan lebih kepada hands-on, bukannya teori, motivasi atau gambarajah semata-mata. Anda juga boleh baca testimoni saya di website Magnet Rezeki.

Semuanya terpulang pada Anda kini. Ilmu dah ada - Sistem Rahsia, panduan Adsense dan kompas minda Magnet Rezeki. Kini masanya memulakan langkah. Dream BIG!


Shueqry
blogger motivasi Malaysia

Tips Mempowerkan Diri

Salam pembaca blog, apa khabar Anda? Syukur alhamdulillah, saya sungguh gembira sebab ini adalah artikel saya yang ke 333 dan mencapai hits pengunjung yang ke 99916 pada saat artikel ini ditulis, tak lama lagi jumlah subcriber akan mencapai 555 orang, tq!.


Ok, kali ni kita berbincang tentang mempowerkan diri sendiri. Terkadang kita rasa malas, lemah longlai, lembik, tak bersemangat dan mengantuk. Sebab apa? Sebab, kita takde keseronokan dan keghairahan dalam melakukan sesuatu.

Untuk mem"powerkan" diri, pertama sekali ia perlu bermula di minda. Gambarkan diri Anda sebagai seorang yang energetik, aktif dan rajin. Dalam gambaran mental tu, lihat diri Anda merasa seronok dan asyik dengan apa yang Anda lakukan.

Selalunya kita jadi seronok bila buat apa yang kita suka, macam keseronokan main games, main futsal, berenang, berborak kosong dan chatting. Jadi, cari faktor yang boleh membuat Anda seronok dan suka dalam apa yang Anda sedang usahakan sekarang ini. Lama-kelamaan, keseronokan yang dicari akan timbul dengan sendirinya.

Kedua, ia berkait dengan fizikal, jasmani dan tubuh kita. "Power" datang dari tubuh yang sihat, degupan jantung di paras sihat dan pemakanan yang cukup, means yang ngam waktunya. Kalau ambil gizi pemakanan yang diatur, itu adalah lebih baik.

Ketiga, orang US kata "work hard, play hard". Maksudnya, bila kita dah bekerja keras serajin mungkin, kita kena berehat pula sebaik mungkin, bersantai sesantai mungkin dan manjakan diri semanja yang mungkin. Lepas tu, bekerja lagi, balun lagi, usaha lagi hingga matlamat kita tercapai. Tapi, ramai orang buat tak ngam, rehat banyak, kerja sedikit!

Semua datang dari kita sendiri, kerana kita adalah apa yang kita fikirkan. Semua bermula di kepala. Bak kata Dr Tuah Iskandar, "apa yang ada di dalam kepala ni pulak datangnya dari hati, apa yang ada di hati itulah yang sampai di kepala, apa yang sampai di kepala itu yang akan direalisasikan oleh diri.

Apa yang cuba direalisasikan oleh diri, itulah sebenarnya kita. Kalau kita letakkan perkataan malas di hati, maka itulah yang kita akan jadi, sengaja atau tidak...

Pilih untuk jadi orang yang "power' motivasinya.

Shueqry
blogger motivasi Malaysia

p.s. : Saya suka membaca, menulis blog, berenang dan berbasikal sebab saya rasa cukup seronok bila melakukannya!

Tips Berkaitan
Jana Rezeki Halal Dengan Adsense Dalam US Dollar
- percuma, menguntungkan, dengan kos hampir 'zero'.
Kini Panduan Dalam Bahasa Malaysia! Info Lanjut, Klik Di Sini...

Isnin, Disember 03, 2007

Sediakan Pernyataan Misi Anda

Salam pembaca blog, moga Anda dalam keadaan sihat sejahtera. Dalam tips motivasi kali ini, kita berbicara tentang pernyataan misi. Dalam perkataan Inggerisnya dipanggil "mission statement".

Orang-orang yang berjaya ada misi masing-masing yang mahu dicapai dalam tempoh sehari, sebulan, seminggu, 6 bulan, setahun dan 5 tahun. Anda perlu ada pernyataan misi sebagai peta kepada perjalanan hidup Anda dan arah tuju kepada usaha keras Anda.

Orang yang takde pernyataan misi, hidupnya akan terasa membosankan dan memboringkan, manakala orang-orang yang berjaya sentiasa memanfaatkan setiap minit yang ada dalam sehari. Setiap waktu yang berlalu tak dibiarkan kosong, sedangkan orang biasa dia merasa takde apa-apa matlamat yang mahu dituju dan impian yang mahu di kejar kerana mereka lebih suka berada dalam keadaan selesa dan santai.

Sebagai contoh pernyataan misi, saya ambil petikan dari eBook Magnet Rezeki di muka surat 73, "...saya mahu menjadi usahawan yang berjaya, mempunyai wang yang tidak terbatas, mempunyai rumah yang besar, dapat membina yayasan bagi membantu orang lain berjaya dan mempunyai kereta mewah seperti BMW.." Setiap kali membaca ayat tersebut, naik semangat saya dibuatnya..

Mulai hari ini, tulis misi Anda yang mahu dicapai dalam minggu ini, bulan ini dan tahun ini. Jika azam tahun ini masih belum dicapai, teruskan lagi di tahun depan. Perlu kenal pasti apa makna azam tu pada Anda, sama ada ia memberi kebahagiaan, maruah dan harga diri atau sekadar suka-suka...


