Sabtu, 25 Ogos 2007

5 Sikap Orang Berfikiran Positif - Bhg 1

Assalamualaikum dan salam sejahtara. Apa khabar Anda? Hari ini hari yang sungguh ceria dan sungguh bermotivasi bagi saya.

Saya agak sibuk kelmarin dengan kerja-kerja teknikal membaiki paip air rumah sewa saya, dalam bulan merdeka ni banyak kerosakan berlaku dan hanya saya seorang saja yang berada di rumah waktu siang. Namun, saya buat dengan niat untuk kebaikan bersama.

"Be nice to people, and people will be nice with you too. It will also make you being surrounded with nice, good and honest people". Teringat kata-kata bos saya dulu, semasa saya masih bekerja sebagai Customer Service Officer, banyak sungguh tip-tips motivasi yang diberikan pada saya setiap pagi, tengahari dan petang!

Maklumlah, jumpa beratus pelanggan Astro secara berdepan di kaunter memang mencabar emosi setiap hari, lebih-lebih lagi yang naik hangin tak tentu pasal. Ok, berbalik pada topik kita.

Kali ini saya akan berkata tentang makna disebalik 10 sikap orang-orang yang berfikiran positif. Panjang sikit artikel kali ni. 5 sikap positif yang pertama adalah ...

1. Optimis
Maksudnya yakin setiap apa yang diusahakan akan mendapat hasil seperti yang dimahukan, tak kira cemana susahnya halangan yang ditempuh. Ini juga termasuk tak mudah menyerah kalah tak kira berapa besar dugaan, krisis dan masalah yang menimpa.

Ini merupakan sikap yang paling utama. Bila sikap optimis dah ada, sikap-sikap positif yang lain akan turut serta dengan sendirinya.

2. Semangat, Minat dan Keghairahan.
Ini termasuk passion dan minat yang amat tinggi pada sesuatu, tak kira apa dia. Orang yang mempamerkan semangat, minat dan passion yang tinggi ni mempunyai energi yang tinggi juga, bahkan mereka sanggup melakukan apa yang mereka minat tu selama yang mungkin.

Mereka punya mempunyai motivasi dalaman, maksudnya mereka ni ada pencetus motivasi sendiri tanpa perlu di paksa, di desak atau di suruh-suruh untuk melakukan sesuatu, sebab apa yang mereka lakukan dah menjadi minat mereka. Bila gagal, mereka bangun sendiri!

3. Kepercayaan (Belief)

Percaya diri sendiri dan pada Tuhan, Yang Maha Esa serta kuasa spiritual, bahawa DIA sentiasa memberi petunjuk dan panduan. Orang-orang yang berfikiran positif juga percaya pada kebolehan diri sendiri dan kelebihan bakat yang dikurniakan Tuhan pada mereka.

Mereka kenal kekurangan dan kelebihan diri sendiri, lalu menggunakan kelebihan bakat sebagai platform untuk mencipta kehebatan, kecemerlangan dan kejayaan. Contohnya, dalam ramai-ramai artis Malaysia selama 50 tahun merdeka, takde siapa yang boleh menandingi pencapaian hebat P.Ramle sehingga ke hari ini.

Seramai-ramai pemimpin dalam Malaysia, takde yang mampu menandingi pencapaian Dr Mahathir ketika dia menjadi Perdana Menteri Malaysia. P.Ramle kenal dirinya punya bakat menghibur, buat lawak, gubah lagu dan berlakon.

Dr Mahathir pula walaupun seorang Doktor, mengenali dirinya ada bakat memimpin yang hebat, sangat minat pada politik dan punya semangat berkobar-kobar mahu memajukan bangsa serta negaranya. Kedua mereka ni sama, percaya pada kebolehan diri dan mengasah bakat dalam bidang yang mereka minati lalu memacunya ke arah kejayaan.

Kesannya, mereka menjadi YANG TERBAIK di dalam bidang mereka. Saya tahu Anda ada bakat tersendiri, tak kira dalam bidang apa, sama ada masakan, fesyen, sukan, pendidikan, lukisan, pertukangan, kereta mahupun komputer. Asah bakat Anda dan gunakan ia sebagai 'booster' untuk mencipta kejayaan!

4. Integriti
Orang-orang yang berfikiran positif ni sentiasa jujur dan komited. Mereka juga ada sikap keterbukan, iaitu menerima orang lain seadanya. Mereka takkan mentertawakan kekurangan atau kecacatan orang lain. Ini yang dimaksudkan dengan integriti.

Selain tu, mereka juga takkan mencemuh kelebihan yang ada pada orang lain, bahkan timbul rasa kagum pada kelebihan-kelebihan orang lain. Dengan itu, memberi semangat dan motivasi pada orang-orang positif ni untuk berusaha dengan lebih rajin lagi dalam mencapai matlamat mereka.

5. Keberanian
Berani mengambil risiko, walaupun dalam keadaan yang tak pasti. Mereka berani gagal dan sanggup berdepan dengan kegagalan, walaupun mereka tahu mereka sedang berada di jalan yang tak pernah orang lain lalui (unknown way) dan buat apa yang orang lain tak pernah buat.

Sikap ini ada pada Magendran dan Mohandas (rakyat Malaysia pertama sampai di puncak gunuhg Everest), Datuk Azhar Mansur (rakyat Malaysia pertama belayar seorang diri mengelilingi dunia), Datuk Malek Maidin (rakyat Malaysia pertama berenang merentasi Selat Inggeris) dan Dr Irfan Khairi (jutawan Internet Melayu Malaysia termuda pada umur 25 tahun).

Tips motivasi kali ini saya cadangkan Anda tulis dan lihat setiap hari, supaya sikap-sikap orang yang berfikiran positif ini dapat diserap menjadi sikap Anda. Kesannya, lama-kelamaan, Anda berjaya berubah menjadi orang yang berfikiran positif, bertindak positif dan mempengaruhi orang lain untuk turut sama menjadi positif !

Saya akan sambung lagi 5 sikap positif yang seterusnya di artikel akan datang. Jumpa di sana..


Tips berkaitan: