.

Jumaat, Ogos 31, 2007

Amin Idris

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda? Kali ini saya berkata tentang seorang rakan dalam industri motivasi Malaysia.

Saya cukup kagum dengan dirinya. Selain menjadi seorang penulis buku panduan motivasi dan kepimpinan muda, beliau juga aktif memberi ceramah-ceramah motivasi di beberapa buah sekolah.

Perkenalkan Amin Idris. Saya selalu masuk ke blognya di alamat http://www.aminidris.com
untuk membaca info terkini dan perkembangan aktivitinya. Setiap kali saya ke sana, berbagai inspirasi timbul dan bermacam-macam idea penulisan yang muncul.

Amin Idris merupakan sekerja kepada Fadzli Yusof, seorang lagi pakar motivasi yang amat saya kagumi, sekagum saya kepada Dr Fadzilah Kamsah, Dr Tuah Iskandar, Dr Fazley Yaakob, Dr Irfan Khairi dan Dr Shukri Abdullah. Beberapa buku-buku tulisan Amin Idris dan Fadzli Yusof dah saya baca.

Boleh dikatakan, padat dengan motivasi! Memang tak rugi punya. Info motivasi di blog Amin Idris ditulis dengan ringkas dan straight to the point, santai serta diselitkan dengan kata-kata peransang semangat yang 'membakar'.


Saya sarankan Anda untuk berkunjung ke blog Amin Idris. Amin, tak tahu cemana jadinya saya bila dapat peluang berjumpa dengan awak ! Bagi Anda yang belum mengenali Amin Idris, di sini saya selitkan videonya ketika memberi ceramah motivasi di Pesta Buku Antarabangsa yang lalu:



Bagi Anda yang masih belajar, sedang belajar mahupun tekad mahu belajar seumur hidup, blog Amin Idris dan Fadzli Yusof amat membantu Anda. Pengkhususan mereka lebih kepada motivasi pelajar, teknik belajar, bimbingan menghadapi peperiksan juga pembangunan diri pelajar.

Jom sama-sama melawat blog Amin Idris !. Klik di sini.

- Shueqry -
all for one, one for all.

Tips Motivasi Yang Berkaitan
eMajalah Minda Sukses Ogos 2007
Tips Untuk Jadi Yakin Berkomunikasi
Tips Melahirkan Perasaan Dalam Komunikasi
Lance Armstrong - The Inspiration

Recomended Blog !
SKOR Career.com
sumber informasi peluang pekerjaan, kerjaya dan tips mencari kerja
http://skorcareer.com.my/blog/


Komen Anda?

Salam Merdeka Ke 50

Malam tadi saya, adik dan beberapa orang kawan serumah pergi ke Padang Merdeka di bandaraya Kota Kinabalu untuk merayakan hari kemerdekaan ke 50. Sungguh meriah dan memang ramai orang.

Kebanyakan artis yang datang adalah dari Sabah, Azharina, Felix, Marsha, Velvet, Rich bersama Estranged (ala-ala Sheila On & muzik diorang ni !) dan Ebi. Dalam 4 musim Akademi Fantasia (AF2-AF5), pelajar AF dari Sabah asyik mendapat tempat kedua, tak pernah lagi yang pertama. Mungkin, satu hari nanti akan muncul juara AF dari Sabah..

Kawan-kawan di Astro mengatakan akan ada lagi AF6, tapi kali ini dengan konsep reality show yang berlainan. Walaupun saya dah tak kerja kat Astro lagi, namun saya masih keep in touch dengan beberapa orang di head office. Sedihnya, saya terlepas peluang nak berenang di pusat akuatik Bukit Jalil.

Memang sayang bila tinggalkan Astro, bukan saja dapat decoder Astro percuma (gaji juga tinggi) tapi saya nak merdeka dari kekangan kerjaya yang tak mendatangkan kepuasan, asyik stress, stress dan stress. Maklumlah jadi Pegawai Khidmat Pelanggan ni berdepan dengan 300++ orang dalam sehari dan 1900++ perangai yang 'macam-macam ada'.

Memang mencabar emosi, jiwa dan raga. Saya takde keseronokan bekerja, kesihatan juga asyik terganggu, termasuk kesihatan mental.

Salam kemerdekaan dari saya, moga merdeka kali ke 50 ini memberi makna buat Anda dan lebih memerdekakan minda dari yang sebelumnya. Buat muhasabah diri, sejauh mana sudah pencapaian kita dan sebanyak mana sudah amalan kita.

Dalam ramai-ramai orang menyambut merdeka, saya cukup kagum dengan usahawan-usahawan kecil yang berjaja di tepi jalan, jual burger, air minuman, ais krim, chicken wings dan makanan ringan. Memang saya kagum dengan mereka, kerana mereka bekerja mencari rezeki di kala orang lain bersuka ria, dari awal pagi sehingga detik merdeka jam 12 tengah malam.

Itu saja untuk kali ini. Buat rakan-rakan pembaca blog rakyat Malaysia yang berada di luar negara, rasa merdeka ini biarlah jauh di mata tapi dekat di hati. Cemerlangkan diri Anda, agar kami di sini bangga dengan pencapaian Anda di sana. Make us proud!

Berpusu-pusu email yang datang ke inbox saya dengan ucapan terima kasih kerana blog ini memberi suntikan motivasi kepada mereka, dari mana mereka jumpa blog ini, saya tak tahu. Saya hanya tahu menulis, menulis dan terus menulis.

Saya juga dah mula berfikir apa yang boleh saya berikan untuk membalas sokongan Anda. Terima kasih yang tak terhingga !

Dalam masa 5 bulan, populariti blog Motivasi Pembangunan Diri naik mendadak. Kini jumlah pengunjung dalam sehari juga maintain 800-900 orang.

Ada di antara rakan-rakan pembaca blog yang melabelkan nama saya setanding dengan bloggers Melayu lain seperti Zul SmartUsaha, Shuth, Jebat, Amanz, Raja Blog malahan SaifulSham! Saya juga bercadang mahu membentuk komuniti rakan-rakan pembaca blog ini dan memberi free gift buat semua ahli !

Terus terang saya kata, saya tak pernah terfikir untuk menandingi kehebatan dan pengaruh mereka, bahkan saya cukup kagum kerana nama mereka di kenali ramai. Kesan daripada kekaguman itu, saya makin bersemangat menulis dan berusaha memperbaiki pencapaian peribadi dengan banyak membaca, terus berlatih menulis dan menjalin berhubung baik dengan rakan-rakan penulis blog yang lain.

Di merdeka ini, biarlah kita memasang tekad merdeka dari pemikiran negatif, kata-kata hati yang negatif dan attitude yang negatif. Memang boleh layan ni semua tapi ia akan menghalang kecemerlangan, kejayaan dan kegemilangan muncul dalam hidup Anda.

Apa yang muncul? kemunduran, kemurungan dan permasalahan yang tak pernah putus ! Sudah tentu Anda tak nak ini semua. Jadi, mula merdekakan diri Anda dari yang negatif-negatif ni. Salam kemerdekaan ke 50 khusus buat Anda.

- ShueQry -
all for one, one for all.

p.s. : Lawati forum motivasi di http://motivasi.freeforums.org kelolaan saudara Afiq. Buat Afiq, secara peribadi, terima kasih !!

Artikel Lain Yang Berkaitan
Perangkap Mental
Kenapa saya Lakukan Ini Semua
Cabar Diri Untuk Berjaya


Recomended !
Blog Mengapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing?
Baca blog ini untuk ketahui jalan penyelesaiannya
http://smartz.wordpress.com/


Respon Anda?

Khamis, Ogos 30, 2007

Kawalan Emosi Dalam Mendepani Masalah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?

Kali ini saya berkata tentang kawalan emosi dalam menghadapi masalah. Walaupun saya dah keluarkan di beberapa artikel lalu, tapi saya akan mengulangnya sedikit kali ini. Panjang sedikit..

Hampir kesemua kita bila dilanda masalah, akan jadi lebih beremosi, murung, sedih, geram, kecewa, sakit hati, marah, tertekan dan seribu satu macam perasaan yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata.

Tak ramai di antara kita respon pada masalah dengan hati yang terbuka dan yang positif, malah menjadi kesal, sedih dan lebih banyak beremosi, seperti yang dikatakan oleh kak Arina dalam ruang chat box kelmarin (terima kasih pada kak Arina!). Tapi, walau apapun, saya mahu Anda tahu, memilih untuk jadi beremosi takkan menyelesaikan apa-apa masalah.

Tukar emosi Anda dan tukar mood Anda kepada yang lebih positif, cuba untuk jadi ceria (walaupun sekarang Anda murung sebab bermasalah) dan berusaha untuk menyelesaikan masalah yang melanda, langkah demi langkah diringi oleh doa yang tak pernah putus.

Membiarkan emosi menguasai Anda akan membuatkan keadaan bertambah teruk sehingga tak nampak lagi jalan keluar. Percayalah, kerana saya dah melaluinya.

Minda separa sedar lebih mudah menarik apa yang ada difikiran beremosi, tak kira emosi tu positif atau negatif. Jadi, bila Anda beremosi negatif (murung, kecewa, kesal, tertekan) ketika di landa masalah, lebih banyak masalah yang akan melanda diri Anda, semuanya datang satu persatu tanpa Anda sedari.

Contoh paling hampir, saya kelmarin cukup tertekan kerana hanya saya seorang yang menjadi orang 'harapan' menguruskan kerosakan di rumah sehingga saya tak dapat online seperti yang sepatutnya. Akibat dari 'layan' rasa tak puas hati, masalah timbul satu persatu. Paip pecah lagi, sinki tersumbat, income saya tak ada satu hari dan gas memasak pula habis tetiba.

Ping! Lalu saya tersedar, minda saya yang telah menarik semua masalah ni datang, sebab seharian dari pagi sampai ke petang saya asyik melayan emosi tertekan, geram dan tak puas hati, hanya kerana cuma saya seorang yang diharap, sedangkan ada 15 orang menyewa sekali dalam satu rumah.

Kesannya, beberapa masalah datang tanpa di duga pada diri saya. Walaupun masalah saya ni kecik, kita sama-sama jadikan kisah benar ini sebagai pengajaran.

Cepat-cepat saya beristighfar dan mengambil wuduk, kemudian saya ubah mood, cuba menceriakan diri dan berkata pada diri sendiri, masalah ni sementara saja dan saya boleh selesaikannya. Alhamdulillah, tadi dah selesai semuanya, cuma gas memasak saja yang nak kena tunggu kedai buka esok pagi.

Masalah bersifat sementara. Ia akan kekal jika Anda terus jadi beremosi, tertekan, geram dan kesal sebab dilanda masalah.

Memilih untuk berfikir sebegitu akan membuatkan Anda semakin dilanda masalah tanpa Anda sedari. Cara terbaik, kawal emosi, kawal mood dan cuba berada dalam fikiran yang tenang.

Bila kita dilanda masalah, fikiran jadi berserabut, tak keruan dan jadi buntu. Sebab, Anda terlalu berfikir ditambah lagi dengan emosi, membuatkan Anda lebih 'syok' untuk melayan masalah.

Tapi, ketahuilah bila Anda berbuat begitu, ia takkan menyelesaikan masalah, kerana di dalam minda Anda melihat diri Anda sebagai seorang yang bermasalah. Lalu, itulah yang ditarik oleh gelombang minda, menjadikan situasi-situasi bermasalah timbul secara kebetulan pada diri Anda.

Bayangkan Anda melihat diri Anda menyelesaikan masalah tu satu persatu di dalam gambaran mental. Katakan pada diri yang Anda mahu ia selesai, kerana Anda dah malas nak melayan masalah lalu mahu cepat menyelesaikannya. Niatkan dalam hati yang Anda mahu masalah tu selesai sekarang.

Akhir kata, tukar emosi Anda dari murung, sugul dan kecewa kepada ceria, energetik dan gembira. Cari sesuatu yang boleh membuat Anda gembira, kenangkan situasi yang membuat Anda ceria dan ingat sesiapa yang boleh membuat Anda tertawa. Tak percaya? Cubalah!

Dengan berbuat begitu, Anda akan merasa lebih 'ringan' dan membolehkan Anda melihat masalah sebagai sesuatu yang boleh dikawal, bukan yang membebankan.

Artikel kali ini mengandungi pandangan peribadi daripada saya. Mungkin ada di antara rakan-rakan pembaca blog yang mempunyai pendapat berlainan.

Jika ada, boleh kongsikan di ruang komen mahupun email terus pada saya. Terus terang saya katakan, komen melalui email lebih banyak daripada yang di blog, setiap kali menulis saya menerima paling kurang 35 reply! Sungguh menakjubkan.

Bagi rakan-rakan pembaca blog yang 'malu-malu' nak memberi komen, boleh emailkan pada saya untuk lebih privasi. Saya amat bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan pembaca dari Brunei, Filifina, UK, New Zealand, Thailand, Indonesia dan Australia, wow!

Terima kasih yang tak terhingga .. Ini adalah artikel yang ke 202 semenjak saya mula berblog dari 29 Mac 2007. Baru-baru ini saya juga menerima poskad yang cantik dari Brunei! Terima kasih.

Saya tak tahu namanya siapa (sebab takde nama dan alamat) cuma dia menulis kata-kata terima kasih kerana tulisan-tulisan saya telah banyak membantu dirinya. Tergamam saya dibuatnya .. tq!



- Shueqry -
all for one, one for all.


p.s. : Blog Motivasi Kejayaan milik saudari Norakmal kini berwajah baru, sungguh mempersona dan professional! Klik di sini untuk melihatnya.

p.s.s : Walau apa jua yang berlaku, kawal emosi Anda dan bawak bertenang kerana menyerah diri pada masalah, permasalahan dan layan rasa sentiasa bermasalah hanya akan menyusahkan Anda. Adakah Anda mahu terus dirundum masalah?

Tekadkan diri untuk berubah. Perubahan perlu berlaku dari dalam minda, emosi dan mood Anda terlebih dahulu. Anda ada hak mutlak untuk mengawal perasaan, minda dan diri Anda sendiri!

Tips Pembangunan Diri Yang Berkaitan
Emosi dan Law of Attraction
Masalah Takkan Ada Yang Kekal
Masalah Sebagai Cabaran
Punca Masalah
Bahaya Fikiran Negatif
Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan
Sistem Kepercayaan
Total Happiness - Why Individual Cant Be Happy

Recomended Blog !
Sara eBooks
Blog Perniagaan Internet - Jana Wang Dengan eBook
http://www.saraebooks.com/blog


Pendapat Anda?

Selasa, Ogos 28, 2007

Mengapa Mesti Ada Dugaan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?

Kali ini saya berkata tentang mengapa dalam hidup kita mesti ada dugaan, mesti ada masalah dan mesti ada cabaran,walaupun kita tak pernah minta.

Walau apa jua masalah, musibah dan malapetaka yang melanda Anda, jangan mudah menyerah kalah dan hanya tahu menyalahkan nasib. Ini dugaan dari Tuhan, untuk menguji sejauh mana keimanan kita dan supaya kita menjadi lebih kuat menghadapai segala cabaran yang mendatang di masa hadapan.

Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Dalam kesusahan ada kesenangan dan kesusahan tu mengajar kita untuk menjadi seorang yang kental, kuat semangat dan tabah . Orang-orang yang kuat berusaha dijanjikan kejayaan dan kesenangan, mereka berhak menerimanya kerana telah mencuba sehabis daya.

Mengapa mesti ada dugaan dalam hidup? Ia untuk mematangkan, mendidik dan membuat kita berkembang dari segi mental, spiritual dan jati diri. Tanpa dugaan hidup, takkan ada adventure, kematangan dan 'next level' dalam perjalanan hidup kita.

Dugaan muncul dalam segenap aspek, tak kira kecil atau besar, ia memang akan tetap ada. Tak kira dalam kewangan, pekerjaan mahupun perhubungan.

Kita takkan terlepas dari buat silap, tapi dari kesilapan itu, kita belajar sesuatu yang mungkin takkan kita jumpa bila hidup kita asyik senang tanpa sedikitpun cabaran. Otot tubuh badan kita, jika dilatih akan menjadi semakin kuat.

Ini sama juga dengan 'otot' dalam diri kita, iaitu minda, spiritual, jiwa dan roh kita. Semakin dilatih, semakin kuat.

Dugaan dan cabaran dan masalah datang untuk 'melatih' jiwa kita menjadi semakin kuat, sepertimana otot fizikal yang ada pada tangan, kaki kita. Kesannya, Anda jadi matang, bijak dan mampu membuat keputusan dengan berhemah, bukan yang kelam kabut, panik atau bingung.

Jadi, jangan sesekali menyerah kalah pada masalah. Mesti ada cara untuk menyelesaikannya.

Anda hanya perlu berusaha dan yakin dengan petunjuk Yang Maha Esa. Lihat orang-orang yang berjaya, mereka tak pernah menyerah kalah bahkan tak nak menyerah kalah, tapi merubah strategi untuk menang bila berdepan masalah.

Sesusah susah Anda, ada lagi orang yang lebih susah dari Anda. Bersyukur dan berusaha memajukan diri adalah 2 perkara terbaik yang patut Anda lakukan sekarang ini. Akhir kata, jangan jadikan masalah sebagai penghalang kemajuan diri.

Di bawah ni saya selitkan klip video untuk inspirasi. Moga ia membangkitkan semangat dan memberi motivasi.

Be Strong!



- ShueQry -
all for one, one for all.

p.s. : Saya juga menghadapi masalah sekarang ini, saya jadikan video Lance Armstrong sebagai 'booster' motivasi. Saya menontonnya berkali-kali, terutama part "this is my body and i can do whatever i want to it" ia membuat saya bersemangat !

Motivasi Lain Yang Berkaitan

Lance Armstrong - Inspiration
Life - A Daring Adventure Or Nothing
Ada Apa Dengan GAGAL
Jika Gagal, Bangkit!
Keluar Dari Masalah
Cara Najmi Bangkit Dari Kegagalan
10 Rules To Live By
Gapai Kejayaan Dalam 5 Langkah
Jana Wang Dengan Minat

Recomended Blog !
SKOR Career.com
Sumber maklumat pekerjaan, peluan kerja dan bidang kerjaya
http://skorcareer.com.my/blog/

Masalah Sebagai Motivasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Good morning! Saya sungguh bersemangat hari ini.

Kali ini saya berkata mengenai masalah sebagai 'booster' motivasi. Kadangkala kita sentiasa merasa yang masalah yang melanda diri kita tak pernah surut, bahkan datang satu persatu.

Masalah sebenarnya boleh dijadikan faktor pencetus motivasi. Jadikan masalah tu sebagai pemangkin semangat Anda untuk berusaha menyelesaikannya lalu membina hidup yang lebih baik, yang senang dah tenang. Setiap orang ada masalah, namun apa yang membezakan adalah respon minda, emosi dan fikiran pada masalah-masalah yang muncul tiba-tiba.

Ada orang bila di timpa masalah, tiba-tiba rasa sungguh tertekan, stress dan buntu. Terasa bagaikan bangunan 13 tingkat tu sesuai untuk cuba melakukan 'bunjee jump' stail Ghost Rider terjun dari atas bangunan tinggi dengan kepala botaknya yang menyala.

Ada orang yang tenang, relaks dan yakin. Mereka menganggap masalah sebagai cabaran lalu berusaha sedaya upaya menyelesaikannya, bahkan yakin ada hikmah disebalik masalah tu. Mereka mencari nilai-nilai positif dalam segenap aspek.

Saya juga punya masalah tersendiri, namun saya menjadikan setiap masalah yang timbul sebagai cabaran, bukan masalah. Misalnya, paip air yang rosak, saya jadikan cabaran dalam minda saya lalu saya tuliskan di atas kertas sebagai "Cabaran Membaiki Paip Air".

Kemudian di bawah tajuk tu saya tuliskan " Apa yang boleh aku buat untuk selesaikannya?". Then, saya relaks. Kemudian, beberapa idea timbul.

Cepat-cepat saya tulis idea-idea tu di atas kertas, saya buat macam stail 'bullet list'. Selepas itu, saya bertindak mengikut idea-idea yang telah saya tulis tadi.

Masalah boleh menjadi motivasi bila Anda dah malas, dah tak nak jadi orang yang sentiasa bermasalah dan bila Anda sudah muak menjadi orang yang sentiasa dirundum masalah. Ada kawan saya berkata, dia tak nak lagi hidup dalam masalah, biarlah dia bermasalah sekarang ini, bukan di minggu depan, bulan depan atau di tahun depan, sebab dia dah naik 'fed-up' dengan masalah. That's the spirit!

Dalam hidup, kita sentiasa ada dua pilihan, sama ada positif atau yang negatif. Jadi, pilih yang positif, yang bahagia, yang ceria dan yang gembira. Konpom tak rugi punya, semua kerja 'smooth' saja jadinya.

Sebab, Anda lebih MUDAH buat apa saja dan selesaikan apa saja masalah bila Anda berada dalam emosi ceria, gembira mahupun bahagia!

- shueqry -
all for one, one for all.

