.

Selasa, Oktober 02, 2007

Penarikan Terkawal - Bhg 2

Dalam tips Law Of Attraction kali ini saya akan memberikan contoh berkaitan dengan artikel lalu, Anda akan melihat apa yang telah saya tulis dalam usaha saya mahu memperbaiki tahap kewangan saya. Terlebih dahulu, kenal pasti area dalam hidup Anda yang Anda mahu perbaiki, sama ada:
  • perhubungan
  • kesihatan
  • kewangan
  • karier
  • intelektual
Bagi saya, saya nekad menggunakan Law Of Attraction untuk menarik tahap kewangan yang saya mahukan. Ini adalah apa yang telah saya lakukan :

Langkah 1 : Saya buat sebuah jadual. Tajuk besarnya saya tulis "Tahap Kewangan Yang Aku Mahu".

Saya ambil sehelai kertas kosong bersaiz A4, lipat dua dan buat satu garisan lurus ditengahnya untuk membentuk dua kolum. Kira macam bentuk T.

Kolum di sebelah kiri saya tulis tajuk "Apa Yang Aku Tak Suka" (Things I Dont Like) berkenaan dengan tahap kewangan saya sekarang ni. Di sebelah kanan, saya tulis tajuk "Yang Aku Suka" (Things I Like).

Langkah 2 : Saya muhasabah diri, tanya diri sendiri apa yang membuat saya tak puas hati dengan tahap kewangan saya sekarang ni. Saya cari tempat yang tenang dan mula berfikir.

Langkah 3 : Saya tulis satu persatu perkara yang saya tak suka dengan kewangan saya sekarang ni. Antaranya :
  • tak cukup duit
  • ada bill yang nak dibayar
  • rasa asyik kekurangan duit
  • tak mampu beli benda yang saya nak
  • aliran duit tersekat-sekat, sekejap ada, sekejap takde
  • kekadang rasa susah cari duit
  • struggle nak bayar sewa bilik
  • fikir pasal duit memberi saya tekanan
  • geram sebab harga barang naik
Dalam masa 2 jam, saya menulis 25 perkara yang saya tak puas hati berkaitan ngan kewangan saya. Di artikel Law Of Attraction yang seterusnya, kita akan proceed kepada Langkah 4.

Untuk tips yang lebih detail dalam usaha menggunakan Law Of Attraction bagi menarik tahap kewangan ideal yang Anda mahukan, saya rekemenkan Anda baca eBook Magnet Rezeki, kerana di dalamnya ada panduan detail bagaimana untuk menarik rezeki dengan kaedah ini.

Jumpa di tips Law Of Atttraction akan datang.

- Shueqry -
all for one, one for all.

p.s. : buat DikMal dan Lis, saya doakan moga cepat sembuh. Deman ngan batuk sekali, DikMal kat Ampang dan Lis kat Kota Kinabalu. Tapi, sakit serentak, demam juga serentak.. rajin-rajin makan ubat ye :)

Tips Berkaitan
Blog Disyorkan
SKOR Career.com
update terkini peluang-peluang pekerjaan