.

Jumaat, April 06, 2007

Siapa 10 Orang Terkaya Di Malaysia

Asmkm pembaca blog..apa khabar?

Sekarang dah jam 1:10 minit pagi. Tapi, mata saya tak ngantuk lagi, ntah kenapa. Maybe sebab terlalu memikirkan strategi perniagaan dan apa lagi cara yang boleh saya lakukan untuk mencapai matlamat saya.

Hari ni pada waktu petang saya tak turun berenang,sebab saya temankan kawan sebilik gunting rambut di kedai.


Kat sana, saya terjumpa dengan 5 lelaki yang hebat. Mereka memakai baju formal, handphone canggih, kunci kereta (yang saya sempat nampak)Toyota RAV4, kunci kereta lambang BMW dan Nissan FairLady selain penampilan diri yang penuh yakin. Selain itu, semua mereka ni juga peramah. Saya dengan kawan serumah, Talib, macam jumpa seorang wartawan jadinya.

Daripada 5 orang lelaki tu, yang seorang ni menegur saya dan Talib. Tetiba macam dah kenal lama. Rupanya dia seorang agen Unit Trust berdaftar dari SBB Mutual Berhad, ofis diorang terletak berhampiran dengan kedai gunting rambut tu.

Saya sunguh kagum dengan skill komunikasinya. 4 lagi lelaki tu rupanya kawan dia.
Dia amat terkejut bila saya katakan, saya usahawan internet. Dia tengok saya dari atas ke bawah!

well..what can i say? Kebetulan saya baru habis update blog dan hantar email, saya cuma pakai baju tshirt round neck long sleeve warna hitam dan seluar slack, juga warna hitam..

"Betulka kau ni, usahawan internet?" Dia tanya saya. Dia kata saya ni macam masih belajar, walaupun umur dah nak masuk 27. Thats why i choose internet for my business, sebab muka saya kebudak-budakan.

Saya jawab ya, saya katakan padanya, dah tak lama pakai baju kemeja dan neck tie sewaktu bekerja dalam "ofis" saya sejak
setahun yang lalu! Banyak yang kami bualkan, terutama pasal kewangan, duit dan pelaburan. Secara jujur, walaupun saya study Banking, tapi saya tak pernah kerja di mana-mana Bank. Ouchh!

Tadi saya terbaca satu artikel. Sebelum saya nak masuk tidur dan gi swimming esok pagi, saya mahu kongsikan pada anda satu info. Ni dia..


Senarai 10 Orang Terkaya Di Malaysia

1. Robert Kuok, 88. RM32,400 juta
2. Ananda Krishnan, 68. RM19,723 juta
3. Tan Sri Quek leng Chan, 64. RM10,300 juta
4. Tan Sri Lim Goh Tong, 89. RM9,670 juta
5. Tan Sri Teh Hong Piow, 77. RM7,554 juta
6. Tan Sri Lee Shin Cheng, 68. RM6,620 juta
7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56. RM4,289 juta
8. Tan Sri Lim Kok Thay, 55. RM2,600 juta
9. Tan Sri Tion Hiew King, 70. RM2,420 juta
10. Tan Sri Yeoh Tiong lay, 77. RM1,552 juta


Ini saya petik dari blog Irfan Khairi, senarai di atas diambil dari Majalah Malaysian Business “40 Richest Malaysians”. Bila melihat senarai 10 orang terkaya ni, timbul satu soalan dalam kepala saya..

Bisnes apa yang mereka buat sampai boleh jadi jutawan?

Bagaimana dengan "Mind Setting" mereka?

Apa Yang Memotivasikan Mereka Tiap Hari Sebelum Jadi Jutawan, Walau Sesibuk Manapun Mereka?


Selain tu, saya juga dah baca artikel Irfan Khairi di dalam majalah Maskulin edisi April 2007. Dia menulis berkenaan nak jual apa untuk jadi jutawan.

Dalam artikel tu, dia bercerita pasal 3 orang usahawan. Last-last hanya usahawan ketiga saja yang berjaya jadi jutawan. Kisahnya ringkas dan pendek, tapi telah membuat saya berfikir panjang.


Chef Li juga pernah menulis dalam bukunya, Biar Kecil Asal Berhasil. Katanya, nak jadi jutawan, cuba buat strategi ni. Jual produk berharga RM1 kepada 1 Juta Pembeli di Malaysia.

Haaa.. kalau saya jual eBook saya ngan harga USD$1 ( satu Dollar Amerika ) ke seluruh dunia, cemana?