Isnin, Ogos 27, 2007

Bila Dah Berjaya, Jangan Lupa

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?

Dalam tips motivasi kali ini saya berkata tentang kejayaan. Bila Anda dah berjaya, tak kira kejayaan besar atau kecil, jangan lupa orang yang dibawah pencapaian Anda.

Bila kejayaan dah menjadi milik Anda, motivasikan orang lain dan bantu mereka bina diri mereka menjadi seperti Anda, supaya mereka boleh berjaya sama level dengan Anda. Kejayaan adalah untuk dikongsi, bukan untuk dibangga-banggakan kerana ia boleh ditarik bila-bila masa dengan kehendak Allah s.w.t.

Takrif kejayaan terpulang pada Anda kerana ia sesuatu yang sangat subjektif, berubah-ubah dan tidak tetap. Kejayaan pada diri Anda, misalnya mungkin bila Anda berjaya memikat hati seorang gadis, berusaha memotivasikan orang yang putus cinta mahupun berjaya menjana wang dari Internet hasil usaha keras Anda.

Jika Anda tetapkan matlamat mahu berjaya, kenal pasti bidang mana satu yang Anda mahu berjaya tu, kerana jika Anda mahu berjaya tapi tak tahu di bidang mana Anda mahu melakar kejayaan, ia sama seperti memandu kereta tanpa tahu ke mana mahu di tuju.

Bila Anda dah berjaya, jangan sesekali meninggi diri dan merasa pencapaian Anda lebih hebat daripada orang lain. Be humble, kerana sikap sebegitu disenangi ramai orang. Kalau boleh, kongsikan kejayaan Anda dengan orang lain.

Sehebat-hebat pencapaian Anda, ada lagi orang yang lebih hebat. Ingat tak kisah Nabi Musa dengan Nabi Khidir?

Itu saja tips motivasi kali ini. Kebetulan tadi saya terjumpa seseorang dan dia langsung tak memandang saya, walaupun dah bertentang mata.

Namun, saya hanya ambil yang positif, di dalam hati saya bertekad mahu majukan lagi pencapaian diri saya agar setanding dengannya. Sekarang, saya orang biasa, tapi saya percaya dengan usaha konsisten, percaya dengan diri, rajin berusaha dan sentiasa berdoa, saya mampu mencapai kejayaan.

Ia bukan sesuatu yang mustahil. Bak kata Adidas, Impossible Is Nothing!

Siapa dia? Nanti saya akan cerita di tips-tips akan datang.

- Shueqry -
all for one, one for all.

Ahad, Ogos 26, 2007

eMajalah Minda Sukses Ogos 2007

Bagi Anda yang mahukan eMajalah (ezine) berinformasi, penuh dengan artikel-artikel membina, mengandungi tips-tips mengenai pembangunan diri, minda dan Law Of Attraction serta semestinya PERCUMA, Anda ada dah ada lebih 3 sebab kukuh untuk download eMajalah Minda Sukses edisi Ogos 2007.

Muka depannya sungguh menarik dan professional sekali. Tahniah pada Nuraz, artwork yang begitu umpph! di dalam eMajalah ini Anda akan menemui seorang penulis berbangsa Cina yang menulis dalam Bahasa Malaysia, satu kelainan tersendiri.

Siapa dia? Namanya ada dalam eMajalah ni. Beri tepukan pada Raymond ! Anda perlu baca artikel Raymond untuk mengetahui keunikannya.

Saya rekemenkan Anda untuk membaca eMajalah ini (ezine) kerana ia simple, straight forward dan satu-satunya eMajalah bulanan dalam Bahasa Malaysia.

Muka Depan eMajalah Minda Sukses

Blog LinnComel.com telah banyak memberi inspirasi dan perubahan kepada saya. Selain itu, banyak juga tip-tip kuasa minda yang telah saya pelajari hanya dengan membaca artikel blog LinnComel.com .

Bagi rakan-rakan pembaca blog yang mahu mempelajari asas kuasa minda step by step, saya amat mencadangkan blog LinnComel.com, tips minda tulisannya simple dan praktikal . Ok, antara artikel-artikel yang terkandung dalam eMajalah Minda Sukses edisi Ogos 2007 adalah :
  • Adakah Minda Anda Merdeka?
  • Hukum Kepercayaan Yang Anda Perlu Tahu
  • Erti Sebenar Kebahagiaan dan Kegembiraan
  • Jejak 2 tokoh bisnes - Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari dan Kim Sung Joo
Klik di sini untuk download eMajalah Minda Sukses sekarang! Isikan form dengan Nama dan alamat email Anda lalu klik butang "Submit". Selepas proses verifikasi, eMajalah tersebut akan dihantar terus ke email Anda secara automatik, kurang dari 7 minit ..

Jadi, ini menjimatkan tenaga Anda, masa Anda dan wang Anda. Download di sini sekarang.

Moga eMajalah ini bermanfaat untuk Anda.

- shueqry -
all for one, one for all.

Blog Recomended By Shueqry
SKOR Career.com
sumber maklumat pekerjaan, update peluang pekerjaan terkini dan info bidang kerjaya
http://skorcareer.com.my/blog/


Pendapat Anda?

Paip Air - Motivasi Tersirat

Dalam beberapa hari ini saya bergusti dengan air, bukan air kolam mahupun yang fizikal tetapi pam air dan paip air. Walaupun dah berkali-kali saya perbaiki, namun hasil yang nampak berada di luar jangkaan. Apa yang dah dibetulkan rosak lagi, tak tau di mana silapnya.

Namun, saya percaya jika saya konsisten dalam usaha dan mengkaji apa lagi cara yang saya boleh buat untuk memperbaikinya, segala masalah akan selesai dan kami serumah boleh menikmati air paip yang dingin serta menyegarkan. Lalu, itulah apa yang saya lakukan, tanpa mengenal erti penat lelah, saya terus memperbaikinya walaupun dah banyak kali rosak.

Prinsip saya, jangan banyak cakap, jangan banyak komplen. Dont just blame, blame and blame .. ia takkan buat masalah selesai.

Diamkan mulut, rajinkan tangan dan fokuskan minda untuk terus buat kerja yang perlu. Kawan-kawan serumah asyik pula asyik tertekan sebab pam air selalu rosak, tapi masih tak buat apa-apa, bahkan sampai ada yang melepas geram ngan pintu bilik, stress katanya. What can i say? Ia tak merubah apa-apa..

Jika orang lain di tempat saya, bukan mudah melakukan sesuatu yang Anda tak pernah dilakukan selama ini, apatah lagi dalam situasi yang meruncing, menekan dan mendesak. Saya tak tahu langsung cara nak baiki paip air, namun, i do it all based on instinct.

Sebab, saya dah menanam kepercayaan dalam diri pada tahun lalu yang saya boleh melakukan apa saja dengan izin Allah. Mulakan dengan Bismillah dan petunjuk akan muncul bila-bila masa. Ia mungkin datang dalam bentuk idea dan ilham, walaupun Anda buat kerja seorang diri.

Tips ini juga baik untuk Anda, kerana ia terbukti berkesan pada saya. Maknanya, ia berkesan pada Anda juga.

Percaya Anda Boleh Buat Apa Saja Dan
Boleh Berjaya Dalam Apa Saja Yang Anda Lakukan,
Tak Kira Besar Atau Kecil.


Bagi saya, kejayaan membaiki paip air dan pam air merupakan kejayaan kecil yang sungguh bermakna, bahkan saya dapat belajar sesuatu yang berguna. Jadi, maknanya, saya boleh mencapai kejayaan yang lebih besar selepas ini!

Fikir tentang kejayaan, Anda akan menarik kejayaan !

- Shueqry -
all for one, one for all.

Tips Motivasi Lain Yang Berkaitan
Lance Armstrong - Inspiration
Berfikir Positif, Bertindak Positif
Usaha Dengan Konsisten
Tingkatkan Keyakinan Diri
Maksud Fikiran Positif
Masalah Takkan Kekal

Recomended Readings By Shueqry
Dilema Pelajar Melayu - Mengapa Kurang Berdaya Saing?
klik di sini untuk ketahui jalan penyelesaiannya
http://smartz.wordpress.com/


Pendapat Anda Mengenai Artikel Ini?

5 Sikap Orang Berfikiran Positif - Bhg 3

Kali ini kita sudah sampai di bahagian terakhir artikel mengenai 10 sikap orang-orang yang berfikiran positif.

Saya mulakan dengan ..

9. Ketenangan (Calmness)
Mereka yang berfikiran positif sentiasa ada ketenangan dalam diri, maksudnya tak mudah panik atau diserang sakit jantung bila perkara yang tak diduga tiba-tiba berlaku.

Setiap masa mereka cuba meluangkan masa untuk berdoa dan bertafakur, sebab dalam menghadapi cabaran memerlukan kekuatan dari segi mental, fizikal dan rohani (jiwa).

Orang-orang yang positif sentiasa nampak tenang dan emosi mereka juga terkawal, tak menggelabah atau terlalu risau. Sebab, mereka tahu sikap sebegitu tidak akan mendatangkan hasil.

10. Fokus
Orang-orang yang positif mempunyai fokus dalam apa jua yang diusahakan mereka. Sesuatu dilakukan mesti ada tujuannya dan bukan hanya setakat untuk suka-suka saja atau sekadar main-main saja.

Mereka set matlamat untuk diri sendiri dan buat mana satu yang lebih penting dalam senarai prioriti mereka.

Jadi, tamat sudah penerangan 10 sikap orang-orang yang berfikiran positif. Moga tips kali ini membantu Anda.

Kongsikannya dengan orang lain, agar mereka juga mendapat manfaat darinya. Kalau boleh, print artikel ini!

- shueqry -
all for one, one for all.

p.s. : saya melakukan perubahan pada blog ini, terutama pada tajuk tema dan designnya supaya lebih marketable dan sesuai dengan mesej motivasi yang disampaikan agar dapat meransang perubahan dalam diri para pembacanya. Tajuk "Shueqry Berkata" telah ditukar kepada "Motivasi Pembangunan Diri".

Pada rakan-rakan bloggers yang mahu menyewa ruang iklan untuk mempromosikan blog Anda, boleh email pada saya seberapa pantas yang mungkin sebab masih lagi ada 12 ruang kosong. Ruang iklan ada 3 tempat, di dalam RSS Feed, di ruang blog post (dengan headline "Recomended By Shueqry") dan di Site Partner Links di sudut atas sebelah kanan.

Blog ini mendapat lebih 500 Page Load sehari dan menerima lebih 200 Unique Visitor sehari beserta dengan lebih 45 Returning Visitor, juga dalam sehari.

Tips Lain Yang Berkaitan

5 Sikap Orang Berfikiran Positif - Bhg 1
5 Sikap Orang Berfikiran Positif - Bhg 2
Maksud Fikiran Positif
Lance Armstrong - The Inspiration
Cara Najmi Bangkit Dari Kegagalan

Recomended by Shueqry

Sara eBooks
Blog Perniagaan Internet - Tips Jana Wang Dengan eBook
http://www.saraebooks.com/blog

Komen Dan Pendapat ...

Sabtu, Ogos 25, 2007

5 Sikap Orang Berfikiran Positif - Bhg 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar Anda? Hari ini sungguh ceria bagi saya.

Ok, kali ini saya akan berkata tentang 3 lagi sikap orang-orang yang berfikiran positif. Tips pembangunan diri kali ini mendapat sambutan ramai, kerana kebanyakan dari kita tak tahu apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pemikiran positif.

Pemikiran melahirkan sikap. Fikiran positif dan yang bersangka baik akan melahirkan sikap yang positif juga.

3 lagi sikap orang-orang positif yang seterusnya akan saya senaraikan di bawah ni, kita bermula dengan ...

6. Keyakinan (Confidence)
Orang yang ada sikap ni sungguh pasti dengan kebolehan dirinya sendiri dalam melakukan sesuatu. Ini juga termasuk begitu pasti pasti dengan potentsi yang ada di dalam dirinya,lalu melahirkan keyakinan. Orang kk panggil 'konpiden'.

7. Keazaman (Determination)
Mempunyai matlamat yang jitu, jelas dan tidak berubah-ubah mengikut mood atau seleranya. Orang yang mempunyai keazaman tekad sepenuhnya mencapai matlamat, azam, cita-cita dan apa saja kemahuannya, walau dengan apa jua cara yang halal.

8. Kesabaran (Patience)
Orang yang berfikiran positif sentiasa ada kesabaran dalam dirinya, tak kira dalam apa jua situasi. Sabar di sini bermaksud kesanggupan untuk menunggu satu-satu peluang muncul.

Dalam pada itu, sabar ni juga bermaksud tabah dengan segala apa yang menimpa, yakin disebalik semua itu ada hikmah yang tersembunyi.

2 lagi sikap orang-orang yang berfikiran positif akan saya kongsikan di artikel seterusnya. Saya cuba merubah artikel-artikel di blog motivasi ini supaya jadi pendek, informatif dan direct to the point.

Jadi, ia memudahkan Anda, menjimatkan masa dan menceriakan hari Anda !

Jumpa di artikel akan datang.

Tips Lain Yang Berkaitan
5 Sikap Orang Berfikiran Positif - Bhg 1
Berfikir Positif, Bertindak Positif
Sistem Kepercayaan
Lawak 3B
Total Happiness Is A State Of Mind

Recomended !
SKOR Career.com
Sumber Informasi Kerjaya, Peluang-peluang Pekerjaan Dan tips Mencari Kerja
http://skorcareer.com.my/blog/


Komen Anda ..

5 Sikap Orang Berfikiran Positif - Bhg 1

Assalamualaikum dan salam sejahtara. Apa khabar Anda? Hari ini hari yang sungguh ceria dan sungguh bermotivasi bagi saya.

Saya agak sibuk kelmarin dengan kerja-kerja teknikal membaiki paip air rumah sewa saya, dalam bulan merdeka ni banyak kerosakan berlaku dan hanya saya seorang saja yang berada di rumah waktu siang. Namun, saya buat dengan niat untuk kebaikan bersama.

"Be nice to people, and people will be nice with you too. It will also make you being surrounded with nice, good and honest people". Teringat kata-kata bos saya dulu, semasa saya masih bekerja sebagai Customer Service Officer, banyak sungguh tip-tips motivasi yang diberikan pada saya setiap pagi, tengahari dan petang!

Maklumlah, jumpa beratus pelanggan Astro secara berdepan di kaunter memang mencabar emosi setiap hari, lebih-lebih lagi yang naik hangin tak tentu pasal. Ok, berbalik pada topik kita.

Kali ini saya akan berkata tentang makna disebalik 10 sikap orang-orang yang berfikiran positif. Panjang sikit artikel kali ni. 5 sikap positif yang pertama adalah ...

1. Optimis
Maksudnya yakin setiap apa yang diusahakan akan mendapat hasil seperti yang dimahukan, tak kira cemana susahnya halangan yang ditempuh. Ini juga termasuk tak mudah menyerah kalah tak kira berapa besar dugaan, krisis dan masalah yang menimpa.

Ini merupakan sikap yang paling utama. Bila sikap optimis dah ada, sikap-sikap positif yang lain akan turut serta dengan sendirinya.

2. Semangat, Minat dan Keghairahan.
Ini termasuk passion dan minat yang amat tinggi pada sesuatu, tak kira apa dia. Orang yang mempamerkan semangat, minat dan passion yang tinggi ni mempunyai energi yang tinggi juga, bahkan mereka sanggup melakukan apa yang mereka minat tu selama yang mungkin.

Mereka punya mempunyai motivasi dalaman, maksudnya mereka ni ada pencetus motivasi sendiri tanpa perlu di paksa, di desak atau di suruh-suruh untuk melakukan sesuatu, sebab apa yang mereka lakukan dah menjadi minat mereka. Bila gagal, mereka bangun sendiri!

3. Kepercayaan (Belief)

Percaya diri sendiri dan pada Tuhan, Yang Maha Esa serta kuasa spiritual, bahawa DIA sentiasa memberi petunjuk dan panduan. Orang-orang yang berfikiran positif juga percaya pada kebolehan diri sendiri dan kelebihan bakat yang dikurniakan Tuhan pada mereka.

Mereka kenal kekurangan dan kelebihan diri sendiri, lalu menggunakan kelebihan bakat sebagai platform untuk mencipta kehebatan, kecemerlangan dan kejayaan. Contohnya, dalam ramai-ramai artis Malaysia selama 50 tahun merdeka, takde siapa yang boleh menandingi pencapaian hebat P.Ramle sehingga ke hari ini.

Seramai-ramai pemimpin dalam Malaysia, takde yang mampu menandingi pencapaian Dr Mahathir ketika dia menjadi Perdana Menteri Malaysia. P.Ramle kenal dirinya punya bakat menghibur, buat lawak, gubah lagu dan berlakon.

Dr Mahathir pula walaupun seorang Doktor, mengenali dirinya ada bakat memimpin yang hebat, sangat minat pada politik dan punya semangat berkobar-kobar mahu memajukan bangsa serta negaranya. Kedua mereka ni sama, percaya pada kebolehan diri dan mengasah bakat dalam bidang yang mereka minati lalu memacunya ke arah kejayaan.

Kesannya, mereka menjadi YANG TERBAIK di dalam bidang mereka. Saya tahu Anda ada bakat tersendiri, tak kira dalam bidang apa, sama ada masakan, fesyen, sukan, pendidikan, lukisan, pertukangan, kereta mahupun komputer. Asah bakat Anda dan gunakan ia sebagai 'booster' untuk mencipta kejayaan!

4. Integriti
Orang-orang yang berfikiran positif ni sentiasa jujur dan komited. Mereka juga ada sikap keterbukan, iaitu menerima orang lain seadanya. Mereka takkan mentertawakan kekurangan atau kecacatan orang lain. Ini yang dimaksudkan dengan integriti.

Selain tu, mereka juga takkan mencemuh kelebihan yang ada pada orang lain, bahkan timbul rasa kagum pada kelebihan-kelebihan orang lain. Dengan itu, memberi semangat dan motivasi pada orang-orang positif ni untuk berusaha dengan lebih rajin lagi dalam mencapai matlamat mereka.

5. Keberanian
Berani mengambil risiko, walaupun dalam keadaan yang tak pasti. Mereka berani gagal dan sanggup berdepan dengan kegagalan, walaupun mereka tahu mereka sedang berada di jalan yang tak pernah orang lain lalui (unknown way) dan buat apa yang orang lain tak pernah buat.

Sikap ini ada pada Magendran dan Mohandas (rakyat Malaysia pertama sampai di puncak gunuhg Everest), Datuk Azhar Mansur (rakyat Malaysia pertama belayar seorang diri mengelilingi dunia), Datuk Malek Maidin (rakyat Malaysia pertama berenang merentasi Selat Inggeris) dan Dr Irfan Khairi (jutawan Internet Melayu Malaysia termuda pada umur 25 tahun).

Tips motivasi kali ini saya cadangkan Anda tulis dan lihat setiap hari, supaya sikap-sikap orang yang berfikiran positif ini dapat diserap menjadi sikap Anda. Kesannya, lama-kelamaan, Anda berjaya berubah menjadi orang yang berfikiran positif, bertindak positif dan mempengaruhi orang lain untuk turut sama menjadi positif !

Saya akan sambung lagi 5 sikap positif yang seterusnya di artikel akan datang. Jumpa di sana..

Tips Pembangunan Diri Yang Berkaitan
Dr Shukri Abdullah - Video 1
Dr Shukri Abdullah - Video 2
Berfikir Positif, Bertindak Positif
Sistem Kepercayaan
Jangan Pandang Rendah Orang Lain
Tips Melahirkan Perasaan Dalam Komunikasi

Direkemenkan Oleh Shueqry
SKOR Career.com
Informasi tentang kerja, peluang-peluang kerja dan dunia pekerjaan
http://skorcareer.com.my/blog/

Pendapat Pembaca

Khamis, Ogos 23, 2007

Maksud Fikiran Positif

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda ?

Dalam tips motivasi diri kali ini, saya berkata mengenai maksud berfikiran positif. Positif maksudnya yang baik-baik sahaja dan yang ikhlas.

Jadi, berfikiran positif bermakna Anda bersangka baik dengan ikhlas, tak perlu dipaksa-paksa. Tidak kira sama Anda student IPT, pekerja mahupun usahawan Internet, bersangka baik dalam semua keadaan, pada semua orang dan di semua situasi merupakan pemula kepada langkah kejayaan.

Orang-orang yang cemerlang, yang berjaya dalam apa jua yang mereka lakukan, semuanya berfikiran positif. Fikiran negatif hanya akan membuatkan masalah dan perkara buruk datang kepada mereka lalu membantutkan usaha mereka mencapai kecemerlangan peribadi.

Di bawah ni adalah 10 sikap dalam fikiran positif yang paling dominan :

Optimis
Semangat, Minat, Keghairahan (passion)
Kepercayaan (Belief)
Integriti
Keberanian
Keyakinan
Keazaman (Determination)
Kesabaran
Ketenangan (Calmness)
Fokus

Bila kesemua 10 sikap fikiran positif ni ada pada Anda, kejayaan sedia menanti di hadapan !

