.

Rabu, September 19, 2007

Buat Seperti Orang Cemerlang Buat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?

Dalam tips motivasi kali ini saya berkata tentang kecemerlangan. Sebenarnya untuk jadi cemerlang cara mudah, Anda hanya perlu ikut apa yang orang cemerlang buat. Tiru perilaku mereka, tabiat mereka, mindset dan semangat mereka.

When it comes to mindset and action, hanya segelintir dari kita yang sanggup melakukannya. Orang-orang cemerlang ni mereka bekerja lebih kuat dari biasa, takkan berhenti selagi matlamat mereka tak tercapai. Selagi tu, tak ramai orang di luar sana percaya dengan kuasa minda dan mengatakan kuasa minda ni 'crap', mengarut dan tahyul.

Untuk menjadi seorang pelajar cemerlang, Anda hanya perlu tiru apa yang pelajar cemerlang sebelum ini buat. Konsep yang sama juga diaplikasikan jika Anda mahu menjadi pekerja cemerlang dan usahawan Internet cemerlang.

Semua bermula dari hati dan minda. Jika hati Anda jujur ikhlas, saya percaya Anda boleh menarik kecemerlangan datang pada Anda kerana itu adalah sikap orang-orang cemerlang. Semua orang-orang cemerlang rata-ratanya jujur, iklas dan sudi membantu.

Tapi mereka sedikit pemilih. Orang-orang yang cemerlang tahu membezakan mana orang yang ada fokus dan orang yang takde fokus, barulah mereka sudi membantu, kalau tidak hanya akan merugikan masa mereka saja. Bila fokus, maknanya Anda sudah bersedia untuk merajinkan diri bekerja keras lebih dari biasa.


Napoleon Hill dalam buku The Master Key To Riches (saya dah berkali baca buku ni!) berkata, Anda perlu memajukan diri bukan kerana didorong oleh gaji, elaun, overtime, pujian, anugerah pekerja cemerlang atau faktor lain, tapi biarlah di dorong oleh semangat mahu men'advance'kan diri, lebih advance dari orang lain, kerana mereka takkan sanggup buat apa yang Anda buat, lagipun mereka selesa dengan yang cukup-cukup makan. Inilah peluang Anda.

Mula-mula rakan sekerja Anda akan 'mengata-ngata' tindakan Anda yang dianggap bodoh oleh mereka, namun lama-kelamaan mereka akan terjangkit oleh aura kerajinan Anda. Lakukannya kerana Anda mahu menguasai setiap inci deskripsi kerja yang diperlukan dan mahu menguasai setiap isi dari skill kerja yang dimahukan oleh boss Anda, bukannya semata-mata mahu tunjuk rajin. Biarkan apa yang orang nak kata, janji Anda mahu lebih maju daripada mereka!

Saya terpanggil menulis hal ini bila ditanya oleh salah seorang pembaca blog apakah asas-asas untuk menjadi cemerlang. Ada banyak, namun, bagi diri saya, inilah tips yang pernah saya amalkan.

Kini, saya perturunkan buat Anda, latih diri untuk amalkan ia dan lihat kesannya.

Jumpa di artikel akan datang!.

Wassalam.

- Shueqry -
all for one, one for all.

p.s. Kecemerlangan bermula di minda. Kecemerlangan dan kegagalan ditentukan oleh faktor psikologi Anda.

Untuk cemerlang, Anda hanya perlu ubah mindset Anda sekarang ini dan fokuskan 'kompas' mental Anda ke arah mencapai kejayaan peribadi yang Anda tentukan sendiri tahapnya, bukan semata-mata mahu bersaing dengan sesiapa. Lakukan hari ini juga!.


Tips Motivasi Berkaitan

Blog Disyorkan
Dilema Pelajar Melayu - Mengapa Kurang Berdaya Saing?
ketahui punca dan penyelesaiannya di sini.