.

Sabtu, Mei 05, 2007

Motivasi Usahawan Internet

Post 29(a) - Cabaran 40 Hari


Tadi saya membaca buku dari Dr Rusly Abdullah. Dia dikenali dengan nama Chef Li. Bukunya yang pertama, Jutawan Senyap, dah banyak kali saya baca. Saya syorkan pada Anda untuk beli buku "power" tu.

Di muka surat 256, Chef Li menulis Mutiara Katanya yang ke 11. Saya letakkan ia di sini untuk bacaan Anda :


" Pilih satu jenis perusahaan, tentukan jenis
produk, pelajari segala selok
belok perusahaan
tersebut dan berikan satu
komitmen jangka panjang.
Pilih yang benar-benar meyakinkan".


Selepas membaca ayat tu, saya berfikir lalu saya merenung diri sendiri. Betul juga, sebab saya melihat "selera bisnes" dan trend perniagaan warga internet Malaysia yang sering bertukar. Sekejap itu, sekejap ini.

Saya ada kenal seorang kawan. Namanya Syaf. Memula dia buat MLM online dengan Cybershop2u milik Revell, lepas tu Mymode..

Lepas tu randomizer dan Wang Ehsan pulak. Bila TsunamiWang
muncul, semua warga internet Malaysia termasuk dia berebut nak buat Clickbank macam yang dalam TsunamiWang.com tu ajarkan. Baru tak seminggu mula dengan Clickbank, muncul pula cerita Profit From Mail dan Surfjunky dan beberapa autosurf lain. Duit free la katakan.

Baru-baru ini, dia buat pula investment. Bermula dengan ABB Fund dia masuk EUKGold pula. Bila berjumpa saya, memaksa saya sungguh-sungguh untuk menyertainya. Semua ini membuat saya merenung jauh dan berfikir.

Kalau beginilah suasana dunia keusahawanan Internet Malaysia, bangsa bumiputra takkan ke mana. Takde fokus dalam berniaga. Kesan dari tu, takde kemajuan.

Biarlah urusniaga internet tu yang ada
proses jual dan beli bukannya yang melabur dan peramkan duit ataupun dibayar untuk klik iklan. Kalau sekejap itu, sekejap ini, orang luar akan mentertawakan kita sebab takde pendirian langsung.

Tujuan saya menceburi bisnes internet sebab hanya itu saja yang saya rasakan satu-satunya bisnes yang serasi dengan saya berbanding dengan bisnes lain. Saya tak berapa pandai memasak macam dalam buku Chef Li tu, kerja jadi Cikgu, jadi Kontraktor atau jadi pengedar dalam syarikat jualan langsung, lagila memang tak berapa. Dengan muka "babyface" ni, tak ramai orang yakin dengan saya.

Walaupun pengalaman saya selama 4 tahun dalam Sales dan Customer Service, tapi terus terang saya lakukan semuanya kerana nakkan gaji saja seperti orang muda yang lain. Minat sebenar saya dalam penulisan dan teknologi saya "kuburkan" dulu buat sementara waktu.

Wang pendorong utama saya waktu itu. Saya beranikan diri menceburi bidang "jual muka, jual cakap" ni semata-mata nak dapat duit komisen dengan cepat dan banyak, bukannya sebab minat. Tapi, bidang ni banyak mengajar saya skill bisnes dan skill komunikasi.

Bermula di Mbf Cards, saya pelajari satu persatu cara komunikasi yang "mempesonakan" untuk meningkatkan Sales saya, masa tahun 2004. Saya dah tak malu jumpa orang, hanya semata-mata kerana nakkan komisen yang tinggi. Setiap kali keluar bekerja, saya set dalam kepala angka yang saya nak haritu.

Asal kerja dapat duit komisen, saya buat. Bahkan saya pernah cuba jadi Salesman tepi jalan dari jam 8 pagi sampai 8 malam! Saya nak rasa sendiri cemana dan ambil semangat mereka yang "tak tau malu" jadi salesman. Pakai neck-tie kat tengah panas, huyoo.. berpeluh sakan dibuatnya bang!

