Jumaat, 11 Mei 2007

Terapkan Fikiran Positif

Kali ini saya berkata lagi tentang Law OF Attraction dan cara menerapkan fikiran positif.

Lebih detail lagi, cara bagaimana mahu menerapkan pemikiran positif dan bagaimana untuk menerapkan perasaan bersangka baik pada semua orang dalam diri Anda.

Untuk mula menerapkan fikiran positif, Anda perlu memfokus pada nilai-nilai baik yang ada pada diri seseorang. Misalnya, Anda ada seorang kawan.

Kawan Anda ni pula selalu menyindir-nyindir Anda dan selalu memandang rendah pada lalu membuat Anda sakit hati, geram dan maha "menyampah" pada diri kawan Anda tu.

Bukan sekali tapi berkali-kali.

Semakin hari semakin Anda geram pada dirinya. Lama kelamaan rasa geram tu "bersarang" dalam fikiran Anda tanpa Anda sedari.

Mengikut Law Of Attraction, apa yang selalu kita fikirkan, maka itulah yang akan terjadi pada kita. Pendek kata, kita adalah hasil dari apa yang kita fikirkan.

Kalau kita geram, maka lebih banyak situasi "geram" yang akan muncul. Cemana nak buang rasa geram tu?

Tentu Anda tidak mahu situasi-situasi buruk yang tak diingini muncul tetiba dalam hidup Anda hanya kerana Anda layan rasa geram tu berhari-hari.

Tentu juga Anda tak mahu apa yang dimaginasikan selama ini tak menjadi.

Cemana nak buang? Saya akan terangkan step by step.

Pertama sekali, maafkan kawan Anda tadi tu.

Maafkan apa yang dia dah buat pada Anda, terima diri dia dah camtu.

Lafazkan kemaafan itu sepenuh hati, seikhlas yang mungkin dan tiada satu pun rasa tak puas hati yang tinggal. Lafazkan dengan nada berbisik.

Kemudian, lupakan kesalahan-kesalahan dia yang dia dah pernah buat dengan Anda dulu dan sekarang hingga yang akan datang.

Kalau boleh, jangan ingat walaupun sedikit. Kalau masih ada, lupakan cepat-cepat.

Selepas itu, lihat pada dirinya.

Cari nilai-nilai positif yang ada pada dirinya.


Mungkin dia seorang yang kelakar, sentiasa ceria, pandai mengambil hati orang lain, rajin, cekap bekerja, pandai berkomunikasi mahupun pandai menyesuaikan diri.

Tumpukan fikiran Anda pada ciri-ciri ini.

Secara perlahan-lahan, puji dia kerana sifat dirinya mempunyai ciri-ciri ini. Bandingkan pula dengan diri Anda. Adakah kesemua ciri-ciri ini ada pada diri Anda?

Selepas itu, terapkan niat Anda mahu bersaing dengannya. Bersaing dengan dia dalam menerapkan nilai-nilai positif ni, kalau boleh biar Anda kalahkan dia dan menjadi lebih baik daripada dia.

Kalau dia sakitkan hati Anda lagi, ulang semula teknik yang dah saya sebutkan di atas tadi.

Lama-kelamaan Anda akan jadi "immune" sebab apa yang dia buat tak berkesan pada Anda bahkan Anda merupakan pesaing utamanya dalam diam!

Ini juga mencakupi situasi-situasi dan orang lain disekitar Anda. Kadangkala kita tidak berpuas hati, geram dan "menyampah" pada situasi tertentu yang berlaku diluar kawalan kita.

Cuba cari nilai positif dalam situasi tu dan belajar untuk lupakan situasi yang anda sakit hati sebelum ini, step by step.

Kesan daripada ini, Anda akan menjadi orang yang sentiasa berfikiran positif dalam semua keadaan, berfikiran positif pada semua orang dan semua benda.

Dengan ini,mudah untuk Anda menerapkan Law Of Attraction dalam hidup Anda.

Tumpukan yang positif dan semua yang positif akan lebih mudah datang pada Anda.

Semua yang Anda mahukan dan semua yang Anda inginkan, mudah untuk minda merealisasikannya.

Bahkan, Law Of Attraction lebih senang bekerja dengan orang yang sentiasa berfikiran positif.

Bukan hanya setakat "mahu" tetapi bayangkan ia dah ada sekarang, di depan mata Anda.

Lihat diri Anda sebagai seorang yang berfikiran positif, ceria dan bersemangat.

Gunakan teknik ini untuk menjadikan diri Anda seorang yang positif hari ini juga.


Tips Berkaitan :