Tak kira betapa payahnya Anda sampai ke sana, bila kejayaan digenggam, ia merupakan satu kenangan yang amat manis.

Tips Motivasi Lain Yang Berkaitan
Lance Armstrong - Inspiration
Tips Menjadikan Diri Anda Bermotivasi
Tingkatkan Keyakinan Diri
Tips Mengubah Persepsi Negatif Ke Persepsi Positif
Ketawa - Ubat Paling Mujarab

Recomended 100% By Shueqry
Blog Mengapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing
Ketahui Bagaiamana Cara Mengatasinya
http://smartz.wordpress.com

Komen Anda?

Rabu, Ogos 22, 2007

Masalah Takkan Kekal

Bila Anda dilanda masalah, jangan sesekali menyerah kalah, mengambil jalan mudah mahupun mengatakan nasib Anda sudah begitu yang asyik dilanda masalah. Tiada masalah yang akan kekal, sebenarnya ia sementara.

Masalah membantu kita untuk terus berkembang dari segi intelektual dan emosional. Tanpa masalah, kita takkan kenali diri sendiri dan takkan tahu sejauh mana kebolehan kita.

Kita dikurniakan 'tools' biologi (minda) untuk berdepan dengan apa jua masalah, apa jua cabaran dan apa jua rintangan tak kira cemana besarnya dan setinggi mana levelnya. Ia sudah ada pada Anda, cuma perlu cari ILMU, gandakan pengetahuan dan kenali di mana kekuatan Anda.

Jangan asyik memikir masalah. Sebab, lebih banyak masalah akan timbul. Tapi..

Fokus fikiran Anda pada PENYELESAIAN masalah, hanya fikir penyelesaian sahaja dan latih diri untuk terus menerus memfokus kepada langkah-langkah penyelesaian.

Dengan berbuat begitu, penyelesaian akan datang pada Anda dan Anda ditemukan dengan orang-orang yang boleh membantu, situasi-situasi yang juga boleh membantu dan benda-benda (resources) yang boleh Anda gunakan untuk menyelesaikan masalah.

Apa yang kita masukkan ke dalam minda dan apa yang selalu bermain di fikiran kita, itulah yang membentuk diri kita. Tak ramai yang tahu rasa tertekan disebabkan oleh masalah hanya salah satu bentuk emosi yang terbit dari minda separa sedar.

Oleh kerana ia salah satu bentuk emosi yang mempengaruhi mood Anda, Anda boleh mengubahnya. Masukkan banyak emosi GEMBIRA dan CERIA, sebanyak yang mungkin ! Itu cara yang berkesan untuk membangkitkan mood positif dan tenang.

Mulai hari ini, ambil langkah drastik dengan menghampirkan diri pada orang-orang ceria dan boleh memahami emosi Anda, membaca artikel-artikel positif, menonton video-video yang penuh dengan inspirasi dan cuba memberi semangat diri sendiri, dengan membaca kisah-kisah kejayaan orang lain serta bagaimana mereka bangkit dari masalah.

Baca sebanyak yang mungkin. Jika mereka boleh bangkit dan keluar dari masalah, mengapa tidak Anda?

Padahal, kapasiti mental dan jumlah neuron otak mereka dengan otak Anda adalah sama. Cari bagaimana mereka menyelesaikan masalah mereka dan apa mindset yang mereka gunakan. Jika ia berkesan untuk mereka, ia berkesan untuk Anda juga.

Penyelesaian pada masalah sudah tersedia untuk kita sebenarnya. Cuma ia berada di 'alam' dan hanya menunggu untuk muncul. Ia sudah berada di depan kita, cuma tak nampak saja.

Janji, Anda berdoa, berusaha dan tak berhenti mencuba menyelesaikan masalah langkah demi langkah. Setelah berhabis daya, tawakkal dan tunggu. Remember, just ASK, BELIEVE and ready to RECIEVE.

Jangan sesekali menyerah kalah pada masalah.

Jangan biarkan diri Anda tenggelam dalam masalah.
.. dan jangan biarkan minda separa sedar Anda diam terbiar begitu saja. Bangunkan ia, latih dan bina kekuatannya.

Gunakan minda untuk berfikir mencari penyelesaian ! Minda separa sedar mampu memberi idea, saranan, inspirasi dan ilham bila Anda meminta ia melakukan sedemikian melalui FOKUS.

Fokus pula terbina melalui soalan-soalan pada diri seperti yang telah saya kongsikan di artikel lalu. Anda perlu bergerak untuk menyelesaikan masalah tu. Jangan tunggu dan lihat saja atau tak buat apa-apa.

Dont ever give up. Mesti ada cara lain untuk menyelesaikan masalah Anda.

Kuatkan mental, semangat dan nyalakan api motivasi dalam diri. Mulakan hari ini juga!

Tips Lain Yang Boleh Membantu
Law Of Attraction
Lance Armstrong - Inspiration
Tips Bagaimana Nak Keluar Dari Masalah
Pemikiran Negatif Punca Masalah
Total Happiness Is A State Of Mind

Saya Rekemenkan Anda Baca Blog Ini
SKOR Career.com
Jobs, Career, Employment, Education and Business Resources.
http://skorcareer.com.my/blog/

Komen Anda?

Tukar Masalah Kepada Cabaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda? Shueqry here.

Terima kasih pada Raymond, bro Arjae, bro Amar, bro Zubli Zainordin, bro Azwan dan Fifi (bekas pengacara rancangan Bersamamu TV3) kerana memberi komen membina di artikel lalu. Thank you :)

Kali ini saya berkata tentang bagaimana nak menukar masalah kepada cabaran. Bila sebut masalah, kita selalu terbayang sesuatu yang pasti membebankan, menekan dan yang 'menggeramkan'. Setiap kita semua ada masalah masing-masing.

Tapi, sebenarnya ada cara untuk keluar dari masalah. Anda boleh lakukannya.

Apa jua masalah yang melanda, tukar ia kepada cabaran. Set dalam minda, katakan pada minda Anda bahawa masalah tu Anda anggap sebagai cabaran.

Lama-kelamaan, minda akan menerimanya sebagai cabaran, bukan lagi masalah. Kesannya, Anda akan berasa 'ringan' sedikit, tak lagi tertekan seperti biasa.

Anggap yang Anda sekarang rasa tercabar, 'terbakar' dan jadi bersemangat lalu berazam mahu menyelesaikan cabaran tu. Kena buat langkah demi langkah, sebab ia tak dapat diselesaikan sekaligus.

Semua perkara bermula dari dalam minda. Bagi membolehkan minda mencari menyelesaian idea pada Anda, ia perlu berada dalam mood positif (santai, relaks, kurang berfikir).

Sebab bila berada dalam emosi negatif (tertekan, geram, stress, buntu atau marah) minda tak dapat memberi idea-idea penyelesaian kerana Anda sedang dalam keadaan tertekan. Bila sudah rasa tertekan sehingga menitis air mata, takkan ada idea penyelesaian yang timbul, hanya rasa tertekan yang makin mencengkam, bahkan terus mencengkam.

Untuk menukarnya kepada emosi positif, Anda perlu anggap masalah sebagai cabaran dan jangan sesekali menyerah diri pada tekanan perasaan. Seterusnya, tanya diri Anda dengan soalan-soalan berikut:
  • Apa hikmah yang ada disebalik masalah ni?
  • How can i turn this problem to something good?
  • Apa langkah yang boleh aku ambil untuk menyelesaikan cabaran ni?
  • Di mana aku nak mula? Apa yang aku boleh buat sekarang?
  • Bagaimana cara untuk aku nak jadi optimis?
  • Apa yang bagusnya tentang cabaran ni?
Tanya berkali-kali pada diri Anda. Selepas itu, bertenang, relaks dan biar mood Anda dalam keadaan santai. LET GO.

Beberapa idea akan timbul selepas itu. Tuliskannya (atau taip dalam handphone, PDA, mahupun komputer, nanti lupa!) dan kemudian bertindak selesaikan cabaran Anda mengikut strategi yang terhasil dari penjanaan idea tadi.

Teknik ni berkesan pada saya. Dalam apa jua masalah, saya selalu tanya diri soalan-soalan untuk menyahut 'cabaran' yang datang. Tak kira sama ada cabaran kewangan atau cabaran prestasi kerja mahupun cabaran dalam hal lain.

Selepas ini, untuk memotivasikan Anda, panggil masalah sebagai cabaran. Bukan saja di hati dan difikiran, tetapi di dalam sebutan dan perbuatan. Orang lain juga akan ikut buat perkara yang sama.

Kalau kita anggap masalah sebagai satu masalah, kita takkan dapat buat satu apa sebab kita tertekan jadinya. Tapi, bila kita anggap masalah sebagai cabaran, serta merta timbul 'booster' dalam diri untuk kita bergerak menyelesaikannya!

Wassalam.

- shueqry -
all for one, one for all.

p.s. : Jumlah RSS subscribers naik mendadak dari 250 ke 264 orang! Jika Anda baru di sini dan berminat mahu mendapat artikel-artikel motivasi PERCUMA terus ke email Anda (tanpa perlu masuk ke blog ini setiap kali ada artikel terbaru) daftar FREE di sini. Privasi Anda menjadi keutamaan saya.

Tips Motivasi Lain Yang Boleh Membantu
Inspirasi - Lance Armstrong
Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan
Berfikir Positif, Bertindak Positif
Why We Cant Be Happy?
Happiness And Mind
Bahaya Fikiran Negatif
Punca Masalah

Direkemenkan 100% Oleh Shueqry !!
Sara eBooks
Blog Perniagaan Internet - Jana Pendapatan Dengan eBook
http://www.saraebooks.com/blog

Pendapat Anda?

Selasa, Ogos 21, 2007

Award Untuk Blog Shueqry Berkata

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda hari ini? Shueqry here.

Sungguh banyak kejutan yang saya terima beberapa hari ini.

Pertama sekali, blog "Shueqry Berkata" telah dianugerahkan Thinking Blog Award oleh bro Zubli Zainordin, seorang penulis pembangunan diri dan motivasi yang begitu mengagumkan saya. Ini mesej darinya di ruang MyBlogLog saya :


dan saya telah menerima award tersebut, inilah dia :

Beliau juga telah menulis satu page khas untuk blog "Shueqry Berkata" dengan tajuk Shueqry !. Ini petikan imejnya:

Untuk membaca artikel penuh di blog bro Zubli Zainordin, klik di sini.

Kejutan kedua yang paling membuat saya hampir sakit jantung, jumlah pengunjung yang naik mendadak pada hari Isnin.

Jumlah page load mencecah 1,233 dan jumlah unique visitor pula naik kepada 318 orang. Fuhh, betul-betul kezutan! tak pernah blog saya mencapai jumlah page load yang begitu tinggi.

Saya tak tahu apa yang dah saya buat sampai jumlah page load blog ini naik sebegitu, sebelum ini paling tinggi cuma dalam 712 page load dan 259 unique visitor. Jika Anda nak melihat laporan statistik penuh pengunjung blog 'Shueqry Berkata', klik di sini, Anda akan dibawa ke website StatCounter.com

Ini satu pencapaian yang benar-benar tak disangka. Dalam minggu ini saya asyik memikirkan dengan cara apa saya boleh memajukan lagi blog "Shueqry Berkata" dan membawanya ke 'next level'.

Saya asyik bertanya pada diri apa yang boleh saya lakukan lagi untuk menjadikan blog motivasi ini semakin popular, sepopular blog-blog lain.

Dengan itu, membolehkan mesej-mesej motivasi dan pembangunan diri hasil penulisan saya sampai kepada lebih ramai orang, sejauh yang mungkin, seramai yang mungkin dalam pasaran Internet Malaysia.

Rasanya masih banyak lagi yang kurang dan untuk mengatasi kekurangan itu, saya berusaha memajukan diri dengan belajar benda baru dan applykan apa yang telah saya pelajari sebelum ini. Saya takde mentor, partner mahupun rakan sekerja, cuma pembacaan meluas dan hands on saja yang menjadi 'mentor' saya, didorong oleh minat, obsession dan passion.

Untuk Anda, rakan-rakan bloggers dan pembaca setia, terima kasih yang tak terhingga. Saya tak tahu apa lagi kejutan yang menanti selepas ini.

Dalam diam, beberapa orang penulis motivasi terkenal di Malaysia juga sering masuk ke sini dan beberapa orang wartawan majalah juga pernah mengunjungi 'rumah' saya ni. Saya akan dedahkan siapa mereka.

Apa-apapun, saya sungguh terharu atas sokongan Anda.

Terima kasih !

- shueqry -
all for one, one for all.

Komen Anda?

Isnin, Ogos 20, 2007

Blog Motivasi Kejayaan

Assalamualaikum dan salamsejahtera. Apa khabar Anda?

Sudah agak terlewat saya memberitahu beritahu berita gembira ini. Sebab, saya mahu menunggu 'timing' yang sesuai.

Seorang rakan blogger motivasi telah berpindah blog dari host Blogspot.com ke blog di website sendiri. Ini menampakkan kesungguhannya dalam memberi tips-tips motivasi dan artikel-artikel psikologi kejayaan untuk santapan minda kita.

Kereta memerlukan minyak untuk bergerak dan memecut. Manusia pula memerlukan motivasi sebagai 'booster' untuk menggerakkan diri dan meningkatkan prestasi.

Buku-buku motivasi memang banyak dipasaran, tapi bagaimana pula dengan eBook motivasi? Sudah tentu boleh dikira dengan jari. Hmm .. bagaimana pula halnya dengan blog yang menumpu 100% pada bidang motivasi?

Dari pemerhatian, pembacaan dan pengkajian saya, masih tak banyak. Yang ada, portal motivasi seperti eTuah.com dan blog lain seperti blog tulisan Zamri Mohammad.

Ada juga beberapa blog lain yang mengandungi motivasi dan pembangunan diri, tapi bercampur dengan perniagaan Internet, motivasi keusahawanan mahupun cara buat duit dari Internet.

Saudari Norakmal telah berpindah dari norakmal.blogspot.com ke website baru di http://www.motivasikejayaan.com.




Di bawah ni adalah petikan imej rupa bentuk blog Motivasi Kejayaan yang baru.


Taip saja perkataan motivasi, kejayaan atau motivasi diri di Yahoo mahupun Google, Anda pasti akan berjumpa dengan blog saudari Norakmal di page pertama. Bagi saya, dia seorang penulis yang bagus, berkarisma dan punya stail tersendiri.

Satu lagi, penulisannya lahir dari hati, simple dan straight forward.

Tak banyak bahan-bahan motivasi dalam bahasa Malaysia yang kita boleh temui di Internet. Menyedari kekurangan ini, saudari Norakmal mengambil inisiatif membangunkan blog Motivasi Kejayaan agar kita semua boleh mendapatkan artikel-artikel motivasi dan pembangunan diri secara online di Internet.

Insya Allah blog Motivasi Kejayaan akan menjadi popular satu hari nanti, menjadi tempat rujukan motivasi di Internet disamping menyediakan tips, video motivasi mahupun konsultasi percuma melalui email. Saya melihat potensi yang besar dalam pasaran Internet Malaysia, kini saya dan saudari Norakmal sedang bergerak ke arah itu.

Mari kita berikan sokongan padu kepada saudari Norakmal. Untuk pengetahuan Anda, saudari Norakmal juga merupakan salah seorang dari 25o email subscribers dan merupakan pengunjung tetap blog Shueqry Berkata.

Buat Norakmal, terima kasih yang tak terhingga dari saya. Jujurnya saya tak tahu nak cakap apa, cuma ucapan terima kasih yang lahir dari lubuk hati.

Thank You !

Moga blog Motivasi Kejayaan menjadi wadah pemberi semangat kepada pengguna-pengguna Internet Malaysia hari ini, esok, lusa dan sampai bila-bila.

Saya rekemenkan Anda supaya melawat blog Motivasi Kejayaan hari ini juga !


Respon Anda?

Imaginasi - Perlu Kepercayaan Yang Mendalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda hari ini?

Saya mengucapkan terima kasih pada bro Hasrul, Bent, Raymond dan saudara Azree MH kerana memberi komen di artikel lalu. Thank you ..

Cuaca di Kota Kinabalu hari ini tidak menentu, sekarang musim hujan. Semalam saya dan adik tengok EPL, sejuk betul! Angin yang bertiup selepas hujan membuat kami menggigil kesejukan. Kami menonton di restoran bawah rumah sebab rumah sewa saya takde tv dan Astro ..

Ok, kali ini saya berkata tentang imaginasi. Ada yang tertanya-tanya mengapa imaginasi yang mereka lakukan langsung takde kesan, bahkan macam sia-sia saja.

Mempraktikkan kuasa minda dan untuk melihat kesannya perlukan ketenangan, maksudnya biarlah kita berada dalam suasana yang santai dan tenang. Biarlah minda kita berada dalam arus alfa, saat mood kita relaks.

Dengan itu, apa jua yang kita imaginasikan akan senang masuk ke dalam minda separa sedar dan mudah untuk minda separa sedar merealisasikannya. Imaginasi perlukan kepercayaan yang mendalam, maksudnya Anda percaya kuasa minda separa sedar memang wujud dan ada dalam diri Anda, melakukan apa saja mengikut arahan Anda.

Sejak kecil kita disogokkan dengan nilai logik, di mana untuk percaya sesuatu kita perlu melihatnya dulu. Maksudnya, lihat dulu baru percaya, bukan percaya dulu baru lihat.

Tapi, untuk memanipulasikan kuasa minda separa sedar, Anda perlu percaya dulu dengan mendalam.

Bak kata Lance Armstrong, "believe in miracles and the unseen". Percaya apa jua yang Anda mahu minda separa sedar buat, akan direalisasikan.

Ia seperti kita berdoa juga. Lihat Lance Armstrong, dia menjadi buktinya, Anda boleh baca aritkel mengenai dirinya di artikel lalu, klik di sini.

Bagaimana minda separa sedar merealisasikannya, itu di luar kemampuan ilmu manusia. Tugas kita hanya ask, believe and be ready to receive. Dalam Islam, kita dianjurkan supaya sentiasa berdoa (ask) dan tawakkal setelah sehabis daya berusaha (berimaginasi).

Kuasa imaginasi dan minda separa sedar ialah keajaiban yang berada di luar logik. Imaginasi yang cemerlang perlukan asas yang kuat, iaitu kepercayaan yang mendalam.

Selain itu, ia juga perlu dihadirkan elemen emosi, kerana minda separa sedar sensitif pada apa jua perasaan kita, tak kira sama ada positif atau negatif. Bila imaginasi (atau gambaran mental) digabung bersama emosi, ia menghadirkan satu kuasa tarikan (attraction) yang kuat.

Hasilnya apa jua yang Anda bayangkan cepat direalisasikan oleh minda separa sedar. Ketika berimaginasi, jauhkan dari rasa tertekan, geram, marah atau stress untuk mencapai apa yang Anda mahukan.

Kuasa minda separa sedar berada di tahap optima ketika mood Anda tenang, relaks dan santai.
Ingat Allah dan hati akan tenang sentiasa.

Selalu bersyukur atas segala yang Anda ada sekarang ini kerana perasaan syukur yang hadir tu membuatkan hati merasa tenang. Tak percaya? Cuba try dulu.

Moga tips kali ini membantu.

Tips Minda Yang Berkaitan
Asas Kuasa Minda Separa Sedar.
Asas Kuasa Minda Separa Sedar - Bhg 2
Pemikiran Negatif Punca Masalah.
"Menarik" Apa Yang Anda Mahukan
Minda Bawah Sedar - Definasi
Tip Berkomunikasi Dengan Minda
Memprogram Minda
Emosi dan Minda.

+ Lawati Site Partner Kami Hari Ini
Sara eBooks
Blog Perniagaan Interet - Jana Wang Dengan eBook

Komen Anda?

Ahad, Ogos 19, 2007

Asas Kuasa Minda Separa Sedar - Bhg 2

Saya sambung artikel kali ini (panjang sedikit) dari dari artikel tips kuasa minda yang lalu. Saya akan menerangkan bagaimana minda separa sedar berfungsi dan bagaimana ia menjalankan tugasnya.

Minda separa sedar adalah anugerah Allah yang tak terhingga kuasanya. Sehingga ke hari ini, pakar neurologi, terapi, psikologi, metafizik, spiritual dan pakar Neuro Liguistik Programming masih mengkaji minda separa sedar dengan melakukan banyak eksperimen tanpa henti. Sebab, mereka mahu meneroka (explore) kehebatan-kehebatan minda lalu menggunakannya untuk mencipta kehebatan.

Minda separa sedar bertindak selepas menerima 'arahan' dari minda sedar dalam bentuk emosi, perasaan dan gambaran mental. Untuk berhubung dengan minda separa sedar, Anda hanya perlu menggunakan elemen emosi, perasaan, gambaran mental, imaginasi dan tanggapan (thoughts) sahaja.

