.

Jumaat, Jun 15, 2007

Nak Cemerlang, Biar Ada FOKUS.

Semua orang mahu menjadi cemerlang. Siapa yang tak nak?

Pengertian cemerlang berbeza sesama individu, masyarakat dan bangsa.


Maksud cemerlang bagi seorang pelajar IPT apabila dia mencapai keputusan GPA3.7 dalam keputusan peperiksaan semesternya.

Pengertian cemerlang bagi seorang pekerja bila dia dinaikkan pangkat dan kualiti kerjanya dipuji bahkan gambarnya terpampang di pintu masuk kampeni dengan tulisan besar "Pekerja Terbaik Bulan Ini".

Cemerlang bagi seorang usahawan Internet, seorang marketer dan "warrior" bila produknya mendapat sambutan hangat dan bila dia membantu rakan-rakan online tanpa mengharapkan apa-apa.

Saya cukup mengagumi Irfan Khairi dan SaifulSham kerana mereka ikhlas berkongsi segala yang mereka tahu tanpa susah hati dengan persaingan dari usahawan lain.

Selain itu, saya cukup berterima kasih pada seseorang yang saya panggil kakak, kerana dia telah menghulurkan bantuan tanpa saya sangka, tanpa saya pinta dikala saya kesusahan dalam minggu ini.

Pada bulan Mei lepas saya banyak melakukan kesilapan, akibatnya untung sikit yang masyuk, ini yang paling teruk. Duit dalam akaun PayPal dan akaun Maybank telah saya gunakan untuk membeli "saham" ilmu mengenai kerjaya saya dan rembat eBook yang terhad di pasaran.

Harganya bukan alang-alang, berpuluh US Dollar.


Strategi promosi yang saya gunakan pula tak memberi kesan, lalu saya cari idea baru dan test. Cari lagi dan test. Saya bertindak mengikut kata hati dan gerak intuisi.

Hasil daripada kegagalan dan masalah itu, saya menemui cara baru dalam mempromosi, dapat memahami sesuatu dan seterusnya mengaplikasikan "penemuan" ini untuk kerja-kerja akan datang.

Apa rahsia tu? nanti saya akan bagitau.


Pesan mak saya ketika saya baru menapak kaki di Kota Kinabalu, apa yang orang beri dengan ikhlas, terima saja, tak usahlah ego untuk tidak menerimanya. Terima dan bersyukurlah sesyukur yang mungkin.

Untuk seseorang yang saya panggil kakak ni, saya tak tau nak balas jasanya cemana, insya allah saya akan bantu dengan segala apa yang saya tahu dan setakat mana kemampuan diri saya.

Pertolongan darinya sungguh bermakna bagi saya. Ini pertama kali saya dihulurkan bantuan dari jauh, tambahan lagi dari seseorang yang tak pernah saya jumpa depan mata.

Terima kasih kak! Sebenarnya,terus terang saya takde seorang kakak mahupun seorang abang. Saya cuma ada 4 orang adik.

Ok, back to topic. Dalam segala apa yang kita lakukan biarlah ada fokus.

Saya ada seorang kawan rapat yang sungguh saya kagumi kerana dia seorang lelaki yang berdikari, berusaha sendiri, rajin dan tak malu berjumpa ramai orang setiap hari untuk menjual polisi insurannya, sejak tahun 2004.


Tapi, apa yang saya lihat dia tiada fokus. Sekejap buat itu, sekejap buat ini, hari ini buat Projek A, lusa pula buat Projek B sedangkan projek A belum lagi siap dan tak nampak hasilnya dah nak start buat Projek B.

Banyak masa, wang dan tenaga digunakan tapi belum nampak hasil. Apa yang dia buat untuk dapat duit bercelaru, nak buat semua sekali dalam satu masa.

Dalam pada itu tiba-tiba pula dia naik semangat buat Adsense, semata-mata teruja lepas membaca website RajaAdsense.com dan bermula usahanya mengumpul artikel lalu menulisnya dalam pemahaman sendiri.

Tapi, oleh kerana dia menganggap bayaran Adsense ni cepat dan besar, dia hampa bila hasil yang diharapkan dari jumlah klik tak seberapa besar dan masih belum layak untuk ceknya dikirimkan.

Oleh kerana lambat nak dapat cek Adsense, beberapa minggu lalu, dia sibuk menyiapkan proposal perniagaan untuk diketengahkan pada Sabah Credit bagi memohon pinjaman SME (Small and Medium Enterprise).

Belum lagi siap proposal tu, dia amik offer seorang lagi kawan saya untuk membuat website produk MLM yang semata-mata kerana ditawarkan share (pembahagian untung) bila website yang akan dibina tu mendatangkan jualan.

Terkapai-kapai kawan rapat saya ni belajar apa makna hosting, domain name dan yang berkaitan dengannya dengan kelam kabut. Dulu, bila saya start bercakap mengenai Irfan Khairi, dia mula memperlekeh.

Tapi, dia baru sahaja meminjam buku Irfan Khairi dan buku SaifulSham milik saya kelmarin.

Dari apa yang saya perhatikan, dia takde FOKUS. Oleh kerana mahukan duit cepat, dia sanggup buat apa saja, semua kerana duit dalam masa singkat.

Dia tak tahu cara terbaik menjana untung adalah dengan menjual kemahiran, hobi, minat dan pengetahuan.


Saya pernah join dia selama 2 minggu mempromosikan produk personal loan AmBank, kerana katanya dapat wang komisen RM50 sekepaal selain wang "bawah meja" yang akan dihulurkan oleh pelanggan kami bila personal loan yang diapply dah lulus. Tapi, lepas dua minggu,takde apa-apa hasil.

