Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?
Kali ni, seperti yang saya janjikan pada artikel lalu, kita akan berbicara tentang minda dan law Of Attraction, topik yang diminati ramai. Dalam banyak-banyak topik pembangunan diri, saya paling minat topik ini.
Dalam inbox saya, email pertanyaan tentang Law Of Attraction dan cara menggunakannya lebih banyak diajukan. Untuk artikel kali ini dan segala yang berkaitan dengan Law Of Attraction, saya menggunakan singkatan "LOA".
Ok, kita akan bermula dari asas. Law Of Attraction sensitif pada apa yang Anda fikirkan.
You are what you thinking about all the time, maksudnya, Anda adalah apa yang Anda sentiasa fikirkan. Fikiran kita mempunyai getaran tenaga dan getaran ini pula boleh diukur. Jika kita fikirkan sesatu, LOA akan menarik apa yang serupa dengan fikiran tu datang pada kita.
Apa yang Anda selalu imaginasikan, itulah yang akan 'ditangkap' oleh Law Of Attraction dan ditarik olehnya. Mood Anda, emosi Anda dan kata hati Anda, dirakam setiap masa oleh Law Of Attraction sama ada Anda sedar atau tidak, faham atau tidak LOA ni.
Bagi Anda yang baru mengenali dan baru mahu mempelajari LOA, sebenarnya ia sudah lama dikaji di Barat sejak tahun 1900 lagi. Kemudian pada tahun 2000, banyak artikel, buku dan jurnal yang ditulis berkenaan LOA.
Sehinggalah tiba The Secret, dari buku inilah baru saya mengetahui apa dia law Of Attraction. Selama ni, saya hanya tahu imaginasi melalui buku Dr Tuah, Membina Imaginasi Cemerlang dan dari buku Kuasa Minda Separa Sedar tulisan M. Rozani Pawan Chek. Kedua-dua buku ni saya baca banyak kali.
LOA dah banyak mendatangkan keajaiban dalam hidup saya. Dengan mengaplikasikan LOA, saya telah ditemukan dengan Irfan Khairi, orang yang menjadi idola saya secara tak sengaja. Detailnya saya tulis di artikel lalu, klik di sini.
Ingat tak iklan syampu Sunsilk dan gadis bertudung tu? Saya suka melihat wajahnya, sejuk mata memandang dan membuat saya berasa gembira. Tanpa saya sedari, saya seringkali terserempak dengan ramai gadis serupa dengan wajahnya, juga stail tudung yang hampir sama dengan iklan tu!.
Namun, saya tak pula 'attract' dia untuk menjadi kekasih saya, hehe .. tak pandai mengurat satu kekurangan yang saya akui ada pada diri saya ..
Percaya atau tidak terpulang pada Anda, tapi saya mengaku sejujur-jujurnya, saya banyak kali mengalami hal ini. Bila diingat membuat saya gembira sangat.
Sebelum buku The Secret dikeluarkan, ia terbit dalam bentuk DVD dan amat payah menemui DVD tersebut, melainkan order dari Internet. Namun, saya mahu memiliki The Secret dan sentiasa memikirkannya.
Satu hari, bila masuk ke kedai Popular di tingkat 5 Centre Point Sabah, saya bertemu dengan buku The Secret! Kebetulan duit dalam dompet saya cukup RM62, apalagi, saya terus beli buku tu. Gembira bukan kepalang saya dibuatnya!
Proses yang sama juga saya aplikasikan bila saya mahu memiliki dua buah buku Adam Khoo. Satu bertajuk Secrets Of Self-Made Millionaires dan satu lagi bertajuk Master Your Mind, Design Your Destiny.
Kedua buku ini selalu abis stok, sebab bestsellers. Satu bandar Kota Kinabalu saya cari, sekarang baru jumpa, juga dah habis saya baca.
Saya 'attract' kedua buku tu supaya menjadi milik saya. Huyoo, gembira tak terkata, tersengih-sengih saya dibuatnya dari kedai buku sampai ke rumah.
Di artikel seterusnya, saya akan menulis lagi tentang LOA yang sememangnya Anda dah sentiasa aplikasikan tanpa Anda sedari. Jumpa di artikel akan datang..
9 Tips Law Of Attraction Yang Berkaitan
Asas Law Of Attraction
Law Of Attraction - Bagaimana Mengaplikasikannya
"Menarik" Apa Yang Anda Mahukan
Emosi dan Law of Attraction
Disiplinkan Diri Mengawal Minda
Bersyukur, Bersyukur Dan Bersyukur
Thank You List
Peranan Fikiran Positif Dalam Kerjaya Dan Bisnes
Tip Berkomunikasi Dengan Minda
Recomended !
DiariAdsense.com
tips menjana wang dengan Adsense - percuma!
Komen Anda Tentang LOA..