Sabtu, 28 Julai 2007

Membina Imaginasi Cemerlang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?

Kali ini saya berkongsi dengan Anda video klip dari Dr Tuah Iskandar yang berkata tentang imaginasi dan minda separa sedar serta beberapa kupasan-kupasan dari buku tulisannya Membina Imaginasi Cemerlang.

Buku berwarna biru tu telah mengubah hidup saya dari seorang anak muda yang takde apa-apa matlamat kepada seorang pemuda yang telah menemui 'passion' yang amat mendalam pada motivasi dan tujuan hidup.

Sejak dari itu saya menggunakan warna Biru gelap sebagai identiti warna diri saya.

Terima kasih pada Dr Tuah Iskandar, kerana dengan buku hasil tulisannya, membuat saya mampu berada di tahap sekarang ini. Saya berdoa tiap hari moga saya bertemu dan berbual-bual, ataupun berkongsi satu kolum motivasi dengannya!

Mari dengar Dr HM Tuah Iskandar berkata ...



Di artikel seterusnya, saya akan paparkan bahagian kedua video ini dan beberapa tips motivasi.

Komen Anda?