.

Rabu, Jun 06, 2007

Apa Matlamat Anda Sebenarnya?

Asmkm dan salam sejahtera.. apa khabar Anda hari ini?

Kali ini saya berkata tentang matlamat. Apa matlamat Anda sebenarnya?

Jika Anda seorang pekerja, apa matlamat Anda dengan bertindak menjadi seorang pekerja?

Jika Anda seorang usahawan, apa matlamat Anda menceburkan diri sebagai seorang usahawan?

Mengapa Anda memilih untuk jadi seorang usahawan?

Untuk apa Anda lakukan ini?

Saya tahu ini soalan remeh dan kebudak-budakan. Tapi, sedar atau tidak, matlamat kita yang kita simpan dalam hati merupakan niat. Niat itulah yang akan mempengaruhi tindakan kita, minda separa sedar kita seterusnya produktiviti kita.

Jika Anda seorang pelajar, sebab apa Anda memilih untuk menjadi seorang pelajar? Mengapa? Adakah sebab suka-suka atau untuk masa depan Anda?

Kenapa harus sekarang Anda menjadi pelajar?, Bukan 3 tahun dari sekarang atau 5 tahun akan datang baru mahu bergelar seorang pelajar IPT?

Kenapa mesti sekarang Anda mahu jadi seorang usahawan? Tak kira apa jenis usahawan, usahawan Internet ke, MLM ke, pasar malam ke, jual burger ke, usahawan maklumat ke, apa sebab utama yang mendorong Anda menjadi usahawan?

Apa jua jawapannya, yang penting tanya diri Anda dulu, sama ada Anda lakukan ia semata-mata sebab duit ataupun minat. Adakah Anda berbisnes semata-mata mahukan duit, nak memberi perkhidmatan tersendiri atau kerana minat mendalam dalam berbisnes?

Point di sini, apa jua matlamat Anda, biarlah ia datang dari dalam hati. Tanya diri apa yang Anda mahukan sebenarnya, apa matlamat Anda dan apa yang mahu anda capai dengan menjadi seorang pelajar, pekerja ataupun usahawan?

Oleh kerana saya yang tanya Anda, saya kena jawap dulu.

Saya menjadi usahawan didorong oleh minat yang mendalam. Saya mahu melakar sejarah dalam keluarga besar saya dan mahu bersaing dengan usahawan Internet yang lain.

Sebab minat inilah saya sanggup membaca banyak buku, belajar tentang minda dan psikologi kejayaan, duduk 13 jam depan komputer waktu kerja dan menempuh banyak kegagalan semata-mata mahu membina bisnes sendiri.

Setiap hari bila bangun pagi, saya berkata pada diri..

"Lets Make History !"

Ini tak memberi apa-apa makna pada Anda dan orang lain, tapi kata-kata afirmasi diri inilah yang menyalakan api semangat dalam diri saya semarak yang mungkin, sehangat yang mungkin selama yang mungkin.

Selain itu, saya mahu buat kelainan. Dulu saya menjadi seorang pekerja kerana saya mahu menimba ilmu dan skill dalam bidang kerja yang saya ceburi. Duit bukan matlamat utama saya. Bahkan, saya bertukar posisi kerja sebab saya sendiri yang minta.

Sejak 2004, Sales dan Direct Marketing merupakan kerjaya yang paling banyak pendedahannya pada diri saya. Saya pernah ditengking, diteriak, dicemuh bermacam lagi pengalaman pahit yang lain.

Dari menjual Kad kredit, jual pakej latihan komputer, produk MLM, barang ubatan, kopi, semua produk ni melatih "salesmanship" saya. Bermacam ragam orang yang saya dah jumpa.

Ia membantu meningkatkan skill komunikasi dan keperibadian saya yang selama ini banyak kekurangannya. Saya pernah bekerja dengan gaji RM400 sebulan walaupun saya lulusan "U"..

Duit bukan apa yang saya mahukan, cuma mahu mendedahkan diri dengan suasana kerja dan mempelajari skill yang perlu untuk bisnes saya satu masa nanti.

Satu masa itu adalah hari ini. Saya berbisnes hari ini menggunakan skill dan kemahiran yang saya pelajari semenjak saya bergelar pekerja 4 tahun yang lalu.

Matlamat utama saya adalah untuk membina hidup yang lebih baik, yang luar biasa hebatnya dan yang manis kejayaannya. Itulah apa yang sebenanya saya mahukan jauh di dalam sudut hati saya.

Saya hanya mengikut kata-kata hati, kesannya hidup saya mula berubah. Saya berani mengikut kata hati selepas membaca buku Andrew Mattews, Follow Your Heart.

