.

Jumaat, September 07, 2007

Sabarkan Diri, Be Happy, Semudah itu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar Anda?

Kali ini saya terpaksa update dari cyber cafe di tingkat 2 Centre Point Sabah, sebuah shopping kompleks yang faymes di bandar kk .. entah bagaimana, malam tadi ketika online bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba dan bila dah recover semula, talian Internet di bilik sewa saya tak dapat disambungkan. Modem saya tak menyala satu lampu, iaitu lampu hijau dengan label "Data", means ada masalah dari talian telefon.

Saya dah urus ke TmPoint pagi tadi dan mereka berjanji untuk menyambung semula dalam tempoh masa 2 jam, paling lambat 24 jam. Tunggu punya tunggu, talian Internet masih tak on lagi.

Nak call ke customer service TmNet, phone rumah saya pula masih tak dapat call out, streamyx juga masih belum hidup. Menunggu adalah perkara terbaik yang saya buat ketika ini.

Yang herannya ketika di TmPoint tadi saya perasan kesemua wajah pegawai khidmat pelanggan mereka sungguh ceria dan memberi perkhidmatan dengan penuh mesra, professional, bahkan senyuman sentiasa terukir dibibir mereka. Takde muka penat, loya, tertekan mahupun tayang air muka geram.

Lalu. melihat keadaan ini saya jadi tertanya-tanya, mengapa dalam keadaan yang begitu sibuk mereka boleh senyum, walaupun dimarah, ditengking dan berjumpa dengan lebih seratus pelanggan setiap hari seperti saya di Astro dulu, diposisi tugas yang sama sebagai customer service officer.

Bila sampai giliran saya di kaunter, saya berjumpa dengan seorang kakak yang bertudung merah. Senyumannya menyambut kedatangan saya. Alamak, boleh cair dibuatnya ..tapi, saya tak pandai mengurat !.. hehe

Setelah selesai urusan, saya bertanya pada dia apa rahsia supaya sentiasa ceria walaupun dalam suasana kerja yang cukup sibuk, bising dan kelam kabut tu. Jawapannya mengejutkan saya, cukup membuat saya terkejut sehingga tak terkata satu apa.

Hanya 5 perkataan yang terkeluar .. katanya, "sabarkan diri dan be happy"..

Wow! Semudah itu?

Memang mudah, tapi tak ramai yang mampu melakukannya, lebih-lebih lagi dalam keadaan bingung, tertekan, stress, banyak masalah yang difikir dan ketika tiada siapa yang boleh dijadikan teman bicara. Seperti apa yang berlaku pada saya baru-baru ni, saya cukup tertekan sehingga perkataan 'be happy' dah takde makna langsung!

Jadi, katakan pada diri sendiri yang Anda mahu ceria sepanjang hari dengan meniatkannya di dalam hati. Kemudian, bayangkan diri Anda sebagai seorang yang energetik, Anda nampak diri Anda jadi ceria dan tertawa bersama orang-orang di sekeliling Anda.

Masalah, stress dan semua yang berkaitan dengannya, letak kat tepi dulu. Sebenarnya masalah lebih senang diselesaikan bila mood kita dalam keadaan tenang, ceria dan bertenaga.

Saya dalam beberapa hari ni berada dalam mood stress dan agak tertekan, kesannya, saya susah nak cari jalan keluar dari masalah. Bahkan, saya tak cuba untuk menceriakan diri mahupun cuba mengawal emosi walaupun saya tahu mengawal emosi hasil pembacaan yang meluas.

Hanya dengan beristighfar banyak kali 'menyelamatkan' saya dari semua itu.

Ok, sampai di sini saja dulu. Selepas dari TmPoint saya pula sibuk temankan adik lelaki saya yang nak mencari kerja. Dia baru masuk belajar di kolej berhampiran rumah kami. Pusing satu kk kami semata-mata nak cari kerja.

.. eh, bukan untuk saya, tapi untuk adik saya. Nak tahu namanya? Azizi Abdullah, bukan Azizi Ali.

Dia dah terjangkit minat motivasi saya dan kami dah merancang untuk menjadi penulis bersama satu hari nanti.
Two are better than one.

Jumpa di artikel akan datang! Saya tunggu Anda di sana .. take care :)

Wassalam.

- shueqry -
all for one, one for all.

p.s. : Naem dari DiariAdsense.com menjadi SitePartner terbaru bagi blog saya. Bagi Anda yang masih baru di sini, SitePartner adalah perkataan yang saya gunakan bagi 'sponsored links'. Untuk ke blog Naem, klik di sini, banyak info mengenai buat duit dengan Adsense yang ditulis oleh Naem. Tak percaya? Cuba try klik.

Komen Anda?