Untuk berjaya dalam apa jua bidang yang Anda ceburi sekarang ini, cari seseorang yang berada di dalam bidang yang sama dan kemudian selidiki tahap pencapaiannya. Lebih baik cari satu orang yang tinggi pencapaian dan cemerlang kerjanya dari semua orang di sekeliling Anda.
Jika Anda mahu menjadi seorang yang cemerlang dan mahu mencemerlangkan pencapaian Anda, cuba terapkan dalam minda yang Anda mahu bersaing dengan dia. Persaingan hanya satu-satunya cara untuk menggerakkan Anda supaya terus berusaha sehabis daya dengan cara yag halal dalam misi mengalahkan pesaing Anda tadi tu.
Jangan berhenti, jangan berehat dan jangan give up selagi pencapaian Anda tak setanding dengannya. Kebanyakan daripada kita tak tahu di mana nak bermula mengejar kejayaan dan bagaimana cara nak bermula.
Sesetengah orang pula seringkali bertangguh dan merasa diri tak sehebat mana. Contohnya, Anda seorang usahawan Internet yang baru sebulan bertapak.
Memang Anda masih baru di dalam keusahawanan Internet, tapi Anda mempunyai kapasiti minda yang sama dengan pesaing Anda tadi tu, jumlah neuron yang sama dan jumlah storan memori yang sama dalam otak masing-masing.
Apa yang perlu anda lakukan, selidiki mind setting yang digunakannya, disiplin dirinya, skill yang ada padanya, tabiatnya (success habit) dan pemikirannya.
Setelah itu Anda hanya perlu model kesemuanya, serap lalu sesuaikan dengan diri Anda. Jika model Anda Irfan Khairi, jadilah seperti Irfan Khairi ketika Anda berbisnes. Katakan pada minda Anda adalah Irfan Khairi yang rajin orangnya, yang bijak mengatur strategi bisnesnya ..
atapun, boleh jadikan Irfan Khairi pesaing Anda, secara tak langsung ini mewujudkan sikap persaingan positif dalam diri Anda sendiri. Kejar pencapaian dia!
Jika model Anda Zul SmartUsaha dalam arena blogging, jadlah seperti Zul, berfikir seperti Zul dan jadi excited menulis di blog seperti Zul . Lama-kelamaan Anda akan menemui rentak Anda sendiri. Kalau boleh katakan pada minda yang Anda sekarang bersaing dengan Zul.
Jangan mudah puas hati dengan pencapaian sedia ada, lihat diri Anda, lihat pesaing Anda. Tanya diri, sudahkah Anda kalahkan dia, setanding dengannya atau masih jauh? Usaha lagi.
Anda ada banyak masa untuk mengejar dia. Semua kita ada 24 jam sehari, Anda hanya perlu atur masa dengan bijak. Mula rangka pelan persaingan Anda hari ini.
Sebenarnya kecemerlangan mempunyai pattern dan coraknya tersendiri. Semua orang boleh berjaya, boleh cemerlang jika mengikuti pattern kecemerlangan yang sama.
Semua orang yang telah berjaya sampai di puncak meninggalkan jejak tapak kaki di belakang.
Anda hanya perlu ikut jejak tu supaya Anda juga boleh sampai di puncak.
Semua orang boleh jadi jutawan, jika sanggup buat apa yang jutawan-jutawan sanggup lakukan, bermula dari mind setting, disiplin diri, kemahiran komunikasi, perangcangan dan seterusnya paling penting usaha yang konsisten,konsisten, terus konsisten. Dream BIG.
Jika Anda bermimpi mahu jadi jutawan, hartawan, dermawan mahupun apa-apa "wan" lagi, pastikan Anda sanggup melakukan apa yang perlu dilakukan, berkorban banyak masa dan sanggup bangkit semual dari kegagalan.
Oleh itu, cari pesaing Anda dan selidiki dia hari ini juga!
Tip Berkaitan
- Persaingan
- Apa Matlamat Anda sebenarnya?
- Perangkap Mental
- Modelling
- Tiru Dengan Bijak
- Tulis Matlamat Anda
- Komunikasi Minda
- Emosi dan Minda.