Banyak duit saya habiskan untuk tambang bas, belanja makan-makan dan minum-minum, bayaran fotostet serta curahan tenaga untuk naik ke ofis-ofis memberi penerangan tentang personal loan Ambank tu. Dari 1 Mac ke 15 Mac saya tak online.

Semua aktiviti kerja saya buat diluar rumah, berjumpa dengan prospek. Pertama kali saya gugup semula kerana sudah lama meninggalkan bidang Sales dan Direct Selling setahun lalu pada Feb 2006.

Heran, dulu yakin sungguh, kalau bercakap pasal produk depan prospek 1 jam tak cukup apatah lagi ketika berkerja di customer service Astro.


Ni tak masuk masa sehari ke sana ke mari berjumpa orang yang berminat mahu mengambil personal loan. Tapi, bila selepas 15 Mac, takde apa-apa yang masyuk dan kawan rapat saya ni mula buat benda lain dah.

Aduhh.. rugi sungguh masa yang saya habiskan selama2 minggu. Kalau online sudah tentu ada hasil tipa hari dalam tempoh tu.


Pengajaran dari kisah saya ni, nak berjaya, nak cemerlang, perlu ada matlamat sebenar terlebih dahulu. Tanya diri Anda apa yang Anda mahu capai. Apa target Anda yang mahu capai dalam hari ini, minggu ini, bulan ini dan tahun ini?

Bertindak dengan KONSISTEN dan SABAR jika usaha Anda tak menjadi. Anda masih ada 9,999 percubaan lagi untuk merealisasikan target Anda. Kenapa harus berhenti?

Jadi, apa jua yang Anda lakukan, biar yang ada FOKUS, usaha dengan KONSISTEN dan terapkan kesabaran tinggi.

Bila matlamat sudah dicapai, baru buka langkah seterusnya kepada matlamat lain atau perancangan lain, bukan mencapai 2 matlamat dalam satu masa.

Kisah kawan saya ni sebagai pengajarannya. Start FOKUS pada satu matlamat sahaja dan usahakan sehingga ia tercapai, anggap perkara lain dan peluang-peluang lain sebagai "cobaan" dan "gangguan".

Moga Anda Cemerlang Hendaknya.


Tips Berkaitan


6 Komen Pembaca:

linncomel berkata...

Salam,
Shueqry apa khabar, K.Linn setuju sangat2 dengan artikel di atas, nak buat apa-apa kena fokus.Takde fokus kerja tak jadi..

Raymond berkata...

Betul tu Shueqry,

Dulu saya pun tak fokus. Semua kerja hangat-hangat tahi ayam saje.

Tapi sekarang ni lain pula. Ada target saja, usaha bermati-matian untuk mencapai matlamat. Pantang undur tau.

Semankin banyak kita berkongsi, semankin banyak yang kita dapat balik. Nak panggil apa ni? Panggil is Hukum Salingan lah. atau Hukum Salingan berlipat ganda.

Ape-ape saje lah.

ktom berkata...

Askm Shuq,

Kadang2 kita jadi hilang fokus kerana beberapa faktor. Salah satunya bagi seorang yg baru mula berjinak2 dgn dunia perniagaan internet atau berblog ni tiada fokus mungkin disebabkan oleh " informations Overload ".

Jadi macam mana nak tangani masalah2 sebegini? hehehehe...

Dik Mal berkata...

info overload...saya pernah mengalaminya :D

bg dik mal, bila rasa info overload....conteng atas kertas..ibarat mengosongkan otak...buat betul2..mesti lega sikit lepas tu..kemudian, dapatkan satu teks book pasal berniaga internet...dan ikut flow satu2...mana patut buat dulu, buat dan cari info mengenainya..

pendek kata : selagi belum tutup mata, kerja kerja kerja :D hheheheh tak la

pendek kata : get organize and organizer :)

p.s : Sesiapa memerlukan khidmat virtual assistant. Boleh cari saya :)

Raymond berkata...

Bagus cadangan dik mal.

Ogos tahun lepas, masa saya mula perniagaan internet, Saya beli buku "Rahsia Jutawan Internet Terbongkar" kemudian "Klik Untuk Kaya" kemudian "Earn US Dollar in Your Pyjamas" kemudian "Creating Wealth from Internet Business"

Lepas habis baca semua, faham semua, sudah ambil nota ... tak tau cam na nak mula.

Information overload lah tu. Ingat sendiri sudah pandai tapi akhirnya, domain pun tak tau register. Lepas register hosting, pergi tengok website saya. Alangkah terkejutnya bila nampak kosong aje.

Cepat-cepat lah aku hubingi support staffnya. Daripada replynya barulah aku tahu yang aku belum ada domain lagi.

Isyk, kenangan silam.
Harap stupid mistake ini dapat menceriakan hari anda.

shueqry berkata...

Kak Linn.

Alhamdullillah kak, saya sihat..ye, yg paling penting , fokus.

Raymond..

how r u my friend? saya pn tak tahu hukum apa nak panggil, yang saya tahu, just give.. knew it will be done..

Ktom..

info over load boleh ditangani, jika kita tahu apa yang kita mahu cari dan ilmu cemana yang kita perlukan. Misalnya, kalau kita nak bina blog, cari ilmu pasal blog saja dulu, yg lain tu gangguan saja.Info ober load sebab kita nak buat semua dalam masa yang sama dan tak tahu nak mula sebab kit atak tahu apa keinginan kita.

DikMal..

Virtual assistant? saya leh tak? dah tak larat dah nak buat semua..
hehe.. dari product sampai promosi sampai pr, semua saya buat.. seronok juga tapi tak berapa produktif. Saya perlu agihkan tugas, barulah ok.. insya allah bulan 9 saya dah ada staff.

Good business idea! tak ramai orang buat ni..trust paling penting tau..

Catat Ulasan