Setelah saya mancapainya, saya mahu membantu orang lain, seberapa ramai orang lain untuk membina hidup mereka juga seperti saya. Tak kira siapa dia dan dengan apa caranya, saya akan lakukan kerana saya mahu menjadikan hidupnya lebih indah dari biasa.

Untuk Anda, tanya diri sendiri apa matlamat Anda sebenarnya. Kalau nak rumah besar, kereta besar, pendapatan yang besar, syarikat yang besar, tanah yang besar (mungkin juga seorang isteri yang "besar"?) mengapa Anda nakkan itu semua?

Untuk apa Anda memasang impian mahu memiliki semua yang besar-besar ni? Mengapa pula mahukan yang besar-besar sekarang, bukan yang sederhana atau yang kecil-kecil saja?

Apa yang Anda boleh Anda buat hari ini untuk mencapai semua matlamat Anda ni dalam 2, 3 dan 4 tahun akan datang?

Untuk siapa semua itu? Adakah untuk diri Anda sendiri, keluarga, adik beradik mahupun untuk yang tersayang?

Selepas mencapainya, apa lagi yang Anda mahu lakukan? Adakah setakat di situ saja?

Satu lagi soalan saya..

Apa jenis kegagalan yang Anda sanggup tempuhi hari ini untuk mencapai itu semua?

Jika matlamat Anda seorang jutawan, apa yang Anda sanggup hadapi dan apa jenis semangat dalam diri yang perlu Anda ada untuk mencapai matlamat menjadi seorang jutawan?

Apa takrif jutawan pada diri Anda? Adakah dengan berkereta besar, berumah besar dan segalanya yang besar-besar? atau..

Adakah dengan memilih untuk menjadi seorang yang sederhana tapi mempunyai wang RM1 juta di dalam akaun simpanan Anda? atau.. menjadi seorang anak muda yang memperolehi untung bersih RM1 juta dari perniagaan Anda?

Mampukah Anda menjadi jutawan dengan menjadi seorang pekerja, seorang pelajar atau usahawan? Jika ya, apa caranya, bagaimana Anda boleh menjawap ya? Apa perasaan Anda ketika menjawap soalan tadi dengan jawapan ya?

Kalau jawapan Anda tidak, apa sebabnya Anda berkata tidak? bagaimana Anda boleh berkata begitu? Adakah Anda pasti Anda tidak mahu menjadi seorang jutawan?

Adakah degupan jantung Anda berubah ketika menjawap tidak?

Adakah getaran nafas Anda berubah ketika menjawapnya?

Pastikah Anda bila berkata tidak?

Are you sure?

Baca semula soalan-soalan tadi. Kalau boleh, baca banyak kali.

Saya tuliskan untuk membuat Anda fokus pada matlamat sebenar Anda. Ia juga saya tulis supaya Anda realistik pada cita-cita Anda, bukannya angan-angan kosong semata-mata.

Anda boleh miliki apa yang Anda mahukan, jadi apa yang Anda cita-citakan atau merealisasikan apa yang Anda idamkan. Ia bukan mustahil lagi jika Anda tanya diri sendiri dengan semua soalan-soalan di atas.

Ia akan membuat Anda bertindak sekarang, 2 jam dari sekarang atau 24 jam dari sekarang.

Lihat pencapaian hebat orang lain terlebih dahulu, ambil saja sesiapa yang menjadi pendorong semangat Anda, Irfan Khairi ke, Azizi Ali, Bill Gates ke, KRU ke, Dr Tuah Iskandar ke, Larry Page dan Sergey Brin ke atau Dr Fadzillah Kamsah ke..sesape saja..

Jika Anda mahu menjadi seperti mereka, apa yang Anda boleh buat hari ini untuk ke arah pencapaian seperti mereka itu?

Mulakan hari ini juga. Ambil kertas dan tulis apa matlamat Anda sebenarnya, yang sebenar-benarnya.

Jujur dengan diri sendiri.

- shueqry -
All For One, One For All

Modelling
Perubahan Blog Ini
Tiru Dengan Bijak
Tulis Matlamat Anda
Komunikasi Minda
Kenapa saya Lakukan Ini Semua
Membina Kuasa Minda
Duit, Minda dan Teknik Bertanya
"Menarik" Apa Yang Anda Mahukan
Emosi dan Minda.
Jika Risau Sebab Duit
Komunikasi Dalam Diri
Had Dalam Pemikiran
Memprogram Minda
Terapkan Fikiran Positif
Minda Bawah Sedar - Definasi

Motivator Lain:
IrfanKhairi
DikMal
Impax!
Linn
Tuah Iskandar
Bent
Zamri Mohammad
Zul SmartUsaha
Zubli Zainordin
Raymond
Taqiyuddin