Ahad, 6 Mei 2007

Minda Bawah Sedar - Definasi

Post 30(b) - Cabaran 40 Hari

Hai pembaca blog, bersua lagi kita.

Kali ni saya berkata tentang Minda, lebih detail lagi tentang bahagian Minda. Pada tulisan saya yang lepas saya dah berkongsi dengan Anda 4 jenis gelombang Minda. Setengah pengamal Minda panggil arus minda. Kalau Anda nak baca tulisan lepas, ada kat bawah artikel ni.

Well, saya akan beritahu Anda, minda kita sebenarnya ada dua bahagian iaitu minda sedar dan minda separuh sedar. Minda sedar adalah minda yang "zahir" dan ia membolehkan kita mengawal bahagian luar badan kita. Minda separuh sedar pula adalah minda yang "batin" dan mengawal bahagian badan yang lain tidak dapat disedari kita.

Minda sedar menggunakan logik dan penaakulan deduktif. Ia bergantung kepada 5 deria kita iaitu penglihatan, hidu, bunyi, sentuhan dan rasa. Kita memperolehi pengetahuan-pengtahun kita melalui 5 deria ni.

Minda sedar belajar mengenai sesatu perkara melalui pemerhatian, pengalaman dan pendidikan. Ia berfungsi dengan mengambil kira logik dan segala apa yang terbit dari 5 deria kita tadi tu. Minda separuh sedar pula, belajar melalui perasaan kita dan tanggapan kita. Ia lebih kepada kreatif dan tahap perasaan.

Sama ada Anda sedar atau tidak, kedua-dua bahagian minda ni saling berhubung. Anda saling berhubung dengan minda sedar. Semua perasaan Anda, tanggapan Anda, pemikiran mahupun tindakan Anda lahir dari minda sedar dan di simpan dalam minda separuh sedar.

Cemana dengan minda separuh sedar berhubung? Ia berhubung automatik dengan minda sedar. Ia akan mengikut apa yang minda sedar rasa. Ia melakukan semua untuk Anda. Minda sedar hanya sebagai penghubung Anda kepada minda separuh sedar ni. Konsepnya secara rngkas, what you want is what you get.

Perumpamaannya, saya ibaratkan sebagai sebuah kapal. Anda adalah kapten kapal, minda sedar sebagai ketua anak kapal dan minda separuh sedar pula adalah anak-anak kapal yang betugas di bawah sana. Oleh kerana mereka di bahagian bawah kapal yang ada enjin, diorang tak nampak apa yang berlaku di atas mahupun ke mana arah mahu dituju, hanya mengikut arahan kapten kapal saja.

Katakanlah, sedang belayar, anda terlihat sebuah pulau dan Anda mahu segera sampai ke sana. Lalu Anda beritahu pada ketua anak kapal tentang pulau tu dan matlamta Anda mahu ke sana.

Selepas itu, ketua anak kapal (minda sedar) pula memberitahu anak-anak kapal (minda bawah sedar) tentang perubahan itu dan membuat mereka semua maklum bahawa ada haluan baru dan bukan lagi bergerak menghala ke haluan sebelum ini. Dengan itu, setelah memahami arahan tersebut anak-anak kapal sedaya upaya menggerakkan kapal dengan menambahkan tenaga kepada enjin supaya kapal bergerak dengan laju.

Diorang tak nampak pulau tu cemana rupanya, cemana jauhnya, jauh lagi ke atau dah nak dekat dah. Kapal itu, saya umpamakan sebagai tubuh Anda. Pulau itu pula adalah matlamat Anda. Anak-anak kapal hanya tahu menggerakkan kapal ke pulau tu selaju yang mungkin.

Saya rasa Anda dah faham cemana. Beginilah prosesnya bila anda menetapkan matlamat di dalam minda Anda. Anda dah faham bagaimana minda bawah sedar bertindak.

Minda separuh sedar merealisasikan apa saja matlamat Anda. Dia akan menggerakkan Anda dengan memberi idea-idea supaya Anda boleh merangka strategi daridea-idea tu. Anda cuma perlu waspada, sediakan kertas dan pen setiap masa sebab idea ni akan muncul di mana jua, bila-bila masa.

Misalnya, seorang Anda penulis lagu. Anda mahu menulis lagu baru bertemakan cinta lalu asyik memikirkan apa tema cinta yang sesuai untuk ditulis (secara tidak langsung Anda telah menetapkan matlamat dalam minda - menghasikan lagu). Bila minda sedar tahu, ia akan menyampaikannya kepada minda separuh sedar.

Proses ini berlaku dengan sekelip mata. Setelah itu, minda separuh sedar akan mencari-cari
memori Anda dan kemudian memberi hasilnya dalam bentuk idea. Kalau tak jumpa, ia akan "lepaskan" kemahuan Anda tu ke alam semesta (Universe) dan selepas itu Anda akan berjumpa dengan situasi-situasi yang memberikan idea secara kebetulan.

Kekadang, idea lahir dari kemahiran Anda, cuma timbul idea untuk membuat kelainan. Tiba-tiba Anda teringat lagu sebelum ini lalu terfikir untuk mengubahnya sedikit setelah Anda terdengar lagu penyanyi lain secara kebetulan.

Selepas itu, tercapailah matlamat Anda mahu menghasilkan lagu. Minda separa sedar juga akan merealisasikan apa jua yang selalu Anda fikirkan. Bila anda memikirkan atau "melayan" sesuatu, dia akan "menangkapnya" dan merealisasikannya kerana itu sudah menjadi tugasnya.

Untuk menjadi cemerlang, Anda perlu belajar untuk mahir mengawal minda. Dengan memiliki kemahiran mengawal minda Anda sendiri, Anda menjadi seorang yang matang, bijak, tahu mengawal emosi dan tahu memanfaatkan kuasa minda untuk mencapai apa saja matlamat Anda, terumata untuk mencapai kecemerlangan.

Lihat tokoh-tokoh cemerlang, mereka semua bijak mengawakl minda dan tahu memanfaatkannya. Badan kita jadi lebih kuat, bertenaga dan berketul-ketul ototnya jika kita rajin bersenam atau rajin berlatih di gym.

Begitu juga minda. Ia akan lebih kuat jika Anda "melatihnya" dengan aktiviti intelektual, seintelektual yang mungkin, seperti membaca, bermain teka silang kata, menyelesaikan masalah matematik, menulis dan mencipta sesuatu. Dengan ini, ia akan memberikan lebih banyak idea bernas, kreatif dan cemerlang.

Mulalah melatih minda Anda hari ini juga. Ia anugerah tuhan yang amat berharga.

Saya Cadangkan Anda Baca Tip Minda Yang Berkaitan :

4 Gelombang Minda
Betulkan Mind Setting
Kuasa Minda? Alamak..
Nak Yang Baik Atau Yang Buruk?
Menjadi Orang Cemerlang
Gapai Kejayaan Dalam 5 Langkah
Sedia Untuk Berubah
I Feel Good
Money And Mind
Bermain Dengan Khayalan Imaginasi
Bila Takde Duit