Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?
Shueqry di sini. Terima kasih atas sokongan Anda dan kesetiaan Anda masuk ke blog Motivasi Pembangunan Diri, terima kasih.
Ok, kali ini saya berkata tentang Law Of Attraction dari segi pemahaman sains. Law Of Attraction bukan teori semata-mata, ia adalah hukum alam. Faham atau tidak, sedar atau tidak, tau ke tak tau, Anda memang mengapilikasikan Law Of Attarction setiap hari dalam hidup Anda.
Sama juga dengan Anda menggunakan elektrik, hanphone dan Internet. Anda tak tahu bagaimana ia berfungsi, namun Anda tahu apa kegunaannya. Saya tak tahu bagaimana elektrik berfungsi, tapi saya tahu kegunaan untuk menghidupkan komputer saya dan menulis di sini.
Saya juga tak tahu bagaimana hanphone berfungsi tapi saya tahu kegunaannya dalam komunikasi. Law Of Attraction bukan sekadar teori. Saya akan kongsikan satu persatu huraian Law Of Attraction mengikut analisa sains.
Kita berfikir setiap masa, kita beremosi setiap masa (emosi positif atau negatif, suka, duka mahupun neutral) dan kita menggunakan gambaran mental setiap masa untuk mengingati apa yang kita fahami atau mengingat sesebuah situasi.
Law Of Attraction respon pada kesemua apa yang ada di fikiran saya, Anda dan semua kita. Bila Anda pandai mengawal fikiran, maka Anda boleh mengawal Law Of Attraction dan memanipulasikannya untuk meransang perubahan diri ke arah kejayaan.
Jujur saya katakan di sini, Law Of Attraction tidak bertentangan dengan ajaran Islam mahupun ajaran agama lain. Ia adalah ilmu sains minda dan bukannya ajaran yang menyesatkan sesiapa, bahkan sudah ramai orang-orang berjaya yang mengetahui Law Of Attraction lalu menggunakannya untuk menarik kejayaan muncul dalam hidup mereka.
Logik akal boleh membawa Anda dari Point A ke Point B, tapi imaginasi boleh membawa Anda ke mana-mana. Itu kata-kata yang di ucapkan oleh Albert Einstein.
Imaginasi, gambaran mental, getaran emosi, sukma rasa dan apa jua yang wujud di fikiran Anda, adalah asas utama kepada Law Of Attraction. Bahkan, bila minda Anda berada pada arus alfa (perasaan tenang, santai dan selesa) ia berada di tahap yang optima kerana apa saja yang Anda fikirkan akan masuk ke dalam minda separa sedar, lalu ditarik datang pada Anda.
.. saya akan sambung di artikel seterusnya. Kita berjumpa nanti .. tunggu saya di sana..
Tips Law Or Attraction Yang Berkaitan
Bicara Law Of Attraction
Asas Law Of Attraction
Law Of Attraction - Bagaimana Mengaplikasikannya
"Menarik" Apa Yang Anda Mahukan
Emosi dan Law of Attraction
Tip Berkomunikasi Dengan Minda
Recomended !
Sara eBooks
blog perniagaan Internet - jana pendapatan dengan ebook
Download Percuma
eMajalah Minda Sukses - Ogos 2007
Komen Anda?
Sabtu, September 15, 2007
Sains Law Of Attraction
Labels:
Buat Duit,
Emosi,
Jutawan,
Komunikasi,
Law Of Attraction,
Malaysia,
Minda,
The Secret,
Umum,
Usahawan Internet,
Weblog