.

Rabu, September 05, 2007

Salam Terakhir - Saya Berundur !

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Kali ini update terbaru dari saya. Off topic dari motivasi dan rasanya ini mungkin menjadi post terakhir. Jangan terkejut, baca dulu ..

Buat Anda, pembaca-pembaca blog dan rakan-rakan, saya sekarang ini dalam keadaan tertekan, sangat ditekan dan perasaaan yang ditanggung memang sungguh menekan.

Mulanya saya tak nak tuliskan di sini, tapi oleh kerana dah di set dalam minda saya akan tulis apa saja, jadi saya nak kongsikannya dengan Anda, rakan yang hanya saya kenali di alam maya. Hanya Anda yang saya ada ketika ini ..

Saya akan bersara dari bidang eBusiness dan blogging, kerana saya dah tak tahan dek tekanan yang tak pernah putus. Ia bukan dari orang sekeliling mahupun dari pelanggan-pelanggan saya, tapi dari 'pejabat' saya yang tak memberi suasana mood kerja.

Dalam beberapa hari ini, saya jadi sangat tertekan sebab kerosakan yang berlaku di rumah tak pernah ada hentinya dan seperti biasa hanya saya menjadi 'calon' popular untuk memperbaiki semua kerosakan tu. Saya melakukannya kerana 'terpaksa' dan bukan kerana sukarela.

Kalau sekali takpe, ni dah berkali-kali sehingga mengganggu time kerja dan income saya. Sungguh tertekan, kerana tuan rumah hanya tahu menyalahkan kami tapi tak buat apa-apa untuk memperbaiki kerosakan.

Tanpa saya sedari, ia menarik satu persatu masalah datang pada saya. Emosi saya tambah tertekan, kerana saya masih tak dapat menyiapkan kerja-kerja yang tersimpan dalam folder. Dah seminggu tak siap-siap hanya kerana ganguan utiliti rumah yang seringkali rosak tiap hari. Saya takde pembantu dalam menguruskan perniagaan saya.

Paling teruk, malam kelmarin bekalan air kami tiba-tiba dipotong sebab berhutang bil dengan Jabatan Air. Walaupun ia urusan tuan rumah, saya terpaksa uruskan hingga saya tak dapat online sepenuhnya hari ini. Saya tak tahu menahu yang bil air kami ada tunggakan.

Bil air dan urusan penyambungan semula bekalan air tu saya yang terpaksa uruskan siang tadi sedangkan itu dah jadi 'urusan rasmi' tuan rumah. Rupanya, tunggakan bil air tak di bayar langsung dan sehari semalam saya dan kawan-kawan serumah tak dapat mandi, hanya menumpang bilik mandi kawan di rumah lain sehingga kami terpaksa mengangkat air dari stesen minyak berdekatan, beramai-ramai.

Tak pernah dibuat orang dibandar kota Kinabalu, kami mengangkat air sejauh 500 meter dari Kg Air ke Sinsuran, melintas di tengah-tengah jalan dan setiap dari kami bertujuh mengangkat baldi yang berisi air ditangan kiri dan kanan. Orang lain pun heran dengan gelagat kami. Biarkanlah, rumah kami dah takde air.

Bil letrik juga ditangguh-tangguh pembayaranya oleh tuan rumah, nasib baik tak kena potong! Tuan rumah kami masih bercuti di kampungnya. Jauh, kat Filifina.

Sehingga artikel ini ditulis, dia belum balik lagi. Kami satu rumah tak tahu bila.

Dalam minggu ni saya mencari rumah baru, nak pindah terus. Oleh kerana itu saya tak dapat online dan takkan dapat update blog ini, tak seperti biasa sehingga 2 artikel sehari.

Di rumah baru, nak kena tunggu Telekom pasang kabel dan tunggu Streamyx on, baru saya dapat online. Itu juga bergantung pada tuan rumah yang di tempat baru, kalau dia benarkan talian internet di pasang di dalam bilik sewa.

Kalau tak, terpaksa saya berehat dari bisnes Internet untuk sementara atau selama yang perlu. Sedih sungguh .. kalau guna cyber cafe pula, saya takde privasi dan bajet lari.

Kesan daripada itu, beberapa projek saya akan terbengkalai dan saya terpaksa mencari kerja bergaji setelah sekian lama bergelumang dalam perniagaan Internet full time sejak 1 Mac 2006. Dah lebih setahun, namun saya merahsiakan 'kewujudan' saya dan perniagaan saya, kerana rasanya nama-nama lain lebih layak untuk diangap otai dalam bisnes Internet.

Masih banyak yang kurang dan perlu saya pelajari. Kesan dari mempromosikan beberapa ebook 7 Dollar Offers, banyak yang saya kuasai, terutama dari penulisan iklan, copywriting dan semangat untuk tidak mengalah, tapi kali ini saya terpaksa mengalah.

Ada beberapa ebook dalam Bahasa Melayu yang saya promosikan khusus untuk pasaran Malaysia. Namun, terus terang, saya lebih enjoy menulis di blog dari mencipta paling kurang 10 iklan dalam sehari untuk mempromosikan ebook-ebook saya.

