.

Rabu, April 11, 2007

Cabar Diri Untuk Berjaya!

Post ke 5(a) - Cabaran 40 Hari
Asmkm kawan-kawan.

Dalam artikel kali ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa step untuk mencabar diri sendiri bagi mencapai kejayaan.

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga.

Tetapi jangan pula selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti.

Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan.


Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya. Ini adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Dream BIG! Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran tu.

Kalau kita
seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan.


2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain.

Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajar dari mereka . Buka mulut dan bertanya.

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan.

Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi.

Bandinglah diri dengan mereka yang lebih berjaya, yang menjadi jutawan, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Soalan-soalan iniakan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?

Bagaimana aku nak tingkatkan pendapatan aku bulan depan?

Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar?

Dimana nak dapatkan ilmu untuk maju dalam bidang ini?

Siapa yang boleh bantu aku?


5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula.

Tujuannya bukan untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri.

Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita.

Oleh itu, teruslah
cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita. Untuk itu, saya telah mencabar diri sendiri untuk meletak 3 artikel sehari dalam blog ini bermula minggu depan.

Ini untuk kita sama-sama berkongsi ilmu dan bertukar-tukar fikiran di ruang komen. Saya mengucapakan berbanyak terima kasih pada anda yang rajin menjenguk blog saya. Jadi, saya update artikel setiap hari sebagai tanda terim kasih saya.

Komen Anda?


9 Komen Pembaca:

5xmom.com berkata...

Hi! Terima kasih...amboi....50 blog popular, dapat jugak saya masuk kat dalam. Thanks for the link. Bukan main motivate lagi semua article you. Will check back again.

shueqry berkata...

Hi 5xmom.com,

welcome to my "simple" blog, i improve it day by day. Yeah, blog awak ada kat dalam senarai 50 blog Popular di Malaysia.

Satu hari nanti blog saya akanmasuk ke senarai tu juga. one BIG Achievement start with a single, small step!

Thanks for dropping by,jumpa lagi. I'll always wait for you here :-)

shueqry

Azzam berkata...

Nice tips ...
Saya pun sudah tambahkan anda di situs saya by XFN

zahiramli berkata...

Wah ini satu tip motivasi yang bagus.
Saya akan cuba praktiskan . InsyaAllah

shueqry berkata...

Azzam,
Terima kasih atas komen anda. Saya sungguh menghargainya. Sama-sama kita share ilmu.

Zahiramli,
saya amat terharu, bila melihat nama awak tadi.. wah tambah bersemangat saya untuk share banyak lagi tips.. apa-apa pun, mulakan dengan Bismillah.

Frans Budi berkata...

It,s good artikel. btw boleh tak awak tambahkan my blog to your blog yah we exchange link....Awak tertarik dengan the secret? I suggest better you sign up to get free lesson dari Bob Proctor at connect.thesgrprogram.com. It's very good lah.Awak boleh tanya impax lah....I dah tukar link blog.

Ok C Ya

Dik Mal berkata...

ouh itu sangat menarik abg shueq!

3 post sehari adalah satu komitmen yang tinggi. dik mal teringin untuk buat perkara yang sama. tapi minggu ini tak mengizinkan minggu depan pula peperiksaan final...urm..manusia dan alasan kan?


satu hari nanti saya juga nak cabar diri saya, maybe selepas cabaran 40 hari tamat.

cabaran yang paling tinggi adalah cabaran pada diri sendiri. kita cabar kemampuan diri. kalau gagal, malu lah dengan diri sendiri!

shueqry berkata...

DikMal,
yup, thats correct! Cabaran yang paling baik adalah cabaran pada diri sendiri, to get yourself moving forward and shift you paradigm with actions.

Tetapi, itu juga bergantung pada komitmen diri dan masa, sebab kita semua berlainan dan komitmen juga berlainan. Kalau boleh buat, teruskan. Tapi, kalau tak ngam di hati, lebih baik jangan kerana tiada "keseronokan" untuk melakukannya. Ia akan menjadi satu beban. Dahulukan mana yang lebih penting. Satu artikel sehari dah ok, lebih baik dari tiada. Amacam, ok tak? Cabaran 40 hari masih belum berakhir.

Saya buat cabaran tu sebab minat menulis. Tambahan pula saya bekerja sendiri, jadi boleh bahagikan masa. (upss, lupa nak cakap, kelebihan yang tak nampak, saya masih single dan tinggal bersama kawan-kawan bujang!) hehe.. DikMal, Thanks for the comment!

Frans Budi,
The Secret? Memang saya minat! Kalau bercakap tentang minda, Law Of Attraction dan subconcious mind, memang akan menimbulkan minat saya. Di blog Irfan Khairi juga hangat perbincangan mengenai Aura.

Apa-apa pun, saya akan letak link ke blog awak di blog saya ni. I'll giva u a message when i'm done.

The Mind Secret is a knowledge that people should aware of. Mungkin dengan usaha lebih keras dan pendedahan yang lebih, ilmu Minda ini dapat disebarkan untuk kebaikan semua orang. Thanks for dropping me a comment..

Terima kasih semua, jumpa lagi di post akan datang.


shueqry

Tanpa Nama berkata...

Artikel yang baik tetapi sayang sekali ia diceduk dari artikel saya tanpa memberikan penghargaan. Saya sedih dengan sikap yang sebegini sebab ia dilakukan oleh seseorang yang cenderung memberikan motivasi dalam blognya ini.

Sila lawati laman web saya untuk lihat artikel asal yang telah saya tulis beberapa tahun dahulu dan telah diterbitkan dalam Majalah Cermin.

http://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/motivasi/cabardiri.htm


Sekian.


Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad
www.laman-map.com

Catat Ulasan