Sabtu, 29 September 2007

Kuasa Niat Sebagai Motivasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?

Dalam tips motivasi kali ini, saya berkata tentang kuasa niat sebagai faktor pencetus motivasi.

Sebelum kita melakukan sesuatu perbuatan atau melaksanakan sesuatu perkara, kita disarankan supaya berniat. Dalam Islam, kita disarankan supaya melakukan semua perbuatan halal sebagai ibadah, semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.

Jika Anda seorang pelajar, Anda perlu ketahui apa niat utama Anda menjadi pelajar, kerana dengan itu, Anda akan menemui motivasi untuk menyemarakkan semangat Anda ke arah menjadi pelajar cemerlang. Lebih baik kiranya, selain untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Anda letak target nak jadi cemerlang untuk membalas jasa kedua orang tua Anda dan untuk membina masa depan yang terjamin.

Jika Anda seorang pekerja, muhasabah diri apa niat utama Anda bekerja ditempat Anda sekarang. Saya tahu niat utama adalah untuk mendapatkan gaji, tapi lebih ngam kiranya niat itu disertakan dengan kemahuan mahu memajukan diri untuk mendapat tangga gaji yang lebih tinggi, kerja dengan istiqamah sebagai ibadah (ingat, Allah melihat setiap apa yang Anda lakukan dan ada dua malaikat mencatat semua apa yang Anda sembunyikan) serta belajar lebih banyak kemahiran untuk menjadi lebih advance dari rakan sekerja lain.

Lakukan dengan inisiatif sendiri, dengan itu, akan timbul motivasi dari dalam diri Anda.

Jika Anda seorang usahawan Internet dan mempunyai perniagaan Internet, muhasabah diri apa niat Anda mengambil keusahawanan Internet sebagai punca rezeki. Selain nak cari duit melalui perniagaan Internet dan untuk menikmati kebebasan masa, lebih molek kiranya Anda terapkan niat mahu membantu masyarakat dengan produk-produk Anda kerana dengan itu, Anda akan jadi lebih bermotivasi untuk berniaga di Internet.

Saya lihat faktor ini ada dalam diri kebanyakan usahawan Internet hari ini. Sebagai contoh, SmartZul dengan Pakej Kit Blogger, Irfan Khairi dengan Panduan Asas Membina Laman Web, SaifulSham dengan Seminar Perniagaan Internet mereka dan LinnComel.com dengan eBook Magnet Rezeki yang mampu menyelesaikan masalah kewangan Anda bermula dari dalam diri (..dan panduan dalam eBook itu benar-benar memberi kesan pada tahap kewangan saya, alhamdulillah !).

Its not about making money online, but giving useful service and helpful products! Perkara ini saya pelajari setelah lebih setahun berada di arena perniagaan Internet.


Jadi seorang usahawan yang pemurah, kerana dengan berbuat begitu pelanggan akan mendoakan kesejahteraan Anda, perniagaan Anda dan kemurahan rezeki Anda.

Duit adalah perkara kedua, yang penting, Anda berikan sesuatu yang berguna pada orang lain terlebih dahulu. Setelah ini dipenuhi, duit akan datang dengan sendirinya dan lama-kelamaan, ia tak menjadi satu keutamaan lagi (bukan tujuan utama, maksud saya) bila Anda menumpukan perhatian kepada memberikan sesuatu yang bermanfaat pada orang lain.

Muhasabah diri Anda hari ini, esok dan sampai bila-bila. Maafkan semua orang sebelum tidur, kerana ia dapat membuang fikiran-fikiran yang tak elok dari minda separa sedar Anda.

Perkara ini disarankan oleh kebanyakan pakar-pakar motivasi Malaysia seperti Dr Fadzilah Kamsah dan Dr Tuah Iskandar. Kesannya, Anda akan sentiasa bermotivasi!

- shueqry -
all for one, one for all.

Disyorkan Oleh Shueqry
MagnetRezeki.com
bagaimana memanfaatkan kuasa minda sebagai pemurah rezeki