.

Ahad, Mei 13, 2007

Had Dalam Pemikiran

Post35(a) - Cabaran 40 Hari

Asmkm dan salam sejahtera

Salam ceria dan salam luarbiasa.

Semalam saya lambat tidur, dah dekat jam 3 pagi.

Saya masih menunggu email yang tak sampai-sampai, sebab saya telah membeli sebuah eBook dari seorang IM Malaysia tapi belum sampai-sampai lagi, takde respon! Padahal saya dah bayar hari Jumaat lepas, sehingga ke waktu saya menulis ni masih belum dapat lagi eBook tu.

Sebagai usahawan, kita perlu beri servis terbaik buat semua pelanggan, jangan biar mereka tunggu lama. Ini akan menyebabkan kita hilang kredibiliti. Saya dah fikir nak cancel order tu
dan minta refund sebab lama tunggu lebih 24 jam.

Walau apapun yang ada jual, eBook ke, software ke, tak kisah.. janji servis mesti no 1 sebab itulah yang pelanggan nak. Owh, maybe sebab pengalaman saya dalam Sales & Customer Service memberikan banyak pendedahan tentang pelbagai ragam orang dan apa yang mereka mahukan sebenornye.

Kali ini saya mahu berkata tentang had dalam pemikiran. Dah ramai orang yang saya tengok meletakkan had pada diri mereka. Had yang cemana tu?

Diorang asyik berfikir tak boleh buat itu, tak boleh buat ini, tak pandai, takut nak cuba dan takut apa yang diusahakan gagal. Mahu duit banyak tapi tak nak kerja lebih dan tak nak melakukan apa yang perlu dilakukan.

Jika difikirkan tak boleh, maka itulah yang akan jadi, makin tak boleh jadinya.

Apa saja yang dilakukan, pasti akan tak menjadi semuanya. Oleh sebab itu, semangat untuk bangkit semula juga tiada.

Jika Anda berada dalam keadaan begini, betulkan semula mind setting Anda.

Semua Anda boleh lakukan jika Anda berfikir boleh lakukannya. Lihat orang lain terlebih dahulu. Jika mereka boleh, bermakna Anda juga boleh.

Caranya cuma "copy" stail mereka, teknik yang mereka gunakan, mind settting mereka dan strategi mereka. Itu saja. Cari seseorang untuk menjadi "model" Anda dan tiru dia.

Bukan tiru abis, tapi tiru stail bijak. Tiru caranya dan sesuaikan dengan cara Anda sendiri. Lama-kelamaan, apa yang Anda fikir tak boleh tu, akan jadi boleh.

Saya graduan Banking & Finance, tapi bekerja dalam bidang Sales & Customer Service, lepas tu sekarang dalam Internet dan Pemasaran Online. Tak ke jauh bidang tu?

Cara saya, saya ikut stail mereka yang telah berjaya dan yang jadi "otai" dalam bidang ni.

Tiap hari saya baca buku mereka, baca blog mereka dan meniru model bisnes mereka.

Bertanya pada mereka? ada .. tapi takde jawapan.

Jadi..

Semuanya saya cari sendiri, buat sendiri dan kaji sendiri.

Setelah beberapa lama, saya menemui rentak sendiri dan terus melangkah walaupun saya menemui banyak kegagalan.

Kalau nak tulis satu-satu gagal tu kat sini, banyak..

Rahsia saya, jika Anda mahukan pagi yang ceria, usahakan seawal malam menjelang. Set dalam minda esok Anda menjadi seorang yang ceria bahkan Anda perlu bayangkan diri Anda sebagai seorang yang ceria dan maha bertenaga.

Jika mahukan kecemerlangan dan kebagusan seawal matahari terbit, setkan minda dan usahakan emosi yang cemerlang sebelum melayani malam.

Diri Anda sebenarnya takde had. You have unlimited power.

Itu cuma dalam fikiran Anda. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

Kuasa minda kita tidak terhad.

Anda sendiri yang menggapnya terhad. Betul tak?

Apa yang perlu Anda lakukan, cuma lepaskan kuasa ni dan biar ia merubah hidup Anda.

Bagaimana ia merubahnya, itu bukan urusan kita.

Itu semua kerja Minda.

Biar dia melakukan kerjanya, tak payah kita sibuk-sibuk nak tanya.

Just LET GO.



Baca Tip Minda Yang Berkaitan:

Terapkan Fikiran Positif
Keluar Dari Masalah
Berterima Kasih, Bersyukur dan LET GO.
Fikiran Positif dan Fikiran Negatif
Duit, Minda dan Teknik Bertanya
Minda Bawah Sedar- Definasi
4 Gelombang Minda
Betulkan Minda Setting
Kuasa Minda? Alamak...
Nak Yang Baik Atau Yang Buruk?
Menjadi Orang Cemerlang
Gapai Kejayaan Dalam 5 Langkah
Sedia Untuk Berubah
I Feel Good
Money And Mind
Bermain Dengan Khayalan Imaginasi
Bila Takde Duit

Motivator Yang Lain:

IrfanKhairi
DikMal
Impax!
Linn
Tuah Iskandar

0 Komen Pembaca:

Catat Ulasan