Setiap orang mahukan kejayaan dan kecemerlangan namun sesibuk mana usaha Anda mengejar kejayaan, Anda perlukan support!
Dalam buku The Science of Getting Rich, Wallace D. Wattles berkata ada 3 asas utama kepada kejayaan, kekayaan dan kesenangan hidup kita iaitu penuhi keperluan 3 perkara ni - Mind, Body and Soul.
Dalam bahasa Melayu, saya translatekan sebagai minda, tubuh dan jiwa. Ini takrifan kepada 3 keperluan asas tersebut:
Mind - minda kita, di mana ia memerlukan 'makanan' berbentuk aktiviti-aktiviti intelektual, seperti membaca dan meneliti hasil-hasil seni. Mendengar ceramah-cermah motivasi, bacaan Al Quran, meditasi atau berzikir juga terkandung di dalam kategori ni.
Body - di sini, keperluannya adalah pakaian, wangi-wangian dan keperluan tubuh fizikal yang lain, seperti rehat, bersukan dan rawatan tertentu.
Soul - keperluan jiwa - cinta, kasih sayang, perhubungan dan semangat ukhwah. Cinta bukan sahaja utuk kekasih, tetapi juga untuk ibu bapa, adik beradik , kawan rapat dan ahli masyarakat ( dalam kes saya, semestinya pembaca blog ini ! )
Kesemua 3 keperluan ni perlu dipenuhi untuk menguatkan semangat Anda menuju jalan kecemerlangan. Setelah saya mengkaji ciri-ciri orang yang cemerlang, mereka ada ketiga-tiganya.
Jika kurang salah satu atau kosong salah satu, perjalanan menuju puncak kejayaan sedikit hambar, kemungkinan Anda tidak kuat semangat menempuhinya.
Di sini saya sertakan video dari Shayne Ward - Stand By Me. Lagu ni sedap di dengar dan sumber inspirasi saya setiap kali sebelum nak menulis. Untuk lirik penuhnya, klik di sini.
(tips untuk mengelakkan video ni tersekat-sekat - Selepas klik Play, klik Pause dulu dan tunggu hingga bar berwarna merah tu sampai ke hujung, selepas itu klik butang Play semula, streaming video akan jadi lancar selepas itu).
Tips Motivasi Berkaitan