Sabtu, 29 September 2007

Dr Fadzilah Kamsah - Keseronokan Bekerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam tips motivasi kali ini kita berbincang mengenai keseronokan bekerja. Jujur pada diri sendiri, berapa ramai pembaca blog ini yang seronok ditempat kerja sekarang? atau .. merasa nak mencari tempat kerja yang lain?

Jika Anda merasa kurang seronok bila berada di tempat kerja, Dr Fadzilah Kamsah ada penyelesaiannya. Video motivasi dari Dr Fadzilah akan mengupas tips bagaimana untuk membuatkan kita jadi rasa seronok, excited bekerja.

Video ini ada 3 bahagian. Pada 3 slot video motivasi ni Dr Fadzilah Kamsah akan membincangkan isu mengapa kita tak seronok kat tempat kerja, apa kesan-kesan seronok bekerja dan yang paling penting macam mana nak seronok di tempat kerja.

Klik pada butang Play di bawah :



(tip untuk mengelakkan video ni tersekat-sekat - Selepas klik Play, klik Pause dulu dan tunggu hingga bar berwarna merah tu sampai ke hujung. Selepas itu klik butang Play semula, streaming video akan jadi lancar).

Dari video tersebut, saya sempat menyenaraikan beberapa tips motivasi. Bila kita seronok bekerja, kita akan :
  • sihat mental dan fizikal
  • mempamerkan air muka yang sangat-sangat ceria
  • lebih produktif
  • menjadi lebih kreatif
  • senang berkawan, aura keseronokan memancar pada orang lain
  • jadi lebih positif
Dr Fadzilah Kamsah memberi 5 sebab mengapa orang tak ceria di tempat kerja, antaranya :
  • mereka tak nampak perlunya keceriaan dan keseronokan di tempat kerja, hanya kerja, kerja dan buat kerja!
  • kebanyakan orang jarang berdoa untuk menjadi seronok di tempat kerja
  • mood yang bertukar-tukar, tak terkawal dan asyik dilanda 'bad mood'. Kita kena kawal mood, supaya keceriaan dan keseronokan bekerja sentiasa ada.
  • suasana kerja yang memboringkan, masalah-masalah peribadi terbawa ke tempat kerja sehingga tenggelamnya rasa seronok bekerja.
  • kurang sihat, fizikal dan mental.

Persoalannya, bagaimana dengan Anda, adakah Anda seronok di tempat kerja? Ah ha! Muhasabah diri hari ini juga untuk ketahui adakah Anda menghidapi sindrom yang sama.

Dalam video motivasi seterusnya, Dr Fadzilah Kamsah memberi beberapa tips macam mana nak seronok ketika bekerja. Jumpa di sana..

- shueqry -
all for one, one for all.

Video Motivasi Berkaitan
Disyorkan Oleh Shueqry
MagnetRezeki.com
bagaimana memanfaatkan kuasa minda sebagai pemurah rezeki