.

Sabtu, November 03, 2007

Motivasi Potensi Diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera, bertemu lagi kita di ruang blog motivasi ni.

Terima kasih pada Anda yang mengantar sms dan email, bertanya khabar, bertanyakan tips motivasi dan yang minat mahu berkenalan, terima kasih saya ucapkan. Jumlah friends dalam akaun Friendster saya makin bertambah setiap hari .. Thank You !!

Kali ini saya mengulas sebuah buku motivasi, tajuknya Motivasi Potensi Diri ditulis oleh Alias Hj. Muda. Rupanya, saudara Alias Haji Muda merupakan salah seorang dari berpuluh (bahkan beratus!) penceramah motivasi yang aktif memberi ceramah di dalam Malaysia.

Saya tak mengenali beliau sebelum ini. Namun, setelah selesai membaca buku motivasi yang dituis olehnya, berbagai idea timbul dan banyak ilmu yang saya dapat.

Kita memerlukan motivasi setiap masa untuk membetulkan diri dan menyemarakkan semula semangat yang hampir padam. Membaca buku motivasi Potensi Diri memberikan satu kepuasan yang sukar diungkap dengan kata-kata.

Selain tu, beliau juga mempunyai portal motivasi sendiri di website http://www.mypotensi.com. Saya telah pergi ke sana, tapi lain pula yang saya jumpa. Mungkin domain name website tersebut dah expire atau website beliau sedang dalam penyelenggaraan.

Alias Hj. Muda aktif menulis artikel-artikel motivasi berkaitan dengan potensi diri di beberapa majalah, antaranya majalah Famili dan Perempuan. Anda boleh temui artikel motivasi Dr Tuah Iskandar di Mingguan Wanita dan Dr Fadzilah Kamsah di majalah Anis, namun di sebabkan kekangan masa, Dr Fadzilah Kamsah sudah jarang menulis di kolum tetap majalah Anis.

Apa yang saya suka dengan buku ni, semuanya penuh dengan bagaimana mahu membina potensi diri, mengembangkannya dan seterusnya menggilapkan lagi potensi diri dalam usaha mencapai kejayaan. Bermula dengan pengenalan makna potensi diri, Alias Hj. Muda menulis dalam bahasa yang ringkas dan straight to the point mengenai potensi kehebatan otak, minda dan keunikan diri.

Bila membacanya Anda bagaikan menemui satu panduan berharga yang tak pernah ditemui di tempat lain. Beliau juga memberi tips bagaimana mahu menjadi diri sendiri, menerima diri, jujur pada diri dan percaya pada diri.

Satu kata-kata peransang motivasi yang saya tak lupa sehingga ke hari ini adalah :

"Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan diri. Jangan bandingkan kelemahan diri Anda dengan kelebihan orang lain. Orang yang itu mungkin tidak memiliki kelebihan yang Anda miliki". Rujuk di muka surat 95 di dalam buku Motivasi Potensi Diri.

Buku ini benar-benar memberi semangat dan menyemarakkan lagi motivasi. Selesai membacanya, minda Anda pasti penuh dengan inspirasi untuk melakukan sesuatu yang lebih besar dan yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Satu buku yang amat baik untuk dibaca bagi membangunkan diri Anda sendiri ke arah yang lebih baik. Saya benar-benar menyarankan Anda untuk membacanya. 5 Bintang !!

Moga ia membangunkan potensi diri Anda yang tak Anda ketahui selama ini.


- Shueqry -

p.s. Gambar saudara Alias Hj Muda tak saya temui di Internet. Saya letak gambar beliau di blog ni selepas scan muka depan buku tersebut di blog update yang seterusnya.