Dalam tips motivasi kali ini, saya berkata mengenai disiplin dan fokus.
Ketika kita berusaha keras mencapai apa saja matlamat, 2 perkara asas ini amat penting selain kemahuan, komitmen, ilmu dan usaha.
Sesetengah orang ada fokus, tapi kurang disiplin. Semua kita berbeza, jarang ada attitude, sikap dan perangai yang sama. Namun, sesetengah orang pula ada disiplin, namun kurang fokus.
Orang-orang berjaya ada kedua-duanya sekali. Namun, dari pemerhatian, pembacaan dan pengkajian saya, disiplin yang paling utama, keduanya baru fokus.
Thomas Alva Edison ada keduanya, Anthony Robbins, Irfan Khairi, Chef Li dan Dr Fadzilah Kamsah juga ada kedua-duanya. Mereka ada disiplin dan ada fokus dalam apa jua yang mereka lakukan.
Saya dikala menaip dan mempromosi blog-blog, kekadang dengar lagu MP3, sekejap-sekejap buka YouTube, sekejap lagi baca blog Raymond, DikMal, LinnComel dan Motivation Inspiration, sekejap masuk forum WangCyber nak baca apa yang dibincangkan, lepas tu sekejap lagi membaca The Star Online.
Walaupun saya ada fokus pada semua yang saya buka tu, namun saya kurang disiplin, time bekerja yang sepatutnya saya guna untuk menaip artikel dan mempromosikan blog-blog saya terbuang untuk perkara lain. Kesannya, saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja saya dalam bajet masa yang saya tetapkan.
Saya mengaku saya kurang disiplin. Namun, berkat Ramadhan ini, saya selalu muhasabah diri, mengubah mindset dulu dan mempertingkatkan disiplinketika bekerja, walaupun saya bekerja sendiri melalui Internet. Selain tu, saya bajet masa serta mengelak diri supaya tidak bertangguh.
Anda juga boleh melakukan perkara yang sama !
- shueqry -
all for one, one for all.
Tips Motivasi Berkaitan
Blog Disyorkan Oleh Shueqry
AzwanHadzree.com
tips making money with PayPerPost
Jumaat, September 28, 2007
Disiplin dan Fokus
Labels:
Buat Duit,
Fadzilah Kamsah,
Irfan Khairi,
Kegagalan,
Kerjaya,
Malaysia,
Motivasi,
Stress,
Umum,
Usahawan Internet,
Weblog