.

Sabtu, September 29, 2007

Anda Hilang Tumpuan?

Kekadang bila kita baca buku, menulis, sedang berada di dalam kelas atau ketika sedang mengulangkaji pelajaran, kita selalu hilang tumpuan. Jika ini selalu berlaku pada Anda, gunakan 3 tips asas ni untuk mengurangkannya.

1. Berhenti seketika.
Keluar dan ambil angin, lihat persekitaran dan biar rasa damai muncul di minda Anda. Luangkan masa 10 minit untuk berehat seketika dari apa jua yang Anda kerjakan.

Cara lain, dengar muzik atau berbual ringan dengan rakan-rakan, tapi saya kurang mencadangkan cara ini sebab ia 'menggoda' Anda supaya lalai dan ia sedikit mengganggu bagi sesetengah orang.

2. Tenangkan diri.
Ini memakan masa 5 minit sahaja. Tarik nafas, tahan dalam 3 saat lalu lepaskan. Selepas itu, cari tempat yang tenang, tutup mata dan jangan ingat apa-apa selama 5 minit.

Tenangkan diri setenang yang mungkin. Jika diiringi zikir, itu lebih baik!

Kita selalu hilang tumpuan sebab banyak perkara yang kita fikir ketika sedang membaca, mengulangkaji pelajaran atau menulis artikel.


3. Senaman ringan
Buat beberapa senaman pernafasan ringan. Mulakan dengan menarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan dalam kiraan tujuh saat dan lepas dalam kiraan tujuh saat juga. Ulang sebanyak 2 atau 3 kali.

Buat regangan di bahagian pergelangan tangan, pinggang dan kaki. Kita selalu hilang tumpuan sebab perjalanan darah dibahagian ini kurang lancar.

Tips ini sesuai buat pembaca blog Motivasi Pembangunan Diri yang masih belajar, sedang belajar separuh masa atau yang bekerja. Kekadang, ketika bekerja di pejabat, kita pandai hilang tumpuan juga!.

Moga tips ini bermanfaat.

Tips Berkaitan
Recomended !
Magnet Rezeki.com
tips, trik dan panduan memurahkan rezeki