.

Jumaat, September 14, 2007

Kenali Muhtar Suhaili

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya ingin mengajak anda semua mengenali seorang pemuda yang berjaya dicalonkan untuk ‘Most Outstanding Youth of the Year 2007 Awards’. Post kali ini saya petik sepenuhnya dari blog Studio Muslim, terima kasih pada saudara Azree MH.

Namanya Muhtar Suhaili. Dia merupakan bekas presiden SRC UIAM untuk tahun 2003/2004, juga merupakan seorang pelajar jurusan kejuruteraan Mekatronik di UIAM.


Dia dibesarkan dalam keluarga yang miskin. Ayahnya bekerja sebagai pengait kelapa sawit. Kehidupan keluarga yang miskin inilah yang telah mendorong dia untuk merubah dan memperbaiki keadaan tersebut.

Kejayaan dia dalam bidang pendidikan telah memberikan dorongan kepada adik-adik dia yang lain untuk turut berjaya. Malah orang-orang di kampung dan juga kawasan pedalaman di tempatnya turut mendapat suntikan semangat untuk turut sama berjaya.

Di atas satu kesedaran itulah dia telah banyak memberikan ceramah-ceramah motivasi ke sekolah-sekolah. Dia yakin dan percaya bahawa kemiskinan bukanlah penghalang kepada kejayaan.

Malah dia berkata, “Saya sanggup mengisytiharkan perang bagi sesiapa yang berkata orang miskin tidak akan berjaya.”

Dan sekarang dialah satu-satunya pemuda Islam yang tercalon dalam pencalonan ‘Most Outstanding Youth of the Year 2007 Awards’. Semoga pencalonannya ini membuka ruang lebih besar untuknya mendekatkan masyarakat dengan Islam.

Untuk makluman lanjut tentang anugerah ini boleh kunjungi website:

1. AYA Dream Malaysia Awards
2. Blog Muhtar Suhaili

Saya cukup kagum dengan beliau. Moto 'can do' bukan sekadar ucapan moto peribadi, namun Muhtar Suhaili telah membuktikannya. Atas kekaguman itu, saya telah mengundi beliau.

Jika Muhtar Suhaili boleh melakukannya, bermakna saya, Anda dan sesiapa juga mampu melakukan perkara yang sama. Tiru kegigihannya dan aplikasikan pada diri sendiri. Anda juga mampu berjaya sepertinya!

Membaca artikel mengenai dirinya memberikan saya banyak suntikan inspirasi. Bahkan, Muhtar Suhaili telah masuk ke blog ini dan memberi komen. Untuk melihat komennya, klik di sini.


Untuk mengundi Muhtar Suhaili, type: AYA Y 6 dan hantar SMS anda ke 36828. Setiap sms dikenakan caj RM0.80. Sempena Ramadhan Al Mubarak, bagi saya ini peluang terbaik untuk kita menyokong usaha beliau. Mari undi beramai-ramai !

Artikel Lain Yang Berkaitan
Cara Najmi Bangkit Dari Kegagalan
Lance Armstrong - Inspiration
Kejayaan Stail Alex Lim Keng Liat

Free Download
eMajalah Minda Sukses - Ogos 2007

Komen Anda?