Sekarang, sebagai usahawan internet, saya tak memilih untuk menjalankan bisnes internet yang "bermusim". Saya buat apa yang saya tahu. Saya hanya tahu eBook, Adsense, blog, menulis pasal motivasi, kewangan, pasal minda dan sedikit sebanyak tentang teknologi.

Saya tak memilih jadi Cikgu seperti bapa saya, mak saya dan 2 orang adik perempuan saya, sebab tak minat. Biarlah adik beradik saya, tapi BUKAN saya.

Itulah keputusan saya yang dibuat lepas tamat belajar di UiTM dulu. Kalau
saya buat juga sebab nak kejar gaji Cikgu, saya takkan enjoy dengan kerja tu untuk jangka masa panjang. Inilah diri saya.

Adakah saya buat keputusan yang bodoh sebab tak jadi Cikgu? That is what
they keep telling me, they call me "stupid". Oh my.. am i that stupid for nor being a teacher?

Tambahan pula, saya "resign" dari Astro yang gajinya setaraf guru lulusan Ijazah. Memang kerja Cikgu tu mulia, tapi saya dah tak minat, saya memang takkan masuk kerja tu. But, people dont understand me, khususnya keluarga saya.


Rezeki tuhan maha luas. Tak semestinya dalam slip gaji saja. Bahkan, 9 dari 10 sumber rezeki adalah dalam perniagaan. Saya memilih untuk berniaga sebab didorong oleh minat.

Lagipun, saya mahu ada Multiple Source Of Income. Saya tak nak selesa dengan duit gaji saja untuk 30 tahun akan datang, cukuplah 4 tahun yang lalu.

Kerana itu, saya sanggup tinggalkan jawatan "selesa" di Astro, tinggalkan gaji yang besar semata-mata mahukan kebebasan masa dan kebebasan dalam kerjaya.


Terus terang saya tak selesa kalau orang menyuruh-nyuruh benda yang saya dah tahu nak buat, politik pejabat dan idea-idea saya ditolak bulat-bulat ketika mesyuarat sebab umur saya yang muda. Saya juga tak selesa bekerja kalau ada orang asyik tegur kesalahan saya setiap masa, walaupun sekecil semut.

Pulak tu, macam CNN sampai satu Kota Kinabalu tau, malu saya! Biar saya tahu silap sendiri, sebab dari kesilapan tu, saya perbaiki diri. Kalau sekali dua takpe, tapi ni berkali-kali, macam ada kamera dalam kepale saya.

Bahkan, saya diketawakan mentah-mentah sebab idea saya lain dari yang lain. Tertekan sungguh rasanya saya ketika itu.

Pada siapa saya nak mengadu? Takde.

Jadi, daripada saya membazir masa muda dan kreativiti saya pada bidang yang tak memberi pulangan, lebih baik saya gunakan bakat yang ada untuk memajukan diri sendiri, sebab saya sedar kalau saya bekerja dengan orang lain, saya takkan cemerlang dan takkan ada peluang lagi untuk terus cemerlang.

Saya buat kesimpulan sendiri, itu dunia senior-senior saya kat tempat kerja dulu, biarlah mereka kat sana. Itu bukan tempat permainan saya. Sekarang pun, mereka masih di sana.

Diorang dah cukup "selesa" dan tak nak kerja keras ataupun belajar benda baru, takut gagal dan rasa dah cukup dengan apa yang ada. Cemerlang atau tidak, pada diorang sama saja.

Pasal model bisnes Internet pula, saya tak tahu banyak pasal design, Photoshop, PHP, HTML, XML, SEO, grafik design atau Membership site. Saya bukan lulusan IT, tetapi didedahkan dengan asas IT masa studi di UiTM Kota Kinabalu.

