Rabu, 28 November 2007

Cerita Putus Cinta

Bila berkata tentang putus cinta, ceritanya takkan pernah habis. Saya menerima email dari pembaca blog yang namanya tidak mahu disebutkan dan berkata dia sakit hati ditipu lelaki, bahkan dia kata semua lelaki penipu! Adeh..pedihnya...

Lalu dia meminta saya bagaimana nak mengubah kenangan lalunya tu. Terus terang kes putus cinta ni bukan sesuatu yang mudah, perlu kesabaran, semangat kental dan disiplin. Pertama, nak sembuh dari sakit putus cinta, Anda kena ubah pemikiran.

Majukan diri dengan rajin mencari ilmu dan tekadkan semangat nak menjadi seorang yang lebih baik daripada yang sebelumnya dari segi komunikasi, pergaulan masyarakat, kerjaya dan kewangan. Tinggalkan personaliti dulu lalu "upgrade" kepada personaliti yang lebih professional, ada karisma dan ada sikap optimis dalam menjalani kehidupan.

Limpahkan cinta tu kepada ibu bapa, ahli keluarga dan adik beradik. Kita tak boleh menolak cinta, cuma beri masa kepada diri sendiri untuk sembuh dari luka bercinta. Anda berhak bahagia seperti orang lain juga!

Saya faham keadaan Anda dan dengan tegas, amat rugi bila Anda sentiasa dalam emosi murung, kecewa, takde semangat dan tak nampak jalan nak mantapkan diri. Orang lain dah maju, Anda pula tertinggal di belakang sebab asyik pandang kenangan lama di masa lalu!

Lupakan kenangan yang perit tu (jangan sesekali ingat) sebab ia menarik emosi negatif. Justeru, menarik situasi-situasi negatif, fikiran negatif dan perkara-perkara negatif yang sudah semestinya menghalang kemajuan prestasi Anda. Hijrahkan minda, ubah kepada yang lebih baik.

Kita sukar nak lupakan kenangan lalu sebab kita tak maafkan diri sendiri, tak melupakan kesalahan kita dan sentiasa pula menyesali kesilapan kita yang pernah gagal dalam bercinta. Mulai hari ini, pilih untuk menjadi orang yang ada motivasi, yang pandang ke depan dan yang kuat semangat.

Tekadkan azam untuk jadi cemerlang dalam mencari ilmu, kerjaya dan kewangan!.

Tips Motivasi Berkaitan

Disyorkan Oleh Shueqry

Magnet Rezeki - Petua Kemurahan Rezeki Melalui Kuasa Minda
kami telah melaluinya, mengamalkannya dan merasai kesannya
Siapa Kami? - Klik Di Sini Untuk Info Lanjut.