.

Selasa, November 20, 2007

Sibuk Memajukan Diri

Orang-orang yang berjaya, mereka sibuk memajukan diri di samping sibuk dengan rutin-rutin harian. Mereka dahagakan ilmu, rajin mencari maklumat dan berimpian besar mahu mencapai kecemerlangan satu hari nanti, lebih besar dari yang sekarang.

Manakala orang biasa, mereka sibuk dengan hiburan. Ini realiti. Bagi mereka bila melihat orang lain sibuk memajukan diri (membaca, menalaah dan rajn berusaha) takde gunanya kerana pada pendapat mereka, ia tak mendatangkan apa-apa keseronokan berhibur.

Seandainya Anda seorang pekerja, ambil keputusan untuk memajukan diri setanding orang yang bekerja sendiri (sudah tentu pendapatan mereka tanpa had!) dengan mencari sumber pendapatan sampingan selain gaji tetap Anda yang sedia ada. Gerakkan diri Anda untuk memajukan diri, mencari ilmu dan menguasai setiap inci sumber pendapatan kedua itu, jadi Anda akan mahir lalu ini menambahkan pendapatan Anda, walaupun ia sekadar part time.

Bila kita mahir dalam sesuatu, rezki melimpah ruah kerana banyak peluang yang datang. Misalnya, Anda seorang guru yang mengajar di waktu pagi. Pada jam 4 petang, Anda membuka gerai burger yang menjual aneka burger, dari burger ayam sampai ke burger "special".

Sibukkan diri Anda untuk mengetahui selok belok memasak burger sehingga Anda lebih mahir daripada orang lain, dengan itu kepercayaan pelanggan Anda juga bertambah, lalu meningkatkan jumlah jualan burger Anda.

Sibuk memajukan diri takkan membuat Anda rugi dan takkan membuang masa, kerana ia ibarat menanam "saham" di mana satu hari nanti Anda akan menerima hasilnya. Jangan ambil kisah dengan cakapan-cakapan orang lain yang menggelar Anda "buat-buat rajin" kerana apa yang Anda lakukan sekarang ini adalah untuk masa depan Anda seorang, cakapan-cakapan orang lain tak ada kena mengena dengan masa depan Anda, jadi pedulikan mereka.

Masa depan Anda, bergantung pada usaha Anda.

10 Komen Pembaca:

myza berkata...

Terima kasih atas perkongsian...
bnyk yg kena buat nih....

Shueqry berkata...

Sama-sama Myza,

moga ia memberi manfaat. Lama juga tak ke blog Myza.

- Shueqry -

Raymond Chua berkata...

Eh ... Shueqry ni macam cakap pasal saya je. :)

Gurau je.

Buat burger kar rumah adalah. Tapi cakap pasal buka gerai, ehem ... belum lagi. :)

Fasiha_it@yahoo.com berkata...

Saya buat desert. Majukan diri buat sesuatu yang jarang orang buat.. nak gilap kemahiran sedia ada..tapi biar nampak unik dan menarik.

Shueqry berkata...

eh, Raymond buat burger? Nanti bila saya gi Johor, nak rasa burger Raymond :)

Shueqry berkata...

Fasiha

Teruskan usaha! Bila kita menjadi lain daripada yang lain, senang untuk kita dikenali dan senang untuk pelanggan mengingati bisnes kita.

Saya suka menjadi sesuatu yang lain daripada yang lain. Sebab itu juga blog motivasi ini agak menonjol dari blog-blog yang lain!

Lebih-lebih lagi bila ia didorong oleh minat dan keseronokan. Jika buat dessert buta Fasiha seronmok, maknanya Fasiha boleh berjaya dlm bidang tu, sebab minat mensorong Fasiha untuk rajin mencari ilmu dan berusaha memajukan diri.

Apa yg buat kita seronok akan menarik kejayaan datang pada kita.

- Shueqry -

Aleeya berkata...

Saya berusaha memajukan diri dalam bidang penulisan, saya juga mengagumi Zamri Mohammad, moga sat hari nanti dapat berjumpa dengannya.

Tips motivasi Shueqry banyak memberi kesan pada saya, memberi inspirasi dan menyuntk semangat.

Terima kasih :)

Shueqry berkata...

Aleeya, terima kasih. Inilah rezeki batin yang saya tunggu-tunggu.

Saya jadi gembira dan teruja bila tau tulisan saya memberi kesan pada orang lain.

Moga usaha ini mendapat keredhaan Allah s.w.t.

- Shueqry -

Lis berkata...

Walaupun saya sibuk dengan kerja 9-6 petang, tapi saya masih ada masa dari 6-9 malam untuk memajukan diri,dengan membaca, menelaah dan berlatih menulis blog.

Raymond Chua berkata...

Boleh, apa salahnya, nak tambah nugget dan salad pun boleh ... bila nak datang ni?

Hari ni ke esok?

Boleh bawa makwe sekali, kalau ada. :)

Kalu takde, nanti aku rekemen.

Aku akan Googlekan untuk anda. :P

Catat Ulasan