Melalui isyarat idea motor, minda sedar dan minda separa sedar dapat berkomunikasi secara gambaran mental atau imaginasi yang menimbulkan perasaan. Sebab itu, adalah mudah untuk mencapai apa saja yang Anda mahukan jika Anda timbulkan elemen perasaan dalam imaginasi di fikiran.

Tak kira apa perasaan tu, sama ada duka, kecewa, gembira dan excited, apa saja, jika ia timbul dalam fikiran Anda dan diiringi emosi, maka lebih senang untuk minda separa sedar 'menangkapnya' lalu membuatnya datang pada Anda.

Apa saja yang timbul dalam fikiran Anda, minda separa sedar akan menariknya secara automatik tanpa Anda sedari. Kenapa pula dia tarik? Sebab itu dah menjadi hukum alam.

Sama juga dengan hukum graviti. Umban sebiji epal ke atas, ia tetap akan jatuh ke tanah secara automatik dan takkan pernah silap sedikitpun. Apa jua yang terimaginasi dalam fikiran Anda, akan 'ditangkap' lalu ditarik oleh minda separa sedar tak kira apa bentuknya yang Anda fikirkan tadi.

Minda separa sedar patuh kepada setiap arahan minda sedar. Minda sedar pula mengikut arahan Anda, melalui fikiran Anda.

Untuk menjadikan Anda tahu mengawal minda (minda sedar dan minda separa sedar) Anda perlu mengawal emosi (mood) dan mengawal kata-kata yang ada dalam hati, sebab kata-kata itu akan masuk ke minda. Anda perlu kawal apa yang Anda bualkan dengan diri sendiri.

Minda separa sedar umpama sebuah robot yang hanya mengikut apa saja yang disuruh. Ia takkan pernah tahu apa yang disuruh tu baik atau buruk. Ia juga tidak dapat membezakan imaginasi atau dengan realiti.

Minda separa sedar sentiasa menganggap apa yang menjadi buah fikiran Anda, itulah arahan yang diberikan padanya. Ia sensitif pada gambaran mental, perasaan dan emosi Anda.

Jika Anda selalu fikir yang buruk-buruk pasal orang lain, situasi, benda, perkara dan yang akan terjadi di masa hadapan, maka hanya yang buruk-buruk saja dekat dengan diri Anda. Kenapa? Sebab Anda memandang semuanya dari aspek yang buruk, yang negatif dan yang menggagalkan.

Pernah tak Anda tak suka dengan seseorang dan merasa geram dengan apa yang orang tu lakukan pada Anda, tapi dia asyik muncul di depan mata Anda? Itulah salah satu dari keajaiban kuasa minda separa sedar.

Orang tu selalu bermain di fikiran Anda, lalu minda separa sedar 'mengangkap' apa yang Anda selalu fikir dan menganggap bahawa Anda mahu orang tu selalu datang pada Anda (sebab wajahnya, dirinya dan perbuatannya selalu bermain di fikiran Anda).

Kesan daripada itu, minda separa sedar menarik dia supaya jadi dekat dengan Anda.

Lagipun, Anda merasa geram dengan apa yang telah dia buat pada Anda. Oleh kerana geram, Anda asyik layan rasa sakit hati dan susah untuk lepaskan rasa sakit hati tu.

Jadi, elemen emosi, perasaan dan gambaran mental hadir di sini, menjadikan minda separa sedar lebih cepat bertindak merealisasikannya. Ini semua berlaku tanpa Anda sedari.

Kesimpulannya, biar Anda yang mengawal minda, supaya Anda boleh membuatkan apa saja yang Anda mahu datang pada Anda. Cepat atau lambat, jadi atau tidak, ia bergantung pada kukuhnya kawalan emosi, perasaan dan hati Anda.

Semuanya akan terjadi secara tiba-tiba dan kebetulan. Dalam ilmu minda, kebetulan itu berlaku kerana minda separa sedar yang menariknya.

Akhir kata, hargailah minda, kuasa minda dan minda separa sedar. Suburkannya dengan ibadah, zikir, kata-kata diri yang baik dan tanggapan yang baik-baik. Hasilnya, sudah tentu yang baik-baik, yang cemerlang dan yang mantap.

Bila selalu bersangka baik dalam apa jua keadaan, situasi dan perkara, segala yang baik-baik juga akan datang pada Anda, selagi Anda masih bersangka baik. Moga tips minda kali ini bermanfaat untuk Anda.

- shueqry -
all for one, one for all.

Tips Minda Yang Berkaitan
Dr Tuah Iskandar - Video 1
Dr Tuah Iskandar - Video 2
Minda Bawah Sedar - Definasi
Tip Berkomunikasi Dengan Minda
Memprogram Minda
Emosi dan Minda.
"Menarik" Apa Yang Anda Mahukan
Membina Kuasa Minda
Perangkap Mental
Berterima Kasih, Bersyukur dan LET GO.
Nak Yang Baik Atau Yang Buruk?

+ Lawati Site Partner Kami Hari Ini
SKOR Career.com
Jobs and Employment Resources

Komen Anda

Sabtu, Ogos 18, 2007

Asas Kuasa Minda Separa Sedar.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar Anda? Shueqry here.

Saya mengucapkan terima kasih tak terhingga pada Raymond (ni orang paling rajin masuk blog!), Angler, Zool dan Ktom sebab memberi komen membina pada artikel yang lalu.

Kali ini saya berkata tentang asas kuasa minda separa sedar, sebab ramai yang keliru dan tak tahu pekebendanya kuasa minda separa sedar ni. Untuk menjawap soalan beberapa orang rakan pembaca blog, saya merujuk kepada buku Kuasa Minda Separa Sedar tulisan M.Rozani Pawan Chek dan saya akan mengupas dulu mengenai minda separa sedar.

Minda separa sedar bertugas mengawal segala aktiviti organ dan tisu badan secara semula jadi tanpa kita sedari ataupun merasainya. Aktivitinya melibatkan perasaan, emosi, mood, gambaran mental dan segalanya yang berkaitan dengan gerak hati, naluri dan intusi.

Minda separa sedar juga bertugas secara terlatih, sama ada kita sedari ataupun tidak. Contohnya, memandu kereta, memakai pakaian, memanah, menyuap time makan dan buka blog ini setiap hari.

Jika Anda rajin ke sini, maknanya membaca blog "Shueqry Berkata" dah menjadi sebahagian dari senarai rutin yang ada dalam minda separa sedar Anda, sebab Anda melatih minda separa sedar untuk mengingati blog simple ini. Minda separa sedarlah yang mencetuskan idea-idea baru dan dapat menyembuhkan serta menghalang penyakit.

Walaupun kita sedang tidur, minda separa sedar mengawal aktiviti organ, tisu badan dan tahap mimpi. Saya banyak belajar sendiri mengenai minda separa sedar dan tahu mengawal kuasa minda melalui pembacaan yang meluas, pengkajian dan mengamalkan semua apa yang telah saya baca. Ia bukan setakat teori, tapi lebih kepada praktikal dan hands-on.

>> Saya akan sambung di artikel seterusnya.

Tips Minda Yang Berkaitan

Minda Bawah Sedar - Definasi
Tip Berkomunikasi Dengan Minda
Memprogram Minda
Emosi dan Minda.
"Menarik" Apa Yang Anda Mahukan
Membina Kuasa Minda
Perangkap Mental
Berterima Kasih, Bersyukur dan LET GO.
Nak Yang Baik Atau Yang Buruk?

Jumaat, Ogos 17, 2007

Diriku, Me, MySelf And I.

Asmkm dan salam sejahtera. Shueqry here.

Saya tak dapat nak update artikel motivasi seperti biasa, sebab sibuk dengan kerja-kerja membaiki pam air di rumah sewa saya. Baru jam 9 malam ni saya dapat online sejak dari jam 9 pagi.

Ramai orang berkata bekerja sendiri di rumah memang selesa, kita bebas memakai apa saja yang kita nak pakai dan buat apa yang kita nak buat.

Tapi, on the other side, bila bekerja di rumah Anda tetap takkan terlepas dari tanggunggjawab kerja-kerja dalam rumah yang lain, membersihkan yang kotor dan menyusun yang berterabur.

Dalam kes saya, hanya saya saja yang ada di rumah setiap masa. Kawan-kawan lain keluar bekerja, jadi hanya saya yang menjadi 'calon' cleaner kat rumah waktu siang. Tuan rumah bila nampak kotor jadi bising satu hari, sehingga saya takde idea nak menulis.

Tak semudah yang disangka. Kekadang orang lain masuk ke 'pejabat' dan bercerita-cerita dengan Anda.

Waktu yang sepatutnya Anda gunakan untuk produktiviti kerja Anda gunakan pula untuk bersembang-sembang dan membuat kerja lain, seperti membersihkan ruang tamu, dapur, buang sampah serta membersih alat-alat elektrik yang berhabuk.

Jika Anda berada dalam situasi sebegini, bajet masa dan tuliskan senarai kerja yang perlu dilakukan. Agih-agihkan kerja pada sesiapa yang ada di rumah ketika itu, sebab apa jua kerja lebih cepat siap bila dilakukan lebih dari seorang.

Bagi Anda yang mempunyai laptop, bersyukurlah .. sekurang-kurangnya Anda mempunyai komputer yang boleh di bawa ke mana-mana dan boleh dianggap barang personal. Kalau macam pc saya, masih lagi dianggap 'public'.

Walaupun ada password, tapi mereka tetap 'ganggu' saya time kerja. Tengah malam pula bilik gelap dan saya hanya mengharap cahaya dari monitor untuk menerangi keyboard saya kala menaip.

Walaupun saya tahu ia merosakkan mata saya yang dah sedia rabun, tapi saya dah takde pilihan lain, bilik sewa kongsi dengan rakan dan bila saya hidupkan lampu semata-mata supaya nampak keyboard, mereka takkan dapat tidur sampai ke pagi.

Keadaan ini membuatkan saya makin bersemangat bekerja untuk memperbaiki lagi kehidupan sendiri, work smarter towards a better life, better living and better workstation!.

Jujurnya saya berkata, time menaip ni saya hanya bersila di lantai dan keyborad saya letak atas kaki saja, mouse saya letak kat atas kotak.

Kawan-kawan semua boleh bayangkan cemana payahnya keadaan saya. Kalau letak perabot, bilik jadi sempit.

Inilah ruang kerja saya sejak 10 bulan yang lalu. Sakit pinggang, lenguh dan sakit pergelangan tangan tu dah jadi biasa, kena banyak bersabar dan bertahan. Tambah lagi tiap hari saya mengadap komputer sehingga 12-14 jam.

Namun, saya tetap bersyukur kerana saya masih ada pc yang sambung terus dengan Internet dan mempunyai banyak aliran idea untuk saya menulis di sini. Bila bangun pagi, saya panjatkan kesyukuran atas semua yang saya ada dan selepas itu, timbul semangat yang tinggi untuk memperbaiki serta memajukan lagi pencapaian diri, lebih baik dari hari kelmarin.

Ini coretan personal seorang penulis motivasi, kerana hanya di sini dia mampu berkomunikasi, bersua dan bertanya khabar Anda. Saya tuliskan supaya Anda tahu dia tidak berselindung di sebalik sebuah blog dan dirinya adalah REAL, not virtual.

Ambil pengajaran dari kisah dirinya kali ini, kerana ada tips pembangunan diri terselit di dalamnya. Sesusah-susah kita, sebenarnya ada lagi orang yang lebih susah.

Jadi, bersyukurlah dan terus berusaha memajukan diri semaju yang mungkin.

Bila dah maju, bantu orang lain, supaya mereka juga menjadi maju seperti Anda.

- Shueqry -
all for one, one for all.

p.s. Setelah melayari blog Fifi (personaliti Bersamamu TV3) saya sungguh insaf bila membaca kisah seseorang. Setiap kali bila membaca kisahnya, berbagai perasaan bercampur baur dan tak terucap oleh kata-kata. Bahkan, air mata saya menitis bila pertama kali membaca kisah dirinya yang ditulis oleh Fifi.

Saya mohon Anda, kawan-kawan bloggers, 250 orang pembaca tetap dan 500++ pengunjung harian blog motivasi ini agar memberi sokongan moral kepadanya.

Siapa DIA? Klik di sini.

Motivasi Diri Yang Berkaitan
Kisah Kegagalan Saya
Kenapa Saya Lakukan Ini Semua
Membina Kuasa Minda
Soalan-soalan Positif
Komunikasi Dengan Diri Sendiri
"Menarik" Apa Yang Anda Mahukan
Memprogram Minda
Terapkan Fikiran Positif
Minda Bawah Sedar - Definasi

Khamis, Ogos 16, 2007

7 Tips Pekerja Cemerlang

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Shueqry here. Dalam tips motivasi kali ini saya berkata tentang bagaimana hendak menjadi pekerja cemerlang, secemerlang yang mungkin dan sehebat yang mungkin tak kira apa jua bidang kerja yang menjadi kerjaya Anda.

Bila Anda memasang matlamat mahu menjadi pekerja cemerlang, ini beberapa tips asas.

1. Muhasabah Apa Niat Untuk Bekerja.
Saya memandang lebih pada aspek dalaman iaitu hati dan niat. Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu bermula dari asas, iaitu niat hati Anda.

Buat muhasabah diri, kaji untuk apa Anda turun setiap hari ke tempat kerja, adakah semata-mata hanya kerana Anda dibayar gaji, hanya mahukan gaji (dan tak kisah apa tu kecmerlangan dalam kerjaya) atau minat pada bidang kerja tu? atau keduanya sekali?

Ini kerana setelah mengkaji mindset sesetengah orang, ada yang jadi mereka jadi malas, tak bersemangat, kerja main lepas tangan dan lebih suka tak ambil kisah, janji duit gaji masyuk.

Namun, ada juga yang menjadikan tangga gaji sebagai 'booster' motivasi. Jika itu nawaitu Anda, yang lain akan turut serta, seperti disiplin, komitmen, fokus, produktiviti, performance, kerjasama dan akhir sekali mindset positif untuk menjadi cemerlang dalam kerjaya.

2. Lakukan Lebih Dari Apa Yang Perlu.

Dengan inisiatif sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu Anda lakukan dalam bidang kerja Anda. Misalnya, jika kawan sekerja Anda masuk kerja jam 9 pagi hingga 5 petang, Anda pula masuk jam 8.30 pagi hingga 7 petang, tanpa mengharap elaun lebih masa atau overtime. Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga Anda tak sedar masa berlalu.

3. Komited.

Jangan ambil kisah kalau orang lain kata yang Anda tunjuk rajin. Itu kerjaya Anda dan katakan pada diri bukan kawan-kawan Anda tu yang bayar gaji Anda.

Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu komited sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan. Jadi proaktif dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa mengharapkan sedikitpun balasan. Tapi, rajin biar kena tempatnya, nanti Anda akan dipergunakan.

4. Bijak Menyelit.
Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit 'politik'. Skill komunikasi interpersonal amat penting di sini. Anda perlu bijak menyesuaikan diri dengan mengkaji attitude rakan-rakan sekerja Anda.

Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu dimana ruang yang dia boleh menyelit tanpa perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja.

Tapi, pekerja yang cemerlang takkan pernah bodek bossnya untuk cepat naik pangkat!

5. Belajar Tanpa Henti.
Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah ILMU, sama ada teori, praktikal ataupun penaakulan.

Dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai. Dia menumpukan usaha pada benda yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya nak kuasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa singkat.

Minda lebih senang menangkap dan memahami apa yang Anda pelajari jika menumpu pada satu perkara dalam satu-satu masa, one thing at a time, step by step.

6. Hormat Semua Orang.
Tak kira siapa jua rakan satu tempat kerja dengan Anda, hormati dia dan cuba ceriakan dia, walaupun dia setakat seorang mak cik cleaner. Tapi, jangan suka menyakat dan mentertawakan kekurangan atau kesilapan orang lain, sebab tak semua orang boleh menerimanya.

Menceriakan orang maksudnya Anda bijak membuat mereka rasa gembira dan membuat mereka rasa senang dengan Anda. Cemana? mungkin dengan berkongsi cerita-cerita lucu, beberapa jenaka atau membantu mereka di kala susah. Bila Anda ikhlas membuat orang lain jadi ceria, mereka akan hormat pada Anda.

Takde gunanya Anda jadi 'bising' maca tin kosong di tempat kerja tapi suka mengacau tak tentu pasal, pedas dengan umpatan, sindiran dan komplain-komplain yang remeh. Pekerja yang cemerlang diukur dari segi perbuatan dan pencapaiannya, bukan percakapan. Jadi, diamkan mulut, rajinkan tangan bekerja.

7. Penampilan Kemas, Segak dan Teratur.
Ini yang paling akhir. Ingat, persepsi dan 'first impression' orang lain amat penting dalam suasana kerja.

Pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan kekemasan diri pada pakaian, gaya ketika bekerja, gaya jalan, gaya ketika makan, gaya berbual dan kekemasan di ruang tempat kerjanya. Anda boleh menilai attitude kerja seseorang hanya dengan melihat meja kerjanya saja.

Kalau berserabut, berhambur, berterabur dan langsung tak teratur, itu tandanya orang tu bukan pekerja cemerlang dan akan payah untuk jadi cemerlang. Jika Anda duduk di meja yang selalu berterabur, ubah cepat perangai tu.

Itu menampakkan Anda seorang yang pemalas. Apa pendapat Anda, adakah kata-kata saya ini betul? Beri pendapat Anda di ruang komen. Ia tidak semestinya berlaku pada semua orang. Ada juga pekerja yang mejanya berserabut, tapi performance kerjanya cemerlang !

Akhir kata, beri komitmen pada kerja Anda sebaik mungkin dan jangan terlalu mengharap balasan dalam bentuk overtime lebih atau pujian semata. Ini resepi utama seorang pekerja cemerlang.

Walaupun ada 7 tips di atas, saya lebih memandang pada konsep 'memberi', tak kira sama ada sudi memberi tunjuk ajar, ikhlas membantu, sudi bekerjasama, komited dengan tugasan, bijak berkomunikasi dan melakukan lebih dari apa yang sepatutnya.

Lebih banyak Anda memberi, lebih banyak juga Anda akan menerima. Tumpukan pada 7 tips ini dan kecemerlangan dalam kerjaya akan datang dengan sendirinya pada Anda. Dijamin !

Tips Lain Yang Boleh Membantu
Tingkatkan Keyakinan Diri
Bertangguh Cara Bijak
Elak Sikap Bertangguh
Nak Cemerlang, Biar Ada FOKUS.
Bila Yang Di Ingini Tak Menjadi
Peluang Kerja dan Peluang Cari Duit

+ Lawati Site Partner Blog Shueqry Berkata
Sara eBooks
Blog Perniagaan Internet - Jana Wang Dengan eBook

Komen Anda

Rabu, Ogos 15, 2007

Tips Melahirkan Perasaan Dalam Komunikasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Shueqry di sini. Kali ini saya berkata tentang cara bagaimana nak melahirkan perasaan dalam komunikasi.

Dalam erti kata lain, cemana nak meluahkan perasaan dalam kata-kata kita. Kita payah nak melahirkan perasaan dalam komunikasi kerana didorong oleh rasa malu, segan dan kekadang ego, maksudnya tak nak sesekali mempamerkan perasaan kita, nak control macho.

Ini beberapa tips untuk membantu Anda :

1. Belajar Berterus Terang.
Cuba belajar untuk berterus terang dan ikhlaskan hati dalam berkata-kata. Bila berbuat gitu Anda akan jadi terbiasa untuk melahirkan perasaan dalam kata-kata Anda kepada orang yang Anda boleh percayai. Tetapi, tengok keadaan dulu, biar cari timing yang sesuai.

2. Ucap Dengan Relaks Dan Santai.

Latih diri Anda untuk bijak mengawal emosi. Jika Anda tidak tahu bagaimana untuk melahirkan perasaan dalam komunikasi lisan (percakapan, perbualan) latih diri Anda dengan meluah sikit-sikit dulu.

Pada permulaan, memang rasa kekok untuk meluahkan perasaan dalam nada santai, yang relaks dan yakin. Terus terang saya kata, memang agak gugup. Tapi, bila Anda bijak mengawal emosi dan belajar memberanikan diri, lama-kelamaan Anda akan mampu melakukannya.

3. Ubah Mindset Anda.
Jika sekarang ini Anda seorang yang pendiam dan pemalu, ubah mindset Anda. Tekadkan diri mahu menjadi seorang yang peramah dan yang bijak berkata-kata bermula dari hari ini.

Latih diri untuk selalu bercakap-cakap dan berbual dengan orang lain secara berdepan, sesiapa sahaja, mungkin abang, kakak, adik atau kawan-kawan Anda. Latih diri untuk bercakap dengan nada suara yang jelas dan kuat, tapi biar yang sedap didengar, tak le kuat sangat.

Jika sekarang ini Anda takut atau segan nak meluahkan perassan pada orang lain, ubah mindset Anda dan ubah tabiat Anda tu. Lihat diri Anda sebagai seorang yang peramah, telus berkata-kata, professional dan mempamerkan air muka yang yakin.

