Assalamualaikum dan salam sejahtera. Shueqry di sini.
Kali ini saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anda kerana menjadi pembaca setia blog saya, dari post yang masih merangkak-rangkak sehingga blog ini menjadi sedikit 'faymes' sejak saya mula menulis dari 29 Mac 2007.
Saya menggunakan blog ini sebagai wadah untuk berkongsi ilmu-ilmu kuasa minda yang saya praktikkan dan untuk berkongsi tips-tips motivasi yang saya minati. Walaupun saya hanya menggunakan blog percuma, namun sambutan yang diterima adalah di luar jangkaan.
Bermula dengan email subscriber yang berjumlah 11 orang, kini dah menjadi 164 orang dalam masa tak sampai 7 bulan! Saya sunguh terharu dengan hampir sakit jantung bila melihat angka yang naik mendadak itu, bagi seorang penulis blog yang baru dan masih muda di blog yang masih 'hijau'.
Pada pendapat Anda, adakah perlu saya terus menulis mengenai motivasi peribadi, motivasi keusahawanan Internet atau motivasi cari duit? Yang mana satu perlu saya tulis dan yang Anda rasakan sesuai untuk blog ini? Kongsikan pendapat Anda di ruang komen.
Ia menambahkan lagi semangat saya untuk menulis di blog ini dan berkongsi lebih banyak tips pembangunan diri. Walaupun nama saya belum setanding dengan pakar motivasi tersohor, namun sudah ada di kalangan pembaca yang meletakkan tahap penulisan saya setanding dengan Dr Fadzillah Kamsah, Dr Tuah Iskandar dan Dr Shukri Abdullah. Oh, Terima kasih !
Saya bukan bersaing dengan nama-nama hebat ini, tetapi mahu menjadi pelapis dan kesinambungan kepada usaha mereka. Saya meminati Dr Shukri Abdullah sejak dari kecil dan pertama kali mata saya melihat di di kaca tv, hati berdetik yang saya mahu menjadi sepertinya satu hari nanti.
Untuk Anda, saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga. Tanpa Anda blog ini takkan hidup dan takkan ada ramai pengunjung!
Oh ya, untuk artikel akan datang saya akan mengupas mengenai Law Of Attraction serta kaitan emosi dan imaginasi dengan Law Of Attraction. Ada beberapa email yang bertanyakan saya mengenai hal ini dan saya akan menerangkannya dari apa yang saya fahami supaya Anda dapat melihat dengan lebih jelas dan supaya Anda mampu menggunakan Law Of Attraction untuk mencipta kecemerlangan dalam pembelajaran, kerjaya dan bisnes.
Jumpa di artikel akan datang.
Site Partner Kami Hari Ini:
Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing?
Bagaimana Cara Mengatasinya
Wassalam,
Shueqry
all for one, one for all.
Komen Anda?