Kali ini saya akan membongkar rahsia emosi sebagai penggerak kecemerlangan. Selalunya emosi begini adalah untuk orang-orang yang terdekat, misalnya kedua ibu bapa, adik beradik dan yang tersayang.
Bagi diri saya, saya mahu cemerlangkan diri untuk kedua ibu bapa saya, adik beradik saya dan untuk masa depan saya. Mereka inilah yang menjadi penggerak utama saya, dikala saya sedang bermalas-malas dan bila dugaan mendatang, mereka sumber utama semangat saya.
Inilah emosi yang saya maksudkan. Teringat mereka, semangat saya naik dan minda saya fokus pada matlamat saya dalam bulan ini.
Selain itu, saya juga bersemangat jadinya bila pakcik dan makcik saya asyik memandang rendah pada kerjaya usahawan dan penulis sepenuh masa ni. Penyelesaiannya, kata Irfan Khairi, maafkan diorang, lupakan, jadikan pembakar semangat dan GO ON.
Bila saya utarakan peracangan saya untuk jadi penulis motivasi sepenuh masa, mereka menyangkal dan mengatakan penulis ni tak boleh cari makan. Iye ke?
Lihat Zamri Mohammad, apa kata penulis muda ni? Mengapa dia boleh? Walhal dia lagi muda dari saya.
Kata-kata sebegitu telah 'menyentak' emosi saya lalu ibarat mancis yang baru nak dipetik apinya, bila dipetik terus api yang keluar menyala marak, galak dan panas membakar!
Lalu, saya mencari orang-orang yang cemerlang, usahawan-usahawan berjaya dan jutawan-jutawan Internet yang Google boleh berikan saya cerita tentang mereka.
Ini satu persamaan yang saya jumpa. Mereka semua ni ada:
- Visi
- Kreativiti
- Pengetahun teknikal
Yusry pula seorang yang sangat kreatif, berdedikasi dan obses pada benda yang menimbulkan minatnya. Dia bijak mencantumkan beberapa cebisan-cebisan kecil menjadi satu BIG picture yang orang lain tak terfikir langsung!
Saya mengakui memang Yusry seorang yang amat kreatif, saya telah melihat video muzik yang diarahkannya dan filem 7 juta, Cicak Man. Memang kreatif dan lain dari yang lain. Seperti saya, Yusry suka mencipta sesuatu yang baru.
Edry pula mahir dengan hal-hal teknikal. Dari apa yang saya baca, Edry merupakan sound engineer yang tinggi kemahirannya dan banyak tahu pasal teknikal dalam studio muzik. Pengetahunan IT yang dimilikinya lebih banyak dari kedua abangnya.
Jadi, tak hairan gabungan mereka bertiga ni menghasilkan satu kerja yang cukup mantap. Mereka ada visi, daya kreativiti dan secara teknikalnya, teratur. Patutlah KRU Berhad mendapat untung bersih berjuta-juta tiap tahun.
Paling saya kagum dengan diorang, dedikasi pada kerja dan obsesi mereka pada minat mereka, muzik. Dalam tak sedar, mereka telah 'membisneskan' muzik.
Jadi, untuk Anda, cari sesiapa yang jadi pembakar semangat Anda. Jika Anda seorang ibu, anak-anak adalah pendorong utama kecemerlangan Anda.
Bahkan saya sudah baca banyak kisah ibu tunggal yang mampu bekerja keras mencapai kecemerlangan demi masa depan anak-anaknya. Wow, memang kagum saya dengan semangat begini. Nyatalah, emosi positif timbul dari orang yang kita sayangi.
Jika Anda masih bujang, jadikan cinta Anda pada kekasih Anda sebagai pembakar semangat, sumber ilham dan pencetus motivasi untuk menggerakkan Anda. Cinta merupakan emosi yang sungguh kuat kuasanya. Buktikan pada si dia Anda mampu menjadi cemerlang! Make her prioud, my friend.
Di beberapa artikel akan datang, saya akan bercerita lagi tentang projek terbaru saya, berkaitan dengan nombor 7 dan dilancarkan pada 7.7.2007, pada umur saya yang dah nak masuk 27 Oktober ni. Family saya ada 7 orang termasuk kedua ibu bapa saya campur ngan kami 5 adik beradik.
Nama S.H.U.E.Q.R.Y. juga ada 7 huruf !
Tak ramai yang perasan sebenarnya. Oh ya, bukan shueGry ye, shueQry. Saya akan cerita cemana timbulnya nama ni dan sebab saya tak guna nama sebenar Mohd Shukri Abdullah.
Silap haribulan orang satu Malaysia ingat saya Dr Shukri Abdullah.
Saya belum ada Doctorate lagi.
Akhir kata, cemerlangkan prestasi Anda hari ini juga.
Tips Berkaitan