Katakan pada diri, jika Anda tidak berubah sekarang, sampai bila-bila pun Anda takkan dapat meluahkan perasaan dalam komunikasi. Ia perlu berlaku sekarang!. Its now or NEVER.

4. Kawal Rasa Malu
Kita payah nak meluah perasaan sebab rasa malu yang tebal. Sebenarnya rasa malu, gugup dan segan tu boleh dikawal.

Sebelum Anda meluahkan perasaan, tarik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan 4 saat dan hembus perlahan-lahan. Buat dalam 3 atau 4 kali. Ini membantu untuk menambah keyakinan dalam diri dan menjadikan perbualan Anda santai.

Ia juga dapat mengelakkan Anda menjadi gopoh, panik, tergagap dan jadi tak keruan secara tiba-tiba. Believe me, orang lain suka melihat gaya percakapan yang lancar, santai dan nampak yakin.

Mana-mana gadis mudah tertawan dengan gaya komunikasi seorang lelaki yang sopan, lancar serta yang berterus terang dalam berkata-kata. Tapi, mereka tak suka gaya percakapan lelaki yang menunjuk-nunjuk, bercakap besar, pemarah, ego, kasar, takde tolak ansur, mendesak, memperkecilkan orang lain dan yang asyik bercerita tentang dirinya saja.

Jadi, untuk melahirkan perasaan dalam komunikasi, paling penting beranikan diri, kawal rasa malu dan luahkan dengan santai! Moga tips ini membantu Anda yang pendiam, pemalu dan yang 'penyegan' untuk berubah menjadi seorang yang bijak meluah perasaan dalam komunikasi.

Tips ni pernah saya gunakan ketika bekerja sebagai Customer Service Oficer di Astro tahun lalu. Jangan tak taw, kerana saya juga seorang yang pemalu! .. Simpan rahsia ni baik-baik ..

Di artikel akan datang, kita akan berbincang tentang tips pekerja cemerlang. Stay tuned dengan blog motivasi 'Shueqry Berkata'.

- Shueqry-
all for one, one for all.

Tips Lain Yang Boleh Membantu
Tingkatkan Keyakinan Diri
Tips Untuk Jadi Yakin Berkomunikasi
Cerita Cinta
Dr Fadzilah Kamsah - Mengatasi Rasa Rendah Diri
Dr Fadzilah Kamsah - Mengatasi Rasa Rendah Diri Bhg 2

+ Lawati Site Partner Blog Shueqry Berkata
SKOR Career.com

Jobs, Career, Employment, Education and Business Resources.

Komen Anda Pada Artikel Ini?

Selasa, Ogos 14, 2007

Lance Armstrong - The Inspiration

Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar Anda hari ini?

Live Strong.
Itulah kata-kata dari Lance Armstrong.

Dia seorang atlit lumba basikal yang telah disahkan menghidapi kanser otak, testis dan paru-paru. Bahkan lebih teruk lagi, disahkan hanya mempunyai 45.99% peluang untuk hidup. Huh, ngeri tu ..

Tapi, Lance Armstrong tak mahu mengalah. Dia berjuang sehabis daya untuk hidup dan mencari kekuatan dalam dirinya bagi melawan kanser tu. Setelah sembuh, dia menyertai semula Tour De France dan menjadi juara. Dia membuktikan pada dunia, dia boleh sembuh dari kanser yang sememangnya membawa maut dan tak membiarkan kanser tersebut mengawal hidupnya.

Bukan menang secara kebetulan dan bukan menang sekali, tapi 7 kali! Semua itu hasil dari mindset, fighting spirit, terus berjuang, fokus, usaha konsisten dan berlatih dengan ekstreme, maksudnya lebih dari latihan atlit biasa. Saya pernah mendengar dia berkata knowledge is power. Lance Armstrong mengaplikasikan apa yang dia tahu dan yang dipelajarinya tentang minda serta kaitannya dengan tubuh (body) dan jiwa (soul).

Lance Armstrong tak kisah apa yang orang lain kata tentang dirinya yang dianggap ganjil itu, dia hanya ada 2 fokus dalam hidupnya selepas sembuh dari kanser. Pertama, isteri dan anak-anaknya. Kedua, misi peribadinya untuk memenangi Le Tour De France.

Sebelum di diagnosis sah menghidapi kanser, dari apa yang saya baca Lance Armstrong merupakan seorang atlit yang sombong, kuat marah, bongkak dan pentingkan diri. Selepas kanser, dia berubah menjadi seorang lelaki yang bertoleransi, baik hati, berfikiran psoitif, optimis dan mengerti apa makna cinta.

Berbanding dengan sukan lumba basikal yang lain, untuk menang dalam Le Tour De France 100% memerlukan team work. Dalam peringkat awal 'come back' Lance Armstrong, dia sanggup kalah dalam beberapa perlawanan awal hanya kerana ada rakan ahli pasukannya terkandas. Kalau orang lain dah naik marah tapi Lance Armstrong memberi kata-kata peransang semangat kepada ahli-ahli pasukannya. Kesan daripada itu, dia berjaya memimpin pasukannya mencapai kejayaan.

Bagi saya, Lance Armstrong merupakan pencetus inspirasi dan motivasi sebenar bahawa tak kira berapa besar macam mana pun susahnya masalah yang melanda diri Anda, pasti ada jalan keluar jika Anda fokuskan minda pada penyelesaian dan percaya dengan mendalam Anda boleh mengatasi masalah tu bila Anda konsisten dalam berusaha .

Sebagai seorang atlit, saya bersetuju dengan Lance Armstrong. Jangan ambil kisah kata-kata orang lain.

Ini hidup Anda, tubuh badan Anda dan diri Anda, dengan itu Anda boleh buat apa yang Anda mahu dan biarkan orang lain kata apa yang mereka mahu kata, they will keep talking, talking and talking but still DO NOTHING !

Tumpukan pada memajukan diri Anda sendiri, seperti yang dilakukan oleh Lance Armstrong. Dia sanggup berlatih 6 jam sehari dan sanggup melakukan apa yang perlu semata-mata untuk memenangi perlawanan lumba basikal Tour De France yang faymes dan berprestij tu. Sehingga ke hari ini tiada siapa yang boleh menandingi rekod kemenangannya sebanyak 7 kali dalam Le Tour De France.

He is not human, but super human! Lance ada apa yang dimaksudkan oleh Dr Tuah Iskandar, Extra Mind, Extra Mild, Extra Mile. Ambil semangat juang Lance Armstrong dan serap menjadi sebahagian dari diri Anda. Lihat video di bawah ni, moga ia memberi inspirasi dan dapat menaikkan semangat Anda.



(tips untuk mengelakkan video ni tersekat-sekat - Selepas klik Play, klik Pause dulu dan tunggu hingga bar berwarna merah tu sampai ke hujung, selepas itu klik butang Play semula, streaming video akan jadi lancar selepas itu).

Terasa semangat saya naik mendadak tiap kali selesai menontonnya dan saya sungguh bersyukur, sesyukur yang mungkin, saya bebas dari sebarang penyakit dan dikelilingi oleh insan-insan yang menaikkan semangat, walaupun saya ada beberapa masalah satu ketika dulu.

Ingat! Apa yang berlaku di masa lalu takkan pernah sama dengan apa yang berlaku di masa sekarang dan di masa hadapan. Jangan selalu jadikannya ukuran, biarkan, lepaskan ia berlalu dan bina hidup baru azam baru, semangat baru.

Saya ambil kata-kata Lance Armstrong : "Pain is temporary, it may last a minute, or an hour, or a day, if i quit, however, it lasts forever."

Tips Motivasi : Kuatkan semangat, bina kekuatan minda dan mantapkan jiwa. Be strong in heart, mind and soul, kerana dengan tekad berbuat begitu, kejayaan menanti di depan Anda. Lance Armstrong adalah buktinya.

Artikel Lain Yang Turut Memberikan Inspirasi
Cara Najmil Bangkit Dari Kegagalan
Kejayaan Stail Alex Lim Keng Liat

Nak Yang Baik Atau Yang Buruk?
Blog Saya Blog Sampah?


+ Lawati Site Partner Blog Shueqry Berkata
Mengapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing?
Klik Di Sini Untuk Ketahui Jalan Penyelesaiannya

Komen Anda?

Isnin, Ogos 13, 2007

Perkembangan Blog Shueqry Berkata

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?

Saya keluarkan post ini untuk menjawap beberapa pertanyaan yang diajukan pada saya melalui email mengenai perkembangan blog 'Shueqry Berkata'.

Dalam minggu lalu banyak perkara yang berlaku pada blog ini, terutama bilangan pengunjung tetap dan bilangan RSS Subscribers yang kini mencecah ke angka 232 orang, jumlah yang agak tinggi bagi seorang blogger yang menulis di dalam bahasa Melayu dan baru berblog semenjak 29 Mac 2007 yang lalu, baru nak masuk 6 bulan.

Saya tak tahu berapa jumlah RSS subscribers blog-blog lain, tapi rasanya bilangan RSS subscribers mereka juga tinggi, mungkin dalam lingkungan 350 orang ke atas, saya juga tak tahu jumlah subscribers blog-blog yang berpengaruh dalam Bahasa Melayu yang lain seperti blog SmartUsaha, SaifulSham, Raja Adsense dan Amaz.net.

Sebab tak ada button widget yang menunjukkan jumlah subscribers mereka, dalam anggaran saya, maybe dekat 1,000 orang (atau lebih daripada itu) sebab mereka dah lebih setahun berblog, anggaran saya saja .. contoh saja, contoh ! Bak kata Dr Fadzilah Kamsah ..

Blog ini tak tersenarai dalam WC bloggers walaupun saya join forum WangCyber.com, jadi harap Anda yang mengirim email pada saya sedia maklum mengenai hal ini yang bertanyakan mengapa blog "Shueqry Berkata" tak tersenarai walau pengunjungnya ramai.

Lagipun, saya masih guna blog percuma di host Blogspot.com. Ada 5 orang yang menawarkan diri untuk sponsor beli hosting dan domain, masih lagi saya pertimbangkan offer itu sehingga ke hari ini.

Saya ada mindset tersendiri untuk blog "Shueqry Berkata" dan salah satunya ialah mensasarkan jumlah RSS Subsribers yang tinggi, lebih tinggi dari yang sekarang supaya lebih ramai pengguna Internet mendapat tip-tip motivasi dan pembangunan diri yang ringkas serta bermanfaat.

Saya dan saudari Norakmal (DikMal) melihat kurangnya blog yang 100% menumpu pada artikel-artikel motivasi, jadi kami mengambil inisiatif sendiri untuk menjadi yang pertama berbuat demikian, menjadi penulis artikel-artikel motivasi di Internet didorong oleh satu minat yang sama pada niche motivasi, psikologi, pembangunan diri dan semua yang berkaitan dengannya.

Jumlah pengunjung sehari juga kini dah mampu mencapai 6oo++ orang, Anda boleh lihat di sini atau klik "View My Blog Stat" dekat butang Stat Counter kat bawah. Ia juga berdekatan dengan link Giuk.net

Untuk mengukur jumlah Unique Visitor, jumlah masa yang menjadi ukurannya paling kurang adalah 30 minit, ia dah ditetapkan oleh StatCounter dan saya tak leh set kurang dari itu. Jadi, jika pengunjung membaca artikel-artikel saya kurang dari masa tu, maka ia hanya akan di kira sebagai Page Load sahaja, bukannya Unique Visitor. Lagipun tips-tips di sini saya tukarkan kepada yang pendek-pendek supaya ia senang di baca dan senang untuk difahami.

Saya kalau gi blog yang lain bila baca post yang panjang, mula rasa rimas. Saya pendekkan tips-tips yang saya tulis supaya ia memudahkan Anda, dalam masa yang sama membuat saya untuk rajin menulis, sebab ia pendek dan direct to the point. Ia membolehkan saya menulis sehingga 3 tips sehari, walaupun pada hakikatnya saya keluarkan sehingga 1-2 artikel sehari.

Di ruang draft ada lebih 300++ artikel yang menunggu untuk dikeluarkan, ada sesetengah yang tajuk saja, belum ada isi. Saya tak letak iklan dari Advertlets dan Nuffnag kerana ia melambatkan proses loading.

Membanyakkan info dan tips-tips berguna adalah menjadi matlamat saya. Saya cuma make money dari penjualan ruang iklan di ruang Site Partners. Itupun bila didesak oleh seorang pembaca tetap (kini dah menjadi FriendsOfShueqry-F.O.S) yang mengatakan saya cukup 'rugi' kerana tak menyewakan ruang iklan.

Jadi, harap post ini dah menjawap beberapa pertanyaan yang diajukan, sebenarnya lebih daripada satu yang semua berkisar mengenai hal yang sama. Jumlah pelawat masih 5oo-600 orang sehari. I'm trying to catch up with 'biggger' Malay blogs in shortest time possible.

Tips Motivasi !: Bina blog tentang apa yang menjadi passion Anda. Cari apa yang menjadi minat Anda, mungkin kereta, teknologi, masakan, bidang kerja dan pekerjaan mahupun perniagaan Internet dan tulis blog mengenainya, seperti apa yang saya lakukan untuk blog ini. Jujurnya saya mengaku, saya cukup obses dengan motivasi dan minat sangat menulis artikel-artikel motivasi.

Itu saja untuk kali ini. Buat pembaca blog saya yang bernama Lini, sabar menempuh dugaan dan cabaran yang mendatang. Percayalah ada hikmah disebalik semua itu. Saya selitkan klip lagu Ada Cinta di sini, moga ia memberi suntikan inspirasi.



Nasihat saya, cari nilai-nilai positif yang ada disebalik setiap masalah dan jangan layan perasaan negatif yang timbul, sebab ia akan membuatkan lebih banyak masalah datang tanpa di duga. Ingat, Law Of Attraction ada setiap masa. Minda separa sedar menarik apa yang menjadi fokus fikiran kita tanpa tersilap sedikitpun, tak kira sama ada ia masalah atau peluang.

Dalam semua keadaan, kita sentiasa ada 2 pilihan. Pilih untuk jadi POSITIF dan percaya dengan mendalam Anda sebenarnya seorang yang positif.

Jumpa di artikel seterusnya ! Saya akan menyentuh tentang kegagalan, bagaimana melahirkan perasaan di dalam komunikasi, tips pekerja cemerlang dan beberapa artiekel mengenai minda bawah sedar. Stay tuned with 'Shueqry Berkata'.

p.s. : Saudari Norakmal yang menulis di blog Motivasi Kejayaan kini dah berpindah ke blog baru di alamat website http://www.motivasikejayaan.com . Mari ramai-ramai masuk rumah baru Dikmal. Here we come!

p.s. More, more and more sponsors are coming in !! Wow ! Siapa mereka?

Artikel Lain Yang Boleh Membantu
Emosi Dan Minda
Emosi Penggerak Kecemerlangan
Terima Kasih!
Kena Tag
Fokus Blog Saya
Tips Menjadikan Diri Anda Bermotivasi
Sabahan Bloggers List

+ Lawati Site Partner Blog Shueqry Berkata
Sara eBooks.com
Blog Perniagaan Internet - Jana Wang Dengan eBook

Komen Anda?

Ahad, Ogos 12, 2007

Tips Untuk Jadi Yakin Berkomunikasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar Anda hari ini? Shueqry here.

Kali ini saya berkata tentang bagaimana membina keyakinan diri bila berkomunikasi di depan ramai orang. Saya menjawap pertanyaan email masalah pembaca blog ini yang tak tahu cemana nak membina keyakinan diri.

Sebenarnya keyakinan diri bila berkomunikasi boleh dipelajari dan dilatih. Anda akan jadi semakin mahir bila Anda rajin berlatih dan terus berlatih.

Caranya, mula berkomunikasi dan berucap di hadapan 5 orang dulu, kemudian 10 orang, selepas itu 15 orang. Beberapa hari kemudian, beranikan diri untuk berucap di hadapan 25 orang, kemudian 35 orang hingga akhir sekali Anda menjadi sungguh yakin berucap di hadapan 100 orang!

Bulan depan, beranikan diri sekali lagi, kali ini berdiri dan berucap dihadapan 200 orang. Lama-kelamaan, tak kira 1,000 orang yang menonton Anda berucap, ia bagaikan 10 orang saja pada Anda, sebab Anda dah menjadi cukup yakin kesan terbiasa memberi ucapan pada ramai orang.

Untuk Menjadi Yang Terhebat,
Hanya Perlu Cari Mereka Yang Hebat
dan Kaji Gaya Mereka, Stail Mereka Serta
Keyakinan Diri Mereka Lalu Serap
Menjadi Tabiat Diri Anda. Lama-kelamaan
Anda Juga Menjadi Hebat Seperti Mereka !

Walaupun Anda tifak berucap di hadapn ramai orang, tapi cara ni boleh membantu. Biasakan diri untuk terus berkomunikasi dengan orang lain di sekeliling Anda, tak kira adik beradik, orang tua Anda mahupun pacik-pacik kat kedai kopi. Janji, Anda mencelah dengan bijak.

Lama-kelamaan, Anda akan jadi yakin bila berkomunikasi! Tiada lagi rasa malu, rendah diri, menghina-hina diri sebab jadi pemalu dan takut berjumpa dengan orang yang Anda tak kenali.

Moga tips motivasi ini membantu Anda untuk meningkatkan keyakinan diri dalam berkomunikasi dan pengucapan umum. Jangan kelam-kabut, take time dan buat latihan secara bertahap, langkah demi langkah. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain, tak gitu?

Rajinkan diri Anda untuk berlatih berkomunikasi, berbual, bercakap dan berkata-kata dengan sesiapa saja seramai yang mungkin dalam sehari. Lama-kelamaan, sifat rendah diri Anda akan mengurang dan Anda boleh mengawal rasa malu, aaa .. apa nama .. (ikut stail Dr M) rendah diri dan tak yakin yang dulunya bagaikan mimpi ngeri buat Anda.

Jadikan berbual-bual tu seronok bagi Anda, make it fun! Kesan daripada itu, Anda menjadi yakin menegur sesiapa sahaja, walau orang tu Anda tak pernah jumpa langsung. Tak percaya? Cuba try test hari ini juga ..

Artikel Lain Yang Boleh Membantu
Had Dalam Pemikiran
Nak Cemerlang, Biar Ada Fokus
Modelling
Hukum Sebab Dan Akibat
Terapkan Fikiran Positif


+ Lawati Site Partner Blog Shueqry Berkata
SKOR Career.com

Jobs, Career, Employment, Education and Business Resources.


Komen Anda?

Tingkatkan Keyakinan Diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda? Moga sihat sejahtera hendaknya, Shueqry here.

Kali ini saya akan berkata tentang cara bagaimana nak meningkatkan keyakinan diri. Ada banyak cara sebenarnya tapi saya akan kongsikan 3 cara saya dalam meningkatkan keyakinan diri.

1. Lihat Keyakinan Orang Lain Dan Tiru.
Dalam artikel lalu saya ada menulis tentang konsep modelling, maksudnya Anda meniru dan 'mengkopi' gaya orang lain, memahirkan diri dengannya, serap lalu menjadikannya tabiat diri Anda. Untuk meningkatkan keyakinan diri, cari orang pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh kemudian kaji gaya mereka bercakap.
Lihat gaya orang-orang yang Anda rasa keyakinan dirinya tinggi, perhatikan gayanya berjalan, bercakap, stailnya, gaya badannya bila berbual dan ketika makan. Kemudian, tiru! Lama-kelamaan keyakinan diri Anda akan meningkat, langkah demi langkah.

2. Latih Diri Untuk Sentiasa Bercakap.
Saya dulu seorang yang pendiam. Namun, sejak saya memegang jawatan sebagai Supervisor dan dalam masa yang sama terlibat dalam Direct Selling, saya tak tahu cemana nak tingkatkan keyakinan diri. Tapi, bila saya tengok kawan-kawan yang rajin bercakap, mereka mempunyai self confidence yang sangat tinggi.

Lalu, saya melatih diri untuk melakukan perkara yang sama. Saya berbual apa saja topik dengan sesiapa saja, adik beradik, kawan serumah, rakan sekerja sehingga bos saya. Saya berbual tentang banyak topik dari bola sepak, fitness, renang, isu semasa, hal-hal time kerja, tentang komputer, handphone, bahkan sehingga part-part yang agak personal.

Rajinkan Diri Anda Bercakap
Dan Ikhlaskan Hati Bila Berbual-bual.


Anda kurang yakin kerana Anda memilih untuk menjadi pasif tanpa Anda sendiri sedari. Jadi, aktifkan diri Anda ! Mulakan perbualan dengan sesiapa sahaja.

Tak perlu bercakap sendiri di depan cermin. Cara latihan yang paling baik ialah rajin bercakap di depan orang lain, sesiapa saja seramai yang mungkin dalam sehari. Kesannya, Anda akan hilang rasa malu dan keyakinan diri akan mula bertambah step by step.

3. Ubah Mindset
Bayangkan diri Anda sebagai seorang yang segak dan anggun dengan air muka yang 'konfiden'. Yakinkan diri untuk bercakap, berbual dan berkata-kata. Kalau masih tak yakin, beranikan diri seberani yang mungkin dan 'konfidenkan' diri. Cuba berlakon sebagai seorang yang nampak yakin.

