Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda pada hari Ahad ni?
Moga ceria hendaknya disamping keluarga tercinta dan si dia yang tersayang :). Kali ini dalam tips minda saya berkata tentang faktor mengapa kita ada benci pada seseorang secara tiba-tiba. Panjang sikit artikel ni.
Saya telah ditanya dalam satu email dari seorang rakan pembaca blog, katanya, dia seringkali berasa benci dan sakit hati, padahal dalam masa yang sama tidak pernah sesekali menunjukkan atau menzahirkan rasa benci mahupun sakit hati pada orang yang dibencinya tu. Ok, saya akan memberi jawapan dari apa yang saya fahami.
Selepas membaca email tersebut, saya berfikir panjang kerana perkara yang sama pernah terjadi pada saya. Walaupun kita tak pernah membenci dan jauh sekali menunjukkan rasa sakit hati di depan mata mereka, namun tidak semena-mena timbul perasaan tersebut.
Mengapa ia berlaku? Gelombang minda orang yang membenci kita dalam diam tu (walaupun sebenarnya kita tak tahu) masuk ke dalam minda separa sedar dan menarik gelombang yang sama dalam minda separa sedar kita, lalu menyebabkan timbulnya perasaan benci dan sakit hati walhal kita tidak pernah menunjukkan sikap sedemikian sebelum ini.
Pernah di masa lalu, ada yang mereka tak puas hati dengan perbuatan kita, yang kita tak sengajakan atau terbuat tanpa kita sedari, lalu ia mendatangkan ketidakpuashatian mereka. Ada sesuatu yang tersirat, tapi mereka tak bagitau dan tak cakap dengan Anda, lama-kelamaan rasa benci dalam dia tu menjadi semakin kuat dan terpendam dari sehari ke sehari.
Inilah sebabnya. Sama juga bila kita sakit hati dan benci dalam diam pada seseorang, secara automatik orang tu akan jadi tak senang dengan kita.
Semua ni terbit dari minda separa sedar kita yang ibarat magnet. Benci menarik benci, sakit hati menarik sakit hati.
Gelombang minda ibarat gelombang handphone Anda, tak nampak tapi bila kita dail nombor, gelombang hanphone kita boleh masuk ke penerima gelombang hanphone orang lain dan kesannya, kita boleh bercakap dengan dia. Sama juga halnya dengan gelombang minda.
Cara terbaik untuk mengurangkan 'sindrom' ini, sebelum Anda tidur di waktu malam, maafkan kesemua orang yang Anda kenali, tak kira dia ada buat salah ke tidak. Maafkan saja seikhlas hati.
Bayangkan wajah mereka dan beri kemaafan satu persatu, seikhlas yang mungkin sehingga rasa kemaafan tu meresap jauh ke dalam sanubari Anda.
Ini akan meneutralkan semua gelombang negatif yang meresap masuk ke dalam minda separa sedar Anda. Rasa kemaafan dan bersyukur sangat kuat, lebih-lebih lagi jika ia lahir dari hati yang tulus ikhlas.
Selepas itu, bila bangun keesokan paginya sehingga nak tidur semula di malam hari, latih diri untuk melihat pada aspek-aspek positif yang ada pada setiap orang, dalam setiap situasi, setiap benda dan setiap perkara. Bersangka baik, fokus pada kebaikan yang ada pada setiap orang.
Lama-kelamaan, minda Anda akan terlatih untuk melihat yang positif saja. Kesannya, Anda sentiasa tenang dan tak mudah marah.
Emosi Anda juga akan jadi stabil, tak mudah naik angin, tidak menengking tak tentu pasal mahupun sakit hati secara tiba-tiba. Minda yang fokus pada nilai-nilai positif 'kebal' dari sebarang gelombang negatif yang bersimpang-siur di sekelilingnya.
Jauhkan dari mendengar umpatan-umpatan buruk mahupun gosip-gosip yang tak baik mengenai orang lain. Ini menyebabkan gelombang negatif yang lahir dari minda orang yang mengumpat tu masuk ke dalam minda Anda lalu Anda juga 'terjangkit' gelombang yang sama.
Kesannya, Anda akan join sekali mengumpat, paling tidak pun turut sama rasa tak puas hati mendengar apa yang diumpatkan. Berhati-hati. Minda separa sedar kita tak tahu membezakan baik dan buruk.
Apa yang masuk ke hati Anda, apa yang terbayang di minda dan apa yang bermain di fikiran, itu yang ditangkap olehnya. Minda separa sedar ibarat sebuah kamera yang merakam semua memori di dalam minda tanpa menapis sedikitpun.
Apa yang masuk ke dalam minda melalui perasaan, mood dan emosi, itulah yang akan direalisasikan dan ditarik olehnya. Semua emosi ni (termasuk benci dan sakit hati) datang dari minda separa sedar semua kita.
Anda boleh mengubahnya, dengan mengubah emosi tu. Buang sakit hati dan masukkan emosi kemaafan. Amalkan sebelum tidur, maafkan orang lain terlebih dahulu di dalam hati.
Bila waktu siang pula dikala Anda buat kerja atau berehat, latih diri untuk bersangka baik, berfikiran positif dan tumpukan pada yang baik-baik. Lama-kelamaan, Anda akan terbiasa!
Moga tips minda ini membantu Anda. Cuba try amalkan, mudah-mudahan ia mendatangkan kesan.
Ia memerlukan sedikit disiplin. Namun, ibarat latihan sukan, semakin banyak Anda berlatih, semakin banyak juga yang Anda kuasai. Rajinkan diri setiap hari !
Tips Minda Yang Berkaitan
Minda Bawah Sedar - Definasi
Asas Kuasa Minda Separa Sedar.
Asas Kuasa Minda Separa Sedar - Bhg 2
Tip Berkomunikasi Dengan Minda
Memprogram Minda
Emosi dan Minda.
Emosi dan Law of Attraction
Tips Mengubah Persepsi Negatif Kepada Persepsi Positif
Bahaya Fikiran Negatif
Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan
Blog Disyorkan Oleh Shueqry
Dilema Pelajar Melayu - Mengapa Kurang Daya Saing?
klik di sini untuk ketahui jalan penyelesaiannya
http://smartz.wordpress.com
Pendapat Anda?