Komputer pada diri saya adalah untuk menaip, dengar lagu dan sumber hiburan lain. Internet
pula bagi saya adalah sumber ilmu dan medium komunikasi. Sebab itu, saya memilih untuk menulis maklumat ke dalam format eBook dan jualkannya untuk mendapat untung.

Jadi, point di sini, jika anda sedang merancang mahu buat bisnes internet, Pertama sekali,pilih model bisnes internet yang ngam dengan minat anda bukan sebab bisnes tu yang paling laku di masa kini.


Imej : Pilih, sama ada Bisnes Internet atau Program Buat Duit Dari Internet?


Jika Anda berbisnes semata-mata nakkan wang, bisnes itu takkan bertahan lama dan takkan ke mana, sebab anda cuma nakkan wang dalam masa yang singkat. Ia bukan didorong oleh minat atau serasi dengan kemahiran Anda.

Anda takkan sanggup untuk menimba lebih banyak ilmu dan tak sanggup duduk lama-lama depan komputer bila nak bekerja. Lebih-lebih lagi, Anda akan putus asa bila strategi bisnes yang digunakan tak menjadi. Lalu, bisnes GAGAL.

Jika anda minat melukis, bisnes design adalah yang paling ngam. Kalau anda tahu programming dan web building, lebih sesuai kiranya jadi Webmaster atau buat servis SEO. Walau apapun model bisnes Anda, sediakan perancangan untuk 5 tahun akan datang diperingkat permulaan.


Kedua, perlu tahu kemahiran yang diperlukan dalam bisnes tu. Saya jadikan eBook sebagai produk saya sebab ia tak memerlukan skill IT yang tingi, lagipun bersesuaian dengan minat saya.

Selain itu, bahan
untuk jadikan sumber maklumat pula banyak, percuma lagi. Taip apa saja di Google dan pacik Google akan berikan Anda semuanya.

Ketiga, cari ilmu. Beli buku yang berkaitan dengan bisnes internet.

Anda perlu tahu asas
internet dan komputer terlebih dahulu. Saya cadangankan anda miliki buku Irfan Khairi, buku tulisan Sabri dan Syazwan, buku Rosli Jamal ataupun buku tulisan Fuad Latif.

Cara lain, banyak membaca artikel di internet dan blog-blog usahawan Internet Melayu. Saya juga cadangkan anda masuk mana-mana forum seperti Wang Cyber, forum Tuah Emas dan forum Bicara Jutawan.

Keempat, cari orang yang anda boleh jadikan "mentor".

Kalau takde peluang berguru dengan
dia, beli bukunya. Bagi diri saya, buku bisnes internet yang pertama saya beli tahun lepas adalah buku tulisan Senze, How To Use The Internet To Earn Us Dollars In Your Pajamas dan How To Use Internet To Create Massive, Passive Income.

Selepas itu, saya beli buku Corey Rudl. Dari situlah saya menemui rentak bisnes saya. Namun, "mentor" saya yang paling utama, Irfan Khairi. Buku tulisannya telah merubah hidup saya 360 darjah.

Selepas baca bukunya baru saya tahu impian boleh jadi kenyataan jika disusuli dengan MindSet yang betul dan usaha yang berterusan. Dari Irfan, saya bertemu dengan banyak buku lain.

Antaranya, Anthony Robbins, Joe Vitale, Robert Kiyosaki, Azizi Ali, Robert Allen dan paling baru, The secret. Buku The Secret tu saya dah baca 2 kali.


Banyak yang saya dapat di dalamnya. Jika Mind Set sebegitu berkesan pada Irfan, ia juga berkesan untuk Anda dan saya juga.


Saya Cadangkan Anda Baca Motivasi Lain Yang Berkaitan :

Betulkan Mind Setting
Gapai Kejayaan Dalam 5 Langkah
Kuasa Minda
Menjadi Orang Cemerlang
Jika Gagal, Bangkit!
Shueqry's 7 Tip To Get Motivated Every Day
Nak Yang Baik atau Yang Buruk?