.

Selasa, November 13, 2007

Motivasi Memburu Kejayaan

Tajuk di atas adalah tajuk sebuah buku motivasi tulisan Datuk Maznah Hamid. Beliau merupakan pakar motivasi wanita yang amat saya kagumi, bayangkan bagaimana dia mampu berjaya sebagai seorang usahawan sedangakan dalam masa yang sama dia menguruskan keluarga sebagai seorang ibu, suri rumah dan seorang isteri. Gambarnya kat sebelah kanan ni..

Kekaguman saya amat tinggi pada Datuk Maznah Hamid. Buku yang ditulisnya dah saya baca dan kerana seronok sangat, saya baca berkali-kali. Cetakan pertama buku Motivasi Memburu Kejayaan adalah pada tahun 1994 di kala saya masih dalam tingkatan 2.

Itulah kali pertama saya berjumpa buku tersebut di perpustakaan sekolah, dalam masa yang sama saya minat pada Dr Shukri Abdullah dek namanya yang serupa dengan nama saya. Itulah pakar motivasi Malaysia yang pertama dalam ingatan saya, Dr Fadzilah Kamsah saya tak kenal lagi time tu, sorry Dr Fadzilah (andaikata Dr Fadzilah membaca tulisan saya di blog ini..)

Saya memang menyarankan buku motivasi ni untuk menjadi bacaan wajib Anda. Ia menaikkan semangat dan kebanyakan isinya ditulis dari pengalaman sebenar Datuk Maznah sendiri dalam menguruskan perniagaan dan keluarga. Jika sistem motivasi yang dipakai olehnya berkesan buat diri beliau, ia berkesan untuk diri Anda juga!.

Buku ni memang laris dan selalu "sold-out" berbanding buku Dr Tuah Iskandar, Dr Fadzilah Kamsah dan buku-buku motivasi pembangunan diri yang lain, mujur saya bertuah kerana sempat beli cetakan terbaru. Memang untung sesangat membelinya.

Saya menyarankan Anda untuk membacanya. Best !