Kali ini dalam tips Law Of Attraction, saya berkata tentang jangan, bukan dan tidak. Setiap hari kita selalu mendengar orang lain berkata, jangan buat itu dan jangan buat ini.
Kekadang, kita menyatakan, bukan itu yang kita mahu dan bukan ini yang kita nakkan. Dalam situasi lain, kita sering berkata dalam hati, Anda tidak mahu itu dan Anda tidak mahu ini.
Contohnya, jika sekarang saya katakan, jangan bayangkan Menara Berkembar Petronas, Anda tetap akan membayangkannya dalam imaginasi Anda tiba-tiba. Minda separa sedar Anda takkan membezakan apa yang Anda tak mahu dan yang bukan keinginan Anda.
Walaupun kita diberitahu supaya jangan buat sesuatu, minda sedar dan minda separa sedar Anda akan menapisnya lalu menganggap itu apa yang Anda mahu. Bahkan, setiap kali mendengar apa yang Anda tak nak, yang membuat Anda menumpu fikiran padanya, itu juga yang akan ditarik oleh minda separa sedar mengikut hukum Law Of Attraction.
Sebagai contoh, Anda tak mahu lewat pergi ke kerja, tak mahu terperangkap di dalam traffic jam dan kadang-kadang tak mahu termasuk ke dalam lif yang menyesakkan, misalnya. Semua apa yang Anda tak mahu ni di'tangkap' oleh Law Of Attraction.
Kemudian, Law Of Attraction memberi respon dan memberikan Anda apa yang Anda tak mahu tu, dua kali ganda! Sebab rasa tak mahu ni yang wujud dalam hati Anda juag di fikiran Anda.
Bila Anda mengucapkan apa yang Anda tak mahu di dalam hati atau ketika melafazakannya, Anda telah memberi perhatian dan menumpukan energi pada apa yang Anda tak mahu. Kemudian, itulah yang akan jadi sebab ia ditarik datang pada Anda.
Penyelesaiannya, jika Anda mendengar kata hati Anda "aku tak mahu" pada sesuatu fikiran, perkara, situasi ataupun benda, tanya diri Anda "apa yang aku mahu?" ataupun "apa sebenarnya yang Aku nakkan?".
Dengan mengucapkan ayat sebegitu, ia akan membetulkan getaran mood Anda dan memberitahu minda Anda apa yang Anda nakkan sebenarnya. Kesannya, Anda mampu menarik apa yang Anda nakkan, apa saja.
Inilah asas untuk menjadikan diri Anda seperti magnet. Kata Napoleon Hill, emosi positif dan negatif tidak dapat duduk sekali dalam minda pada masa yang sama.
Salah satu daripadanya mesti ada di dalam minda, bukan keduanya sekali. Adalah menjadi tanggungjawab Anda untuk mengawal emosi yang terkandung di dalam minda Anda kerana semua emosi lahir dari minda separa sedar.
Saya pasti, Anda masih ingat hukum sebab dan akibat yang saya tamsilkan seperti menanam benih. Tanam benih yang positif, buahnya positif. Buat sesuatu yang positif, hasilnya akan positif juga.
Jika Anda kurang puas hati pada sesuatu, tanya diri Anda "apa yang aku mahu?". Ia dapat mencetuskan motivasi dan membuat Anda berfikiran positif step by step.
- Shueqry -
Tips Berkaitan
- Awasi Perkataan Anda
- Apa Yang Kita Fikirkan Adalah Doa
- Getaran Positif Dan Negatif Dalam Law Of Attraction
- Anda Sedang Menggunakan Law Of Attraction
Sara eBooks
blog perniagaan Internet - tips jana wang dengan eBook
1 Komen Pembaca:
Wow! Ini eksperimen yang baik. Saya terus visualisasikan menara tu. :)
Memang tidak dapat dielakkan.
Catat Ulasan