Sebelum itu, bayangkan yang Anda melihat diri Anda dengan muka yang yakin, bersalam dengan orang lain dengan penuh konfiden dan berbual dengan gaya yang berkarisma. Buat selalu sebelum Anda turun kerja atau sebelum keluar rumah. Lama-kelamaan, ia akan jadi kebiasaan.

Anda tak yakin sebab Anda takut dan malu. Takut adalah sebab utama mengapa ramai yang jadi tak yakin dan sebab takut juga Anda jadi malu, takut diumpat, diperlekeh dan takut orang lain mentertawakan Anda.

Untuk meningkatkan keyakinan diri, Anda perlu berlatih, berlatih dan terus berlatih bercakap. Lama-kelamaan Anda akan memiliki kecantikan sosial, di mana orang akan berasa senang bila bersama-sama dengan Anda bila-bila masa, di mana jua Anda berada.

Berusaha untuk sentiasa buat orang lain berasa senang dan kurangkan bercerita pasal diri sendiri, tu orang tak berapa suka. Selain tu, latih diri untuk menjadi yakin dan pamerkan keyakinan diri Anda di mana jua. Moga tips ini bermanfaat untuk Anda.

Artikel Lain Yang Boleh Membantu..

Modelling
Tiru Dengan Bijak
Komunikasi Minda
Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan
Dr Fadzilah Kamsah - Mengatasi Rasa Rendah Diri Bhg 1
Dr Fadzilah Kamsah - Mengatasi Rasa Rendah Diri Bhg 2
Dr Fadzilah Kamsah - Mengatasi Rasa Rendah Diri Bhg 3
Dr Fadzilah Kamsah - Mengatasi Rasa Rendah Diri Bhg 4
Dr Shukri Abdullah Berkata .. Bhg 1
Dr Shukri Abdullah Berkata .. Bhg 2

+ Lawati Site Partner Blog Shueqry Berkata
Mengapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing?
Klik Di Sini Untuk Ketahui Jalan Penyelesaiannya

Komen Dan Respon Anda?

Sabtu, Ogos 11, 2007

Dr Fadzilah Kamsah - Mengatasi Rasa Rendah Diri Bhg 4

Ini video terakhir dari topik bagaimana mahu mengatasi rasa rendah diri yang dibawakan oleh Dr Fadzilah Kamsah. Tanpa membuang masa, mari dengar motivasi yang disampaikan olehnya. Klik butang Play di bawah ..

Jika Anda tak sempat melihat 3 video yang lalu, link ada di bahagian footer artikel ini di ruang "Tips Lain Yang Berkaitan".



Beberapa tips motivasi yang sempat saya catatkan:
  • Semua orang ada kehebatan masing-masing. Cari kehebatan Anda.
  • Kita rasa rendah diri sebab kita nampak kehebatan orang lain tapi tak nampak kehebatan diri sendiri, bahlan kita memperkecilkan diri, merasa diri kita tak sehebat mana.
  • Kita tak pasti dan tak meneroka kehebatan 'terpendam' di dalam diri. Buat muhasabah diri dan kenali diri Anda sebaiknya, kelebihan dan kekurangan lalu gunakan ia untuk menjana kecemerlangan, secemerlang yang mungkin.
Jangan berhenti belajar benda baru dan latih diri untuk berkomunikasi dengan kerap dengan orang lain, sesiapa sahaja. Ini untuk menimbulkan rasa yakin di dalam diri Anda step by step. Lama-kelamaan rasa rendah diri tu akan mengurang dan semakin menghilang.

Di artikel akan datang, saya akan menulis tips untuk meningkatkan keyakinan diri dari pengalaman saya. Jumpa di sana !

Tips Lain Yang Berkaitan
Dr Fadzilah Kamsah - Mengatasi Rasa Rendah Diri Bhg 1
Dr Fadzilah Kamsah - Mengatasi Rasa Rendah Diri Bhg 2
Dr Fadzilah Kamsah - Mengatasi Rasa Rendah Diri Bhg 3
Dr Shukri Abdullah Berkata .. Bhg 1
Dr Shukri Abdullah Berkata .. Bhg 2
Membina Imaginasi Cemerlang - Video Motivasi Dr HM Tuah Iskandar
Motivasi Bersama Dr HM Tuah Iskandar

+ Lawati Site Partner Blog Shueqry Berkata
Sara eBooks
Blog Perniagaan Internet - Jana Pendapatan Dengan eBook

Komen Anda?

Jumaat, Ogos 10, 2007

Dr Fadzilah Kamsah - Mengatasi Rasa Rendah Diri Bhg 3

Kali ini saya bawakan pada Anda video Dr Fadzilah Kamsah di bahagian ketiga segmen Mengatasi Rasa Rendah Diri. Dr Fadzilah Kamsah memotivasikan kita dengan memberi 7 petua untuk mengatasi rasa malu.



Anda seorang pemalu? Gunakan 7 petua dibawah ini untuk menanganinya:

1. Kenali diri sendiri dengan mendalam

2. Doa untuk yakin diri

3. Bergaul dengan orang positif

4. Cungkil bakat yang terpendam dan gilap ia sehabis baik!

5. Bentuk penampilan baru,biar nampak anggun, segak dan menawan

6. Baiki penmapilan diri

7. Kawal pemikiran dan tukar mindset atau label mental.

Tips saya, lihat gaya berjalan dan stail percakapan orang yang ada keyakinan yang tinggi, terutama mereka yang suka berpakaian kemas, yang berjawatan tinggi dan yang terlibat dalam bidang professional, seperti Customer Service, Peguam, Konsultan dan Sales Executive. Sesudah tu, Anda hanya perlu tiru gaya mereka dan aplikasikan pada diri Anda.

Saya dulu juga seorang yang pemalu, tapi saya ubah mindset saya, mula beranikan diri, pamerkan air muka yang nampak matang, gaya berjalan yang nampak yakin, ekspresi wajah yang 'konpiden' dan gaya bercakap yang santai macam ada skrip.

Bila selalu berlatih, Anda akan rasa perubahannya, lama kelamaan rasa malu akan hilang. Yang penting Anda berani untuk berubah.

Moga tips motivasi kali ini membantu Anda mengurangkan perasaan malu, step by step. Jumpa di bahagian 4 video ini di artikel seterusnya.

Artikel Lain Yang Berkaitan
Dr Fadzilah Kamsah - Mengatasi Rasa Rendah Diri Bhg 1
Dr Fadzilah Kamsah - Mengatasi Rasa Rendah Diri Bhg 2
Modelling
Tiru Dengan Bijak
Had Dalam Pemikiran

+ Lawati Site Partner Blog Shueqry Berkata
SKOR Career.com
Jobs, Career, Employment, Education and Business Resources

Komen Anda?

Dr Fadzilah Kamsah - Mengatasi Rasa Rendah Diri Bhg 2

Video kali ini adalah sambungan dari video di artikel yang lalu, dalam tajuk Mengatasi Rasa Rendah Diri. Kali ini Dr Fadzilah Kamsah menjawap 2 SMS dan beberapa panggilan telefon yang ditujukan kepadanya dari encik Adi, Puan Sharina (seorang ibu tunggal) dan en Rashid yang mengaku dia seorang pemalu .

Mari dengar Dr Fadzilah Kamsah berkata .. harapan saya, moga video ini memberi motivasi, semangat dan keceriaan kepada Anda.



(tips untuk mengelakkan video ni tersekat-sekat - tekan Pause dulu dan tunggu hingga bar berwarna merah tu sampai ke hujung, then klik butang Play, streaming video jadi lancar selepas itu).

Di video seterusnya, Dr Fadzilah Kamsah akan berkongsi tips bagaimana nak menangani perasaan rendah diri. Stay tuned dengan blog "Shueqry Berkata." Eh, macam pengacara tv pulak.

Selepas menonton video ni, saya makin bersemangat untuk menulis artikel-artikel motivasi dan berazam satu hari nanti saya akan muncul juga di kaca tv, memberi sutikan motivasi dan ransangan inspirasi seperti yang dilakukan oleh Dr Fadzillah Kamsah serta pakar-pakar motivasi yang lain.

Mungkin saya akan berkata tentang Law Of Attraction !

- shueqry -
all for one, one for all.

ps : terima kasih pada Anda dan rakan-rakan pembaca blog yang lain, jumlah RSS subsribers telah bertambah dari 200 orang ke 213 orang. Terima kasih yang tak terhingga dari saya. Tq!

pss : Kepada semua subscribers, video ini tak dapat disertakan sekali di dalam email yang dihantar, kena masuk ke blog Shueqry Berkata untuk menontonnya.

Artikel Lain Yang Berinformasi
Dr Fadzilah Kamsah - Mengatasi Rasa Rendah Diri Bhg 1
Dr Shukri Abdullah Berkata ..
Dr Shukri Abdullah Berkata .. Bhg 2
Membina Imaginasi Cemerlang - Video Motivasi Dr HM Tuah Iskandar
Motivasi Bersama Dr HM Tuah Iskandar

Lawati Site Partner Blog Shueqry Berkata
Mengapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing?
Ketahui Cara Penyelesaiannya Di Sini

Komen dan Respon?

Khamis, Ogos 09, 2007

Dr Fadzilah Kamsah - Mengatasi Rasa Rendah Diri

Kali ini saya bawakan untuk Anda video motivasi dari Dr Fadzilah Kamsah dengan tajuknya Mengatasi Rasa Rendah Diri. Dalam erti kata lain, bagaimana mengatasi self esteem yang rendah atau penerimaan diri yang rendah disebabkan rasa malu.

Video ini ada 4 bahagian dan di sini saya siarkan video bahagian yang pertama terlebih dahulu.

Bersedia dengan pen dan kertas untuk mencatat isi-isi penting dan tips-tips berguna dari pakar motivasi nombor satu di Malaysia ni. Pernahkah Anda berasa malu dan merasa rendah diri walaupun seketika? Bila dan di mana? Kongsikan di ruang komen.

Mari dengar Dr Fadzilah Kamsah berkata .. klik pada butang Play



(tips untuk mengelakkan video ni tersekat-sekat - tekan Pause dulu dan tunggu hingga bar berwarna merah tu sampai ke hujung, then klik butang Play, streaming video jadi lancar selepas itu).


Artikel Lain Yang Boleh Membantu

Dr Shukri Abdullah Berkata ..
Dr Shukri Abdullah Berkata .. Bhg 2
Membina Imaginasi Cemerlang - Video Dr HM Tuah Iskandar
Motivasi Bersama Dr HM Tuah Iskandar


+ Site Partner Blog Saya
Sara eBooks
Blog Perniagaan Internet - Jana Pendapatan Dengan eBook

Komen dan Respon

Rabu, Ogos 08, 2007

Tips Bagaimana Nak Keluar Dari Masalah

Bila Anda di landa masalah, jangan sesekali menumpu fikiran pada masalah tu, sebab lebih banyak masalah yang akan timbul kerana ia akan ditarik oleh gelombang minda Anda. Walau macam mana beratnya masalah yang melanda, ketahuilah ada lagi orang lain yang lebih berat masalahnya dari Anda.

Ini beberapa tips yang Anda boleh aplikasikan:

1. Tumpukan Pada Penyelesaian Masalah
Tanya diri Anda apa cara yang Anda boleh gunakan untuk mengurangkan masalah dan tanya diri Anda apa yang Anda boleh buat sekarang untuk menyelesaikannya langkah demi langkah.

Ingat! Fokus pada penyelesaian sahaja.

"Semua Apa Yang Pernah Berlaku Di Masa Lalu
Takkan Pernah Sama
Dengan Apa Yang Berlaku Di Masa Sekarang
dan Di Masa Hadapan."


Yang dulu-dulu tu doesnt matter, fokus pada masa sekarang, hari ini dan
hari-hari seterusnya.

2. Strategi Di Atas Kertas.

Cara lebih baik, ambil kertas dan pen lalu tuliskan strategi Anda. Letak bila Anda mahu mula bertindak untuk menyelesaikannya.

Sebab, kalau hanya bermain di dalam minda, Anda akan lupa dan ini membuatkan fikiran Anda semakin fokus pada masalah tu, bukannya penyelesaian masalah.

3. Bertenang, Relaks
Cuba tenangkan diri dan jangan rasa terlalu tertekan. Sebab, bila ada tertekan dan rasa geram sebab diri Anda di landa masalah, minda takkan dapat memberikan idea-idea yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah Anda, tak kira masalah kewangan, perhubungan, kerjaya atau perancangan yang gagal.

Jangan selalu blame diri sendiri, jika Anda berbuat begitu Anda dalam masa yang sama memandang rendah pada diri sendiri, keupayaan kuasa minda Anda dan daya getaran spiritual Anda. Kesannya, keupayaan Anda terhad!

Cara terbaik, ibaratkan minda dan diri Anda sendiri sebagai sahabat karib dan berkawanlah serapat mungkin dengannya. Puji dia dan ibaratkan sebagai seorang yang sudi membantu, bila Anda selalu buat begini, banyak idea yang akan timbul, seperti yang terjadi pada saya.

4. Bertindak
Dari merangka strategi tadi, sekarang Anda perlu bertindak dengan aktif, bukan tak buat apa-apa. Terapkan mindset seorang juara, di mana Anda tekad takkan mudah mengalah. Be a warrior! Untuk mencipta perubahan, Anda perlu merubah tindakan dan mindset Anda yang ada sekarang ini.

Jadi, untuk keluar dari kongkongan masalah, Anda perlu cipta perubahan, sebab ia perlu untuk dijadikan pencetus tindakan Anda melepaskan diri Anda dari masalah. Untuk mencipta perubahan, Anda perlu berubah dari segi mental, perasaan, pemikiran dan tindakan.

5. Konsisten, Fleksibel dan Sabar.
Sabar sikap paling penting dalam usaha penyelesaian masalah. Kalau tak sabar, jalan mudah adalah terperap dalam masalah tu dan membiarkan diri Anda terus dirundum masalah. Nak ke? Saya pasti takde siapa yang nak.

Seterusnya, usaha dengan konsisten. Misalnya, jika masalah kewangan Anda belum selesai dan Anda cuba menyelesaikannya dengan menjual eBook lalu eBook Anda pula tak mendapat sambutan, kaji di mana silapnya dan cuba lagi dengan cara yang baru, teknik baru, strategi baru.

Itulah yang dimaksudkan dengan fleksibel, maksudnya Anda merubah strategi mengikut keadaan dan Anda perlu pandai membaca peluang. Paling penting, usaha banyak kali dan bertawakkal sepenuhnya (LET GO) selepas itu.

Saya selitkan klip lagu dari Josh Groban, You Raise Me Up. Moga ia memberi inspirasi dan suntikan semangat pada Anda, sepertimana yang terjadi pada saya. Saya minat sangat lagu ni.



(untuk mengelakkan video ni tersekat-sekat, tekan Pause dulu dan tunggu hingga bar berwarna merah tu sampai ke hujung, lepas tu baru klik butang Play, baru streaming video lancar jadinya)

Artikel-artikel Lain Yang Boleh Membantu
Tips Mengubah Persepsi Negatif Kepada Persepsi Positif
6 Lagi Tips Untuk Menjadikan Diri Anda Bermotivasi...
Bila Yang DiIngini Tak Menjadi
Motivasi Bersama Dr HM Tuah Iskandar

+ Lawati SitePartner Blog Shueqry Berkata
SKOR Career.com
Sumber Maklumat Kerjaya, Pekerjaan dan Peluang Kerja

Komen? Pendapat?

Selasa, Ogos 07, 2007

Tips Mengubah Persepsi Negatif Kepada Persepsi Positif

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya akan berkongsi tips bagaimana untuk mengubah persepsi negatif yang bersarang di dalam minda ke persepsi positif dan bagaimana untuk melatih diri Anda supaya sentiasa melihat pada nilai-nilai positif bermula hari ini.

"Untuk merubah persepsi dari terus terdorong untuk memikirkan yang negatif supaya sentiasa menjadi positif…erm mcm mana tu?” dari soalan ini, timbul idea saya untuk menjawapnya, lalu saya kongsikan di sini bersama Anda.

Ada banyak cara, tapi saya akan kongsikan 5 tips cara saya.

1. Bila bangun pagi, puji 3 orang yang kita kagumi setiap hari.
Ambil idola yang menjadi pujaan hati kita, sesiapa sahaja janji Anda kagum ngan pencapaian dia. Puji dengan ikhlas, seikhlas yang mungkin. Biar rasa kagum tu meresap ke dalam hati.

Pada peringkat permulaan, agak payah sikit, bila buat tiap hari, ia akan jadi kebiasaan dan membuat kita bersemangat di awal pagi. Tarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan dalam kiraan 7 saat, kemudian hembus perlahan-lahan dan kiraan tujuh saat. Buat 3 atau 4 kali.

2. Time mandi, sewaktu air tu menyiram badan, panjatkan rasa syukur atas segala nikmat dan rahmat yang dilimpahkan ke dalam hidup kita, yang nampak dan yang tak nampak.

Ucapkan syukur time sarapan pagi dan ketika mula buat kerja hingga sebelum nak tidur, atas segala nikmat lalu dan yang akan datang. Misalnya, sebut “Thank you Allah, for all that i have and for all that i’ve received”.

Sebab, semakin kita bersyukur dengan ikhlas, semakin ditambahkan nikmat dalam hidup kita, lalu semakin positif kita jadinya dan segala urusan dipermudahkanm, masalah diringankan.

3. Bila melihat orang lain, mendengar berita, atau terlihat situasi-situasi lain, kawal kata-kata dalam hati dan yang terlintas di dalam minda. Latih diri untuk memandang pada aspek-apek positif yang wujud.

‘Paksa’ minda untuk melihat pada nilai yang baik-baik. Latih diri dan latih minda, di samping mengawal setiap kata-kata yang ada di dalam hati.

Seperti latihan lain, ia perlukan disiplin. Bila selalu lakukannya, ia akan jadi kebiasaan.

Bila dah jadi kebiasaan, Anda akan dapat menjana fikiran positif dan terdorong memandang yang positif saja. Tak percaya? Cubalah!

4. Buat keputusan muktamad untuk menjadi orang yang berfikiran positif. Jauhkan diri dari mendengar kata-kata umpatan, caci maki, geram, marah, tak puas hati, menyampah, menghina dan yang serupa, sebab bila layan semua ni, ia akan masuk ke dalam minda.

Caranya nak elak ia masuk, beristighfar sebanyak mungkin sehingga rasa insaf tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Bila rasa Anda tak bersemangat, fikirkan orang lain yang lebih susah dari Anda serta yang lebih parah hidupnya dari Anda, serta merta akan terbit rasa syukur kerana hidup Anda sekarang lebih baik daripada mereka. Kesannya, Anda akan bermotivasi.

5. Selalu bersangka baik pada semua orang, semua keadaan situasi, perkara, benda dan apa saja. Bersangka baik, akan dibalas baik dan saya percaya, Anda akan ditemukan dengn situasi yang baik-baik, orang yang baik-baik dan benda yang baik-baik kesan daripada itu.

Kalau asyik bersangka buruk dan memberi respon buruk di hati Anda, Anda akan ditemukan dengan situasi-situasi yang buruk juga. Tak ada siapa yang nak dirinya asyik ditimpa situasi buruk. Ubah mindset dan kemudian Anda boleh ubah hidup Anda.

Saya ibaratkan seperti menanam benih dalam minda, sirami dengan fikiran yang baik-baik dan hasilnya, sudah tentu hati yang baik, attitude yang baik.

Moga tips ini membantu Anda.

- shueqry -
all for one, one for all.

Untuk Pemahaman Lebih, Baca Artikel Yang Berkaitan Seperti:
Betulkan Mind Setting
Nak Yang Baik atau Yang Buruk?
Pemikiran Negatif Punca Masalah.

+ Lawati Site Partner Blog Saya
Mengapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing?
ketahui jalan penyelesaiannya

Respon Pembaca

Cerita Cinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?

Kali ini saya berkata tentang cerita cinta. Saya telah ditanya apakah cara yang boleh digunakan untuk menarik cinta datang kepada kita.

Saya agak terkejut juga menerima email yang sebegitu. Ok, untuk Anda yang masih single (termasuk saya .. huhu) saya kongsikan beberapa tips untuk menarik cinta datang pada Anda.

1. Jujur, Tulus Dan Ikhlas bercinta
Perlu tahu apa niat sebenar Anda mencari cinta, adakah untuk suka-suka atau untuk mahu bahagia? Anda perlu jujur dengan diri sendiri, kerana kuasa niat akan menentukan hala tuju Anda. Tapi, lebih baik kiranya Anda ikhlas bercinta semata-mata mahu mengejar kebahagiaan dan kegembiraan berpanjangan.

"Life' s Greatest Gift Is Love
And Life's Greatest Joy Is Sharing It"


2. Berkawan Terlebih Dahulu
Di peringkat peringat awal Anda mengenali si dia, katakan pada diri sendiri Anda mahu kenali dia dan berkawan dengannya dulu. Bina perhubungan dan buat dia sentiasa gembira bila bersama dengan Anda dan tiap kali teringatkan Anda.

