Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya telah ditag oleh Zool di blognya, orang yang kene tag ni mesti senaraikan 6 perkara pelik atau lain dari yang lain berkenaan diri pemilik blog.
Perkara pelik pada diri saya??
Nak mula kat mana.. sebenarnya ada lebih daripada 6.
Ini dia:
1. Minat sesangat ngan Anakin Skywalker, filem StarWars dan filem-filem sains fiksyen. Dari filem StarWars ni timbulnya minat saya pada kuasa minda, sebab nampak Jedi tu ada power boleh baca fikiran orang dan boleh gerakkan benda macam kuasa psikik .. bahkan, pernah berangan nak ada Lightsaber sendiri.
2. Sangat-sangat obses dengan buku motivasi, renang gaya bebas dan konsert muzik akustik yang live atau lebih dikenali sebagai 'unplugged'. Kalau waktu pagi tak menyanyi jadi tak bersemangat langsung satu hari.
3. Suka nyanyi kat mana-mana dan bila-bila masa, dari lagu M.Nasir, Jamal Abdillah, lagu nasyid dan lagu boybands macam Plus One, A1, lagu rock macam Amy Search serta lagu Arab terutama Amr Diab. Saya minat sangat ngan suara Josh Groban, Duta Sheila On 7, Lee Ryan dan Joey McIntyre.
4. Suka jalan sorang-sorang. Saya enjoy jalan sengsorang dan suka tengok orang lalu lalang, kerana dari situ saya boleh belajar cemana nak baca personaliti orang lain. Selain tu, bila berjalan saya suka bawa buku dan membaca di tepi tasik, bawah pokok, tepi tangga dan kat tepi laut. Selalu kat Waterfront KK.
5. Suka sesuatu yang ganjil, yang customized dan mahu menjadi lain daripada yang lain. Dare to be different! Saya suka design yang simple, ringkas dan moden. Berjenama atau tidak, janji berkenan di hati saya rembat terus.
6. Suka dengar bunyi air mengalir, sebab ia memberi ketenangan dan kedamaian jiwa.
7. Kalau nampak gadis bertudung yang ada lesung pipit, nak tercabut jantung saya dibuatnya! hehe :) Tapi, saya tak berapa pandai nak mengurat.. hmm .. nak cari mentor ni .. ada sesape sudi?
Ah ha! Itulah 7 keganjilan yang ada pada diri saya. Sebenarnya ada lagi, tapi 7 keganjilan ni yang paling menonjol.
Jadilah diri sendiri, jangan terikut-ikut orang lain kerana dengan berbuat begitu, kita juga membenarkan orang lain untuk membentuk masa depan diri kita dan segalanya yang ada pada diri kita. Setiap orang daripada kita diciptakan unik dan jika Anda ada sedikit keganjilan yang menyebabkan Anda jadi lain daripada yang lain, jangan bersedih kerana ada hikmah disebalik keganjilan itu.
Saya juga seorang yang berperangai agak ganjil. Diwaktu kecil sehingga remaja saya kurang bergaul dan lebih enjoy bergelumang dengan buku. Tambahan pula bapa saya seorang guru dan saya terikut-ikut oleh gayanya yang tak lekang dengan buku serta bacaan-bacaan ilmiah yang lain.
Itulah beberapa latar belakang saya. Jumpa di artikel motivasi akan datang.
- Shueqry -
all for one, one for all.
Artikel Lain Yang Berkaitan
My Favourite Quotes
Betulkan Mind Setting
Sedia Untuk Berubah
Komen Anda?