Jumaat, 29 Jun 2007

Sistem Kepercayaan

Asmkm dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?

Kali ini saya mahu berkata tentang sistem kepercayaan. Pada pendapat Anda, bagaimana hidup Anda hari ini, susah? senang? sekejap susah sekejap senang atau susah mahu senang?

Walau apa pun ia, perlu berhati-hati ketika memilih sistem kepercayaan Anda sendiri. Sistem kepercayaan ni juga di panggil 'belief system'.

Sesetengah orang berkata hidup ini susah untuk nak senang. Dia kata cari duit tu susah benar.

Biar saya bongkar satu rahsia. Sistem kepercayaaan kita inilah yang membentuk diri kita, masa depan kita dan suasana di sekitar kita sebenarnya.

Apa jua yang terjadi dalam hidup kita, ia bukan saja di sebabkan oleh Law Of Attraction, Law Of Vibration mahupun kuasa Minda, tapi sistem kepercayaan ni. Ia turut membentuk jenis tindakan kita sama ada positif mahupun negatif.

Jika Anda anggap cari duit tu susah, maka akan susah jadinya dan bertambah susah bila Anda sering mengeluh dan merasa tertekan sebab merasa tak cukup duit, susah nak dapat duit sedangkan bil-bil yang perlu di bayar melambung tinggi angkanya.

Tanpa Anda sedari, Anda sendiri telah menanam sistem kepercayaan bahawa duit tu susah di cari lalu minda menjadikan ia sedemikian.

Pada saya, cari duit tak susah, cuma perlu tumpukan pada usaha yang benar-benar mendatangkan hasil. Biar bekerja cara bijak, bukan bekerja kuat dengan tenaga fizikal semata-mata.

Perkataan susah itu sendiri jika selalu disebut, mendatangkan situasi-situasi yang akan 'menyusahkan' kerana Anda melafazkannya dengan perasaan geram, sakit hati dan sedikit tertekan. Susah, perkataanya tu berbunyi negatif.

Cuba tukar susah tu kepada perkataan yang lebih positif, iaitu 'mencabar'.

Katakan pada diri. "Huh, cari duit ni sungguh mencabar". Kesannya Anda akan rasa bersemangat cari duit kerana ia menjadi satu cabaran bagi Anda dan takkan ada siapa yang mahu kalah pada cabaran lalu terus semakin kuat berusaha.

Selain tu, ia menjadikan Anda seorang yang optimis.

Tapi kalau pakai perkataan susah, bunyinya negatif akan membawa gelombang negatif kepada diri Anda lalu menarik situasi-situasi negatif, perkara-perkara negatif dan benda-benda negatif.

Jika Anda katakan pada diri "Hmmm.. susahnya cari duit ni" Anda sebenarnya telah meletak diri Anda sendiri di jalan kesusahan tanpa Anda sedari.

Minda kita menangkap apa saja yang kita bualkan dengan diri sendiri dalam hati, semua apa yang sentiasa bermain di fikiran kita dan apa yang membuat kita tertekan. Ia ibarat sahabat karib yang menuruti apa saja yang ada di dalam fikiran Anda.

Setiap orang ada metaforanya tersendiri. Sesetangah orang berkata 'Life Is A Game'. Tapi, game yang macam mana?

Apa perasaan Anda ketika mengucapkan metafora itu? Kalau kalah dalam game tu cemana jadinya Anda?

Sesetengah orang pula berkata 'Life Is A Mystery'. Dia berkata dengan konpiden yang hidup ini adalah satu misteri dan penuh dengan benda-benda yang misteri.

Tapi, misteri macam mana yang Anda maksudkan? Mengapa hidup ini menjadi misteri pada diri Anda?

Bila Anda percaya hidup ini adalah satu misteri, maka segala nikmat kehidupan takkan datang pada Anda kerana ia muncul dalam pemikiran Anda sebagai satu misteri yang tak tahu ujung pangkalnya, bukannya rahmat.

Jadi, jangan heran kalau masalah sentiasa melanda diri Anda, banyak situasi yang tak diinghini berlaku dan Anda tak pernah kering dari masalah. Sebabnya, secara tak sedar Anda telah menetapkan sistem kepercayaan dalam diri bahawa hidup ini adalah satu misteri.

Jadi, mulai hari ini, ubah sistem kepercayaan Anda. Kalau rasa cari duit tu susah, maka akan susah jadinya. Cemana kuatnya kita berusaha, akan tetap susah duit tu nak muncul sebab kita sendiri yang kata ia susah tanpa kita sedari.

Ubah ayat tu kepada 'senang' dan 'mencabar'. Cari duit ni senang jadinya jika Anda tahu cemana nak cari dan apa tekniknya.

Sebagai cabaran Anda akan berusaha sedaya upaya menyahut cabaran itu. Selain tu perlu sentiasa berdoa agar Anda dimurahkan rezeki dan bersyukur seolah-olah apa yang Anda mahukan tu benar-benar terjadi sekarang.

Rezeki tuhan maha luas dan ada di mana-mana. Cuma, perlukan sedikit kajian dan penelitian.
Kemudian, tumpukan usaha pada sumber rezeki yang benar-benar mendatangkan hasil.

Akhir kata, work hard in 'smart way'.

Moga Anda cemerlang hendaknya.

- shueqry -
all for one, one for all.

Baca Lagi:
Kuasa Minda?
Money And Mind
Cubaan, Dugaan dan Cabaran
Berfikir Positif, Bertindak Positif
Usaha Dengan Konsisten
Sediakan Blueprint

Motivator Lain:
Irfan Khairi DikMal Impax
Linn
Ktom
Zubli Zainordin
Zul SmartUsaha

Komen Anda?