Ahad, 6 Mei 2007

4 Gelombang Minda

Post 30(a) - Cabaran 40 Hari


Hai pembaca blog..
Asmkm dan salam sejahtera.. Kali ini saya akan berkata tentang Minda. Tak ramai orang tahu pasal minda dan keajaibannya.

Dengan itu, saya akan berkongsi dengan Anda ilmu minda di sini, step-by-step supaya Anda dapat memanfaatkannya untuk kegunaan diri sendiri dan manipulasikannya untuk kecemerlangan diri Anda.
Saya bagitau awal-awal, ia sesuatu yang amat sukar untuk difahami dan amat mencabar untuk dilaksanakan. Mengapa?

Kerana Anda akan "berperang" dengan diri sendiri. Anda akan berhadapan dengan musuh utama, siapa lagi kalau bukan diri Anda. Oleh itu, Anda perlu kenali diri sendiri terlebih dahulu, analisa kelebihan dan kekurangan diri Anda.


Mengawal minda adalah satu kemahiran. Seperti kemahiran lain, ia boleh dipelajari langkah demi langkah.

Bila Anda dah pandai mengawal minda, maka mudahlah untuk berfikiran positif dan kekal menjadi orang yang berfikiran positif.
Ramai penulis motivasi menekankan pentingnya berfikiran positif, optimis dan bersangka baik.

Tapi, cara untuk berfikiran positif dan kekal berfikiran positif tak berapa di beritahu. Jadi, saya akan kongsikannya di sini, satu persatu.
Dalam diri saya dan Anda, amat mudah untuk kita melayan perasaan negatif ( cemburu, marah, menyampah, sakit hati, geram, meluat) daripada perasaan positif (gembira, suka, kagum, bersemangat, energetik, fantastik dan berani).

Ok, diperingkat permulaan ni, saya akan memperkenalkan Anda dengan
4 arus minda. Kita sebenarnya adalah kosong, dalam diri kita ni kosong.

Tetapi, apa yang mengisi badan kita adalah tenaga. Saya sebutkan di sini tenaga tu sebagai energi.
Energi lah yang membuatkan kita hidup.

Sel-sel halus dalam setiap inci tubuh kita hidup dan berfungsi disebabkan oleh energi. Semua energi mempunyai getaran. Walaupun kita tak nampak, tapi ia memang ada, dapat diukur dalam bentuk frekuensi gelombang.

Sama juga dengan gelombang radio, tv, Astro, handphone anda mahupun gelombang WiFI. Kita memang tak nampak, tapi kita yakin ia ada sebab kita selalu gunakannya, begitu juga dengan getaran energi tubuh badan kita. Cuma..

Getaran energi yang dipancar dari tubuh kita dipengaruhi oleh perasaan dan pemikiran kita (toughts anda feelings) selain bersumber dari makanan yang kita ambil.

Jika positif pemikiran ita, maka gelombang engergi yang dipancarkan dari tubuh kita adalah positif. Ia sentiasa berubah-ubah dengan kemahuan kita,
tanpa kita sedari. Ia akan sampai ke alam semesta (Universe) dan alam semesta akan menemukan Anda dengan situasi-situasi positif.

Bagaimana ia menemukannya, saya dan ramai lagi pengamal kuasa minda tidak dapat mempastikan hal ini. Dari pengalaman peribadi saya, ia berlaku secara semulajadi (natural).


Ini
dia 4 gelombang minda :

1. Beta

Kita berada dalam gelombang Beta ketika sedang melakukan sesuatu dengan penuh serius, penuh waspada, penuh konsentrasi, seperti meneliti sesuatu, berfikir dengan mendalam mahupun ketikan menghadapi kertas soalan peperiksaan. Pada ketikan ini, Gelombang minda dalam getaran 13- 30Hz, sangat tinggi. Hz adalah singkatan bagi Heartz, iaitu ukuran frekuensi getaran.

2. Alpha


Kita berada dalam arus Alpha ketika sedang melakukan sesuatu dengan santai (tanpa perlu konsentrasi yang penuh) seperti berjalan-jalan, memandu, membaca surat khabar, menonton tv mahupun berbual-bual. Dalam arus Alpha, minda bergetar dalam gelombang 8~12Hz.


3. Theta

Mengenai arus Theta pula, kita berada di dalam arus Theta ketika sedang mahu tidur, atau ketika sangat mengantuk. Pada ketika ini, gelombang minda adalah dalam getaran 4~7Hz.

4. Delta


Saya dan Anda berada di dalam arus Delta ketika sedang tidur lena. Pada ketika ini, gelombang minda adalah di dalam 0.5~3.5Hz sahaja. Gelombangnya rendah kerana kita tidak buat apa-apa dan kita tidak berfikir apa-apa.

Tip Minda Yang Berkaitan :
Betulkan Mind Setting
Kuasa Minda
Nak Yang Baik Atau Yang Buruk?
Menjadi Orang Cemerlang