Saya lebih suka menulis, menulis dan terus menulis di blog walaupun saya tak mendapat apa-apa keuntungan. Ia keseronokan yang suka di ungkap dengan kata-kata.

Saya sungguh tertekan sebab akan meninggalkan blog dan Internet. sesuatu yang amat saya minati. Ia memakan masa yang lama, tambahan pula dah nak dekat puasa.

Segalanya perlukan belanja wang. Bila dah takde talian internet, maknanya saya takkan ada sumber pendapatan lagi. Jadi, saya kena gunakan segala kebolehan yang saya ada untuk mencari rezeki.

Ini semua yang buat saya tertekan. Saya dah tak dapat online setiap hari, membaca blog kawan-kawan dan membalas email yang datang.

I'm gonna miss u all.

Sayang juga sebab blog Motivasi Pembangunan Diri ini dah melonjak naik dan merupakan blog pertama saya dalam BM, bahkan mendapat ramai subscribers dalam masa yang singkat hasil dari mindset dan kerajinan mempromosi yang tak pernah putus.

Yang pasti, saya takkan delete blog ni. Sehingga kini saya masih menerima email yang bertanyakan soalan, purata 10-35 email sehari.

Saya akan jawab mengikut giliran mana yang sampai dulu. Ada yang minta pendapat, minta tips motivasi, meluah masalah peribadi dan ada juga yang meminta saya untuk berkongsi tip-tip kuasa minda serta Law Of Attraction walaupun saya terpaksa lakukannya dari cyber cafe.

Buat Anda yang mengirim email, terima kasih atas kata-kata sokongan yang tak pernah putus, bahkan menganggap saya sebagai pelapis Dr Tuah Iskandar dan pakar-pakar motivasi yang lain. Thank you!

Saya, adik lelaki saya dan 2 kawan sebilik berpindah rumah sewa sebab kami dah tak selesa tinggal di rumah sekarang ini, banyak sangat kerosakan dan banyak juga duit kami yang keluar untuk memperbaikinya.

Ia juga banyak menggangu cash flow, sedangkan kos yang sepatutnya jadi tanggungjawab tuan rumah. Kami merupakan 'customer' yang membayar duit sewa dan sepatutnya segala kerosakan utiliti tuan rumah yang mengurusnya, namun oleh kerana dia ibu tunggal, kami membantu.

Hanya kerana kami dah menganggap rumah sewa ni macam rumah sendiri, kami sanggup keluar belanja sendiri, beli peralatan sendiri dan memperbaiki sendiri kerosakan-kerosakan yang timbul.

Namun, panas tak sampai ke petang, hujan pula yang datang di tengahari. Dia seakan mempergunakan 'kemurahan' hati kami, bahkan naik selalu marah dengan kerosakan yang bukan disebabkan oleh kami. Paip dah buruk, nak kena ganti la, takkan kami sebagai penyewa pula yang kena ganti.. we pay the rent bah!

Kos semakin naik, ditambah pula dengan masalah yang tiba-tiba timbul satu persatu. Saluran tandas tersumbat, sinki tersumbat, paip air pecah-pecah dan tikus berkeliaran tanpa henti siang malam membuat kami sungguh tak selesa, tambahan pula tikus boleh membawa penyakit.

Namun, kami pula yang disalahkan walaupun pada hakikatnya berpunca dari sistem perpaipan yang dah 'lapuk' dan rapuh. Cantik di luar, buruk di dalam.

Maaf saya terpaksa gunakan blog popular ini untuk bercerita hal peribadi. Saya mahu dekat dengan Anda, berkongsi segala dengan Anda dan supaya Anda mengambil motivasi yang tersirat di dalamnya.

Syukur alhamduillah saya mampu mengawal emosi, mampu mengawal situasi dan mampu melihat aspek-aspek positif dalam apa jua cabaran yang mendatang. Tak tahu bila saya akan muncul semula.

Buat Dikmal, Ktom, Raymond, kak Linn dan semua rakan-rakan yang mengenali saya, saya bercuti dari eBiz dan blogging mulai saat ini, tekanan yang saya tanggung maha hebat, hanya Allah yang tahu betapa tertekannya saya menanggung semua ini. Saya terpaksa mencari kerja semula, sebab saya dah takde pilihan lain lagi nak cari duit bila line Internet saya cut off buat sementara.

Segala target saya hancur berkecai. Cita-cita untuk menjadi blogger motivasi terbiar begitu saja, saya tak dapat teruskan.

Tak tahu apa yang boleh saya lakukan untuk cari duit sekarang ini. DikMal, teruskan usaha awak, saya mendoakan dari jauh..

Saya terpaksa lepaskan titile "Internet Marketer" dan menjadi 'pekerja makan gaji' semula. Saya takde pilihan!

Tiada siapa yang dapat membantu saya. Namun saya percaya satu hari nanti, cita-cita saya akan tercapai. I wanna make it BIG !

Ini perutusan terakhir dari seorang blogger motivasi bernama Shueqry.

Jumpa lagi .. terima kasih atas sokongan Anda.

- Mohd Shukri Abdullah -