Rasanya selama Anda setia membaca artikel-artikel motivasi di blog Motivasi Pembangunan Diri ini, Anda sudah tahu bagaimana mahu meledakkan semangat dan memantainkan motivasi supaya sentiasa membuat Anda 'bertenaga' dari dalam serta seronok melakukan apa saja kerja.
Kali ni, saya berkata tentang perkara yang menurunkan motivasi Anda. Kalau Anda selalu buat 3 perkara ni dan dekat dengannya, ia akan menjadikan motivasi Anda 'down' lalu Anda akan jadi tak bermaya, tak bermotivasi dan takde inspirasi untuk meneruskan apa saja yang Anda usahakan.
Pertama, jauhkan diri dari berkata tentang keburukan orang lain. Saya tahu bunyinya remeh, tapi Anda tetap akan terbuat juga tanpa Anda sedari.
Ia bermula dari apa yang Anda tak puas hati, yang Anda sakit hati dan yang membuat Anda tak senang. Bila Anda sudah terbiasa begini, gelombang negatif akan bersarang di dalam minda Anda, hati Anda dan seterusnya jiwa Anda, menyebabkan motivasi yang bergelombang positif tertolak keluar dibuatnya.
Ia bermula dari apa yang Anda tak puas hati, yang Anda sakit hati dan yang membuat Anda tak senang. Bila Anda sudah terbiasa begini, gelombang negatif akan bersarang di dalam minda Anda, hati Anda dan seterusnya jiwa Anda, menyebabkan motivasi yang bergelombang positif tertolak keluar dibuatnya.
Kedua, elak dari mendengar berita yang buruk-buruk. Sejurus mendengarnya, Anda akan berasa marah, sedih, kecewa dan segala macam emosi negatif akan turut sama dirasa. Kesannya, motivasi Anda menurun.
Ketiga, kawal rasa marah, tertekan, tak puas hati dan yang negatif, walaupun sedikit!. Kata Dr Fadzilah Kamsah, selagi emosi negatif ni ada dalam hati kita, selagi itulah kita susah nak jadi orang yang bermotivasi dan susah nak jadi ceria selagi kita tak lepaskan keluar semua emosi negatif tu.
Dari pengalaman sendiri, saya juga bersetuju dengan pendapat Dr Fadzilah Kamsah tu. Tertekan, marah dan emosi-emosi negatif ni kalau dilayan berterusan, memberi kesusahan pada diri sendiri.. jadikan kisah benar saya sebagai pengajaran, jangan biar ia terjadi pada Anda pula.
Pilih untuk menjadi orang yang ada motivasi hari ini juga!
- Shueqry -Dari pengalaman sendiri, saya juga bersetuju dengan pendapat Dr Fadzilah Kamsah tu. Tertekan, marah dan emosi-emosi negatif ni kalau dilayan berterusan, memberi kesusahan pada diri sendiri.. jadikan kisah benar saya sebagai pengajaran, jangan biar ia terjadi pada Anda pula.
Pilih untuk menjadi orang yang ada motivasi hari ini juga!
all for one, one for all.