Kali ni saya masih lagi berkata tentang Law Of Attraction. Atas permintaan ramai, saya meneruskan entri blog motivasi ini berkisar mengenai topik Law of Attraction dan cara mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Ok, Anda sudah faham apa dia makna Law Of Attraction. Anda juga dah tahu dua jenis getaran gelombang mood, iaitu positif dan negatif.
Anda sudah tahu membezakan emosi positif dan emosi negatif dan rasanya sudah berlatih mengawal fikiran Anda supaya sentiasa tenang serta mengarah pada yang positif sahaja. Tapi, ada lagi satu keadaan.
Kebanyakan orang heran mengapa mereka asyik menarik benda yang sama berkali-kali. Pastinya mereka tidak berfikir yang negatif bahkan tidak membenarkan mood negatif menguasai fikiran, tapi yang herannya, situasi-situasi negatif asyik muncul secara tiba-tiba tanpa dipinta. Pernahkah ini berlaku pada Anda?
Saya panggil dengan nama "penarikan tak sengaja" atau dalam Inggerisnya "Non-deliberate Attraction". Deliberate maksudnya sengaja, jadi non-deliberate membawa makna tak sengaja.
Sebabnya, Anda menarik situasi-situasi negatif secara tak sengaja apabila melihat apa yang berlaku di sekeliling Anda dan apa yang Anda takde. Sebagai contoh, duit.
Satu ketika, Anda teringin nak beli makanan, bila check wallet Anda tiba-tiba takde satu sen pun duit kat dalam tu. Kesannya, mesti Anda rasa susah hati, risau, sedikit tertekan, berpeluh satu badan dan gusar sebab takde duit. Betul tak?
Secara automatik, Anda menghantar gelombang emosi menumpu pada rasa kekurangan duit, rasa takut sebab takde duit dan getaran emosi/mood negatif yang lain. Walaupun Anda takde niat nak melakukan sedemikian, namun ia berlaku begitu saja tanpa disengajakan.
Law Of Attraction terus respon pada gelombang fikiran yang Anda hantar (rasa susah hati, risau, sedikit tertekan dan gusar sebab takde duit tadi) dan memberikan Anda perkara yang sama, lebih lagi sehingga dua kali ganda jumlahnya.
Kesannya, Anda asyik berada dalam situasi yang membuat Anda takde duit berkali-kali ! Mengapa pula? Ok, saya explain kat sini.
Sebab, Anda susah hati takde duit, perasaan susah hati tu yang kuat tarikannya kerana ia asyik bermain di fikiran Anda beserta dengan emosi-emosi lain. Ini menjadikan getaran emosi tu kuat, jadi gelombang minda yang terbit dari fikiran tersebut menjadi lebih kuat juga. Lalu, itulah yang jadi.
Law Of Attraction tak tahu apa yang Anda buat sehingga timbulnya rasa kekurangan duit tu, ia hanya tahu respon pada getaran mood, emosi dan perasaan yang wujud di fikiran Anda secara automatik.
Boleh dikatakan, Law Of Attraction respon terus pada 'feel' yang ada pada Anda, tak kira sama ada 'feel' tersebut wujud di hati atau di fikiran, positif atau negatif. Jadi, saya sarankan Anda supaya berhati-hati.
Tips kali ini, latih diri untuk berhati-hati bila melihat, mendengar atau menghidu apa saja. Kawal apa yang berada di fikiran Anda. Ia memerlukan sedikit disiplin diperingkat awal.
Tapi, dengan latihan konsisten, Anda mampu mengawal gelombang yang terbit dari fikiran Anda apabila melihat sesuatu, mendengar sesuatu, mengingat atau mengkhayalkan sesuatu.
Jika Anda sedar yang Anda sedang memikirkan sesuatu yang bersifat emosi/mood/perasaan negatif, tukar cepat-cepat supaya gelombang negatif tu dapat dineutralkan lalu ditukar kepada gelombang positif.
Realitinya, saya dan Anda berfikir setiap masa, beribu kali dalam sehari. Bila Anda berfikir, minda Anda menerbitkan gelombang lalu menyebabkan timbulnya perasaan, emosi dan mood tertentu, sama ada positif dan negatif.
Jadi, untuk mengawal jenis gelombang sama ada positif atau negatif, kita perlu kawal apa yang kita fikir dan yang kita bisikkan dalam hati.
Doa saya, moga tips yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk Anda.
Aplikasikannya hari ini juga!
Ikhlas berkhidmat,
- shueqry -
all for one, one for all.
Tips Berkaitan
- Law Of Attraction Dalam Berbelanja
- Meneutralkan Getaran Negatif
- Jadi, Apa Yang Aku Mahu?
- Pandang Ke Depan
- Jangan, Bukan Dan Tidak
- Awasi Perkataan Anda
- Apa Yang Kita Fikirkan Adalah Doa
- Kawal Mood Anda Ketika Bangun Pagi
- Sains Law Of Attraction
- Sains Law Of Attraction - Bhg 2
- Anda Sedang Menggunakan Law Of Attraction
- Bicara Law of Attraction
SKOR Career.com
update terkini peluang pekerjaan di Malaysia
http://skorcareer.com.my/blog/