Shueqry
blogger motivasi Malaysia

p.s : Saya dah ubah blog ini sedikit, kini Anda sudah boleh letak komen di bawah setiap artikel. Ruang komen tu lebih baik page viewnya jika Anda menggunakan Mozilla Firefox.

Fuhh, naik migrain hack blog sendiri!

Tips Berkaitan
Disyorkan Oleh Shueqry
..untuk membantu Anda yang berminat dalam perniagaan Internet :

Pelajari Sistem Yang Meningkatkan Pendapatan Anda
mindset yang betul, model bisnes yang "ngam" dan strategi berkesan.
Rahsia Usahawan-usahwan Internet Dibongkar! Klik Di Sini...

Ahad, Disember 02, 2007

Rajin Berusaha, Banyak Hasilnya

Salam pembaca blog, moga Anda dalam keadaan sihat sejahtera. Terima kasih pada Anda yang rajin masuk ke blog motivasi ini dan yang telah subscribe pada RSS Feed saya, jumlah kini makin bertambah.. terima kasih.

Setiap orang akan memperoleh darjat yang selaras dengan apa yang dikerjakannya. Kalau rajin dan berusaha dengan cara yang bijak, tidak mustahil hasinya melimpah ruah. Namun jika sebaliknya (rajin berusaha tapi dengan cara yang kurang bijak) hasil memang sedikit.

Pepatah ini boleh diaplikasikan dalam segenap aspek hidup, tak kira sama ada Anda seorang pelajar, usahawan Internet, seorang pekerja mahupun seorang Pegawai Eksekutif. Dalam dunia serba moden dan kepesatan teknologi maklumat ni, sesiapa yang rajin berusaha dengan cara yang bijak, dia dapat mendahului orang lain di sekelilingnya.

Kesannya, dia makin cemerlang. Jika Anda seorang pelajar, belajar biar dengan cara yang bijak, kena study hard in smart way!

Jika Anda seorang usahawan Internet, blogger dan ada perniagaan Internet sendiri, lakar strategi yang membolehkan Anda bekerja keras dengan cara yang bijak, menumpu pada usaha promosi yang benar-benar mendatangkan hasil. Alang-alang jadi usahawan, biar jadi yang terbilang!

Jika Anda seorang pekerja, motivasikan diri supaya Anda boleh meningkatkan prestasi kerja dengan cara yang bijak, misalnya komunikasi yang baik, imej diri yang menawan dan etika kerja yang professional lalu tumpu pada penambahbaikan ketiga-tiga aspek tersebut. Rajin kena bertempat dan untuk mencari "tempat" tu, kena buat kajian sedikit.

Semua apa yang kita lakukan, perlu bermula dengan ilmu.

Semakin banyak ilmu, semakin pintar cara kita bekerja. Jadi, jangan berhenti belajar dan mencari ilmu!.

Salam ukhwah,

Shueqry
blogger motivasi Malaysia

Tips Motivasi Berkaitan

Pakej Info Terbaik Disyorkan Oleh Shueqry

Cari Rezeki Cara Bijak Di Internet
panduan menjana pendapatan dalam US Dollar yang
boleh dimulakan dengan kos yang hampir kosong. Apa dia?
Klik Di Sini Untuk Keterangan Lanjut...

Sabtu, Disember 01, 2007

Blog Oh Blog...

Salam pembaca blog, moga Anda sihat sejahtera. Saya membuat perubahan mengejut pada design blog motivasi ini, hasil teguran daripada beberapa orang kawan baik yang menjadi kenalan saya di social site walaupun dah beberapa kali saya endahkan. Actually saya nak cari layout untuk Web 2.0 dan chat box yang baru, namun sehingga ke hari ni belum ketemu lagi yang ngam di hati.

Mengenai perkembangan kerjaya, saya korbankan masa tidur yang enak untuk mencapai target saya. Kesannya memang teruk, sebab fizikal saya dah biasa tidur 8 jam dan bila saya "push" untuk tidur 4-5 jam saja, lemah longlai saya dibuatnya. Saya kena putar balik jam biologi kepada 8 jam... nasib baik saya masih bujang!

Untuk tips kali ini, walau apa jua yang Anda lakukan dan apa jua yang Anda usahakan, dont give up. Kata-kata semangat Dr Sheikh di dalam asyik terngiang-ngiang di telinga saya, memberi semangat dan suntikan motivasi yang berterusan. Bila motivasi saya down, saya dekatkan diri dengan buku-buku motivasi, kesannya api motivasi marak semula.

Memang mencabar bekerja sendiri jadi blogger, namun saya percaya dengan bakat dan kebolehan, saya boleh mencapai target saya. Apa dia target saya tu? Nanti saya akan beritahu satu hari nanti.

Jumpa lagi di artikel motivasi akan datang.

Salam ukhwah,

Shueqry
blogger motivasi Malaysia


Manfaatkan Kuasa Minda Anda Sepenuhnya
panduan untuk menggunakan kuasa minda separa sedar
sebagai penarik kumurahan rezeki dan penyelesai masalah kewangan.
Klik Untuk Maklumat Lanjut Di Sini...