Kali ini saya mahu berkata mengenai komunikasi dengan minda dan bagaimana mahu meletakkan hasrat, kehendak dan matlamat Anda.
Sebab, ramai orang tak berapa pasti cara yang terbaik dalam menetapkan matlamat.
Kalau ada matlamat ia asyik berubah-ubah dan tak kukuh lalu hilang begitu saja.
Kali ini saya akan berkongsi dengan Anda tip untuk menetapkan matlamat dan seterusnya..
.. bagaimana berkomunikasi dengan minda separa sedar Anda untuk mendapat faedah maksimum dari penggunaan kuasa minda separa sedar.
Pertama sekali Anda perlu meletak target dalam hidup Anda.
Apa yang Anda mahukan dan apa yang Anda nak miliki?
Mungkin juga seorang isteri yang cantik, sebuah gitar akustik berjenama Ibanez, sebuah kereta Satri GTi, sebuah kondomium mungkin juga pendapatan RM2, 170 tiap minggu.
Apa saja matlamat Anda, tuliskan ia di sebuah buku nota kecil( atau sekeping kad ), bawa ke mana-mana dan lihat seberapa kerap yang mungkin dalam sehari.
Tujuannya, supaya minda separa sedar dapat 'menangkap' tulisan tu melalui gambaran visual mata Anda (seperti kamera yang mengangkap gambar) lalu bertindak merealisasikannya.
Letakkan apa saja, yang penting Anda ada kemahuan , azam target dan cita-cita tersendiri.
Seterusnya, tuliskan apa jua kemungkinan yang membolehkan Anda mencapai matlamat tersebut.
Tanya diri Anda apa yang Anda boleh buat untuk mencapainya?
Jika cita-cita Anda seorang jutawan MLM, apa yang Anda boleh buat untuk ke arah itu?
Mungkin , ia bermula dengan kesihatan yang lebih baik, skill komunikasi interpersonal yang memukau, stail penerangan yang lebih jelas dan skill kepimpinan yang lebih mampan dari yang sebelumnya.
Tuliskan apa jua kemungkinan yang membolehkan Anda mencapai impian menjadi jutawan MLM, apa saja cara yang halal dan sah di sisi syariah.
Jika cita-cita Anda untuk menjadi seorang penulis blog terkenal, apa yang Anda boleh buat untuk mencapai matlamat itu?
....................
Ini adalah contoh iklan teks berkaitan blog, tip blog dan ezine blog
iklankan Blog Anda di sini selama 120 hari ! Tempahan dibuka SEKARANG.
Klik Di Sini untuk maklumat lanjut.
.....................
Mungkin, dengan menulis 5-7 post setiap hari di blog, membaca banyak buku, bertukar-tukar link dengan rakan blogger yang lain, cari lebih banyak ilmu tentang blog, aktif di dalam forum dan rajin memberi komen positif di blog yang lain.
Jika matlamat Anda mahu menjadi seorang pekerja cemerlang dan target Anda mahu mendapat piala (juga gelaran) pekerja cemerlang, tanya diri Anda apa yang boleh Anda lakukan untuk mencapai matlamat tersebut? Bersedia dengan pen dan kertas Anda.
Mungkin ia bermula dengan datang awal di waktu pagi, bekerja dengan rajin, teliti, berdisiplin, menjaga hubungan baik dengan BOS Anda, rajin bertanya, membantu rakan sekerja yang lain, proaktif dan tak merungut serta sanggup bekerja lebih masa tanpa bayaran.
Tuliskan 20 kemungkinan yang Anda boleh lakukan.
Jangan nilai dulu apa saja yang keluar dari kepala Anda. Tulis kesemua yang Anda fikirkan boleh dilakukan untuk mencapai matlamat Anda tadi.
Lebih dari 20? Itu lebih baik.
Kalau masih tak sampai, biarkan dulu. Relaks selama 10 minit dan kemudian lihat semula kertas tadi. Anda akan dapat lebih banyak idea selepas itu.
Rahsianya, cuba relaks dan biar Anda dalam keadaan santai.
Minda takkan dapat memberi Anda idea-idea jika Anda memaksanya.
Biarkan saja idea tu timbul sendiri, cuma perlu bersedia untuk menulis dan tunggu.
Bila dah siap, jangan buang kertas tersebut , simpan dan letak di tempat khas yang hanya Anda sahaja yang boleh melihatnya.
.. kerana, jika ia di lihat oleh orang lain di sekeliling Anda, hampir 80% komen yang keluar adalah amat negatif.
Kesannya, ia menurunkan tahap motivasi Anda, seperti apa yang berlaku pada saya hari ini.
Jadi, elakkan.
Biarlah ia menjadi rahsia Anda seorang.
Di dalam artikel seterusnya, saya akan memberi Anda tip mencemerlangkan matlamat dan kriteria-kriteria yang perlu ada pada matlamat Anda.
- Shueqry-
all for one, one for all.
p.s. : Saya masih membuka ruang iklan kepada 15 orang blogger sebelum 14 Julai ini.