Cinta akan mula berputik bila keserasian dah timbul. Pendek kata, cinta akan datang dengan sendirinya juga nanti, jangan tergesa-gesa dan jangan terus menyatakan cinta di awal perhubungan. Tunggu 'timing' yang sesuai.

3. Jadikan Dia Seronok Mendampingi Anda.
Buat apa saja cara yang halal untuk menjadikan si dia gembira tiap kali berjumpa dengan Anda. Kongsikan cerita-cerita lucu, jenaka dan kisah-kisah lalu yang boleh membuat dia ketawa.

Bersedia untuk menjadi pendengar yang baik dan tegur bila dia meminta pendapat Anda, jangan jadi pengkritik tetap dan jangan pentingkan diri sendiri. Selain itu, bersedia tiap masa jika si dia perlukan Anda untuk meminta nasihat, pendapat dan berkongsi kegembiraannya.

Orang suka berdamping dengan seseorang yang memahami mereka dan yang suka memberi semangat pada mereka. Dengan itu, Anda akan melahirkan magnet diri yang membuat dia tak senang duduk dan sentiasa teringat Anda.

4. Berikan Cinta Untuk Menarik Cinta
Cinta bukan untuk kekasih hati saja, ia juga untuk kesemua orang disekeliling Anda, kawan-kawan baik, adik beradik, ibu bapa dan ahli keluarga lain. Berikan cinta pada ksesiapa sahaja, semua benda dan makhluk kerana bila Anda berbuat begitu, minda separa sedar akan menarik lebih banyak cinta datang pada Anda dan takkan pernah habis!

5. Fokus
Kalau Anda masih malu untuk menyatakan hasrat hati Anda, beranikan diri. Ikhtiar dari dalam dan dari luar. Berdoa dan berusaha step by step.

Fokus wajah si dia dalam fikiran Anda dan bayangkan yang Anda melihat diri Anda tertawa bersama, jalan bersama dan gembira bersama dengannya, walaupun sekarang belum lagi. Bayangkan sekerap yang mungkin dan hadirkan rasa sayang seolah-olah dia ada di sebelah Anda sekarang ini. Hadirkan rasa bahagia dalam diri Anda.

Bayangkan wajahnya seolah-olah Anda melihatnya dari dekat, keningnya, anak matanya, bibirnya dan senyumannya! Dalam masa yang sama, tanpa disedari Anda menghantar gelombang minda padanya, lama-lama kelamaan, ini menarik dia dan cintanya datang pada Anda.

Ingat, minda separa sedar bertindak mengikut Law Of Attraction, maksudnya, minda separa sedar akan respon pada apa saja yang ada di dalam fikiran Anda. Ia sensitif pada fikiran dan sukma rasa di dalam hati serta akan menarik apa jua yang Anda fikirkan datang pada Anda.

Jadi, untuk menarik cinta, lahirkan rasa cinta, bahagia dan rasa ambil berat dan tujukan pada orang yang Anda cintai sebanyak yang mungkin. To attract love, you need to think about love and feel the love.

Di bawah ni video klip lagu Kasih Kekasih dari kumpulan nasyid InTeam. Moga Anda rasa terhibur mendengarnya.



(untuk mengelakkan video ni tersekat-sekat, tekan Pause dulu dan tunggu hingga bar berwarna merah tu sampai ke hujung, lepas tu baru klik butang Play, baru streaming video lancar jadinya)

- shueqry -
all for one, one for all.

+ Lawati Site Partner Blog Saya
Sara eBooks
Tips Penulisan eBook, Jana Wang Dengan eBook dan Tips Usahawan Internet


Komen? Pendapat?

Isnin, Ogos 06, 2007

Bila Usaha Anda Diperlekeh

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda? Moga sentiasa sihat dan ceria hendaknya.

Kali ini saya berkata tentang usaha Anda yang diperlekeh, maksudnya dipandang rendah. Saya juga turut mengalami keadaan ini. Seringkali apa yang kita lakukan nampak macam tak ngam di mata orang lain dan dari situ, mereka mula berkata-kata, mengata dan asyik memperkatakan tentang usaha kita yang lari dari kebiasaan di mata mereka.

Jika Anda berada dalam situasi ini, teruskan dengan usaha Anda, janji Anda masih buat sesuatu yang tak bertentangan dengan syariah Islam dan Anda tak kacau sesiapa. Lama-kelamaan orang yang asyik memperlekeh usaha Anda tu sejuk juga nanti.

Be consistent. Tetap dengan matlamat Anda dan jangan asyik ubah hanya kerana mereka memandang rendah. Anda mesti ada blueprint dan strategi berperancangan.

Sebelum Anda membuat sesuatu kerana di cadangkan oleh orang lain, ambil masa untuk memikirkannya terlebih dahulu. Biar Anda yang mengawal destinasi hala tuju usaha Anda, bukan asyik membiarkan orang lain yang 100% memandu hala tuju kerja keras Anda.

Selepas itu, maafkan orang-orang yang memandang rendah pada Anda ni, maafkan seikhlas hati, lupakan mereka dan GO ON. Jangan pandang belakang dan jangan main-main. Dalam diam, mereka sebenarnya cemburu dengan kemajuan diri dan kerajinan Anda yang nampak oleh mereka.

Eh, sebab apa pula nak maafkan? Sebab kalau dalam hati kita timbul rasa tak puas hati dan tertekan oleh kata-kata mereka, ketahuilah Anda sebenarnya sudah membenarkan gelombang fikiran negatif meresap masuk jauh ke dalam minda Anda.

Bila Anda sudah bergelumang dengan fikiran negatif, maka akan banyak lagi pemikiran negatif yang datang lalu masuk ke dalam fikiran Anda sebab ia ditarik oleh gelombang minda Anda. Kesannya, Anda jadi tak bermotivasi, Anda tak leh nak buat apa dan Anda tak ada kemajuan.

Bahkan, Anda makin tertekan. Rentetan daripada itu, Anda akan ditemukan dengan situasi-situasi negatif dan ada saja masalah yang melanda hidup Anda. Inilah bahayanya fikiran-fikiran negatif, jadi Anda kena berhati-hati.

Sebab itu kena maafkan diorang yang memandang rendah pada Anda ni. Bila kemaafan lahir dari hati yang ikhlas, kesemua fikiran-fikiran negatif tu akan hilang. Lama-kelamaan bila Anda latih diri untuk memberi kemaafan, ia akan jadi kebiasaan pada diri Anda dan Anda menjadi immmune pada fikiran-fikiran negatif ni.

Seterusnya, teliti kurniaan Tuhan yang Anda ada dan panjatkan kesyukuran, sebab Anda akan jadi lebih bermotivasi dan terus bersemangat untuk berusaha lagi mencapai matlamat Anda.

Rasa bersyukur dan kemaafan mendalam merupakan senjata hebat untuk membuang pemikiran negatif seperti geram, marah, cemburu, jeles tahap dewa, dendam dan benci. Jadi, bila ada orang memandang rendah pada apa jua yang Anda kerjakan, apa jua yang Anda usahakan sekarang ini, katakan dalam hati, itu semua NOTHING.

Tips paling akhir, suburkan minda Anda dengan kata-kata semangat yang positif, latih diri Anda untuk melihat pada aspek-aspek positif dan sirami hati Anda dengan kesyukuran dan rasa kekitaan. Kita semua ada melalui masa lalu yang sukar, sehingga kita merasa semuanya tidak berpihak kepada kita.

Sebab itu, bila ada orang memandang rendah pada Anda, tukarkan ia kepada sesuatu yang positif dan jadikan kata-kata mereka sebagai pembakar semangat Anda.

Curahkan 'kemarahan' Anda itu kepada sesuatu yang positif dan buktikan kepada mereka yang Anda sebenarnya lebih hebat daripada mereka yang asyik mengata tu!

"Kejayaan Bermula Dari Dalam Dan Sumber Kekuatan Juga
Bermula Dari Dalam, Be Strong In Heart, Mind And Soul."

Moga dengan tips ini, Anda cemerlang hendaknya. Jumpa di artikel akan datang!

- shueqry -
all for one, one for all.

p.s. : Saya amat berterima kasih pada Anda di atas sokongan yang berterusan dan tak henti-henti. Hari ini, bilangan email subscribers blog motivasi ini dan mencapai lebih 200 orang, bahkan semakin bertambah! Terima kasih yang tak terhingga dari saya. Semua rasa bercampaur baur, terharu, syukur dan gembira, owh, tak terkata saya dibuatnya.

p.s.s. : Thank you, thank you and thank you !!

Artikel Terdahulu Yang Berkaitan
Pembaikan Diri Berterusan
Bila Yang Diingini Tak Menjadi
Bahaya Fikiran Negatif
Betulkan Mind Setting

+ Lawati Site Partner Blog Saya:
SKOR Career.com
Jobs, Career, Employment, Education and Business Resources


Komen? Pendapat?

Ahad, Ogos 05, 2007

Jangan Main-main Kata Dr Tuah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda hari ini? Moga ceria dan bersemangat hendaknya.

Kali ini saya berkata tentang sebuah buku, tajuknya Jangan Main-main tulisan Dr HM Tuah Iskandar, salah seorang motivator terkenal di Malaysia. Apa yang paling saya kagum dengan Dr Tuah, dalam ramai-ramai pakar motivasi, dia yang paling banyak keluarkan buku!

Tak percaya? Saya juga tak percaya, tapi bila saya teliti sendiri, memang saya kagum dengan pencapaiannya, outstanding dan amat luar biasa. Buku ni saya dah baca lebih dari sekali, sebab minat sangat dengan gaya penulisannya.


Kalau baca, membuat saya santai dan ayat yang digunakan oleh Dr Tuah adalah seperti percakapan seharian, rasa macam Dr Tuah ada kat depan saya berkata-kata 'sebijik' macam yang ada kat dalam tulisan buku tu. Walaupun agak tebal dalam 326 muka surat, ia bukan sekadar buku motivasi dan peransang semangat tapi lebih kepada pengajaran positif dari kisah-kisah benar yang dikongsikan oleh Dr Tuah.

Berbanding dengan Dr Fadzillah Kamsah (ramai yang kata Dr Tuah ni anak murid Dr Fadzillah Kamsah, ye ke? Tak tau lak saya) pendekatan Dr Tuah lebih santai, tegas dalam berlembut dan straight forward. Ada seorang kawan saya yang kata Dr Tuah ni, dia kalau menulis 'bunga' aje yang lebih, tapi pada saya itulah stail Dr Tuah dalam mendekati masyarakat, dia ada trademark tersendiri dan ada approach tersendiri.

Buku ini ditulis dalam bahasa yang tidak formal, supaya ia lebih meresap ke dalam hati pembacanya seterusnya ke dalam minda sesiapa jua yang membayangkan mesej yang disampaikan oleh Dr Tuah. Dia mengajak pembaca supaya berfikir extra mind, lebih extra dari biasa dan menganjurkan kita agar mengambil iktibar dan melihat pada nilai-nilai positif dalam apa jua yang berlaku di sekeliling.

Berbeza dengan buku motivasi yang lain, buku ini disertakan sekali dengan glosari yang mengandungi takrif kepada perkataaa-perkataan yang sedikit akademik, jadi ini memudahkan lagi pembaca untuk memahami isi-isi ayat dalam tulisan Dr Tuah.

Buku ini juga memecah tradisi buku-buku motivasi dengan menyertakan ilustrasi kartun hampir di setiap helaian yang pada saya melucukan dan menghiburkan. Berbanding dengan buku Amar, ilustrasi kartun dalam buku ini lebih 'funny'.. tak percaya? Cuba try baca.

Semuanya ada 121 sketsa, yang rasanya ibarat respon Dr Tuah dan ulasannya pada situasi-situasi, perkara, benda dan orang perseorangan yang dilihatnya depanm mata dan yang dibaca olehnya. Imaginasi Dr Tuah sungguh tinggi, sehingga mampu melihat apa yang kita selalunya 'tak nampak' walaupun dah jelas di depan mata. Saya mengakui yang Dr Tuah melihat secara spesifik dan bukan secara rambang.

Saya 100% mencadangkan Anda untuk membaca buku ini. Bukan sebab saya peminat fanatik Dr Tuah, tapi kerana mesej motivasi yang disampaikan dalam buku tu amat berguna, banyak mengandungi tips pembangunan diri yang terlihat, dikaitkan sekali dengan realiti kehidupan sebenar, jadi Anda mendapat fakta, huraian dan contohnya sekali. Konpom tak rugi punya. Saya jamin!





Ada Bagus? Baguss merupakan buku yang diterbitkan selepas buku Jangan Main-main. Wow, baru aje saya beli buku ni beberapa bulan lepas, ada lagi buku baru?

Oh ya, kaler buku baru tu warna Oren, ada sesetengah orang kata tu warna kuning terang, hmm, tak pasti saya. Tapi, pada saya tu warna kuning, ceria saya jadinya bila melihat warna buku tu.

Saya bagi 5 star pada buku Jangan Main-main, ia mengandungi mesej motivasi santai. Pada, saya , bab yang paling saya suka baca ialah pada Sketsa 35, Sketsa 75 dan pada muka surat 199, sesetengahnya ada saya selitkan dalam artikel-artikel di blog ni.

Dapatkan buku Jangan Main-main hari ini juga! Moga ia bermanfaat untuk Anda.

Jumpa di artikel akan datang ..

Wassalam.

- shueqry -
all for one, one for all.

p.s. : Saya masih membuka ruang iklan pada mana-mana bloggers, masih ada 12 lagi ruang kosong, tempoh iklan sehingga 15 Feb 2008 dengan bayaran RM20. Iklan text link di ruang site partner blog "Shueqry Berkata". Untuk check statistik blog saya, klik kat link "View My Site Stat" di bahagian bawah sebelah kiri blog ni, dekat link Giuk.net.

p.s.s. : Jika Anda mahukan lebih pendedahan untuk blog Anda, ini masanya. Lagipun, ia memberi pilihan kepada pembaca-pembaca blog ini, lebih banyak info buat mereka. Saya lebih melihat kepada konsep win-win, sebab tu harga RM20 saja untuk 7 bulan.

Artikel Lain Yang Berkaitan
Membina Imaginasi Cemerlang
Video Motivasi Bersama Dr HM Tuah Iskandar
Fokus Blog Saya
Video Motivasi - Dr Shukri Abdullah Berkata ..
Dr Shukri Abdullah Berkata .. Bhg 2


Komen Anda?

Sabtu, Ogos 04, 2007

Kena Tag Lagi

Asmkm dan salam sejahtera. Apa khabar Anda? Shueqry here.

Kali ini saya telah di tag sekali lagi. Raymond telah tag saya dan saya kena menyenaraikan paling kurang 6 perkara ganjil yang ada pada saya.

Well, di artikel lalu, saya dah beritahu 7 perkara ganjil yang melekat pada diriku ini. Kali ini, saya beritahu lagi beberapa fakta sebenar (semuanya benar belaka) mengenai diri saya. Ini dia:

1. Saya masih single, anak sulung dari 5 beradik, parents saya dalam di dalam kerjaya perguruan dan 2 orang adik perempuan saya juga bekerja sebagai guru. Saya ada 2 lagi adik lelaki yang minat pada perguruan.

Cuma nama saya yang bermula dengan huruf M di antara kami lima beradik. Oh ya, tarikh lahir saya 4 Oktober ni, sekali ngan adik saya yang kedua sebab dia lahir pada hari yang sama, cuma lain tahun.

2. Saya suka buat sesuatu perkara sorang-sorang, ada masa suka team work, tengok keadaan. Antara bola sepak dan renang, saya lebih suka sukan renang kerana ia 80% adalah pergerakan individu, berbanding bola sepak yang 100% memerlukan team work. Lagipun, mata saya rabun jauh, tak nampak bola kat mana! Sukan renang lebih sesuai disebabkan oleh kekurangan ini. Tapi, nampak orang main bola naik geram juga dibuatnya, nak main sama ..

3. Suka makan kuih pisang goreng dan kuih kek batik dari mak saya adalah kemestian. Semua makanan halal saya boleh makan, takde apa-apa makanan yang alergik, alhamdulillah. Satu lagi, saya kuat makan. Nak try makan budu lak lepas ni, maybe Ktom boleh kirimkan :)

4. Jalan ke mana-mana tak tinggal buku nota dan pen. Saya ada keep satu buku kecil yang saya namakan Inspirational Book, saya tulis banyak kata-kata semangat kat dalam tu, terutama banyak kata-kata dari Anthony Robbins dan dari Dr Fadzillah Kamsah. Buku ni saya bawa ke mana-mana saja, baca tiap kali sebelum tidur dan selepas bangun pagi. Idea-idea yang timbul juga saya tulis kat dalam tu.

5. Minat pada 7 warna, merah, biru, kuning, hijau, ungu, hitam dan putih. Saiz kasut juga no 7 dan saya seorang yang kuat berfikir. Warna kemestian saya adalah Navy Blue, biru gelap macam kat warna blog ni. Jenama tak berapa penting bagi saya, janji nampak kemas, sedap dipandang dan kelihatan segak.

6. Minat pada percussion, gitar akustik dan persembahan live. Pernah memasang angan-angan nak join kumpulan Raihan atau mana-mana group nasyid di Malaysia. Time sekolah dulu fanatik sangat dengan irama nasyid. Saya minat pada stail nyanyian A Capella.

7. Payah nak bersangka buruk pada sesiapa dalam apa jua keadaan. Bukan nak tunjuk baik, tapi saya dah latih diri saya, minda saya dan mental saya untuk jadi sebegitu sejak dari tahun 2005 lagi dan sekarang inilah hasilnya. Kalau ada yang buruk-buruk masuk ke minda saya, saya tahan, then buang cepat-cepat dan beristighfar banyak-banyak. Ia bagaikan satu titik hitam besar di atas sehelai kain putih bersih.

8. Suka bersyukur dan suka memandang tinggi pada orang lain setiap masa setiap jam dan setiap minit sesyukur yang mungkin, sebab ia membuat saya bersemangat dan semakin rajin bekerja. Saya suka senyum pada sesiapa saja dan ini adalah perangai yang payah nak di ubah dalam diri saya.

Well, itulah dia semuanya. Saya tuliskan di sini supaya Anda mengenali diri saya dengan lebih dekat. Ada banyak lagi, Anda akan perasan kalau rajin baca tulisan-tulisan saya di blog ini. Kalau ada lagi bloggers lain yang tag saya, saya akan tulis lagi.

Saya lebih suka berterus terang dan jujur kerana pengalaman lalu mengajar saya berlaku jujur ni banyak kebaikannya. Bahkan, ia akan membuat Anda makin bersemangat kerana Anda ditemukan dengan orang-orang yang dah berjaya dan yang akan menimbulkan inspirasi pada Anda.

Selain tu, Anda juga akan senang bekerja dengan sesiapa sahaja dan peluang kerja juga senang nak datang pada Anda, walaupun Anda tak pernah mencari kerja. Ini berlaku pada saya, di mana pelanggan-pelanggan yang menjadi kenalan saya semasa di Astro dulu ramai yang menawarkan peluang kerja, kalau bukan sebagai Sales & Marketing Ofificer saya ditawarkan sebagai Customer Service Officer dengan gaji yang lumayan.


Semuanya bermula dengan prinsip berlaku jujur dengan sesiapa saja di mana jua berada. Be helpful dan bermurah hati, kerana apa yang kita berikan tu takkan pernah habis. Ia akan datang semula, dua kali ganda banyaknya!

Paling penting, dalam apa jua keadaan, apa jua situasi dan walau berat macam mana masalah yang melanda Anda, pilih untuk fokus pada nilai-nilai positif kerana dengan berbuat begitu Anda akan ditemukan dengan segala yang positif dan mampu membawa Anda keluar dari masalah. Ini bukan omongan kosong, kerana ia dah saya lalui.

Anda akan terus dilanda masalah jika Anda memilih untuk terus memikir masalah dan terus rasa terbeban oleh masalah. Think about the solution to the problem, not the problem itself.

Moga artikel kali ini bermanfaat untuk diri Anda. Jumpa di artikel akan datang!

Wasslaam.

- shueqry -
all for one, one for all.

Baca Lagi Artikel Yang Berkaitan

Kena Tag
7 Secrets To Overcome Stress
Blog Saya Blog Sampah?

Komen Anda?

Pembaikan Diri Berterusan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda? Saya sungguh bersemangat dan bertenaga hari ini.

Kali ini saya berkata tentang pembaikan diri berterusan. Dalam kata lain, continious self improvement.

Untuk apa? Untuk membolehkan diri Anda terus cemerlang dan jadi cemerlang sampai bila-bila. Ia juga untuk membolehkan Anda menjadi maju setapak dari pesaing-pesaing Anda. Bila kejayaan dah dicapai, ia merupakan satu kenangan yang sangat manis.

Orang-orang yang cemerlang dan mereka yang berjaya tak pernah berhenti dari memperperbaiki pencapaian peribadi dan mempelajari benda baru setiap hari, setiap masa dan di mana jua. Mereka tak mudah puas hati dengan pencapaian sedia ada dan mahu mencapai sesuatu yang lebih tinggi dari yang sebelumnya.

Michael Jordan, sebelum bersara dari arena sukan basketball, setiap hari berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki permainannya sejak dari remaja lagi, walaupun pada ketika itu dia sudah berada di peringkat tertinggi sukan tersebut. Tiada pemain bola keranjang lain yang setanding dengan pencapaian Michael Jordan hari ini.

David Beckham, berlatih memperbaiki sepakan percumanya setiap hari, pagi dan petang di setiap sesi latihan walaupun dia sudah dikenali sebagai pemain bola sepak ternama dan berada di kemuncak karier melebihi pemain-pemain lain, bahkan digeruni tiap kali mengambil sepakan percuma di atas padang. Tiada lagi pemain lain yang serupa skill permainannya dengan Beckham dan tiada yang sepakan percumanya setepat tendangan Beckham.

Beckham mengambil sepakan percuma

Adam Khoo, walaupun sudah bergelar jutawan muda dan merupakan pakar pembangunan diri yang terkenal di Asia Tenggara, sentiasa belajar memperbaiki pencapaiannya dan mempelajari benda baru, walaupun dia sudah boleh bersara dari kerja dan dah boleh cuma duduk di rumah dengan kebebasan kewangan yang sedia ada.

Apa yang mendorong mereka buat ini semua? Mereka set target dan berusaha mencapainya dan menganggap target itu sebagai cabaran. Ini bukan sikap tamak, tapi mereka cuma mahu menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Mereka tak mudah berpuas hati.

Irfan Khairi, walaupun sudah bergelar jutawan Internet, tapi masih bekerja keras untuk mencapai matlamat seterusnya. Kalau orang lain, bila dah jadi jutawan, dah tak nak bekerja lagi dan cuma berehat saja.

Anthony Robbins, walaupun sudah dikenali sebagai pakar motivasi terulung (dan yang mendapat bayaran paling tinggi di dunia) masih lagi bekerja sehingga ke hari ini dan terus memberi motivasi tanpa kenal erti penat, rehat ataupun bersara.

Jika Anda lihat orang-orang yang cemerlang ni, mereka tak pernah berhenti bekerja dan jarang mengambil cuti panjang. Mereka sentiasa ada matlamat yang hendak dicapai dan untuk ke arah itu, mereka sentiasa belajar memperbaiki diri, menilai prestasi dan buat lebih baik dari yang sebelumnya.

Jadi, untuk Anda, cari seorang idola dan jadikan dia sebagai penyuntik semangat Anda. Kalau ada, siapa idola Anda? Kongsikan di ruang komen.

Kaji pencapaiannya dan nilai-nilai positif dalam diri dia kemudian serap ia untuk menjadi tabiat Anda. Kemudian, jangan berhenti memperbaiki prestasi.

Set satu target dan kejar terus ! Senaraikan pada yang Anda boleh buat untuk mencapainya dan tuliskan apa yang Anda sanggup buat untuk ke arah itu. Jujur dengan diri sendiri.

Untuk jadi sentiasa bermotivasi, panjatkan kesyukuran pada segalanya yang Anda miliki sekarang. Dengan berbuat begitu, rahmat dalam hidup Anda akan ditambahkan lagi.

Sediakan "Thank You List" Anda hari ini juga !

Moga tips kali ini memberi manfaat. Jumpa di artikel akan datang.

Wassalam.

- shueqry -
all for one, one for all.

Baca Lagi Artikel Lain Yang Berkaitan
Thank You List
Tip Memvisualkan Matlamat Anda

Gapai Kejayaan Dalam 5 Langkah.
Berterima Kasih, Bersyukur dan LET GO.

+ MySite Partner
Mengapa Pelajar Melayu Kurang Daya Saing?
ketahui jalan penyelesaiannya

Komen Anda?

Jumaat, Ogos 03, 2007

Pemikiran Negatif Punca Masalah.

Selamat pagi! Apa khabar Anda? Saya sungguh ceria dan bersemangat hari ini.

Kemarin saya tak dapat nak update artikel motivasi terbaru, sebab sibuk dengan urusan adik saya yang akan mula sesi kolejnya pada bulan September ni, seharian masa habis kat luar. Cuaca kat KK juga dah tak menentu, pagi cerah dan petang ujan.

Dalam pada itu, saya berfikir apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan pemikiran negatif dan mengapa ia menghalang kejayaan dari datang kepada orang yang selalu berfikiran negatif. Selepas tu, saya mencari-cari cemana untuk menghalang pemikiran negatif ni.

Bagi saya, sangkaan buruk pada orang lain, situasi, perkara, benda dan apa saja adalah pemikiran negatif. Ini termasuk bila Anda mentertawakan, memperlekeh, benci, meluat, memandang rendah dan menyampah pada orang lain.

Bila Anda benci pada orang lain dalam diam, secara automatik Anda akan menarik rasa benci orang tu pada diri Anda tanpa Anda sedari. Kemudian, dalam masa yang sama, Anda juga akan menarik situasi-situasi yang menjadikan Anda lebih benci kepada orang tu dan menjadikan Anda semakin benci pada apa jua benda, orang perseorangan, perkara dan pada sesiapa sahaja.

Kenapa? Sebab Anda asyik layan rasa benci dan selalu memikirkan perkara-perkara yang membuat Anda semakin benci, bahkan macam syok pula layan rasa benci.

Minda separa sedar sensitif pada sukma rasa yang ada dalam hati Anda. Minda separa sedar juga sensitif pada apa yang ada di fikiran Anda.

Seandainya Anda sering bersangka buruk, maka segala yang datang pada Anda juga yang buruk-buruk sebab minda menarik apa yang serupa di fikiran Anda. Ini saya panggil 'faktor penarik' atau dalam kata Inggerisnya Attractor Factor.

Ini semua mainan minda. Minda separa sedar hanya ikut apa yang ada di dalam hati dan apa yang sering Anda fikirkan.

Oleh itu, kawal hati, emosi dan perasaan, Anda sudah boleh mengawal minda. Di sini pentingnya kecerdasan emosi, Anda perlu bijak mengawal emosi.

Anakin Skywalker menjadi pahlawan jahat kerana dia membenarkan emosi negatif menguasai 100% dirnya, rasa marah, dendam kesumat dan rasa di khianati memenuhi hatinya lalu menjadikan dia seorang lelaki yang tak kenal erti peri kemanusiaan dan hanya tahu membunuh.

Jika Anda lihat orang yang sedang marah, emosi buruk menguasai dirinya dan dia akan buat apa saja untuk melepas rasa marahnya tu, akibatnya dia terjerumus dalam situasi yang buruk dan yang tak keruan, kerana logik akal sudah hilang, diganti dengan emosi negatif (marah) yang menjadikan dia tak tahu nak buat apa hanya nak lepas rasa marah saja.

Bila dia dah ok, selalunya orang yang marah tak tentu pasal ni menyesal berpanjangan, kawan menjauh, kekasih hati merajuk, adik-beradik jadi dah tak ngam dan ada saja yang tak kena, last-last jadi tak cemerlang.

Ok, Anda dah tahu pemikiran negatif dan kesan buruknya. Kalau asyik di layan Anda takkan jadi cemerlang dalam apa jua yang Anda usahakan. Orang yang cerdik dan pintar dalam akademik, tak semestinya cerdik dan pintar dalam kerjaya, keluarga dan kewangan.

IQ takkan sama dengan EQ. Maksudnya, kecerdasan logik akal takkan pernah sama dengan kecerdasan emosi. Jadi, apa yang perlu dibuat untuk mengawal dan mengurangkan pemikiran negatif dalam diri Anda?

Pertama sekali, ibarat sebuah gelas kaca yang berisi air berwarna hitam, apa yang Anda boleh buat untuk membuang kehitaman pada air tu? Buang air hitam dan gantikan dengan air baru yang berwarna jernih. Begitu juga dengan minda Anda, saya umpamakan ia sebagai gelas kaca tersebut.

Buang segala pemikiran negatif dan yang buruk-buruk ni dan jangan benarkan diri Anda dari memikir yang negatif. Sebab, jika ia berada dalam fikiran Anda (walaupun sedikit), minda separa sedar akan 'menangkapnya' dan menarik situasi-situasi yang serupa dengan fikiran Anda itu. Ini memerlukan latihan konsisten.

Bayangkan pemikiran negatif tu seperti seketul batu yang keras, Anda lihat ia berada di dalam genggaman Anda. Kemudian, Anda lempar batu tu jauh-jauh, sejauh yang mungkin dan lama-kelamaan semakin menghilang dan terus lenyap. Anda akan rasa lebih 'ringan' selepas itu. Cubalah ..

Kedua, dekatkan diri Anda dengan segala pemikiran yang positif dan yang baik-baik. Latih diri Anda untuk bersangka baik dengan sesiapa saja, dengan apa jua situasi, keadaan, benda, perkara dan segalanya. Masukkan segala yang positif dalam diri Anda, sebanyak yang mungkin sehingga tak ada ruang untuk yang negatif menyelit walau seinci.

Bila Anda melihat orang lain, latih diri Anda dan fikiran Anda untuk melihat nilai-nilai positif yang ada di dalam diri orang lain, walaupun pada mulanya Anda cukup benci. Maafkan dia dan lupakan kesalahan lalu yang dia dah buat pada Anda.

Saya tahu ia sukar untuk dilakukan. Tapi, dari pengalaman saya, seandainya kita sering mengungkit perkara-perkara yang lalu, kita takkan jadi maju dan ini membuatkan pencapaian kita jadi statik, kaku dan tak bergerak-gerak. Kalau simpan rasa benci ni ia takkan berguna dan akan menghalang kemajuan diri dari mencapai kejayaan.

Sebab itu, jika Anda lihat orang yang selalu mengkritik orang lain dan asyik tak puas hati dengan orang lain, menyimpan rasa tak puas hati pada apa jua situasi dan apa jua perkara, hidupnya asyik bermasalah dan takkan pernah surut dari masalah.

Kenapa pula? Sebab fikirannya menumpu pada aspek negatif sahaja, lalu minda separa sedarnya menarik semua yang negatif datang pada dia bila-bila masa.

Jadi, ubah mindset Anda dari dalam. Jauhkan diri dari mendengar kata-kata cacian, kritikan negatif, umpatan dan komen-komen negatif serta yang melahirkan rasa tak puas hati. Boleh tu memang boleh, tapi, berjaga-jaga.

Satu lagi, jangan selalu ketawakan kekurangan orang lain, kerana bila Anda berbuat begitu, Anda sedang menumpu kepada fikiran negatif dalam lama-kelamaan Anda akan bermasalah jadinya. Terima kekurangan orang tu seadanya dan kalau boleh, cari nilai-nilai positif yang ada pada dia.

Anda selalu ketawakan orang lain? Huhu, berhenti dari melakukan sedemikian. Jika sikap ini ada pada Anda, mesti Anda tertanya-tanya kenapa Anda asyik bermasalah ..

Moga tips ini bermanfaat hendaknya. Jumpa di artikel akan datang !

Artikel Yang Berkaitan
Betulkan Mind Setting
Emosi dan Minda
Terapkan Fikiran Positif
Nak Yang Baik Atau Yang Buruk?
Motivasi Bersama Dr HM Tuah Iskandar

Sedia Untuk Berubah
My Favourite Quotes

+ MySitePartner
SKOR Career.com
maklumat pekerjaan dan kerjaya

Komen Anda?

Rabu, Ogos 01, 2007

6 Lagi Tips Untuk Menjadikan Diri Anda Bermotivasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?

Kali ini saya berikan 6 lagi tips untuk membuat Anda bermotivasi setiap hari. Ini dia:

1. Sertai Seminar Pembangunan diri.
Kebanyakan seminar pembangunan diri ni berlangsung lebih dari 2 hari. Sebelum join, kenal pasti area dalam diri Anda yang mahu diperbaiki, misalnya mengurus tekanan perasaan, cemana nak handle stress, pengurusan emosi dan pengurusan kendiri.

2. Join Forum atau Group Motivasi.

Jumpa dan berinteraksi dengan orang-orang yang serupa dengan Anda, iaitu mahu memperbaiki diri sendiri dan yang berminat pada motivasi / pengayaan diri (self enrchment). Cuba kerap berhubung dengan mereka (email, SMS, group's post) dan ini mampu membina motivasi dalam diri Anda.

Ataupun, masuk ke blog-blog motivasi dan berinteraksi dengan pembaca-pembaca di ruang komen. Tanya apa saja dan mereka boleh membantu. Contoh, blog LinnComel, DikMal, Ktom, Raymond, Zul, eTuah dan Taqiyuddin.

3. Bersukan

Luangkan masa untuk sukan rekreasi dalam paling kurang 3 hari seminggu. Paling senang, berjoging atau speed walking, sebab ia memerlukan alatan yang paling minima cukup dengan sekadar memiliki sepasang kasut sukan.

Kalau nak pergi berenang, ia memerlukan banyak alat, swim goggle, pakaian renang, tuala dan segala bahan-bahan toileteries. Bersukan dapat membuang segala kerisauan yang berserabut dalam kepada Anda.

Kalau boleh, lakukannya dengan ahli keluarga, sahabat atau kekasih hati. Ini membuatkan diri Anda menjadi lebih positif dan lebih bermotivasi.

4. Baca Atau Dengar Bahan-bahan Motivasi.

Kebanyakan orang suka membaca suratkhabar di waktu pagi. Apa kata Anda tukarkan tabiat itu dengan membaca paling kurang satu artikel motivasi untuk mendapat suntikan inspirasi dan satu artikel di waktu tengahari untuk maintain motivasi.

Sesetengah orang kurang berminat membaca, jadi apa kata dengar klip ceramah motivasi pendek yang terdapat dalam format MP3, dalam bentuk CD mahupun DVD.

Ada beberapa pembaca blog Shueqry Berkata yang print artikel-artikel motivasi di sini dan membacanya setiap hari berkali-kali, WOW, terima kasih yang tak terhingga dari saya!

5. Puji 3 Orang Setiap Kali Bangun Pagi.
Bila bangun pagi ucapkan terima kasih dan syukur kepada Yang Maha Esa, kerana Anda diberi peluang untuk memulakan hari baru. Ucapkan seihlas mungkin terima kasih tu sehingga rasa bersyukur meresap jauh ke dalam diri Anda.

Tarik nafas dalam kiraan tujuh saat, tahan nafas dalam kiraan tujuh saat dan kemudian hembus dalam kiraan 7 saat. Buat dalam 3 set. Ini membuat Anda merasa bersemangat.

Selepas itu, bayangkan wajah 3 orang yang Anda cukup kagumi dan fikirkan tentang pencapaian mereka. Dalam hati dan di dalam minda, puji pencapaian mereka ni dengan ikhlas.

Dengan berbuat begini, ia meningkatkan gelombang tenaga positif yang ada pada diri Anda. Bagi saya, saya memikirkan tentang Irfan Khairi, Steve Pavlina dan Anthony Robbins.

Mereka bertiga ni banyak memberi inpsirasi pada diri saya. Saya selalu membayangkan yang mereka ni ada depan mata saya dan berkata-kata untuk memberi semangat pada diri saya tiap hari walaupun yang sebenarnya mereka tak kenal siapa saya!.


6. Mindset.

Untuk jadi bermotivasi pada keesokan pagi, set dalam minda pada petang yang sebelumnya. Beritahu minda Anda yang Anda mahu jadi bermotivasi pada keesokan hari dan bayangkan Anda melihat diri Anda jadi begitu ceria, bersemangat dan enegetik, lepas tu barulah tidur.

Tips nombor 3,4,5 dan 6 selalu saya amalkan dan ia amat berkesan, membuat tahap motivasi saya 'maintain' tiap hari. Kini giliran Anda pula untuk mencuba.

Moga tips ini bermanfaat, jumpa di artikel akan datang !

Wasslam.

- Shueqry -
all for one, one for all.

Artikel Berkaitan
Tips Menjadikan Diri Anda Bermotivasi
Lawak 3B
Thank You List
Kuasa Minda?
Dr Shukri Abdullah Berkata ..
Dr Shukri Abdullah Berkata .. Bhg 2
Kenapa saya Lakukan Ini Semua.
Nak Yang Baik Atau Yang Buruk?.


Komen Anda?

Terima Kasih !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar Anda hari ini? Coretan kali ini agak personal dan lebih kepada bicara dari hati ke hati.

Sudah banyak kejutan dan keajaiban yang berlaku dalam hidup saya. Walaupun ia sekadar bermain di fikiran, namun tak sangka ia benar-benar terjadi.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Anda, pembaca setia blog saya di atas sokongan yang tak berbelah bagi. Kalau dibanding dengan bloggers Malaysia lain yang lebih dahulu berblog dari saya, pencapaian saya hari ini hanya sekelumit dari rekod mereka.

Blog ini dimulakan dengan minat dan passion. Saya rajin berblog di sini kerana didorong oleh passion yang amat tinggi pada motivasi dan minat yang mendalam pada bahan-bahan bacaan motivasi, bukan semata-mata mahu bersaing dengan penulis-penulis blog yang sedia ada.

Saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga pada DikMal, Ktom, Raymond dan Linn Comel kerana dari tulisan-tulisan mereka banyak yang telah saya pelajari dan yang menimbulkan inspirasi.

Saya juga mengucapkan terima kasih yang tak terhingga pada Dr Irfan Khairi, kerana dia menjadi sumber inspirasi utama saya setiap hari bila mula menulis di sini, tak lupa juga bro Zubli Zainordin dan Zul SmartUsaha, blognya banyak memberi suntikan inspirasi.

Saya tak pasti sama ada Irfan tahu kewujudan blog motivasi ini, rasanya sudah ada beberapa orang penulis ternama di PTS Publication yang sedang mengintip perkembangan blog 'Shueqry Berkata' dalam diam, juga beberapa orang penerbit dan penulis dari syarikat penerbitan lain yang sering masuk ke sini.



Paling mengejutkan, wartawan Berita Harian juga baca blog saya ! Owh, terima kasih yang tak terhingga. Saya tahu, sebab dia hantar email kepada saya. Siapa dia? Biarlah rahsia.

Sebenarnya ada 5 orang yang menawarkan pada saya untuk sponsor domain name dan hosting. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Tak sangka inilah kali pertama saya mendapat tawaran yang sebegitu hebat di dalam hidup saya.

Saya amat terkejut kerana jumlah email subscribers dan mencapai 194 orang ! Ia lebih dari target saya iaitu 188 orang.

Mula-mula dulu, saya tetapkan mindset untuk melebihi subcribers blog Pakdi seramai 79 orang, bila dah sampai saya letak lagi mindset baru nak mencapai 188 orang seperti blog Gaman.

Angka itu masih terlalu kecil berbanding dengan blog-blog yang lain. Saya bukannya tamak, cuma saya tak mudah berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

Tamak saya adalah tamak yang positif .. hehe :) I'm hunger for succes!

Walau apa jua yang Anda usahakan sekarang ini, tuliskan matlamat Anda dan lihat ia setiap hari. Luangkan masa dalam 10 minit sehari untuk menilai strategi Anda dan melihat perkembangan usaha Anda. Itulah apa yang saya lakukan.

Saya belum lagi berjaya. Perjalanan karier saya masih jauh, sejauh Semenanjung Malaysia dengan bandaraya Kota Kinabalu and i'm looking for a plane to catch time fast, as fast as possible. Nama saya masih tak sehebat 50 Bloggers popular di Malaysia dan rakan-rakan lain, rasanya banyak lagi yang belum saya capai.

Untuk itu, sehingga ke hari ini saya tak berhenti belajar (walaupun sebenarnya saya dah lama graduate) kerana prinsip saya, belajar seumur hidup untuk memajukan diri sendiri dan membina hidup yang lebih baik, lebih cemerlang dari yang sebelumnya, secemerlang yang mungkin, sebaik yang mungkin.

Bila saya dah maju, saya akan mengajarkan orang lain pula bagaimana untuk memajukan diri mereka.

Akhir kata, ini kata-kata yang lahir dari hati saya. Biasanya sebelum menulis di blog saya sediakan rangka artikel terlebih dahulu, tapi kali ini saya taip terus. Terima kasih yang tak terhingga kepada Anda dari saya.

Moga tips-tips motivasi dan pembangunan diri yang saya tulis di sini banyak membantu Anda, rakan-rakan, keluarga dan sahabat handai. Saya akan menulis lebih banyak tips, tentunya straight form the heart.

Jumpa di artikel akan datang!

Wasslam.

- Shukri Abdullah @ Shueqry -
all for one, one for all.

Artikel Berkaitan
Tip Membina Matlamat
Berfikir Positif, Bertindak Positif
Mengiklan Di Blog "Shueqry Berkata"
Motivasi Dari Hati
Terserempak Dengan Irfan Khairi
Sabahan Bloggers List
Soalan-soalan Positif

Komen Anda?