.

Sabtu, September 15, 2007

Anda Sedang Menggunakan Law Of Attraction

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?

Saya sambung perbincangan kita mengenai Law Of Attraction. Pernah tak Anda teringat seseorang dan tiba-tiba orang tu call Anda?

Saya mengaku, ini pernah terjadi pada saya. Bila saya teringat kampung, mak saya, bapa saya dan rumah yang menjadi "Villa Klasik" kami, beberapa minit kemudian tiba-tiba mak saya call bertanya khabar.

Bila saya tanya kenapa dia tiba-tiba call, katanya ntah! Hatinya tiba-tiba tergerak untuk call saya.

Ini memang satu kebetulan. Di kala rindu pada kampung memuncak, itulah yang sering berlaku pada saya. Percaya atau tidak pernyataan ini, saya berani berkata ia memang berlaku pada saya.

Pernah terjadi, saya memikirkan tentang seorang kawan, namanya Hermanto yang bekerja sebagai perunding Takaful Ikhlas dan saya toba-tiba terfikir bagaimana sudah khabarnya, sudah lama kami tidak berjumpa. Kemudian, dia tiba-tiba menelefon saya! Perkara ini berlaku pada minggu lepas.

Saya tiba-tiba terfikir tentang dia dan tiba-tiba beberapa minit kemudian, dia call saya tanpa saya menjangka dia akan berbuat demikian atau tahu terlebih dahulu dia akan call. Fikiran tentang dirinya muncul di minda saya, lalu hilang begitu saja beberapa saat kemudian.

Saya percaya perkara yang sama pernah juga berlaku pada Anda. Kalau bukan kawan, mungkin Anda tiba-tiba terfikir ahli keluarga Anda, adik beradik Anda ataupun kekasih Anda. Bila rindu, tiba-tiba si dia call Anda. Pernah tak ni terjadi?

Apa yang ada di dalam fikiran Anda dan di dalam imaginasi Anda, akan tetap ditarik oleh kuasa minda separa sedar mengikut hukum LOA. Bukan LOA yang menariknya, tapi kuasa yang ada pada minda separa sedar. Law Of Attraction adalah hukum alam.

Saya ibaratkan LOA sebagai sebuah jalan raya dan kuasa minda separa sedar adalah kereta yang berjalan di atas jalan raya tu. Anda boleh tukar gear, tukar jenis kereta dan bawa sesiapa yang Anda mahu. (kerana Anda boleh tukar apa yang ada di dalam minda Anda).

Namun, Anda tetap akan berjalan di atas jalan menuju destinasi Anda, sama ada Anda memutuskan untuk berjalan hari ini, esok atau lusa. Inilah pemahaman saya mengenai Law Of Attraction dan kaitannya dengan kuasa minda.

eh, jangan terkeliru, keduanya sama. Kuasa minda separa sedar adalah 'abang' dan Law Of Attraction adalah 'adik'. Itu saja bezanya.

Dalam ilmu kuasa minda separa sedar, banyak lagi aspek lain yang 'adik', seperti telepati, telekinesis, aura, reiki, kundalini, kuasa psikik dan teknik hipnosis. Ilmu Law Of Attraction hanya sebahagian dari kuasa minda separa sedar.

Macam juga Astro, ada banyak channel. Ada Astro Ria, Astro Awani, ESPN, HBO dan National Geographic. Kalau TV3, ada Berita Terkini, Samarinda dan Motivasi Pagi. Konsep yang sama diaplikasikan juga pada kuasa minda separa sedar.

Michael J. Losier dalam bukunya yang bertajuk Law Of Attraction menakrifkan LOA sebagai : I attract to my life whatever i give my attention, energy and focus to, whether positive or negative.

Bob Doyle dalam buku The Secret muka surat ke-7 menakrifkan Law Of Attraction sebagai 'like attracts like' .. maknanya, sesuatu yang berada di fikiran Anda akan menarik sesuatu lain yang serupa dengannya, tak kira apa dia, baik atau buruk.

Fikir baik, ia akan menarik yang baik juga.


Jadi, bila Anda berfikir tentang sesuatu, fokus padanya dan ia wujud dalam imaginasi Anda, Anda memberitahu LOA supaya menariknya, sama ada Anda sedar atau tidak. Untuk menarik sesuatu, wujudkannya di fikiran Anda, fokus dan imaginasikan atau visualisasikan dalam gambaran mental Anda.

Kesan daripada itu, Anda akan diketemukan dengan situasi-situasi, orang perseorangan dan benda yang akhirnya membawa Anda bertemu dengan apa yang Anda fokus di fikiran. Kunci paling utama di sini ialah kawalan fikiran, imaginasi dan gambaran mental Anda.

Kalau nak bersemangat, niatkan dalam hati Anda mahu menaikkan semangat Anda. Kemudian, lihat diri Anda sebagai orang yang bersemangat dalam gambaran mental.

Bayangkan yang Anda nampak diri Anda jadi cukup bersemangat. Fokus. Kesannya, Anda akan jadi bersemangat selepas itu!

Jika Anda ada apa-apa permasalahan atau masih kurang faham dalam tips LOA kali ini, emailkan pada saya atau sms terus. Saya akan menjawapnya di blog, dengan itu semua orang yang baru mengenali Law Of Attraction boleh memahaminya.

Untuk tips LOA dalam bahasa Inggeris, saya rekemenkan Anda supaya lawati blog Raymond di http://www.attractingyourgoals.com

Moga perkongsian ilmu ini bermanfaat untuk kita semua. Jumpa di artikel akan datang!

Tips Law Of Attraction Yang Berkaitan
Asas Law Of Attraction
Law Of Attraction - Bagaimana Mengaplikasikannya
"Menarik" Apa Yang Anda Mahukan
Emosi dan Law of Attraction
Disiplinkan Diri Mengawal Minda
Bersyukur, Bersyukur Dan Bersyukur
Thank You List
Peranan Fikiran Positif Dalam Kerjaya Dan Bisnes
Tip Berkomunikasi Dengan Minda

Recomended Blog!
Mengapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing?
klik di sini untuk ketahui jalan penyelesaiannya


Download Percuma
eMajalah Minda Sukses - Ogos 2007

Pendapat Anda?