Jumaat, 8 Jun 2007

Persaingan

Asmkm dan salam sejahtera. Apa khabar Anda?

Kali ni saya berkata tentang persaingan.

Persaingan wujud di mana jua, di sekolah, di tempat kerja bahkan di rumah kita sendiri! Saya menulis kali ini bukan untuk memberitahu Anda makna persaingan, tapi untuk menyedarkan Anda manfaat persaingan dan kegunaan persaingan dalam mengejar kejayaan.

Usahawan dan entiti perniagaan sentiasa bersaing antara satu sama lain dalam diam. Mereka bersaing untuk memberi yang terbaik kepada semua pelanggan perniagaan mereka, untuk menyedapkan hati pelanggan supaya senang dengan produk mereka. Kesan dari persaingan di antara para peniaga ini, pengguna mendapat manfaatnya.

Lihat saja persaingan antara KFC dan McDonald. Kedua-duanya di dalam kategori yang sama dan menggunakan model perniagaan yang sama, perkhidmatan makanan segera, dalam bahasa Bajaunya disebut fast food restaurant.

Tiap kali McD atau produk baru, KFC juga apa produk baru dengan resepi baru dan citarasa yang terbaru. Masing-masing mahu saling mendahului dan memberi yang terbaik. Untuk ke arah itu, mereka mengkaji semula sistem perniagaan, khidmat pelanggan, pengurusan stok dan seterusnya pengurusan staff.

Ini semua dilakukan kerana KFC tidak mahu dikalahkan oleh MCD dan untuk itu KFC menampilkan imej professional, mesra dan ketepatan masa dalam servis mereka. Hasil dari persaingan ini, KFC merupakan rangkaian fast food restaurant terbesar di Malaysia.

Nampak saja ayam goreng, teringat KFC. Burger KFC juga lebih sedap dari burger McD. Saya ada 2 orang rakan sebilik yang pernah 3 tahun menjadi staff KFC dan dari mereka banyak yang saya tahu mengenai sistem KFC. Tak banyak beza dengan McD cuma KFC ada sistem latihan tersendiri buat staff dan team member yang baru.

Saya juga, bersaing dengan usahawan-usahawan Internet yang lain. Walaupun baru bermula selama setahun sejak Mac 2006, saya tetapkan niat mahu bersaing dengan usahawan-usahawan Internet sedia ada di Malaysia.

Walau bak langit dan bumi, saya mahu angkat level saya dan standard perniagaan saya supaya sama level dengan mereka yang senior dalam bisnes Internet sekarang ini dan sama hebat dengan mereka yang cari duit dengan berniaga di Internet.

Hari ini, saya seorang IM yang newbie, mungkin dalam 7 bulan akan datang, sudah berdiri sama tinggi dengan Internet Marketer Malaysia yang lebih senior!

Jika Anda seorang pelajar dan mahu cemerlang, cari seorang pelajar lain yang lebih cemerlang pencapaiannya dari Anda dan orang lain disekeliling Anda. Tetapkan dalam minda yang Anda mengambil keputusan mahu bersaing dengannya.

Tetapkan matlamat Anda mahu mendapat result exam yang sama dengannya atau lebih baik daripadanya!

Persaingan membuatkan sesiapa sahaja untuk bertindak melakukan apa saja cara yang halal untuk mengalahkan pesainganya.

Dalam apa jua bidang, jika dalam kepala Anda wujud niat untuk bersaing dengan sang juara dan bekerja keras, berusaha gigih dan tak kenal erti putus asa untuk mengatasi pencapaiannya, sedar tak sedar Anda sedang menuju titik kecemerlangan dan Anda juga (dalam separa sedar) mengambil langkah-langkah cemerlang mengalahkan pesaing Anda, sang juara tadi.

Jika Anda seorang usahawan Internet, ambil contoh otai-otai yang sudah berpengalaman dan yang sudah lama berkecimpung cari duit dari Internet ni dan terapkan matlamat mahu bersaing dengan mereka. Jangan merasa rendah diri, Anda juga berhak mencapai apa yang telah dicapai oleh mereka. Anda belum berusaha lagi, itu saja.

Merasa rendah diri secara tidak langsung menghadkan pencapaian Anda. Jika Anda merasa rendah diri, minda akan menangkap pemikiran Anda yang merasa rendah diri, kerdil dan kecil ini lalu menjadikan Anda sedemikian rupa. Ingat!

Kita Adalah Apa Yang Kita Fikirkan Setiap Masa.

Jadilah pelajar cemerlang.

Jadilah seorang blogger yang cemerlang. Set minda Anda sebagai blogger yang cemerlang.

Jadilah seorang penulis yang cemerlang.

Jadilah seorang usahawan MLM yang cemerlang.

Jadilah usahawan Internet yang cemerlang.

Ubah diri Anda mejadi seorang yang cemerlang dengan memupuk mind set persaingan.

Cari Duit dengan cemerlang di Internet. Set minda Anda untuk menjana wang dengan cemerlang.

Dream BIG ! Lihat diri Anda sebagai seorang yang cemerlang!

Mulakan persaingan Anda hari ini juga.

Jadilah secemerlang yang mungkin.


- shueqry -
all for one, one for all

Baca Lagi:
Menjadi Orang Cemerlang
Gapai Kejayaan Dalam 5 Langkah
Cabar Diri Untuk Berjaya

Cara Najmi Bangkit Dari Kegagalan
Kenapa saya Lakukan Ini Semua
Jana Wang Dengan Minat

Motivator Lain:
IrfanKhairi
DikMal
Impax!
Linn
Tuah Iskandar
Bent
Zamri Mohammad
Zul SmartUsaha
Zubli Zainordin
Raymond
Taqiyuddin