Isnin, 30 Julai 2007

Motivasi Bersama Dr HM Tuah Iskandar

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda hari ini?

Kita masih lagi bersama dengan Dr Tuah Iskandar dan masih dalam tajuk Membina Imaginasi Cemerlang. Saya paparkan video bahagian yang kedua.

Dengar Dr Tuah Iskandar berkata ...



Ada beberapa tips motivasi yang saya dapat simpulkan dari klip video ini:
  • Kita tak mengkaji kehebatan minda dan gagal memanipulasikan kekuatan minda separa untuk mencapai apa saja kemahuan, cita-cita dan matlamat kita. Bahkan terlalu ramai orang menggunakannya untuk menyusahkan diri sendiri dengan asyik memikirkan masalah, lalu menarik lebih banyak masalah.
  • Lepaskan kuasa minda dan kehebatan minda yang tersimpan dalam diri Anda, lepaskan ia keluar dan gunakan ia untuk mencipta kehebatan diri. Bila Anda sudah mampu mengawal minda, Anda mampu mengawal emosi, kerjaya, intelektual dan kewangan serta mampu mengubah nasib diri, keluarga dan masa depan Anda.
  • Apa yang kita fikirkan sebenarnya adalah doa. Apa jua yang Anda fikirkan, positif dan negatif, minda mengandaikan itulah yang Anda mahu dan itulah doa Anda.
Jadi, pilih untuk berfikir yang baik-baik, yang positif kerana denga berbuat begitu, Anda sebenarnya berdoa agar situasi-situasi positif dan yang cemerlang dimunculkan dalam hidup Anda.

Mulakan hari in juga !

Komunikasi Minda
Emosi dan Minda.
Membina Kuasa Minda
Duit, Minda dan Teknik Bertanya
"Menarik" Apa Yang Anda Mahukan
Komunikasi Dalam Diri
Had Dalam Pemikiran
Memprogram Minda
Terapkan Fikiran Positif
Minda Bawah Sedar - Definasi